Dia datang dari jauh Part 1

Dia datang dari jauh Part 1
Oleh: Miss S
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini aku ingin berkongsi kisah yang terjadi kepada aku sewaktu disemester akhir diploma di sebuah universiti awam di Utara Malaysia.

Waktu itu merupakan minggu final exam. Bilik kolej yang aku duduk ketika itu adalah untuk dua orang di dalam satu bilik dan terletak di tingkat 11. Roommate aku pula daripada course yang berlainan daripada aku yang aku panggil Yaya (bukan nama sebenar). Oleh sebab itu disepanjang minggu final exam, lebih kurang pukul 8 malam Yaya akan bersiap-siap untuk buat discussion di bilik kawannya di tingkat lain.

Aku pula lebih selesa study sendiri. Hanya sekali sekala sahaja aku akan ke bilik rakan yang lain. Masih aku ingat lagi waktu tu, jam sudah menghampiri pukul 8 malam. Aku baru habis mengaji dengan kain sembahyang bagai lagi, manakala Yaya pula sedang bersiap untuk keluar. Sebaik sahaja Yaya keluar dan menutup pintu, aku terus sahaja berbaring di atas katil dengan kain sembahyang aku tu. Aku bercadang untuk melelapkan mata beberapa minit sementara tunggu waktu Isya’ masuk.

Katil aku ketika itu berada dalam keadaan melintang rapat ke dinding betul-betul di sebelah pintu masuk. Aku pula tidur terbalik dengan bahagian kepala di hujung katil, tepi pintu masuk.
Dalam masa beberapa saat sahaja, aku terlelap. Dan aku terus bermimpi. Yang peliknya walaupun bermimpi, aku seperti dalam keadaan separa sedar kerana aku masih alert dengan sekeliling aku seperti bunyi kipas dan sebagainya.

Dalam mimpi tu, aku dapat merasakan ada sesuatu datang menuju ke arah aku. Aku dapat merasakan benda tu terbang dari tempat yang sangat, sangat jauh. Dan mata hati aku ketika itu (tak tahu nak explain macam mana part ni) seperti dapat melihat benda tu terbang merentasi lautan, hutan tebal dan gunung-ganang dengan kelajuan yang sangat tinggi sebelum tiba-tiba sahaja, benda tu sampai ke sebuah bangunan yang penuh menyerupai kolej kediaman aku tu.

Ketika tu, aku dapat merasakan dengan jelas benda itu laju menaiki dari satu tingkat, ke satu tingkat yang lain sehinggalah ia akhirnya sampai ke tingkat aku dan berdiri betul-betul di depan pintu bilik aku. Serentak dengan itu, aku terus terjaga macam kena renjatan elektrik. Namun ketika itu aku seperti berada dalam keadaan separuh sedar dengan sekeliling aku seperti berkabus dan badan aku tak dapat digerakkan. Masa tu aku memang bermati-matian dapat rasa ada orang dekat luar pintu tapi aku tak fikir lain aku punya first thought ingat Yaya je. Tapi aku pelik sebab Yaya just berdiri tak masuk-masuk. Awat pulak budak ni?

Badan aku memang tak dapat bergerak dan tiba-tiba je aku merasakan satu benda yang berat dan panas merangkak naik dari hujung kaki ke bahagian atas badan aku. Oleh kerana aku sudah biasa kena tindih, aku hanya biar je sambil baca beberapa p****g ayat Al-Quran atau apa-apa zikir yang melintas di fikiran sebab fikiran aku pada masa tu pun macam kosong.

Masa berlalu dengan sangat lama tapi benda tu masih belum lepaskan aku. Pelik. Selama ni aku kena tindih selalunya kejap je. Benda tu dah berada di tengah badan aku dan aku rasa seperti kepala aku ditekan dengan kuat menyebabkan kepala aku terdongak kearah pintu. Aku cuba menjerit meminta tolong kepada Yaya yang aku rasa berdiri di luar pintu tu namun suara aku seperti tersekat. Aku cuba juga bergelut untuk melepaskan diri. Akhirnya, setelah aku rasa seperti seinfiniti aku berjaya angkat tangan aku. Posisi tidur aku masih sama dan tak ada pape pun yang berubah dalam bilik tu. Aku terus melompat bangun dan buka pintu bilik untuk keluar.

Memang tak ada sapa-sapa depan pintu tu! Koridor pun sunyi! Aku meluru masuk ke bilik kawan aku, Syasya, yang betul-betul bersetentang dengan bilik aku dan menceritakan segalanya. Atas nasihat Syasya, aku lepak di bilik dia dulu sehinggalah roommate aku balik dekat tengah malam jugak.

Aku tidak menceritakan insiden yang berlaku tadi kepada Yaya kerana aku tak nak dia takut. Selain tu, aku ingat kejadian ni terjadi setakat ni sahaja. Namun, jangkaan aku ternyata silap.

Ok baiklah. Oleh sebab dah panjang aku berhenti setakat ni dulu. Nanti aku sambung cerita ni Part 2 yep? Haha.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 4.1]
Miss S

2 thoughts on “Dia datang dari jauh Part 1”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.