Dia Main Duit Syiling

Assalamualaikum para pembaca FS. Sebelum ni aku silent reader je tapi tiba-tiba decide nak send cerita kat sini. Aku nak share satu cerita yang sampai sekarang aku tak boleh brain and tak habis fikir. Cerita ni berlaku kat diri aku sendiri dalam tahun 2016. Benda ni jadi dalam rumah aku sendiri and elok pulak masa aku seorang je kat rumah tu.

Tapi sebelum tu aku nak minta maaf dulu sebab cerita ni pendek je and tak seram bagi korang kot tapi bagi aku seram okay. Masa tu dalam pukul 4.30 petang kalau tak silap. Aku menganggur masa ni tu yang aku sorang je kat rumah. Housemate lain semua kerja balik after 5.30pm. Aku nak mandi masa tu, tapi masa aku dalam bilik air tu, ok je mula-mula.

Tapi, kejap je dalam 10 minit camtu dia buat dah. Aku rasa macam ada orang kat luar bilik air tu, sebab aku berdebar-debar, takut tak tentu pasal tiba-tiba je, tapi aku cuba sedapkan hati. Perasaan je kot. Pintu bilik air tu belakang aku kiranya sebelah kanan aku tapi belakang sikit, so kalau aku tengah mandi, aku tak nampak la pintu tu sebab aku membelakangkan pintu tu.

Then, tiba-tiba ‘tingggggggg’ aku pun toleh la belakang sebab bunyi tu kat belakang aku. Guess what? Aku nampak duit syiling 5sen bergolek-golek masuk dalam bilik air daripada lubang bawah pintu bilik air tu. Cara dia bergolek tu macam kau jentik pakai jari tu. Boleh bayangkan tak? Aku takut sangat masa tu . Macam nak pecah jantung aku ni. Menggigil jangan cakap la. Aku pandang je duit syiling 5sen yg bergolek tu sampai dia stop bergolek. Then, elok je stop, masuk lagi sekeping kali ni duit 10sen pulak dengan cara yang sama iaitu bergolek ok. Aku dah macam nak gila dah sebab aku punya level takut masa tu memang tuhan je tau la.

Dalam kepala otak aku ni, sempat lagi aku fikir, duit syiling tu tak mungkin bergolek masuk kalau takde orang jentik dari luar, betul tak? Serius masa tu aku rasa memang ada benda depan pintu bilik air aku tu. Aku kaku tak tau nak buat ape, sebab bilik air aku tu sempit, kecik, and yang malangnya aku ni jenis mandi tak bawak handphone. Aku tak fikir tu housemate aku yang balik awal ke apa sebab housemate aku takde yang jenis balik awal, then aku lock pintu rumah aku dari dalam. Lock tu boleh bukak dari dalam je. Aku lock sebab aku nak mandi. So selamat la sikit kan. And kalau nak masuk rumah pun, aku akan dengar bunyi gril depan dulu. Tapi ni takde langsung!

So, aku takde cara lain selain tunggu rasa takut aku ni hilang. Sebab selalunya kalau benda tu ada kat sekeliling aku, akau akan rasa takut yang teramat sangat. Aku punya bilik pulak depan bilik air tu je. Kiranya kalau aku buka je pintu bilik air tu boleh lari masuk bilik aku. Tapi aku masih takut. So aku duduk je dalam bilik air tu dengan tak bukak air ape semua. Senyap. Memang aku takde dengar apa-apa dari luar or nampak apa-apa sebab aku bukan jenis yang boleh nampak, alhamdulillah.

Aku rasa dalam setengah jam kot aku tunggu. Then aku rasa dah berani sikit nak buka pintu and masuk bilik. Aku buka je pintu terus lari masuk bilik, tutup pintu bilik. Aku tengok jam, then terkejut aku dah dekat pukul 6 masa tu. Lama gila aku menyepi dalam bilik air kan. Sudahnye aku sambung mandi lepas dah ade housemate aku balik. So tu jelah cerita dari aku yang mungkin tak seram bagi korang tapi cukup buat jantung aku nk meletop. In shaa allah aku cerita lagi cerita lain next entry. Tu pun kalau cerita ni diterima la. And oh, duit syiling tu sampai aku pindah rumah aku tak berani usik. Aku biar je kat situ.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
Riqa

4 thoughts on “Dia Main Duit Syiling”

  1. cter best walaupun simple.

    ada lagi ke gangguan slps tu?

    iols agak scary bila cter melibatkan syiling.. sb terkesan kisah Joni Togo dulu hehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.