Assalamualaikum w.b.t. nama aku Raudhah ,aku study kat sebelum ni aku pernah upload jugak cerita seram aku dekat fiksyen shasha dan Alhamdulillah cerita aku diterima . Aku dari dulu boleh rasa, boleh Nampak, tapi tak dak la sampai 24jam deria macam ni , kadang-kadang ALLAH bagi pinjam, kadang-kadang Allah simpan .
Sebagai pelajar politeknik, dekat akhir-akhir semester ni, mesti dipenuhi dengan kuiz, test, assignment, study case dan macam-macam lagi. Kalau diikutkan memang sempat nak siapkan assignment dalam masa sehari suntuk, tetapi lain student , lain lecturernya kan. So kisah ni bermula apabila aku cuba untuk ,menyiapkan semua assignment pada malam tu aka malam semalam dan aku sekarang balik rumah kampung aku kat Perlis, area Tasik Melati ni, mungkin ada orang tahu kan.
Aku memang cadang tak nak tidur sebab nak siapkan semua assignment, so aku teruskan je la niat aku tu, kebetulan mata aku pun tak ada tanda-tanda nak berehat lagi. So aku pun sambung buat assignment. Sedang aku tengah buat experiment engineering tiba-tiba bulu roma aku meremang, aku pun pelik, sebab tiba –tiba ja kan. Time tu dalam pukul 9.30 malam, awal lagi kalau nak ikutkan masa . Jadi aku ambil keputusan untuk buka surah al-baqarah dekat youtube , sepanjang aku bukak surah tu ,okey lagi ,bila dah habis surah al-baqarah ,aku masih rasa ragu-ragu untuk tutup laptop.
Jadi aku buat keputusan untuk buka bacaan yang 114 surah, 9 jam , sempat la sampai pagi . Aku ingatkan keadaan akan tambah ok, rupanya lagi tambah buruk. Lupa nak cerita rumah kampung aku ni dua tingkat, atas kayu bawah batu. Dan aku tidur dekat ruang tamu kat tingkat atas, tidur atas lantai je la , biasa la mana nak cukup katil sorang satu. Sedang aku tengah buat assignment, tiba-tiba ada benda jatuh,”bomm..” bunyi benda berat jatuh, bila aku pusing tak ada apa-apa pun yang jatuh, bunyi tu seakan-akan memang barang tu ada dekat belakang aku, sebab kuat sangat.
Tak lama selepas itu, kucing yang tokwan aku jaga tu , ada kat sebelah aku, dan terus mengiow seolah-olah hendak mengatakan sesuatu tetapi aku tak faham, aku terus mengusirnya untuk pergi, aku pun menyambung menyiapkan assignment aku. Tiba-tiba lampu berkelip, aku ingat kerana kerdipan mata aku rupanya memang lampu yang berkelip dan secara tiba-tiba si dia menutup suiz laptop , membuatkan laptop aku kelam seketika , ya la laptop second hand dan memang tidak sangka bahawa laptop aku dikawal oleh sesuatu, di mana mouse dan keypad yang bergerak terlalu laju. Aku dah start gelabah, memang aku tahu aku boleh lawan benda tu tapi dalam masa yang sama benda tu juga sedang melawan aku.
Berkumat-kamit mulut aku menyebut kalimah-kalimah suci ayat Al-Quran , bersama zikir pendinding diri, keadaan beralih normal buat seketika. Aku pun sambung menyiapkan assignment aku seperti biasa. Sedang leka menggunakan google chrome bagi mendapatkan maklumat , tiba-tiba pintu bilikk di sebelah kiri aku terbuka, dan aku memang yakin ibu aku yang keluar, aku bertanya “awal ibu bangun” ,dan bila pusing tiada apa –apa . Ya aku pun fikir macam cerita dalam tv tetapi ianya menjadi reality,dan tanpa disangka pintu ditutup semula . Pintu bilik itu adalah pintu yang paling susah untuk dibuka,dimana si pembuka pintu perlulah memulas sambil menolak dengan tenaga yang kuat.
Hati aku dah berdegup kencang, tangan aku dah menggeletar, sungguh aku tak pernah rasa macam ni selama ini , sebelum ni aku boleh kawal diri aku dan benda tu, tapi sekarang tak boleh sebab benda tu terlalu banyak dan kuat. Seterusnya aku membuat keputusan untuk memaksa diri aku tidur di situ kerana takut untuk bergerak ke mana-mana.
Semasa aku hendak meletakkan kepala ke atas bantal, ‘parkk…’ buku jatuh , buku yang entah dari mana usulnya , tiba-tiba berada disebelah ku yang jatuh dari kawasan yang tinggi seperti bumbung. Aku masih menguatkan diri sendiri dengan terus membaca ayat kursi dan semasa aku membaca ayat kursi , aku merasakan bahawa ada sesuatu dibelakang aku, namun aku tidak menoleh. Bagi menghilangkan rasa takut, aku membuka Instagram, baru sahaja ingin scroll up tiba-tiba selimut aku dikibas dari bahagian kaki smpai ke muka. Pedih dan sakit, lalu aku terus berlari masuk ke bilik sebelah itu.
Aku sangkakan gangguan akan berakhir setelah aku masuk ke dalam bilik itu, means aku tidak keseorangan lagi kerana aku bersama dengan 3 adik-beradik dan ibuku, jadi semua 5 orang di dalam bilik itu. Namun sangkaan aku meleset sekali, semasa mulut aku berzikir mengagungkan Allah, aku memang dengar suara bisikan seperti “takut ka tu?” aku dalam hati astagfirullahalazim , aku baca lagi ayat kursi, pintu bilik dikuak dari luar, terbuka luas pintu bilik yang berat itu, dalam masa yang sama angin kuat menerpa masuk ke dalam bilik itu. Adik-beradik dan ibu ku juga hamper terjaga kerana angina tersebut, tanpa aku menoleh muka ke arah pintu , ada sebuah tangan memegang tangan aku. ALLAHU AKBAR, LAILAHAILLAH, aku dah tak mampu nak bertahan lagi.
Lalu aku bangun berdiri, aku buka lampu dan terus kejut ibu aku dan aku cakap ‘’IBU, BANGUN TIDUR DEKAT BAWAH” , ibu pon pelik kenapa aku tiba –tiba jadi macam ni, muka aku pucat, tangan aku sejuk sangat, tangan aku ketar, aku dah rasa macam nak kena rasuk sebab waktu tu jugak, benda-benda tu bersuara. Suara yang sangat bising, sangat kuat, hingga hampir membuatkan aku menjerit , dan sekiranya kalau aku menjerit sudah tentu aku akan hysteria, tak pun memang confirm kena rasuk, bayangkan masa tu pukol 3.30 pagi, siapa ja nak tolong aku time tu, silap-silap orang lain pun ingat diorang bermimpi dan taka da sesiapa pun yang tolong aku . Alhamdulillah ibu pun setuju nak tidur dekat bawah sebab ibu pun tak boleh nak tidur .
Gangguan itu tidak berakhir walaupun aku turun ke tingkat bawah, dia masih mengganggu aku ketika aku cuba menyiapkan assignment aku. Bukan tak nak tidur tapi tak boleh nak tidur ,aku jadi takut sangat-sangat. Ya jin tidak boleh m******h kita, tetapi jika kita terlalu takut,semua benda yang mengarut dan yang tak dijangka kita boleh lakukan tanpa berfikir.
Kisah seram ini mula hilang apabila ayah aku bangun dari tidur untuk bersiap pergi ke tempat kerjanya di kedah, waktu itu jam 5.10 pagi. Aku menceritakan cerita ini kepada ibuku, dan aku juga dapat mengenal pasti sebab benda tu kacau aku, yang pertama sebab aku tengah lemah, yang kedua sebab benda yang ada kat rumah kampung aku tu , dia tak suka orang lain tidur dekat bilik tu dan tempat yang aku tidur tu , tempat dia , dia jaga tempat tu.
Pengajaran yang aku dapat adalah walaupun kita rasa diri kita kuat, tapi kita sering terlupa bahawa Allah yang berkuasa seluruhnya. Aku bersyukur sebab Allah selamatkan aku daripada berlaku perkara yang tak diingini. Sekian , terpulang korang nak percaya atau tak, aku tak paksa cuma cerita ini memang sumpah memang jadi betul-betul terjadi dekat diri aku . WALLAHUALAM……
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
WOW……SERAM GILER WEY.
Bagus! cerita yang menarik. Keep it up. Tapi kurang berhantu…