Assalamualaikum para pembaca kisah seram Fiksyen Shasha. Terima kasih pada admin Fiksyen Shasha kalau la sudi siarkan kisah seram saya ni. Pada saya agak seram la. Kalau tak seram ampun tuanku. Hewhew!
Kisah ni berlaku sewaktu saya di Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam. Lama dah kisah ni, maybe dalam 15 tahun yang lepas. Haishhh. Nampak bebenor hakak sekarang dah tua. Kehkehkeh! Saya duduk hostel yang disediakan sekolah waktu tu. Hostel perempuan ada satu je. Siapa yang pernah bersekolah kat situ mesti tau. Hostel perempuan ni bukan macam bangunan sekolah tu. Tapi macam rumah bungalow pun ada gak. Seingat saya ada tiga tingkat. Setiap tingkat ada 3 dorm kalau tak silap. Satu dorm memuatkan lebih kurang 16 orang. Sorry la panjang pulak part tak penting ni. Orang kuat berceloteh memang macam ni. Okay skip!
Pada suatu malam ni, dah agak lewat jugak la dalam pukul 12 malam, budak2 senior & junior ni tengah bercerita pasal hantu dalam dorm. Saya memang jarang tido dorm sendiri, waktu tu saya tido kat dorm atas, bilik kawan2 baik saya. Tengah syok tido tiba2 kawan saya dari dorm sebelah (bawah), kejut saya dan bagitahu yang budak2 dorm saya histeria. Kelam kabut la mak turun berlari ke bawah. Mak aih, terkejut tengok ada budak junior saya yang kena rasuk tengah bersilat dengan salah seorang senior dorm saya jugak.
Majority budak bilik saya kena rasuk maunya tak panic. Budak2 lelaki pun dah ada kat dalam hostel kami. Ingat nak tolong tapi banyak yang usha rupanya. Berlari cari tudung oiiii. Ramai2 la kami panggil ustaz dan warden. Kami diarahkan untuk bawak budak2 yang dirasuk ke surau. Lepas tu surut la sikit. Kejadian ni berlaku berterusan agak lama. Dalam seminggu jugak la kes histeria ni. Paling teruk kena histeria waktu tu ialah junior kami, saya gelarkan dia Diana (haruslah bukan nama sebenar). Diana ni sangat cantik orangnya. Putih, flawless, comel, mata bulat. Muka ada macam mix omputeh sikit. Famous la adik sorang ni kat sekolah kami.
Esoknya bila dah surut, saya tanyalah pada budak2 junior dorm saya, apa yang jadi sebenarnya? Dorang pun cerita lah, waktu tengah2 syok bercerita hantu, tiba2 dorang dengar sayup2 bunyi loceng kuil. Tau kan? Ting ting ting tu. Mula2 sayup jauh je. Lama2 tu makin dekat dan diaorang nampak sekumpulan orang (memang ramai kata mereka) tembus masuk bilik dari tingkap bilik! Itu yang histeria berjemaah. Nasib la hakak tido dorm atas. Kalau tak, berjemaah la sekali. Wuwuwuwu!
Bila ustaz selidik punya selidik (interview dengan syaiton yang merasuk dalam badan Diana), rupanya salah satu syaiton (lebih kurang macam ketua la) berkenan sangat dengan si Diana ni. Kira macam dah fall in love la. Sebab tu benda tu masuk dalam badan Diana ni. Bila ditanya kenapa, sebab Diana ni tak sembahyang macam kami yang lain. Ermmm. Part ni saya taknak komen apa2 la. Tapi Diana ni memang banyak sangat masalah social. Memang paling liar dalam usia baru 16 tahun. Lebih saya tak nak cerita, mengaibkan pulak nanti. Harap2 sekarang dia dah tak macam dulu ye.
Waktu tu jugak la ada sorang junior saya ni saya gelarkan Timah (bukan nama sebenar juga) memang ada kelebihan boleh nampak makhluk2 halussss ni. Seram oi tengah lepak sembang2 dia boleh pulak bagitau yang benda tu tengah melepak baring atas katil. Lepastu dia cakap adik kecil (usia dalam 5 tahun katanya) jejaka kemaruk cinta Diana tu tengah duduk belakang kawan kami yang tengah meniarap. Kau rasa? Wuwuwu lagi sekali wei. Nasib saya kuat semangat sikit. Sebab saya ni pun dari kecil boleh rasa kehadiran benda2 halus ni. Kalau muncul pun samar2 je, atau melalui mimpi. Tapi takde la nampak jelas macam si Timah ni. Mintak dijauhkan.
Apa yang si Timah ni cerita, dia kata budak kecil ni baik, tak macam abang dia. Pernah sekali time tengah histeria, si Timah ni cakap kat budak kecil ni suruh dia pergi surau sebab kat surau ada jin Islam yang akan bantu Islamkan dia. Wallahualam. Tapi tiap kali si Timah ni sembang dengan budak kecil ni, memang seram bak ang la sebab kami ni tak nampak apa2. Nampak Timah ni cakap sorang2 je. Sepanjang seminggu histeria tu memang sangat memenatkan. Bayangkan la, waktu siang kami semua kat kelas masing2. Tiba2 ada junior serbu kelas saya cakap “Akak! Diana kena rasuk lagi. Akak tolong datang bilik sakit sekarang!”. Hari2 wei. Sebab saya di antara ramai2 dalam dorm yang agak berani nak handle budak histeria. Ye la, kang lemah semangat tak pasal join sekali histeria. Huahua.
Sampai je bilik sakit memang dah ada ustaz dari luar dijemput untuk bantu kami. Waktu tu ada dua pelajar yang dirasuk tapi mereka diam je tak bercakap. Saya dan rakan diminta untuk jaga mereka seketika dan diberi air yassin. Mula2 tu kelakar la jugak, sebab si Diana ni tiba2 mintak nak makan pisang. Hahahaha! Pehal dik kau nak pisang. Celah mana hakak nak cari. Si Diana ni cakap, “Aku suka makan pisang. Aku nak pisang”. Kami boleh layankan aje. Cakap pisang takde dik. Lama sikit tu tiba2 Diana ni nangis. Ahh sudah. Dia panggil, “Akak, tolong Diana. Diana penat kak.” Untuk pengetahuan, Diana ni memang paling rapat dengan saya. Apa semua rahsia dia saya tahu. Jadi dia memang selalu mengadu dan menangis dekat saya. Kira adik angkat la ni. Lepas tu kami soal2 dia, cikgu pun kata Diana dah okay.
Saya pun bawak la si Diana ni pergi kantin kesian dia tak jamah apa2 lagi. Tengah2 dalam perjalanan ni saya tengok dia ni pelik semacam. Diam, mata tak kedip, pandang straight je. Macam patung tapi menyeramkan. Saya pimpin dia suruh duduk kat bangku kantin. Memang macam patung la ikut je kata. Tapi bila saya suruh dia minum air yassin tadi, die buat taktahu. Dia pandang ke depan je tak kelip2. Saya sumbat air yassin dalam mulut dia, dia kemam babe! Memang tak lalu la air tu dalam mulut dia. Pandai kan benda alah ni! Naik angin time tu memang rasa dipermainkan. Rupanya2 benda tu berlakon je. Nyaris tertampar budak ni. Saya marah, “Kau ni permainkan aku ye?? Kurang ajar betul! Meh sini aku bawak kau balik bilik sakit kau hadap la ustaz tu”. Nasib dia tak balas apa2 wei. Ikut je balik bilik sakit. Kehkehkeh!
Alhamdulillah lepas seminggu dah takda histeria and ustaz dipanggil untuk pagarkan satu sekolah tu. Ye la, sekolah2 memang ada makhluk halus. Lepas pagarkan tu, takda dah kejadian seteruk tu. Ada la yang nampak pocong time balik dari aktiviti sekolah. Ada nampak pontianak. Ada budak2 lelaki nakal pakai telekung mana entah rembat nak takutkan budak perempuan pun ada jugak. Sekali kena kejar dengan pocong sebenar. Padan muka! Kahkahkah!
Okay la habis la cerita setakat ini je yer. Sorry la panjang tapi xseram mana. Ada lagi cerita lagi seram tapi hakak tak mampu dik nak menaip guna henpon ni. Terima kasih. Assalamualaikum.
The Cat Lady?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bunyik loceng kuil ekk…
Hmmm…
Mesti jejaka yg berkenan tu ensem ala2 industan…
Pandaaaaiii…
Milih nk yg lawo muke mix2…
G ar pilih King Coco…
She has a looootttt of mix…
Lg gereekkkk tau…
Teringat plak zmn sek dulu. Sama la kiter kena jg budak kena histeria.Lgpun akak ms tu pen. Kapten asrama. B kata ust benda tu ikut dr kg dia. Bgn pg ibu kaki junior akak jd biru
.
Gigih sungguh taip dr Henpon kak oi 😀 apa2 pin, cerita mmg Best 🙂
aku tak pernah suka citer based dia asrama sekolah kem plkn .. bosan.. jadi skip saje cite kau ni..