Dic4bul Lembaga Hitam

INI KISAH HIDUPKU

Namaku Leeya, ini kisah hidupku yang tak pernah aku ceritakan pada sesiapa termasuk suamiku. Selain ibuku yang menyaksikan kepahitan dan kesengsaraan hidupku aku tidak pernah berkongsi lagi kepada sesiapa kerana bimbang dikatakan gila.

Sungguh tidak kusangka bahawa ramai yang alami nasib seperti ku. Aku baru sahaja aktif di facebook 3 minggu dan terbaca page Fiksyen Shasha dan terjumpa fb Kak Dee Edot dan dia suka kongsikan link penulis memudahkan aku membaca. Satu persatu aku membaca dan yess aku alami kisah mistik seperti anda juga.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang berantakan. Ayahku seorang bekas askar dan mempunyai pangkat yang tinggi juga semasa berkhidmat. Ibuku, Ratna Dewi, seorang warganegara Indonesia dan bekas model di sana. Selepas berkahwin ibuku meninggalkan dunia modelling dan berhijrah mengikut ayahku.

Dipendekkan cerita, kisahnya bermula begini. Ketika usiaku remaja Ayah dan ibuku berpisah namun tidak bercerai. Ibuku meninggalkan ayah tanpa sebarang kata. Ayah meneruskan kehidupan selepas berpencen dan masanya lebih banyak dihabiskan berkebun. Aku dan ayah tidak mesra. Aku diberi duit belanja dan apa sahaja yg aku inginkan, tapi tidak kasih sayang. Masaku banyak dihabiskan di dalam bilik sahaja selepas waktu persekolahan. Orang gaji kami, Mak Nab, lebih banyak memberikan perhatian kepadaku. Sehinggalah suatu hari, aku demam dan tidak boleh bangun.

Dalam samar samar cahaya lampu, aku melihat susuk tubuh seseorang menghampiriku. Aku cuma melihat bayangnya sahaja. Kepalaku terasa berat. Lembaga itu menahan kedua tanganku sehingga aku tidak dapat mengerakkan badanku. Kakiku ditindih. Aku tidak mampu bersuara atau menjerit. Aku menutup kedua mataku apabila lembaga itu mendekatkan mukanya ke arah mukaku.

Aku tidak mampu berbuat apa apa. Segala surah aku baca. Tapi tidak berhasil. Lembaga itu seperti mahu menodaiku, aku membuka mata dan kulihat wajahnya.

Ayahhhhhhhhhhhh, aku terkesima. Air mataku mencurah curah. Bau busuk menerpa hidungku. Dan tiba tiba satu lembaga lain muncul dan menendang makhluk yang cuba menodaiku. Makhluk yang berupa ayahku itu hilang lesap seperti gumpalan asap.

” kamu tidak apa apa wahai puteriku. Lelaki itu bersuara. Senyumnya sinis.

Aku menangis semahunya dan menjerit memanggil Mak Nab.

Pintu bilikku diketuk dan ditendang dari luar. Ayahku menerpa kearahku. Mak Nab pula masuk dan memelukku

” kenapa leeya? Ayahku menarik selimut yang menyelimutiku.

” Jangan ayah, ayah jahatt nak perkosa leeya”. Aku jerit sekuatnya kepada ayah.

” Apa leeya cakap ni? Leeya mimpi!!

” Ayah didapur bersama Mak Nab leeya”. Mak Nab pula mengosok belakang ku cuba memenangkanku.

” Habis tadi makhkuk apa ayah. Muka macam ayah tapi ghaib macam tu je “.

Ayahku bangun dan berlalu pergi dengan wajah bengis. Air mataku tumpah lagi. Sejak kejadian itu aku demam 2 minggu. Kelibat seseorang selalu berlegar legar didalam dibilikku. Mak Nab mengajarku beberapa surah untuk aku amalkan sebelum tidur agar tiada gangguan mengangguku.

Sehingga satu malam aku bermimpi didatangi lelaki yang menyelamatkanku.

” Wahai puteriku, aku Airit penjagamu. Jangan khuatir aku akan melindungimu dari makhluk durjana itu. Jika kau inginkan pertolonganku. Seru sahaja namaku “.

Kemudian dia berlalu pergi dan aku terjaga. Jam menunjukkan pukul 4am. Aku bangun mengambil wudhuk dan solat taubat dan tahajud.

Selesai solat aku membaca buku kerana peperiksaan sudah semakin hampir. Entah kenapa fikiranku kusut dan serabut. Perlu ke aku beritahu kepada ayah tentang mimpiku.

” Airit, siapa kau. Peliknya nama kau”. Aku tersenyum. Wajahnya yang tampan menarik perhatianku.

Aku terasa diriku diperhatikan. Aku menoleh kebelakang. Airit duduk dikerusi berhampiran pintu bilik. Aku terkejut dan berlari kehujung almari dan bersembunyi situ.

” wahai puteriku, jangan kau takut akan kehadiranku. Aku berniat baik kepadamu”

Aku bangun kembali dan berdiri. Berjalan perlahan dan berhadapan dengannya. Aku perlu tahu siapa dia.

” kau siapa? Adakah kau hantu!!

Yes benar beginila aku tanya dia sehingga dia ketawa besar. Aku baling buku yang diatas meja. Bagi aku mustahil ada manusia seperti Airit. Muncul secara tetiba dan boleh masuk kedalam mimpiku. Atau dia syaitan yang mahu menyesatkan hamba Allah yang hina sepertiku.

#airit

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]
asma aleeya86

69 thoughts on “Dic4bul Lembaga Hitam”

  1. Aku tak kisah if kisah ni fiksyen or kisah benar. Tapi aku ada persoalan, adakah ni kisah benar? Better aku tunggu part seterusnya utk merungkai logik akal supaya dapat hadam pasal kisah ni. Apa pun, kisah ni menarik.

    Reply
  2. Lembaga tu kiranya ada dua yg bbeza la ye…
    Atau dua2 lembaga tu bkomplot..?

    Pendek sgt story nya… Roti canai pun x abis makan lagi…
    Haritu keropok yg x abis.. Huhuhuhuuu

    Tunggu sambungan baru boleh rate… Sambung lagi writer..

    Reply
  3. Aihh..ente penasaran sama ada kisah d atas cuma dongeng..coba ana jelasin panjang lebar..biar RC nggak menganggap kisah ana sebagai fiksyen..

    Reply
    • Aku ingat ko komen sendiri kt kisah ko. Ko menyoal kisah ko samada fisyen ke tak…kahkahkah

      biar RC nggak menganggap kisah ANA sebagai fiksyen
      Ayat ni buatkan aku fikir ko yg sent kisah ni.

      Reply
    • Ente cakap apa ni?
      Ini punya bahasa ‘arabb (tekan sikit huruf ain tu) macam itu cerita p.ramlee la..
      Ente punya fasal, ana sama naik feningg.. Feningg..
      ???

      Reply
      • Hahaha..bukan kemain aku kena kecam pasal benda nie..haha
        Aku pun naik fening juga dengan ayat aku lepas d betul kan ustazah..haha

        Reply
          • Ish..ana memang kaya nya sih belajar dari kesilapan..nggak akan silap lagi kok..ana jamin itu mbah syer..hahah
            Jangan main campak² ke laut dong..ana nggak pandei berenang..nggak apa kalau cik bunga pandei berenang sih..yah bole juga nolongin RC yang lemas..hahaha

          • Hahahaha ko da kenapa cakap indon plak… Da mcm tgk sinetron aku baca komen ko ni…

            Ya kalo nggak bisa berenang, mohon sama ibu peri suruh dibantuin.. Kalo tunggu bunga, mau nya mas RC tenggelam x timbul2.. Hahahaha

            *ke nak aku ajar berenang.. Nak blaja yg mana, cakap.. Kuak lentang, kupu2, bebas.. Huhuhuu

          • Test bahasa indon..hahaha
            Aihh..cakap x serupa bikin..syer pun bicara nya kayak indon..haha..ibu peri itu cuma dalam dongengan saja mbah syer..ana nggak percaya banget ibu peri tu..lahh..nggak apa deh kalau begitu..asal kan RC tenggelam nya dalam lubuk hati cik bunga..haha

            *RC nak belajar cara kupu²..(terbayang cara kupu² terbang)..hehe

          • Ahahaha dah stop cakap indon..
            Aku risau je ni kang takut mamat indon aim aku nk bawak lari pi lombok.. Naya aku…

            ahh kau.. Bebas pun x pas lagi nak blaja kupu² kehlehkeh

          • Aku risau lagi kalau Randy Panggali kubur yang nak bawa kau lari.. hahaha
            Kan syer juga yang suru pilih..ish³

          • Hahaha..tapi Randy Pangalila dah berpunya lah..syer cuba lah try dulu Randy Panggali kubur tu..single lagi tu..mana tahu sangkut..haha

  4. Cerita yg ringkas tp still bole faham.. Airit dah mcm kembar Ifrit da aku rasa.. Sambung cepat2 sbb aku nak tau full setori.. Mohon setori jgn pendek dan banyk sub sangat.. And nak tau ni fiksyen atau bukan?

    6/10

    Reply
  5. Sebenarnya itu adalah sihir Jawa. Ibumu yg menghantar jin jahat menyerupai ayahmu supaya kau membenci ayahmu. Airit juga bersekongkol dgn ibumu seolah2 menjadi penyelamatmu.. Sebab itu lah jin hitam itu kononnya tak sempat menodaimu kerana diselamatkan oleh Airit. Ini adalah rancangan ibumu sendiri kerana sebagai ibu, dia setentunya tidak membiarkan anaknya dinodai… Persoalannya, apakah teori ini benar?! Sama2lah kita menunggu sambungan kisah penglipur lara ini yg menjadi ‘misteri nusantara’…. Hahaha..Bwahahaha…(batuk)..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.