Dicabul Lembaga Hitam (part 2)

INI KISAH HIDUPKU

Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita Leeya. Aku baca semua komen. Ada yang siap “puih puih” lagi. Subhanallah… Biar aku jelaskan keadaan sebenar. Aku sebenarnya tidak pandai menulis. Namun aku cuba. Cerita yang aku tulis sebenarnya sangat panjang. Aku tulis menggunakan note di handphone.dan copy paste. Terus tekan send. Tapi tak tahu kenapa separuh je. Aku minta maaf. Aku sendiri baca pun ada banyak kesalahan. Aku akan detailskan sekali lagi kisah sebenar yang berlaku.

Ayahku, seorang askar pencen. Umurnya 67 tahun. Dan ibuku ratna sari berumur 47. Aku adalah anak tunggal. Tiada adik beradik lain. Mak aku mempunyai bisnes nya sendiri. Ayahku pula setelah pencen dia memang habiskan masa kemasjid, berkebun dibelakang rumah menanam cili, terung, timun. Aku dimana dan dibasuh oleh pembantu rumah bernama Mak Nab. Ayahku dan ibu sudah berpisah dua tahun lepas ketika aku sedang sibuk membuat persiapan utk peperiksaan spm. Ibu meninggalkan aku dan ayah tanpa sebarang pesan. Aku dan ibu ada berhubung setahun lepas dan katanya dia telah kembali keindonesia.Ada perkara yang harus diselesaikan.

Kisah aku dicabul makhluk hitam berlaku kira kira sebulan sebelum aku mengambil peperiksaan spm. Makhluk itu sebenarnya belaan arwah atok dan diambil oleh ayah. Aku tahu kisah ini daripada Mak Nab setelah aku desak Mak Nab ceritakan selepas aku ternampak Mak Nab menangis ditengking ayah seminggu selepas kejadian aku dicabul oleh lembaga hitam itu. Lembaga itu menyerupai ayah dan dia mula menganggu keluarga kami apabila ayah berusaha untuk membuang setan durjana itu.

Mak nab memulakan ceritanya.

Aku dalam kisah ini adalah Mak Nab

Namaku zainab berasal daripada indonesia. Sudah lama aku berkhidmat sebagai orang gaji dirumah orang kaya Marzuki. Marzuki mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Ratna Sari. Mereka dikurniakan anak setelah 18 tahun berkahwin. Aku mula bekerja ketika Bu Ratna melahirkan anaknya bernama Aleeya. Aleeya manja dengan aku dan baik orangnya. Sangat seiras wajahnya dengan Bu Ratna. Aku menjaga Aleeya dengan penuh kasih sayang. Aku sebenarnya kasihan pada Aleeya kerana ibu dan ayahnya sentiasa sibuk sehingga tiada masa menjaga Aleeya dengan baik. Tuan Marzuki bekerja sebagai askar. Mempunyai jawatan tinggi didalam pasukan askar ketika itu dan selalu tiada dirumah.

Keluarga ini menyimpan suatu rahsia yang tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa pun kerana aku selalu berada dirumah itu jadi apa yang berlaku semua dalam tanganku. Apabila ketiadaan ibu dan ayah Aleeya Akulah mengalas tugas sebagai ibu dan ayah kepada Aleeya. Keluarga ini mempunyai penjaga sebenarnya.Aku tahu hal ini apabila ayah kepada Tuan Marzuki meninggal dunia. Penjaga ini diambil kerana tiada siapa sanggup menerima kecuali Tuan Marzuki, mungkin kerana dia askar jadi dia menyatakan kesanggupan menerima.

Banyak kisah dan perkara menakutkan telah berlaku dirumah ini.Dan kerana inilah Bu Ratna meninggalkan keluarganya lalu pulang keindonesia walaupun Tuan Marzuki menghalang. Sebelum Bu Ratna pergi dia telah menitipkan pesan menjaga Aleeya dengan baik. Jangan sesekali biarkan dia seorang diri dirumah. Aku tidak tahu kenapa Bu Ratna berpesan seperti itu sehinggalah malam itu….

Aku dengan Tuan Marzuki sedang mengemas sayur sayur yang baru dipetik dikebun dibelakang rumah yang diusahakan nya sendirian. Sayur itu akan di edarkan kekedai kedai runcit sekitar kawasan sini sebelum tiba tiba aku mendengar Aleeya tiba tiba menjerit.katanya Tuan Marzuki ingin memperkosanya. Aku memang sangat terkejut dan menganggap Aleeya mungkin bermimpi. Selepas Aleeya tenang Tuan Marzuki keluar dari bilik. Aku perasan Tuan Marzuki kelihatan marah dan turun kedapur. Aku pula mengambil air asam jawa untuk jelum kepala Aleeya yang mula panas.

Ketika melalui bilik tidur Tuan Marzuki, aku mendengar teriakan Tuan Marzuki seperti memarahi seseorang.

” Aku sudah cakap pada kau jangan kau ganggu Aleeya, kalau kau degil aku akan hapuskan kau ”

Kemudian aku terdengar suara ketawa

” hahahhahahaahah, sudah aku katakan pada kau untuk tunaikan janji. Ratna sudah lama tiada. Aku perlukan seseorang ”

” Binatang kau, kalau kau apa apakan anak aku, kau akan terima balasannya ”

” okey, baiklah. Kau sudah ada penjaga baru untuk Anak kau dan kau tidak perlukan aku lagi? Kau janji yang kau tetap bersama denganku. Kau buang aku, keluarga kau akan binasa”.

” Aku tidak mahu lagi bersekutu dengan syaitan, untuk apa aku cari penjaga baru kalau kau sudah ada. Kau pun aku tidak mahu lagi ”

” hahahhahahaahahahahh”

Begitulah kiranya dialog Tuan Marzuki dan aku percaya itu adalah penjaga. Hatiku tidak tenteram jadi aku kebilik Aleeya. Aku berpesan padanya untuk amalkan membaca alquran dan solat sunat supaya syaitan dan iblis tidak mengacau dirinya.

Yang aku risaukan, lelaki bernama Airit yang Aleeya ceritakan kepada ku. Siapakah dia.Adakah itu penjaga Aleeya yang diambil Tuan Marzuki? Aku fikir Tuan Marzuki sudah berubah dan insaf.jadi aku harus berdepan dengan Tuan Marzuki bertanya sendiri tentang Airit.

Namun apabila aku bertanyakan tentang Airit, Tuan Marzuki tetiba mengamuk dan menengking aku. Aku bertanya dengan lemah lembut, cuba menyusun kata dengan cermat supaya majikan ku tidak tersinggung namun akhirnya kemarahan dia memuncak. Aku tahu Tuan Marzuki tertekan dan tidak berniat memarahi aku apalagi meninggikan suara.itu bukan sikap dia.

” Mak Nab kena tolong saya, penjaga sudah mula langgar perjanjian kerana tahu aku ingin membuangnya. Dia yang nganggu Aleeya Mak Nab. Siapa pula penjaga baru yang dimaksudkan Penjaga”.

Aku berharap Tuan Marzuki dpt selesaikan perkara ini dengan secepatnya.

” Tiada daya upaya kita tanpa pertolongan dari Allah Tuan. Dekatkan diri kepada nya dan bertaubatlah nasuha ” hanya itu yang mampu aku katakan.

………… tamat kisah Mak Nab…….

Itulah kisah Aku. Selepas kejadian itu dan kemunculan Airit, aku rasa selamat bahawa Airit telah berjanji untuk melindungi aku daripada Penjaga. Airit selalu datang ketika aku perlukan dia. Pada mulanya aku ingat dia hantu tapi katanya dia Jin Islam dari kalangan bunian. Aku pernah bermimpi ke rumah Airit dan berkenalan bersama keluarganya. Sangat Indah kehidupan disana. Aku fikir aku bermimpi dan bila aku ceritakan pada Mak Nab dia risau dab suruh aku selalu baca al quran. Jin dan syaitan takut kepada kalam Allah.

Namun lain pula dengan Airit, dia mengajarku ayat pelindung, beberapa surah alquran supaya aku tidak dinganggu penjaga. Dua tahun aku bersama Airit. Sehingga aku menjejakkan kaki ke universiti.
Kehidupan aku diuniversiti sangat mencabar kerana ketika ini ayahku telanh buang penjaga melaluo seorang ustaz. Penjaga mengacau aku diuniversiti. Setiap malam aku bermimpi ngeri sehingga aku trauma utk tidur. Airit pula sudah jarang bersama aku.jika aku perlu aku perlu panggil dia. Katanya dia ada urusan dikampungnya. Aku kadangkala menghadapi penjaga seorang diri. Dan aku percaya allah bersamaku.

Sehingga disini aku ceritakan. Part 3 aku akan ceritakan pengalaman ayah membuang penjaga, ibuku ratna dan siapa Airit sebenarnya. Terima kasih buat pembaca di FS yang budiman.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

asma aleeya86
Wanita tabah berjuang mencari cinta ilahi
rate (3.9 / 20)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

63 Comments on "Dicabul Lembaga Hitam (part 2)"

avatar
aida putri
rate :
     

Harap dapat dipanjangkan lagi ok awak. Bukan tak puas hati, cuma tak puas baca je hehe.

MatPoyo
rate :
     

Best…..hope part 3 nnti pnjng lah story nya

#Maira
rate :
     

Asma Aleeya… teruskan menghantar cerita ye. Kena kecam tu biasalah awak. Mereka tak duduk dalam situasi kita mereka takkan faham. Harap bertabahlah ye..

6/10 untuk cerita ni.

Ratu
rate :
     

Sambung sepantas yg boleh… nice

Manchego
rate :
     

.

minuman hahhahaha
rate :
     

Ni Airit sy teringatkan Adit watak hero dalam drama Dia yg dilakonkan irwansyah…kkk

Zahra Rizqika
rate :
     

Eh, OK sangat cara penulisan dan penyampaian kau dik.

Budak Biasa
rate :
     

Okay…nanti sambung lagi okay! Tak puas baca ni.

Si Gemuk Pendek
rate :
     

.

wpDiscuz