Dicabul Lembaga Hitam

INI KISAH HIDUPKU

Namaku Leeya, ini kisah hidupku yang tak pernah aku ceritakan pada sesiapa termasuk suamiku. Selain ibuku yang menyaksikan kepahitan dan kesengsaraan hidupku aku tidak pernah berkongsi lagi kepada sesiapa kerana bimbang dikatakan gila.

Sungguh tidak kusangka bahawa ramai yang alami nasib seperti ku. Aku baru sahaja aktif di facebook 3 minggu dan terbaca page Fiksyen Shasha dan terjumpa fb Kak Dee Edot dan dia suka kongsikan link penulis memudahkan aku membaca. Satu persatu aku membaca dan yess aku alami kisah mistik seperti anda juga.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang berantakan. Ayahku seorang bekas askar dan mempunyai pangkat yang tinggi juga semasa berkhidmat. Ibuku, Ratna Dewi, seorang warganegara Indonesia dan bekas model di sana. Selepas berkahwin ibuku meninggalkan dunia modelling dan berhijrah mengikut ayahku.

Dipendekkan cerita, kisahnya bermula begini. Ketika usiaku remaja Ayah dan ibuku berpisah namun tidak bercerai. Ibuku meninggalkan ayah tanpa sebarang kata. Ayah meneruskan kehidupan selepas berpencen dan masanya lebih banyak dihabiskan berkebun. Aku dan ayah tidak mesra. Aku diberi duit belanja dan apa sahaja yg aku inginkan, tapi tidak kasih sayang. Masaku banyak dihabiskan di dalam bilik sahaja selepas waktu persekolahan. Orang gaji kami, Mak Nab, lebih banyak memberikan perhatian kepadaku. Sehinggalah suatu hari, aku demam dan tidak boleh bangun.

Dalam samar samar cahaya lampu, aku melihat susuk tubuh seseorang menghampiriku. Aku cuma melihat bayangnya sahaja. Kepalaku terasa berat. Lembaga itu menahan kedua tanganku sehingga aku tidak dapat mengerakkan badanku. Kakiku ditindih. Aku tidak mampu bersuara atau menjerit. Aku menutup kedua mataku apabila lembaga itu mendekatkan mukanya ke arah mukaku.

Aku tidak mampu berbuat apa apa. Segala surah aku baca. Tapi tidak berhasil. Lembaga itu seperti mahu menodaiku, aku membuka mata dan kulihat wajahnya.

Ayahhhhhhhhhhhh, aku terkesima. Air mataku mencurah curah. Bau busuk menerpa hidungku. Dan tiba tiba satu lembaga lain muncul dan menendang makhluk yang cuba menodaiku. Makhluk yang berupa ayahku itu hilang lesap seperti gumpalan asap.

” kamu tidak apa apa wahai puteriku. Lelaki itu bersuara. Senyumnya sinis.

Aku menangis semahunya dan menjerit memanggil Mak Nab.

Pintu bilikku diketuk dan ditendang dari luar. Ayahku menerpa kearahku. Mak Nab pula masuk dan memelukku

” kenapa leeya? Ayahku menarik selimut yang menyelimutiku.

” Jangan ayah, ayah jahatt nak perkosa leeya”. Aku jerit sekuatnya kepada ayah.

” Apa leeya cakap ni? Leeya mimpi!!

” Ayah didapur bersama Mak Nab leeya”. Mak Nab pula mengosok belakang ku cuba memenangkanku.

” Habis tadi makhkuk apa ayah. Muka macam ayah tapi ghaib macam tu je “.

Ayahku bangun dan berlalu pergi dengan wajah bengis. Air mataku tumpah lagi. Sejak kejadian itu aku demam 2 minggu. Kelibat seseorang selalu berlegar legar didalam dibilikku. Mak Nab mengajarku beberapa surah untuk aku amalkan sebelum tidur agar tiada gangguan mengangguku.

Sehingga satu malam aku bermimpi didatangi lelaki yang menyelamatkanku.

” Wahai puteriku, aku Airit penjagamu. Jangan khuatir aku akan melindungimu dari makhluk durjana itu. Jika kau inginkan pertolonganku. Seru sahaja namaku “.

Kemudian dia berlalu pergi dan aku terjaga. Jam menunjukkan pukul 4am. Aku bangun mengambil wudhuk dan solat taubat dan tahajud.

Selesai solat aku membaca buku kerana peperiksaan sudah semakin hampir. Entah kenapa fikiranku kusut dan serabut. Perlu ke aku beritahu kepada ayah tentang mimpiku.

” Airit, siapa kau. Peliknya nama kau”. Aku tersenyum. Wajahnya yang tampan menarik perhatianku.

Aku terasa diriku diperhatikan. Aku menoleh kebelakang. Airit duduk dikerusi berhampiran pintu bilik. Aku terkejut dan berlari kehujung almari dan bersembunyi situ.

” wahai puteriku, jangan kau takut akan kehadiranku. Aku berniat baik kepadamu”

Aku bangun kembali dan berdiri. Berjalan perlahan dan berhadapan dengannya. Aku perlu tahu siapa dia.

” kau siapa? Adakah kau hantu!!

Yes benar beginila aku tanya dia sehingga dia ketawa besar. Aku baling buku yang diatas meja. Bagi aku mustahil ada manusia seperti Airit. Muncul secara tetiba dan boleh masuk kedalam mimpiku. Atau dia syaitan yang mahu menyesatkan hamba Allah yang hina sepertiku.

#airit

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

asma aleeya86
Wanita tabah berjuang mencari cinta ilahi
rate (3.39 / 23)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

65 Comments on "Dicabul Lembaga Hitam"

avatar
cik ann
rate :
     

pendek sgt. tolong smbung cepat. nak thu siapa Airit.

hemoh-hemoh
rate :
     

tergantung .. habiskanlaaa

Si gemuk

👍

Si Gemuk Pendek

👍

wpDiscuz