Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca fiksyen shasha. Terima kasih kerana menyiarkan kisah saya ini.
Saya khairul.
Saya berkerja sebagai reception di salah sebuah hotel di ipoh perak. Kisah ini terjadi ketika saya bekerja shiff malam. Pada jam 12 malam, cafe di sebelah siap untuk closing. Macam biasa. Tinggal aku seorang yang bekerja pada malam itu. Keadaan sama seperti kebiasaan. Tetapi malam itu, tetiba lain dari kebiasaannya.
Jam menunjukkan tepat pukul 2.00 pagi. Keadaan di sekitar hotel sunyi sepi. Hanya ada 2 atau 3 kereta sahaja yang lalu lalang di jalan raya. Saya macam biasa melayan lagu sambil2 itu saya menyiapkan report untuk submit ke office pada jam 6.00 pagi nanti.
Setelah kerja semua siap. Saya melayan movie lama dalam youtube. Ketika asyik melayan movie. Tiba-tiba kedengaran bunyi orang melepak bersembang di cafe sebelah. Bunyi agak riuh juga. Dengan gelak tawa yg terlalu kuat, saya mahu saja nak tegur supaya senyap sikit. Jam ketika itu sudah pun menunjukkan pukul 3.00 pagi. Tiba2 saya berasa tidak sedap hati dan masa itu juga saya kehairanan kerana waktu2 begini masih ada orang melepak lagi kat cafe sedangkan cafe sudah tutup. Suara orang-orang di sebelah cafe masih kedengaran. Saya cuna untuk lihat sahaja mereka di cctv. Apa yang memeranjatkan saya, TIADA SEORANG PUN DI CAFE SEBELAH DAN BUNYI BISING ITU TIBA2 BERHENTI SERENTAK! SUNYI SEPI.
Ketika itu bulu roma saya meremang. Ya Allah! Apa yang aku dengar tu bukan suara manusia. Tapi suara makluk halus. Saya jadi tergamam dan berdiri kaku beberapa saat. Saya istigfar banyak2 dan membaca surah2 yang saya ingat. Alhamdulillah. Saya menarik nafas lega kerana gangguan bunyi itu tidak berterusan dan terlalu lama. Pernah juga saya mengalami perkara-perkara aneh pada hari-hari lain dimana, pintu lift terbuka dengan sendirinya padahal tiada orang pun didalam. Ada juga saya terperasan seperti ada banyangan orang berdiri tegak di tengah2 koridor. Bila diperhatikan sekali lagi. Tiada siapa pun disitu. Tapi saya buat tak endah sahaja kadang2 rasa seram juga. Tetapi ianya tidak terlalu kerap saya diganggu.
Saya bercerita dengan staff yang lain. Apa yg mengejutkan Bukan saya seorang sahaja yang kena ganggu. Staff2 housekeeping lagi teruk kena ganggu. Bunyi macam tak percaya sebab mereka berkerja waktu siang sahaja. Takkan waktu siang pun kena ganggu. Ini antara pengalaman mereka.
Ada seorang staff housekeeping lelaki mahu solat asar di salah sebuah bilik yang tiada orang. Bilik itu terletak dihujung sekali. Ketika dia mengambil wuduk, tiba2 akses kad melantun keluar dari akses suis elektrik dan lampu pun terpadam. Dia terkejut dan fikir siapa yang nak buat macam tu padahal dia seorang sahaja dalam bilik itu. Kemudian dia solat seperti biasa. Ketika di rakaat yang terakhir dia terasa seperti ada seseorang sedang perhatikan dia sedang solat. Dia buat tak tahu sahaja. Selesai beri salam, alangkah terkejutnya dia, SESUSUK TUBUH LEMBAGA HITAM SEDANG BERDIRI DIBUCU DINDING SEDANG PERHATIKAN DIA! Dia kemudian kelam kabut keluar dari bilik itu. Esoknya staf housekeeping tu demam dua hari.
Ni pengalaman staff houseekping perempuan yang diceritakan kepada saya. Ketika dia mengemas bilik jenis family di tingkat dua, dia dapat call dari kaunter reception. Bila dia jawab panggilan tu, tiada sesiapa pun yang jawab. Kemudian telefon bilik tu berbunyi lagi. Dia jawab panggilan dan skali lagi tiada sesiapa yang jawab. Berang dengan keadaan itu dia kemudian inform reception melalui walkie talkie kerana dia ingat kami mahu main-mainkan dia. Tetapi yang menghairankan dia, staff reception tidak menelefon ke bilik yang die kemas itu. Dan pada masa itu juga dia ternampak SESUSUK TUBUH LEMBAGA HITAM SEDANG DUDUK DI ATAS KATIL. Dia yang terkejut terus meluru keluar dari bilik itu. Sejak dari itu kalau nak kemas bilik tingkat dua, mesti kena berteman.
Itu lah pengalaman2 yang di ceritakan oleh staf2 housekeeping kepada saya. Nasihat saya pada mereka juga. Kita buat je kerja kita, insyaallah mereka pun tak kacau kita dan kami masih lagi berkerja di hotel tersebut.
Sekian.
hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Ini kes hantu mengusik pekerja-pekerja hotel.
Wajib difahami, hantu memang seronok datang bertandang di hotel!
Kenapa hantu seronok datang bertandang di hotel?
Jawapannya, hotel tidak sentiasa dihuni oleh manusia kerana itulah, hantu seronok datang bertandang di hotel.
Contoh paling mudah, sebuah hotel yang terpacak di tengah-tengah Kolumpo ada 100 bilik, mustahil 100 bilik ini kesemuanya dihuni oleh manusia selama setahun, selama setahun seterusnya, selama setahun seterusnya (sentiasa dihuni oleh manusia sepanjang-panjang tahun).
Justeru, daripada 100 bilik ini, tidak mustahil 10 bilik memang sudah dihuni oleh hantu.
Walaupun hotel 100 bilik terpacak di tengah-tengah Kolumpo di zaman telefon pintar, 10 bilik memang sudah menjadi hak milik kekal, dihuni oleh hantu tanpa dikenakan sebarang caj bayaran.
Kalau ada benggolan yang tidak percaya kepada fakta yang aku tulis ini!
Bolehlah benggolan itu memasang niat suci lagi murni, pergilah menunaikan solat sunat dua rakaat di waktu tengah-tengah malam di dalam bilik hotel yang memang ada hantu.
Cekalkan semangat, lakukan sesorang solat sunat dua rakaat di bilik yang ada hantu!
Jangan risau niat baik (solat sunat dua rakaat) hantu takkan kacau, hantu cuma mencangkung tengok jer!
P·S: Dalam rakaman berkongsi cerita-cerita seram oleh DJ KC (orang Singapura); DJ KC sendiri mengaku, di saat dirinya menunaikan solat di dalam bilik hotel, memang terasa ada makhluk seram sedang memerhati dirinya mendirikan solat. DJ KC mengaku lagi, solat di rumah okay jer takde rasa seram tapi, mendirikan solat di dalam bilik hotel tiba-tiba, datang rasa seram dan meremang semacam.