Diganggu ‘Hantu Kunci’, IPTA di Bangi

Salam, semua. First time aku menulis di sini. Terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan kisahku yang terjadi sewaktu aku menuntut di sebuah IPTA di Bangi. Rasanya korang dah boleh agak IPTA yang mana satu kan?

Anyway, aku first year student waktu tu. Freshie yang tersangat la fresh nyer. Saham tinggi lagi. Red spot la katakan.

Semua first year student memang wajib duduk kolej kediaman. Time tu depa panggil kamsis. Sekarang tak tau la pulak dipanggil apa. Dah berbelas tahun pun citer ni. Sewaktu semester pertama aku tak pernah diganggu, walaupun macam-macam citer misteri aku dengar daripada student-student senior pasal IPTA kami tu. Tapi, bila masuk jer semester kedua, ha…jeng jeng jeng…

Ada satu malam, roommate aku yang sorang ni pergi tidur kat rumah kawan dia di Sungai Merab. Nak siapkan projek berkumpulan rasanya. So malam tu aku tinggal la sensorang dalam bilik, layan novel mills&boon (takde mood nak study, baru lepas tau crush dah ada awek, cis!). Abih baca novel, tau-tau jer dah pukul 12 lebih. Berat pulak mata ni, ngantuk siut.

Aku ni pulak, tiap-tiap malam sebelum tidur mesti kena pergi toilet, buang air kecik. Kalo tak, tengah sedap tidur boleh terjaga, nak terkencing punya pasal. Aku keluar bilik, corridor lengang, sunyi sepi. Awal tadi riuh gak dengar suara student lain, tapi semasing dah lena dibuai mimpi kut. Aku jer yang gigih baca novel sampai dinihari. Kalau ikutkan, seram ah nak gi toilet sensorang. Tapi pergi jugak la. Takkan nak kencing dalam baldi?

Dengan acah-acah berani, aku berjalan ke toilet di hujung corridor. Belah kanan ada ruang basuh kain, memang sah takde orang. Gelap jer.

Masih control perasaan, aku masuk stall toilet paling dekat, buat apa yang patut. Baru jer nak keluar, aku terdengar satu bunyi pelik. Korang pernah dengar tak bunyi segugus anak kunci yang bergesel-gesel antara satu sama lain? Ha, camtu la bunyinya..

Darahku mula berderau. Dari mana pulak datangnya bunyi tu? Aku keluar dari toilet, dan terus memecut laju balik ke bilik. Aku kunci pintu, lompat atas katil, dan tekup bantal atas kepala. Lampu aku biarkan terpasang. Kalau gelap karang, lagi bikin seram jer. Mungkin dah terlampau mengantuk, aku terlena serta merta.

Tapi malangnya nasib, Tak lama lepas tu, aku terjaga semula bila sayup-sayup dengar bunyi ganjil tu kembali. Makin lama, makin kuat sampai nyaring bangat di telinga. Aku tekup bantal sekuat-kuatnya, tapi bunyi kunci berlaga itu bertambah kuat. Allahu akbar. Gangguan jenis apakah ini?

Macam-macam ayat Quran aku baca. Mula-mula dalam hati. Dek bunyi tu masih ada, aku start baca kuat-kuat, dah macam kat pertandingan musabaqah pulak. Pada waktu yang sama, aku rasa ada benda yang cuba himpit aku, tapi aku tak berani nak tengok bagaimana rupanya, so aku pejam mata rapat-rapat.

Terasa tilamku masuk ke dalam, menandakan ada seseorang baring diatasnya. Takkanlah benda tu pula ikut baring? Bunyi kunci bergesel satu sama lain terus kedengaran.

Lama gak aku bergelut dengan benda tu. Nak melolong aku dibuatnya, tapi aku tahankan diri dan kuatkan semangat. Lama kelamaan, bunyi itu makin perlahan dan sayup dan terus hilang. Benda yang nak himpit aku tu pun tetiba pergi, dan badan rasa ringan macam biasa.

Aku tak tahu bila masa aku terlena balik, tau-tau jer aku terjaga bila dengar bunyi azan subuh berkumandang dari masjid kampus. Siang tu, aku terkejut bila nampak lumpur berlumuran di dalam bilik, seakan bekas tapak kaki seseorang. Dari pintu menghala ke katilku. Takkanlah aku yang  terpijak lumpur tu? Aku lekas-lekas bersihkan dengan rasa seram yang amat.

Bila aku ceritakan apa yang berlaku pada akak-akak senior di kediaman yang sama, mereka cuma senyum.

“Hantu kunci,” pendek jer diorang cakap.

Aku terlopong. “Hantu kunci? Hantu macam tu pun ada ka?”

Mereka beritahu aku, sebelum ni ada di antara mereka yang dah terkena. Mereka tak tahu apa punca nya dan bila ia bermula. Tapi hantu kunci tu memang suka kacau student di kamsis tu, especially yang tidur sensorang.

Ada juga yang cakap, sebenarnya, bunyi tu adalah bunyi pontianak ataupun langsuir, yang sedang berdesing seakan bunyi kunci berlaga satu sama lain.

Sejak kejadian tu, aku tak pernah tidur keseorangan dalam bilik lagi. Kalau roommate aku takde, aku akan tumpang tidur di bilik member lain. Waktu aku di tahun kedua, aku kena keluar dari kamsis dan tinggal di rumah sewa.

Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mas (bukan nama sebenar)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Diganggu ‘Hantu Kunci’, IPTA di Bangi”

    • Saya kena dkt KDO.. Kena hempap dgn benda berkepala 3..puncanye..gatal beraroma terapi dlm bilik, knon nk wangikan bilik.. Pdan muka aku.. 🤣

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.