Diganggu “Nenek Kebayan”

Hai Assalamualaikum terima kasih pada Fiksyen Shasya sebab sudi siarkan cerita aku ni , sebenarnya banyak juga pengalaman mistik aku yg aku lalui tapi aku pilih dulu untuk share tentang pengalaman ni.

Kisah ni bermula waktu aku di tingkatan 3, sekarang umur ku sudah menjangkau 20an. Pada suatu malam nak dijadikan cerita, aku ni tidur dengan kakak aku tapi katilnya asing. Kakak aku ni katil besar yg aku ni dapat katil bujang kecik je. Alasan dia sebab dia kakak dan aku adik. Aku pun ye kan jelah sebab malas nak berebut dan ambik port hal macam tu. Pada satu malam,  kakak aku tidur awal dan jam masa tu menunjukkan tepat 11:45 malam. Aku yg baru masuk ke bilik mula membaringkan diri dan pejam mata konon konon nak tidur tapi tulah tak terlelap. Hairan sungguh , biasanya aku ni jenis letak ja kepala lena teruihhh. Tapi malam tu aku tgok jam dekat phone aku dah dekat pukul 1 pagi dan aku belum juga rasa nak terlena walaupun aku dah pejamkan mata.

Tiba tiba dalam keadaan aku baru je nak terlena, konon konon khayal lah dah nak tidur dah mata pun dah layu, mata aku tiba tiba ternampak satu susuk tubuh dihujung katil aku. Aku cuba amati betul betul dan mula membukakan mata aku. Alangkah terkejutnya aku bila dapati susuk tubuh tu merupakan seorang perempuan tua atau erti kata lain “nenek kebayan”.  Aku dengan pantas memejamkan mata serapatnya dan tangan aku menggeletar menggenggam kain selimutku. mujur aku tak terkucil ketakutan. Aku nak baca surah tapi aku tak ingat apa langsung yg mampu aku sebut hanyalah ALLAHUAKHBAR YA ALLAH BANTU AKU JAUHKAN BENDA ITU DARI AKU.. Aku mula rasa kaku dan terasa badan teramat berat dan tak dapat bergerak. Peluhku mula bercucuran dan membasahi tilamku. Aku cuba nak jerit panggil kakak aku tapi suara ku seolah tersekat di rongga. Aku membuka mata ku perlahan , dengan bukaan yg kecil aku masih nampak “benda” tu ada dekat hujung katil aku. Aku takut nak mampus.

Tiba tiba aku rasakan angin kuat ditepi telinga ku, aku pejam mata rapat . Bau busuk mula menjengah. Nak loya aku rasa time tu. Bulu roma ku meremang. Angin tadi masih ada , aku dengan hati yg kental berbekalkan kalam ‘Allahuakhbar’ membukakan mata aku dan menoleh ke arah katil kakak aku. Saat ini aku sangat terkejut dan ketakutan kerana ku lihat seolah-olah ada dinding hitam yg menutupi katil kakak aku cuba memisahkan kami. Aku makin takut. Aku lafazkan ucapan Bismillah dan Allahuakhbar, tapi aku terdengar suara benda tu cakap “ikut aku jangan kejutkan mak kamu”. Aku tak tahu dia nak suruh aku ikut pergi mana tapi berani pulak aku jawab “aku tak nak. Jangan kacau , Allahuakhbar!” Kali ni suara aku betul-betul keluar dari rongga , “Benda” tersebut hilang dari pandangan. Bulu roma aku yang tadi berdiri tegak mulai turun perlahan-lahan. Aku menghela nafas lega .

Dengan pantas aku bangunlalu membuka lampu dan pindah tidur atas katil dengan kakak aku. Keesokkan paginya kakak aku terkejut macam mana aku boleh tidur dengan dia dalam keadaan lampu terbuka. Aku tak ceritakan apa yg terjadi pada aku sebab risau kakak aku akan takut. Aku juga tak mahu nanti dikata penipu.  Aku rahsiakan hal ini dari keluarga aku , cukup aku yg tahu . Dasar “nenek kebayan”, malam malam buta ajak aku berjalan.  kalau pi shopping ka takpa jugak .

Hanya Itu sahaja cerita aku. Nantikan aku post lagi pengalaman aku yg seterusnya . terima kasih Assalamualaikum

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.2]
Wawa

1 thought on “Diganggu “Nenek Kebayan””

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.