Diganggu Perempuan Tua

Kejadian ni bermula awal tahun 2004, masa tu aku tinggal kt umh ibu tiri aku di rumah setinggan Bukit Lanjan. Memandangkan aku masih belum terima apa2 tawaran pkerjaan, aku terima pelawaan ibu tiri aku utk bantu dia berniaga dgn keizinan mak kandung aku.

Pada awalnye tiada apa2 kejadian pelik yg berlaku. Sehinggalah pada suatu malam masa tgh tidur (sebilik dgn adik) aku bermimpi didatangi seorang perempuan tua berambut putih bersanggol dan berbaju putih yg lusuh.

Aku tak dapat melihat wajah perempuan tua itu kerana wajahnya ditutupi rambut depannya yg menggerbang. Kami berbual mesra smbil ketawa terbahak2. Serentak itu aku terjaga dari tidur lalu bangun duduk sambil mngucapkan ‘astaghfirullah al-aziim’ sebanyak 3x. Sebelum ni aku slalu jugak mimpi hantu tapi tak la terkejut smpai terjaga mcm ni. Aku dapat rasakan mimpi aku kali ni bkn mimpi biasa.

Tapi aku yakinkan hati aku mimpi ni cuma mainan syaitan yg mahu menyesatkan. Aku baring dan cuba utk melelapkan mata semula kerana waktu itu jam baru menunjukkan pukul 2.13am. Ketika mahu melelapkan mata, aku ternampak seperti seseorang berdiri dipintu bilik aku. Aku tak berani pandang tepat2 ke arah pintu sbb aku yakin ‘makhluk’ tu la yg datang dlm mimpi aku td. Tapi kali ni ‘makhluk’ itu sudah tidak bersanggol. Rambutnya putih menggerbang tidak menutupi wajah tapi masih tak nampak rupa wajah ‘makhluk’ tu.. (mata ni sensitif, kalau kita pandang straight ke depan pun kita tetap boleh nmpk di kiri kanan kita.. btul tak?)

‘Makhluk’ tu berdiri di pintu bilik bdekatan dgn katil tmpat aku tgh baring. Macam2 surah aku baca tapi smua ayat jadi lintang pukang..

Hanya Allah je yg tahu perasaan aku masa tu. Aku nak berpaling badan aku menghadap adik aku yg tgh syok tidur kt sblh aku ni. Bdn aku rasa berat sgt nak bergerak.. setelah beberapa minit mencuba akhirnya aku dapat pusing badan mengiring ke arah adik aku membelakangkan ‘makhluk’ td.

Tiba2 aku terasa tilam katil yg aku baring ni mendap di sebelah aku. Seolah2 ada orang duduk atau baring kt sebelah aku. Aku yakin sgt ‘makhluk’ itu yg berada sebelah aku.
Kerana terlalu takot aku peluk adik aku. Mgkin sbb aku peluk terlalu kuat, adik aku terjaga terus duduk sambil mengosok mata.

Aku nampak adik aku pandang aku dgn mata yang terbeliak lalu dia bangun perlahan-lahan dan menuju ke arah pintu seperti dlm ketakutan. Dia tinggalkan aku sorang2 dalam bilik. Aku cube pggil adik aku tp suare aku seperti tersekat dikerongkong. Aku rasa macam nak menangis.. akhirnye aku terlelap sendri..

Bile aku terjaga aku lihat lampu bilik menyala dan pintu bilik terbuka luas. Aku dgr ‘tung tang tung tang’ dr arah dapur. Aku dapat agak ibu tiri aku yg tgh masak untuk niaga pagi nnt. Aku bangun dan bertanya pd ibu tiri aku siapa yg bukakan lampu dgn pintu bilik luas2.
“Ibu yg bukak.. nape lynn?” Tanye ibu.
“Saje tanye..” jwb aku.

Versi adik aku (Tasha)

Besoknye lps adik aku balik dari sekolah aku tanya dia kenapa dia keluar dari bilik tinggalkan aku tidur sorang2. Tiba2 dia menangis sambil menceritakan apa yg dia lalui malam tadi..

“Tasha takut tengok kakak… muka kakak macam perempuan tua.. rambut kakak putih panjang smpai pinggang.. kakak pandang Tasha dgn muka bengis”

Lepas adik aku cakap mcm tu tiba2 muka aku terasa hangat.. baru aku tau yg ‘makhluk’ tu sebenarnya bukan baring kt sebelah aku.. TAPI DIA MASUK DLM BADAN AKU…

Versi ibu

Beberapa tahun selepas kejadian, aku tanya balik pd ibu tiri aku kenapa dia bukak lampu dgn pintu luas2. Takkan la dia nak buat suka2 kan. Mesti ade sebab. Ibu tiri aku jawab…

“Masa ibu bangun nak masak, ibu tergerak hati nak tgok ko, ibu bukak pintu perlahan2 tibe2 tnampak ade ‘seseorang’ berdiri depan katil ko. Bila ibu bukak lampu ‘makhluk’ tu pun hilang..

Kesimpulannya….
Semoga cerita ini dapat memberi kesedaran pada orang lain bahawa bukan kita saja makhluk ALLAH yg menghuni alam ini.. tp kita juga berkongsi alam dgn makhluk ALLAH yg kita tak nampak dengan mata kasar, iaitu JIN..

Razlina Razak

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

3 thoughts on “Diganggu Perempuan Tua”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.