Hai warga FS. Nama aku Mya. Ini kali kedua aku hantar cerita. Seandainya admin siarkan cerita aku ni , aku nak ucap terima kasih dan selamat membaca guys.
Sam adalah nama samaran bagi satu-satu anak tiri Mak Redah. Sam agak nakal dalam keluarganya dan pernah dihantar ke Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi selama 5 tahun. Sejak balik dari sekolah itu sifat kenakalan Sam semakin berkurang and dia mula menyara keluarganya.
Mak Redah mempunyai 4 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Hubungan antara Sam dengan Mak Redah tidak begitu OK dan mereka asyik bergaduh tetapi sejak balik dari sekolah, mereka semakin OK. Mak Redah terima Sam sebagai anak kandungnya dan tidak lagi menyingkirkannya. Adik beradiknya turut menerima Sam sebagai abangnya.
Beberapa bulan kemudian, Sam sentiasa demam dan muntah berdarah. Mak Redah membawanya ke hospital dan malangnya Sam dihidapi penyakit barah tahap keempat. Menurut doktor, keadaan Sam semakin teruk. Dua bulan kemudian, Sam meninggal dunia di hospital. Upacara pengebumian dijalankan dengan baik.
Pada suatu malam, ketika semua ahli keluarga serta Mak Redah sedang khusyuk menonton TV di ruang tamu, terdengar bunyi ketuk pintu di depan. Anak bongsunya Rem pergi menjenguk di luar dan tiada siapa di situ. Maka dia membuka pintu halaman, terkejut apabila melihat Sam berdiri tegak di luar. Badan Sam basah kuyup. Rem agak terkejut dan lari ke dalam untuk memanggil Mak Redah. Awalnya, Mak Redah tidak percaya tetapi mula menerima keadaanya apabila melihat tapak kaki berair di luar rumah.
Pada malam kedua, Mak Redah ternampak kelibat Sam di ruang tamunya. Adik lelakinya terperasaan katilnya digoncang beberapa kali dan melihat kelibat Sam keluar dari biliknya.
Pada malam hari ketiga, adik beradik sedang mengulang kaji di ruang tamu. Tiba-tiba pintu bilik Reva (anak perempuan tunggal Mak Redah) dihempas kuat. Mak Redah yang sedang memasak di dapur lari ke depan apabila mendengar bunyi tersebut. Mak Redah mula gelisah kerana anak perempuannya di dalam bilik itu. Pintunya dikunci dari dalam. Adik beradiknya dalam ketakutan, Mak Redah ketuk pintu berkali-kali tetapi tiada bunyi dari dalam.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik dibuka dan Reva keluar dari biliknya. Semua terkejut melihat keadaan Reva. Reva memakai baju dan seluar abangnya, Sam dan paling mengerikan apabila suara Reva sama seperti Sam dan Mak Redah sudah confirm bahawa Reva telah dirasuk. Adik beradik semua dikunci dalam bilik oleh Mak Redah, tinggal Mak Redah dan jirannya seorang bersama Reva (Sam) di ruang tamu. Sam memberitahu Mak Redah bahawa dia tidak mahu meninggalkan rumah ini, dia mahu tinggal bersama adik beradiknya dan dia berasa sunyi di luar.
Kemudian Mak Redah menyuruh Sam supaya keluar dari badan anaknya dan memberitahu bahawa hayatnya sudah tamat di sini dan tiba masanya untuk di meninggal alam ini. Sam bertindak agresif dengan memecahkan benda-benda disekelilingnya. Jirannya memanggil ahli agama untuk menamatkan masalah yang dihadapi.
Beberapa upacara keagamaan telah dijalankan untuk mengelakkan Sam daripada masuk ke dalam rumahnya. Sudah 11 tahun berlalu, tiada lagi gangguan roh Sam di rumah Mak Redah.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bangsa apa ni yer?kadazan ke?
Boringlah….
macam pelik..hmm..sangat simple…
ni kaki tgk dvd ni
Macam baca karangan budak darjah empat
Cerita aku lagi best..tapi sayangnya admin x published..camne la budak ni boleh lepas published 😂
Aku perintahkan sam jgn dtg lagi sblm usman perintah hancur..kosong..atau sblm dirantaikan dgn rantai emas kelantan
cara penceritaan x best aduhaiiiiiiiiiiiiii
Aku baca cerita cartoon ke apa ni?? Robot gilaaa lahhh jalan penceritaan.