Diganggu saka nenek!

Assalamualaikum pembaca dan admin, terima kasih siarkan cerita aku ni. Aku harap admin FS siarkan la cite aku ni, kesian kat aku min, banyak kali aku bercerita kat page I**M tak pernah pun admin sana siarkan cerita aku, beberapa hari lepas aku baru tahu kewujudan FS ni, kalau admin tak siarkan jugak, terpaksa la aku buat page aku sendiri min.. jangan marah ha min a.k.a admin.. hehehe

Maaf kepada pembaca jika ada ayat didalam ni yang tunggang langgang, tapi aku rasa dah ok dah ni, banyak kali aku praktis menulis ke page yg lg satu tu.. hahah. Ok aku nak ceritakan pengalaman aku masa belajar di kolej matrikulasi dulu, masa tu tahun 2009. Kolej matrikulasi mana aku malas la nak beritahu nanti ada pulak yang reject offer dari kolej tu. Kolej tu boleh tahan ‘keras’ jugak. Banyak cerita2 seram aku dengar dan alami masa belajar di kolej tu dulu. Cuba korang teka kolej matrikulasi mana? Hehe..

Masa belajar di kolej matrikulasi lah, pertama kali aku berjauhan dengan famili, sebelum ni memang tak pernah duduk asrama. Sedih tu sedih jugak lah sebab tak biasa berjauhan dengan famili, anak bongsu lah katakan, hehe. Ok aku nak pendekkan cerita lagi, aku ni nak kata berani tu tak delah berani sangat, cumanya perasaan ingin tahu tu kuat. Di kolej ni setiap kali malam jumaat, wajib pergi ke surau untuk solat berjemaah dan baca yassin. Jarak surau dengan blok asrama aku tu agak jauh jugak. So pada satu hari ni, tiba malam jumaat semua budak2 bilik aku (3 orang melayu termasuk aku dan 1 cina) dah siap2 nak keluar dari bilik sebab yang islam memang wajib ke surau dan yang bukan islam free activity tapi kena keluar dari kawasan asrama sebab nanti felo blok akan check setiap bilik untuk pastikan tiada orang dalam bilik. Malam tu aku sakit perut yang teramat sangat, sebab salah makan petang tu kot (burger oblong memang favourite aku masa kat kolej ni) tambah pulak aku period memang tak de mood betul nak jalan jauh2 ke surau. Aku beritahu Lisa dan Naqi (rakan sebilik aku) yang aku tak nak ikut ke surau sebab tak larat dengan sakit perut ni.

“Kau hati2 tau, nanti fello datang check habes lah kau”, Lisa.
“Senang kau tutup je lampu bilik, tido je, kalau fello tanya cakap la kau tak sihat”, Naqi.
“Lah kena tutup lampu ke? Takut lah aku sorang2 dalam bilik tutup lampu”, Aku.
“Eh, Mah (jiran sebelah bilik aku) ada la kat bilik, dia kan kaki ponteng setiap kali kena gi surau..” seloroh Naqi.

Lega aku dengar Naqi cakap Mah ada kat bilik sebelah. So lepas Lisa, Naqi dan budak2 aras aku gerak ke surau, memang terasa sunyi betul aras blok aku tu. Aku buka je lampu bilik sambil aku nak buat assignment yang tak siap, sakit perut tu datang sekali sekala, bila fikir nak ke tandas takut pulak. Jadi aku tahan jugak lah daripada keluar ke tandas. Lepas hampir sejam budak2 ni ke surau, aku dah mula rasa bosan, aku pun sms la Mah (masa tu takda whatsapp), “Mah, kau kat bilik ke? Nak datang lepak ngan kau lah, bosan ni..” Lama aku tunggu, sms aku tak dijawab. Aku pun baring la kat katil aku sambil baca buku “Kisah-kisah Nabi”. Tiba2 aku dengar derapan kaki orang kat luar bilik aku, aku yakin tu Mah sebab Mah je yang suka jalan seret selipar. Kebetulan katil aku memang dekat dengan pintu bilik so aku pun diamkan diri sebab risau jugak mana tau Fello datang spotcheck.

Tapi yang aku pelik derapan kaki tu betul2 berhenti depan bilik aku. Lama juga aku tunggu dia ketuk pintu bilik ke bukak pintu bilik ke tapi takde pun. “Eh Mah ni, dahlah tak balas sms aku, main2 pulak dia”. Aku pun buka la pintu bilik aku tapi hampa. Takde orang pun kat luar dan aku sempat jenguk bilik Mah, memang gelap. Dalam hati aku sempat jugak berkata, “ai, kau nak main2 dengan aku ya. Dah masuk bilik aku ke benda alah ni? Seram woii”. Tak lama lepas tu semua budak2 ni baru balik dari surau, rupanya Mah pun pergi surau malam tu patutlah tak balas sms aku. Lisa, Naqi, dan Yu Len (rakan sebilik aku yang cina tu) pun masing2 dah balik ke bilik dan buat kerja masing2. Aku tak beritahu pun kat diorang hal tadi tu sebab aku rasa mungkin perasaan aku aja.

Malam tu tengah lena dibuai mimpi tiba2 aku tersedar macam ada orang urut kepala aku sampai kelopak mata aku ni tertarik ke belakang dan mata aku terbukak sikit. Mula2 aku ingat aku bermimpi tapi bila rasa urutan tu makin kuat aku mula panic, cepat2 aku bangun duduk atas katil dan tiba2 aku rasa blur macam tak percaya apa yang jadi. Sambil aku terpinga2 tu tiba2 aku dengar buku2 aku, atas meja seperti diselak2. Makin lama makin laju dia selak buku2 nota aku, cepat2 aku baring dan selubung dengan selimut. Dalam selimut tu aku sempat fikir yang kipas memang x pasang waktu malam (kawasan kampung, memang sejuk bila malam) macam mana buku2 aku boleh terselak2 macam tu.

Tengah aku berfikir tu tiba2 bunyi selakan buku tu dah takde, terus aku baca ayat Qursi berulang2 kali sampai tertidur. Rupanya dalam mimpi aku, aku nampak seorang wanita tua urut kepala aku, aku x nampak muka dia, tapi aku pegang tangan dia, memang berurat2 dan berkedut2. Esoknya aku ceritakan hal ni pada Lisa, sebab Naqi penakut jadi aku malas nak cerita pada dia. Rupanya malam tu, Lisa nampak aku tiba2 bangun dan duduk atas katil aku, dia ingat aku mengigau, dia pun biar aja lah. Tapi dia perasan aku tiba2 selubung macam ketakutan dan yang peliknya dia langsung tak dengar bunyi buku aku diselak2. Dia beritahu aku yang dia ‘ditindih’ pada malam yang sama, dia tak boleh bergerak dan bangun masa dia nampak aku berselubung tu. Masa tu dia nak pergi tolong aku tapi tak boleh bergerak dan dia assume yang dia ‘ditindih’ pada malam tu. Lepas kejadian tu, memang aku insaf, sakit perut ke sakit kaki ke aku memang gagahkan jugak pergi surau bila malam jumaat.

Beberapa hari lepas kejadian tu, aku tak ingat pukul berapa yang pasti tengah malam la sebab roommate aku semua dah lena dibuai mimpi, aku tak tahan nak buang air, jadi aku pun pergi la ke bilik air sorang2. Bilik aku paling hujung sekali dan bilik air pulak hujung arah bertentangan dengan bilik aku. Mujurlah depan bilik air aku ni, tangga dan tangga ni pulak memang open ke jalan raya untuk ke blok sebelah sana. Memandangkan minggu ‘study week’ maka ramai la yang stay up untuk study malam2 macam tu. Aku tak la rasa takut sangat sebab memang nampak blok depan tu masih ramai yang belum tidur lagi (banyak bilik yang masih terang benderang walaupun dah lewat malam). Malam tu aku buang air seperti biasa memang tak ada apa2 yang aneh berlaku pun.

Keesokannya, lepas baca surah Al-Mulk ramai2 dibilik Mah (memang amalan kami baca Al-Mulk setiap malam pada setiap bilik aras kami, bergilir2), Mah buka cerita yang ada sorang budak dari aras bawah bilik aku datang jumpa Mah siang tadi (mungkin kenalan Mah) dia cerita pada Mah yang kawan dia dari blok sebelah menjerit2 malam tadi sebab nampak perempuan tua berlegar2 dekat depan toilet aras bilik aku (bilik aku aras 4, paling atas). Yang buat aku rasa tersentak ialah bila Mah beritahu, “korang tau tak, dia cakap budak yang kena histeria tu nampak perempuan tua tu ikut seseorang yang baru keluar toilet malam tadi. Siapa yang ada pergi toilet malam tadi?”.

Bila Mah tanya macam tu aku diam sahaja sebab aku rasa bukan aku sorang yang duduk aras tu, mungkin orang lain kot. Aku jadi tak sedap hati, aku mula bermimpi benda yang bukan2, tapi yang aku pasti aku selalu mimpikan perempuan tua. Ada kalanya aku mimpi dia panggil2 aku, ada kalanya aku mimpi dia serahkan sesuatu pada aku. Tapi yang pasti dalam mimpi tu aku memang pegang barang yang dia serahkan tu. Aku pun tak jelas barang apa. Aku ceritakan semua ni pada mak aku, mak aku mula risau, sibuk dia suruh aku berjumpa ustaz untuk minta air penawar. Aku ni jenis yang malas nak berubat2 macam tu, sebab konon2 aku yakin dengan diri aku sendiri. Aku baca Quran setiap hari, inshaAllah solat pun aku lakukan setiap hari, jadi aku jadikan semua tu pendinding untuk diri aku sendiri. Makin lama makin kerap aku bermimpikan perempuan tua tu, tambah pula aku sering juga bermimpi mengendong bayi kecil, menyusukan bayi kecil. Dan badan aku sering lebam2 tak tentu pasal. Aku ada jugak ‘google’ symptom2 aku ni, kebanyakannya mengatakan ianya saka. Aku memang tahu nenek (belah mak) aku memang ada saka, tapi rasanya dah buang lama dah.

Habes je belajar di kolej matrikulasi (program aku setahun sahaja), aku duduk di rumah sementara menunggu tawaran belajar universiti. Masa ni paling extreme la aku rasa, aku mimpi bukan2. Contohnya mimpi aku yang paling aku ingat ialah, aku pergi Kamdar dengan boyfriend aku (sekarang dah ex, dia pun dah kahwin, lama tau aku jagakan jodoh orang tu hehe) lepas tu dia cakap dia nak ke toilet dan bagi aku sorong trolley shopping tu. Aku nampak ada baby dalam trolley tu, tapi aku tetap sorong jugak. Tiba satu lorong dalam Kamdar tu kat bahagian yang banyak kain2 ela gulung tu, aku nampak ramai perempuan pakai telekung warna hitam sedang memandang aku dengan muka yang marah sangat.

Aku pun panic, aku terus lari tapi tetap bawak trolley yang ada baby tu bersama aku, masa tu perempuan2 bertelekung tu semuanya kejar aku. Semakin lama makin kerap aku bermimpikan pasal baby atau budak2 kecik ni. Yang aku perasan, semua baby dan budak2 kecil yang aku mimpi tu semuanya berjantina lelaki. Aku tak tahan dan beritahu mak aku pasal tu. Mak aku pun panggil la Abg Shah (dia anak didikan kepada ustaz yang pernah buangkan saka nenek aku dulu. Dia ni berilmu juga, yang penting bukan berilmu ke arah yang syirik tu ye) datang rumah untuk pagarkan rumah, mak aku tak cerita kan pun pasal aku mimpi2 tu semua. Cuma mak aku minta Abg Shah tolong ‘scan’ kan badan aku.

Masa ‘scan’, dia tanya aku, “awak ni dah pernah berjumpa dengan dia kan?”. Berderau darah aku, bila masa pulak aku jumpa? Dalam mimpi tu pernah la, tapi tak pernah nampak muka. Abg Shah ‘offer’ aku untuk tengok ‘dia’ dan minta izin untuk buka hijab aku sekejap. Kebetulan masa tu aku period, badan aku tengah ‘kotor’ so dia minta izin gunakan mak aku untuk tengok ‘benda’ yang mengganggu aku tu. Mak aku pun ok, lepas hijab mak aku dibuka, Abg Shah tanya mak aku sambil tersengih2, “kenal tak tu? Bukan orang jauh tu”. Abg Shah sempat bisik pada abang aku “keturunan bapak korang ni”. Maksudnya bukanlah saka dari nenek aku (nenek belah mak). Mak aku yang dari tadi cuba merenung2 ‘benda’ tu dari jauh (sebab Abg Shah dah pagar rumah, ‘benda’ tu tak boleh masuk rumah dah) asyik kata, “siapa ni? X pernah kenal la.. memang tak pernah tengok orang ni..”

“Macam mana rupa dia, cuba beritahu kat anak2..”, seloroh Abg Shah.

“Lelaki.. hitam sangat kulitnya, rambut kerinting, kurus je, pakai kopiah putih, jubah putih. Mata dia, astaghfirullahalazim..” terus mak aku tutup2 mata dia tak sanggup nak merenung lagi. Abg Shah pun tutup semula hijab mak aku. “Jangan risau lah, dia tak mengganggu, dia cuba nak berdamping aja, mungkin nak cari penjaga baru”, kata Abg Shah. Sebelum balik, Abg Shah sempat berpesan pada aku, “jangan tinggalkan solat, sentiasa berzikir dan berdoa semoga dijauhkan dengan benda2 halus macam ni”. Lepas pada tu, dah jarang2 kali aku bermimpi yang bukan2 lagi. Aku pernah bersembang dengan mak aku, “Mak, kalau yang mak nampak tu lelaki, kenapa saya selalu mimpi kan perempuan tua?”.

“Hmm, mak rasa lelaki yang mak nampak tu saka nenek kau (nenek belah bapak aku) yang kau mimpikan tu mungkin bayangan nenek kau, sebab dulu pernah ma nampak orang lelaki solat dekat ruang tamu rumah nenek kau, padahal masa tu atuk kau dah lama meninggal dunia, siapa lelaki yang solat tu? Dah lah, tak payah fikir lagi, doa je banyak2 moga kita semua dilindungi-Nya”, jawab mak.

Sampai sekarang aku masih tak tahu sama ada nenek aku (nenek belah bapak aku) dah buang ke tak sakanya tu. Pelik juga nenek aku yang berumur 97 tahun tu masih mampu makan macam orang2 muda. Aiskrim, spaghetti, pizza, semua yang kami pelawa dia akan makan tanpa menolak cuma sekarang ni kesihatan dia semakin merosot. Kesian aku tengok dia. Semoga Allah SWT panjangkan umur nenek aku, sayang betul aku kat dia.

Sekian sahaja cerita aku, kalau admin siarkan cerita aku ni, inshaAllah aku akan cerita pulak saka nenek belah mak aku.. hehe..

Nur

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

1 Comment on "Diganggu saka nenek!"

avatar
Makcik Kucai

Patut la iium confession tak approve story ko. Kang tak memasal admin page tu kecam maki. Kat iium tu kisah2 menguji minda je dorang layan.

wpDiscuz