Assalammualaikum buat semua pembaca.Nama aku Fiza.Aku nak kongsikan kepada kalian semua tentang pengalaman aku dahulu diganggu wanita yang berpakaian seperti penari tradisional indonesia yang dikenali sebagai Tari Pendet Khas Bali.
Sebelum itu aku ingin memohon maaf andai cerita ini menyinggung perasaan kalian.
Baiklah ceritanya begini, aku memang dijaga oleh nenek dan datukku ketika aku masih kecil. Suatu hari bapa sedaraku pulang dari kerja dan membeli beberapa keping dvd siri cerita seram yang sangat terkenal dahulu iaitu ‘Mak Lampir’.
Selepas habis menikmati makan malam bapa saudaraku mula memasang dvd itu. Perasaanku ketika itu tidak sedap hati kerana rumah nenekku ini terlalu banyak laluan makhluk halus datang menumpang. Tapak rumah yang didiami nenekku ini kawasan peninggalan pokok getah. Jadi sepanjang aku menonton filem tersebut aku menutup mukaku dengan bantal.
Tiba-tiba kami mendengar suara perempuan menangis nyaring di luar. Betul-betul di sebelah tingkap tempat aku bersandar. Lantas nenekku menyuruh bapa saudaraku menutup televisyen. Perasaanku ketika itu tak tergambar betapa bedebarnya aku dan peluh mulai mencurah membasahi dahiku. Nenek menyuruhku mencuci kaki dan masuk tidur ke dalam bilik dengan cepat. Aku tahu mereka mahu meninjau ke luar rumah. Selang beberapa minit mereka masuk ke rumah dan mengunci seluruh pintu dan tingkap. Aku pun tidak sedar yang aku ketiduran dalam perasaan takut.
Tepat jam 3 pagi aku terjaga apabila melihat pintu bilik nenekku terkuak. Hairan aku sebab sebelum tidur nenek aku sudah mengunci pintu. Aku terus terduduk dan mengosok mataku kerna apa yang aku lihat ketika itu seorang wanita berpakaian tarian tradisional indonesia sedang menari!!! apa yang menakutkan aku matanya dijegil kepada aku dan liuk tangannya persis adengan filem Mak Lampir yang kami tonton tadi. Aku mengucap banyak kali. Aku berfikir aku mengigau tapi nenekku di sebelah ku seperti tersedar dengan kehadirannya lantas terbangun dan mengucap panjang.
Ketika itu wanita tadi sudah menghampiriku dan menghembus-hembus ke telingaku dan menjengkelkan matanya di balik kelambu yang melindungi katil kami. Aku terkaku seketika dan jantungku seperti terhenti seketika. Dia tersenyum melirik dan sinis memandangku seperti mengejek tiba-tiba dia menguak kelambu aku dan nenekku menjerit ketakutan kerana dia memusing-musingkan kepala 360°!!!
Datukku terjaga terus meluru ke bilik kami. Seperti tahu kehadiran datukku. Makhluk tadi pergi ke hujung bilik. Nenekku sudah mendukung ku untuk dibawa keluar kerana aku sudah tidak tentu arah. Mana tidaknya aku melihat dia menjelirkan lidah dan memusing-musingkan bola matanya. Dari hujung bilik makhluk tadi mula menari semula sampai ke ruang tamu tempat aku dibaringkan. Bertambah bergema jeritanku sehingga kakakku menangis ketakutan melihatku. Datukku berlari ke dapur mengambil garam kasar dan dibacanya ayat suci quran lalu dibaling ke arah makhluk tadi. Tiba-tiba makhluk tadi terus terbang dengan kuda kepangnya ke atap rumah. Terdengar suara tapak kaki pula di atas bumbung rumah. Berlari datukku ke luar rumah dan membaling lagi garam. Aku di dalam sudah kehilangan tenaga. Badanku terasa lemah dan yang terakhir aku dengar suara wanita terbang sambil menjerit nyaring dari atas bumbung.
Lepas beberapa jam aku terjaga. Aku melihat datukku sedang mengaji. Ibu dan ayahku juga ada. Ku rasa badanku sejuk dan aku demam pagi itu. Datukku menyuruh aku meminum air yang sudah dibaca ayat quran untuk menenangkan hati aku. Aku bangkit dan melihat dari tingkap untuk mengenangkan kejadian tadi. Datukku terus menarik tanganku dan berkata jangan keluar dulu dia masih ada di luar rumah. Aku menurut saja kata datukku. Alhamdullilah tiba malam hari tiada apa-apa yang menggangu kami. Rindu dengan arwah datukku selalu. Pembaca semua doakan arwah datukku ya al_fatihah (dibaca).
Hanatar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Seram..gila lh..ada lg c crta??