Dihalau Balik Oleh Momok Berpendidikan III – Block ABC

Assalamualaikum admin dan audience sekalian. Apa khabar? Semoga hari-hari anda ceria di samping keluarga dan entiti-entiti tersayang. Maafkan aku admin sebab mengganggu hari-hari kau dengan submission aku. Sesungguhnya cuti bersalin ni banyak masa terluang bila baby tengah tidur. :p

Dan terima kasih sebab tak pernah jemu post cerita aku dari kisah pertama, kedua hinggalah yang ketiga, walaupun di”pund**”kan oleh commenters kat FB. Kepada sister (tak malu ke Cik Adik sebut benda sendiri) dan brother yang komen tu, terima kasih di atas komen anda. Tapi gunalah bahasa cantik sikit. Ada budak-budak follow FS ni. Jadilah teladan yang baik sebagai orang yang lebih tua kepada mereka yang lebih muda. Gittuh. Bersongkok dah elok dah bersongkok, bertudung dah molek dah bertudung, tapi bahasa… Astaghfirullahalazim. Lepas tu kita komplen budak-budak zaman sekarang takde adab. Tengoklah orang-orang yang lebih tua pun macam mana. Sigh. Semoga aku sebagai pendidik ni dapat nurture students aku supaya mereka berkelakuan dan berkomunikasi secara berhemah serta beretika di luar, dan juga semasa di dalam talian (media sosial). Aminnn.

Tak marah pun tau, saling mengingatkan je. Aku kan lecturer, dah biasa me”lecture” orang. *sengih lebar sambil kenyit mata*

* * *

Kisah kali ni admin dan audience sekalian, adalah tentang Block ABC kat uni aku. Block XYZ dah boleh tutup cerita.

Aku takde pengalaman seram tahap maharaja kat block ABC tu. Takat kena kacau bunyi-bunyi je bila balik lepas Maghrib. Apa yang aku nak share kat sini adalah pengalaman Pak Guard, computer lab technician, dan colleague aku. So aku start dulu dengan cerita yang aku dengar daripada Pak Guard. Untuk setiap kisah, aku gantikan dengan ganti nama pertama supaya lancar dan senang korang faham kisahnya.

* * *

KISAH PAK GUARD
Aku macam biasa ronda-ronda jalankan tugas aku kat Block ABC malam tu. Tapi entah kenapa aku rasa tak sedap hati daripada lepas solat Maghrib tadi. Memandangkan minggu exam dah nak dekat, kawasan uni ramai student terutamanya kat perpustakaan. Tapi hati aku masih berdebar. Apa sebabnya aku tak tau.

Aku naik ke Tingkat 2 menaiki lif, selalunya naik tangga je. Tapi, macam aku cakap, aku rasa tak sedap hati dan bila terkenangkan tangga yang suram tu, aku amek keputusan untuk naik lif. Aku tengok jam, baru nak masuk Isyak. Aku check setiap bilik dan dewan kuliah, nak tengok ada students lagi ke tak. Kalau ada, selalunya aku arahkan dorang keluar dan pergi library, atau dataran kat Ground Floor. Terutamanya kalau yang berdua-duaan lelaki dan perempuan. Selesai check setiap bilik dan dewan kuliah, aku melangkah ke arah tangga yang berdekatan dengan bilik kuliah yang terakhir aku check tadi. Bilik kuliah dan tangga ni dekat dengan toilet perempuan, dan agak tersorok sikit. Masa nak lalu tu, tak semena-mena bulu roma aku meremang. Tapi aku biarkan. Sebaik saja nak melangkah naik tangga, aku terdengar suara budak perempuan daripada toilet tu.

“Hellooo? Someone, tolong saya.” Suara tu mintak tolong mendayu-dayu. Aku panik. Langkah aku terhenti. Otak aku arahkan supaya abaikan suara tu, tapi hati aku ni tertarik-tarik nak pergi tengok kat dalam toilet tu. Manalah tau kot betul-betul ada student dalam tu yang terperangkap dalam toilet.

“Hello, tolong saya. Saya terkunci dalam tandas.” Aikkk. Macam mana dia boleh tahu apa yang terlintas kat fikiran aku. Aku diam dan pasang telinga betul-betul. “Hellooooo, saya tahu ada orang kat luar tu. Saya dengar. Tolonglah sayaaaa…” Masa ni suara tu dah menangis-nangis ketakutan mintak tolong.

Aku segera berlari bak hero Mat Salleh ke dalam toilet perempuan tu dan tolak setiap pintu tandas satu per satu. Pintu satu, pintu dua dan pintu tiga. Ternyata takde siapa pun dalam toilet perempuan tu. Bodohnya aku termasuk dalam perangkap syaitan.

Aku berpaling dan meluru ke arah pintu. Rupanya dia dah menunggu di tepi pintu, mengadap cermin. Aku cuma nampak rupanya daripada tepi. Berpakaian putih lusuh dan sedikit kotor dengan tompokan merah coklat, berambut panjang mencecah lantai toilet, tidak berkaki. Sesekali terbuai-buai kain putihnya di bahagian bawah.

“Pakcikkk, tolong sayaaa…” Rayunya lagi. Mukanya tak diangkat. Masih tunduk. Aku kaget dan terasa berat nak melangkah. Aku kuatkan diri, berbekalkan ilmu yang ada, aku membaca ayat Qursi dan surah-surah yang terlintas di fikiran.

“Pakcikkkk, tolong Pakcikkk. Tolong… TOLONG JANGAN BACAAAA!!!”

Masa dia menjerit ni, aku dah tak tunggu, aku bukak langkah seribu! Di luar toilet, aku terdengar dia seronok mengilai mentertawakan aku. Aku tak jadi naik ke tingkat 3. Aku terus berlari tanpa henti ke post guard. Menggigil ketakutan sehingga partner aku malam tu risau melihat keadaan aku. Aku menenangkan diri aku dan naik saja matahari, aku segera pulang ke rumah. Esoknya aku mintak izin daripada boss untuk bercuti beberapa hari. Dahsyat sangat usikan kali ni sehingga dia menjelmakan diri…

P/S: Pakcik ni dah takde kat uni. Malah ramai pak guard yang lama dah berhenti, mungkin faktor usia. Sekarang ramai guards baru yang muda-muda. Tak taulah kesahihan cerita ni, tapi memang ramai students yang terkena kat toilet Level 2 bila dorang stayback sampai malam. Kisah yang paling seram aku kena kat toilet Level 2 ni adalah bila aku terdengar perbualan sorang student ni dengan boypren dia on the phone. “Baby, I dah check. Alhamdulillah I tak pregnant.” Aku terus flush jamban sebagai signal yang aku ada dalam cubicle toilet. “Baby, ada oranglah. Nanti I call you balik.” Tap, tap, tap kedengaran bunyi kasut budak tu berlari keluar toilet. Serammm aku dengan budak-budak zaman sekarang ni.

KISAH COMPUTER LAB TECHNICIAN
“Rollll, jom pi lab jap. Aku nak check PC lecturer. Tadi ada lecturer komplen, internet connection tak dapek”, aku mengajak Erol yang dah bersiap nak balik.

“Ko ni, aku dah siap nak balik baru nak ajak.” Bebel kawan aku.

“Ala, kejap je. Jom ah.” Aku masih memujuk Erol.

Erol menyandang begnya. “Jom, kejap je. Aku lapar dah ni, nak pi dinner terus lepas ni. Ko pun kemaslah barang siap-siap. Boleh balik terus, takyah ulang alik datang sini balik. Dah lambat ni…”, sambung Erol lagi sambil membelek jamnya.

Aku bersetuju dan menyuruhnya menunggu kejap sementara aku mengemaskan barang-barang aku. Kami sama-sama naik ke tingkat 4, menuju ke lab.

Sementara aku check PC lecturer kat depan, Erol duduk depan aku sambil mengomel. “Den, cepat sikit Den. Aku rasa tak bestlah ini malam.”

Aku tersentak. “Ko ni kan, mulut jaga sikit. Simpan sendiri.” Aku memarahi Erol. Nasib baik memang dah nak sudah pun kerja aku.

Aku melihat Erol. Matanya terpaku pada pintu di belakang aku. Pintu tu berkaca, jadi boleh nampak luar lab, dan orang luar pun boleh nampak dalam lab. Aku menoleh ke belakang untuk tengok apa yang Erol tengah perhatikan. Takde apa-apa.

“Apa kau tengok tu Ro…”, tak sempat aku menghabiskan ayat aku, aku terdengar bunyi mengilai. Erol memandang aku dengan muka pucat. Dia membuka mulut seolah nak tanya aku, samada aku dengar ke tak. Aku pun sama, mulut ternganga nak bertanyakan benda sama.

Kami saling berpandangan. Erol perlahan-lahan capai beg di depannya, mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat suci Al Quran. Aku turut buat yang sama. Kali ni hilaian makin kuat. Dan kami berdua, hilang macho terus malam tu. Kami berdua kelam kabut keluar daripada lab, dan melarikan diri ikut tangga, dan tak sempat off air cond, lampu dan kunci lab pun. Sampai kat motor masing-masing, kami bersetuju untuk singgah kat mamak sebelum balik ke rumah.

Sampai kat mamak, aku pun bukak mulut, tanya Erol pasal hal tadi. Dia cuma cakap, sebelum benda tu mengilai, dia ternampak kelibat putih kat luar lab. Tapi dia berhusnuzon bahawa itu cuma reflection cahaya. Dan dia memang berniat nak ajak aku balik dan-dan tu jugak. Tapi mulutnya macam terkunci. Lepas daripada tu, aku dah tak tangguh-tangguh keje bila ada komplen pasal lab. Serik!

* * *

KISAH COLLEAGUE AKU
“Weh, nak lunch kat mana?”, tanya Nel. Memang jadi masalah besar bila nak decide makan kat mana. Soalan paling simple, tapi paling susah nak jawab di dunia.

“Mana-mana pun bolehhhh,” aku menjawab laju sambil mengemas meja dan menyimpan laptop dalam locker.

“Aku lapar sangat dah ni. Tak kisah makan kat mana pun.” Sambung aku lagi. Lapar sangat sebab baru lepas habis kelas. Haus gila pun ye jugak. Panas.

“Okayyy. Jommmsssss,” balas Nel sambil mencapai kunci kereta dan handbag.

Aku terpandang kelibat hitam di belakangnya. Mulut aku dah ternganga nak tegur tapi masa tu cuma tinggal aku dan Nel berdua di pejabat. Yang lain dah lama keluar lunch. Nel menunggu aku yang lambat habis kelas.

“Kau dah kenapa ternganga? Taulah lapar. Dah jom, jom. Petang kang aku ada kelas,” bebel Si Nel yang nampaknya tak perasan akan kelibat hitam, kurus tinggi di belakangnya.

Aku memilih untuk diam dan menarik tangannya untuk keluar cepat. “Eh, pelanlah sikit jalan. Apa tarik-tarik orang ni. Kebulur sangat dah keeee?” Nel membebel kat aku lagi. Aku tersengih je macam kerang busuk.

Sampai di destinasi, kami memesan makanan dan minuman. Kami berbual benda-benda biasa tentang kerja dan persiapan kahwin Nel yang bakal berlangsung hujung tahun tu.

Masa dah nak habis makan, baru aku bukak cerita.

“Nel, aku nak cerita ni. Tapi ko jangan takut tau?”

“Alamak kau ni… Ko tau kan aku ni penakut. Hishhh. Ko nak cite apaaaaa?”, kata Nel sambil mengambil sedutan terakhir airnya yang dah nak habis. Aku biarkan dia menghabiskan minuman dia dulu. Tak pasal-pasal nanti dia terkejut, tersembur air kat muka aku yang jelita ni.

“Sebenanrnya tadi masa aku tarik tangan kau cepat-cepat tu sebab aku nampak something belakang kau…”

“Kau nampak apaa??!!”, jerit Nel separa perlahan.

“Aku nampak kelibat hitam, tinggi. Aku tak nampak muka dia. Sebab nampak kaki dia je. Kepala kau je baru sampai kat bawah lutut dia. Aku nampak benda tu daripada aku masuk office lagi. Mula-mula dia kat pantry. Pastu dia langkah setiap meja, dan berhenti kat meja kau. Lama dia berdiri situ, tapi aku dah lapar sangat, aku malas nak amek port sampailah dia berdiri je belakang kau.”

“Wehhh, tak lawaklahhhh. Macam mana rupa dia?”, sambung Nel ingin tahu walaupun sebenarnya dia memang seorang yang penakut.

“Aku nampak kaki dengan badan dia je Nel. Itu pun separuh je. Kurus tinggi melampai lampai. Warna hitam. Ko pernah tengok slenderman tak? Macam tu lah rupa dia.” Jelas aku dengan bersungguh-sungguh.

“Slenderman? Gilalah kau ni. Aku dahlah kelas sampai petanggggg! Adoi.” Nel sudah mula risau.

“Alah, kau kemas barang kau siap-siap bawak gi kelas,” pujuk aku dengan begitu tenang dan cool sekali.

Nel termenung, dan tak lama kemudian dia bersetuju dengan cadangan aku. Kami pulang ke pejabat. Pintu masih berkunci, belum ada yang balik agaknya. Kami amek keputusan untuk tunggu di luar pintu pejabat sampai colleagues yang lain sampai. One of them arrived, “Eh, apa pasal tunggu kat luar? Tak bawak kunci ke?”, tegurnya. Aku dan Nel sama-sama mengangguk laju. “Ha’ah. Lupa bawak kunci. Hehehe,” kata aku sambil tersengih. Kami sama-sama bersetuju untuk tak cerita kat sesiapa pasal penampakan sebelum lunch tadi.

Sebulan lepas tu, colleague aku yang lain pulak terkena dengan benda tu. Dia nampak kelibat tu melompat dari meja ke meja, macam main hopscotch. Masa tu dah masuk waktu Maghrib dan dia baru selesai kelas di level yang sama. Dia tertinggal buku untuk kelas esok pagi. Cadangnya nak masuk office kejap untuk amek buku tu. Bukak-bukak je pintu dia nampak benda tu tengah melangkah dari pantry, dan lompat dari satu meja ke satu meja dengan laju menuju ke arah pintu office. Kawan aku tu cepat-cepat tutup pintu, kunci dan batalkan niat dia untuk amek buku tu.

Esoknya dia bercerita kat aku dan Nel. Dan barulah aku bukak cerita pasal kejadian bulan lepas. Sampai sekarang kitorang tak tahu tu hantu apa, dan gangguan berhenti lepas office kitorang buat doa selamat sempena pantry baru. Dahsyat tak? Dapat pantry baru pun nak buat kenduri. Hahaha.

* * *

Itulah kisah aku buat kali ni. Kalau dipublishkan oleh admin, terima kasih sekali lagi. It’s always nice to say thank you, kan admin? Lepas ni aku nak langsaikan hutang cerita pasal rumah kat Bangi ni pulak. Babais.

P/S: Aku ada cerita seram pasal kawan aku yang kuat mencarut masa sekolah dulu. Akibatnya lidah dia hampir terputus dalam satu kejadian ngeri. Rasanya elok aku share cerita macam ni dengan orang yang kuat mencarut ni kan? Jaga-jaga dengan lidah tu, takut ada orang cuba nak korek keluar masa tengah tidur. Theeheehee.

Madam Nel

Leave a Reply

8 Comments on "Dihalau Balik Oleh Momok Berpendidikan III – Block ABC"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Jemah Jenaka

cerita je .. huhuuu. saya tunggu..

z

“Lepas daripada tu, aku dah tak tangguh-tangguh keje bila ada komplen pasal lab. Serik!”

Hahaha ada untungnya jg…beres cepat kerja…mudah semua org.

“Rasanya elok aku share cerita macam ni dengan orang yang kuat mencarut ni kan? Jaga-jaga dengan lidah tu”

Nk tahu…betul² boleh ambil iktibar tambah² yg suka mencarut tu.

TokanMistik

Terbaekk…continue lagi citer lain.

Kak Yulie

“gangguan berhenti lepas office kitorang buat doa selamat sempena pantry baru. Dahsyat tak? Dapat pantry baru pun nak buat kenduri. Hahaha…”

Mmg hoveeerrr banget nih…
Pantry pon kena doa selamat…
Hahaaahaha…
Mmg sesuei bonar pantry tu tempat geng2 selalu meng’KENDURI’…

Peerrggghhhh…
Serius btol tu smpi lidah nk putus…
Cepat share madam…!

kura2 hijau

siyes seram dngan certa pak guard tu..sambung please, madam 🙂

IzZaTi

share jew…hehe…confirm bc nnt…

Cik Sarabanun

“Kisah yang paling seram aku kena kat toilet Level 2 ni adalah bila aku terdengar perbualan sorang student ni dengan boypren dia on the phone. “Baby, I dah check. Alhamdulillah I tak pregnant.” Aku terus flush jamban sebagai signal yang aku ada dalam cubicle toilet. “Baby, ada oranglah. Nanti I call you balik.” Tap, tap, tap kedengaran bunyi kasut budak tu berlari keluar toilet. Serammm aku dengan budak-budak zaman sekarang ni.”
Sumpah seram hurmmm…

MatchaSuam

ini yang paling tak boleh blah. Dah la buat maksiat pastu boleh “Baby, I dah check. ALHAMDULILLAH I tak pregnant.” meremang mak baca. hadoiiii!

wpDiscuz