Diperkosa Jin

DIPERKOSA JIN

Assalamualaikum.
Maaf jika apa saya tulis ni.
Agak sukar difahami. saya tak berapa pandai untuk menulis. Okay saya mula bercerita ye..

Permulaan saya dirasuk pada usia 12 tahun. Sering dirasuk. Tidak tahu la, ia dari keturunan atau jin menyinggah atau apa. Dulu saya pernah kongsi cerita di sini berkenaan “ratu siam”. Jika nak tahu berkenaan kerajaan siam tu, korang boleh search “ratu siam”.

Sudah 2 tahun saya ada kelebihan untuk berinteraksi, nampak makhluk halus dan rawat keluarga saya jika ada sakit berkenaan jin ganggu seperti penyakit demam ketegur, jin duduk di kaki keluarga saya, ia nya dengan izin Allah S.W.T. Kebetulan suami saya pun ada kelebihan yang sama. Cuma suami saya ni boleh b***h atau hukum makhluk halus. Tapi jika dia inginkan. Dia dan saya boleh lihat makhluk halus jika kami inginkan (maksudnya bukan 24jam, jika kami nak lihat, kami kne scan).
Ok faham kan?

Saya dah terbiasa dengan makhluk halus ni sebab sudah 20 tahun saya dikelilingi pasal makhluk halus.
Cuma kali ni. Iaitu minggu lepas.
Sesuatu yang terjadi di luar dari jangkaan saya.

Iaitu jin perkosa saya di waktu saya sedar.
Ya sedar.
Sakit di tampar, di perkosa itu saya rasa dan sedar.
Walaupon saya sedang susukan anak.
Dia perkosa saya diwaktu suami saya pergi berjogging dan tiada dirumah.
Cerita terperinci ia buat perkara jijik itu saya tak nak cerita. Ia masih beri impak trauma atas diri saya sebab ia terjadi di waktu saya sedar.

Lepas suami balik dari jogging. Saya hidang makanan sambil pegang perut saya. Suami pelik tengok kelakuan saya. Suami tanye kepala pegang perut? Peranakkan, Jatuh ke? Saya hanya angguk tanpa lihat wajah suami saya. Saya tidak bersuara dan banyak berdiam diri sebab saya seakan trauma hebat bagi diri saya. Suami saya lalu sebelah saya pon, saya akan jauhkan diri. Saya jadi takut.

Bila sedang menontoh tv bersama suami dan anak2. Bila saya sedar jin tersebut datang peluk saya. Saya akan jadi takut dan peluk tangan atau kaki suami saya. Saya masih tak beritahu suami saya lagi. Suami saya hanya tahu ada makhluk halus di rumah. Tapi dia tak tahu saya di kacau secara fizikal. Saya jadi takut sentiasa. Suami saya pandang garang sekadar bergurau pon, saya akan menangis dan cakap ” abang jangan pandang macam tu, saya takut ” suami saya hanya terdiam dan pelik tengok tingkah laku saya.

Setelah 3 hari kemudian selepas kejadian diperkosan jin.
Saya beranikan diri bagitahu suami saya yang saya diperkosa. Suami saya hanya diam dan memikir sebab dia fikir saya di perkosa dalam mimpi. Tapi bila saya kata.
Saya di perkosa waktu saya sedar dan tengah susukan baby. Saya dipaksa layan dia, saya di tampar dan dilayan kasar sebab tak nak layan jin tersebut dan cakap akan bagitahu suami saya.. Suami saya terkejut dan terus telefon bapa nya. (Bapa mertua saya pon ada kelebihan berkaitan makhluk halus) minta bantuan bapanya dan buat sama2 dengan suami saya untuk b***h makhluk tu.

Sejak dia tahu hal jin perkosa saya. Dia akan pantau saya dan tak bagi saya sendirian.

Setelah 2 hari kemudian. Keadaan saya kembali normal. Dan dapat senyum dan bercerita dengan biasa.

Saya tak tahu apa suami dan ayah mertua saya buat pada jin tu. Antara dikurung atau d*****h, saya tak tahu. Dan saya tak nak tahu sebab saya masih ingat apa dia buat pada saya. Sangat jijik.

Doakan saya dapat lupekan kejadian tersebut.

Tamat.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 31 Average: 2.8]
Siti

2 thoughts on “Diperkosa Jin”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.