DIRASUK HANTU

Assalamualaikum buat semua pembaca Fiksyen Fasha. Aku Nini. Seorang pelajar semester akhir di sebuah universiti di utara tanah air. Aku ni sebenarnya tengah pulun nk siapkan thesis aku. Tapi stress la pulak kan. Aku buka FB baca cerita di FS dan decide untuk share pengalaman aku pulak. Aku harap supervisor aku tak baca FS ni kang tak pasal aku kena lepuk..hehe..

OK..meh aku bagi intro sikit. Aku ni anak bongsu dah 9 adik beradik. Aku ada 5 orang abang dan 3 orang kakak. Bab-bab kisah seram ni boleh kata banyak jugak la pengalaman aku. Dari kecik sampai la dah tua bangka ni. Maklum la…bapak aku ni boleh kata macam ustaz la jugak. Dekat kampong aku tu, kalau orang kena rasuk ke ape ke. Memang diorang datang cari bapak aku. Ada kadang tu, orang yang kena rasuk tu diorang bawak datang rumah kitorg. Huiii…seram jugak sebenarnya babe. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal orang kena rasuk. Aku sebenarnya nak cerita pasal pengalaman aku sendiri kena rasuk.

Ok. Ceritanya gini. Masa tu umur aku baru 6 tahun. Abang-abang balik kampong sebab tengah cuti sekolah. Abang long, abang ngah, dan abang lang aku dah kawin, so diorang bawak balik semua family diorang. Aku memang happy giler la sebab selama ni tinggal aku dengan mak ayah aku je kt rumah.By the way, aku lupa nak bagitau. Beza aku dengan abang2 aku memang jauh. Diorang tahap boleh jadi bapak aku la. Beza umur aku dengan anak buah aku pon staun dua jer. Masa tu aku ada 5 orang anak buah. Si Kimah and Nasyrun anak abang long, Si Jijah and Ajis anak abang ngah, dan si Naim anak abang lang.

Dah ramai-ramai gini, abang-abang aku buat la plan nak pi picnic. So petang Sabtu tu kitorg pon pi la picnic dekat satu waterfall. Dekat2 area rumah kitorang jugak. Happy gila la aku. Bukan main sakan berenang. Sampai dah nak senja pon dok berenang lagi.

Bila matahari dah oren, abang long aku bising la ajak balik. Ok la semua orang pon balik. Tapi on the way balik tu abang ngah ajak singgah medan selera kat pekan. Dia teringin char kue tiau la pulak. So kitorang pon singgah la makan.

Aku tak ingat time tu aku order apa. Tapi yang aku ingat, badan aku start rasa pelik. Rasa tak sedap. Aku habiskan makanan aku. Perut aku dah kenyang. Tapi mulut aku rasa nak makan lagi. Makanan anak2 buah aku yang tak habis licin aku habiskan. Sayur yang aku tak makan pon aku makan. Air orang semua aku sedut. Abang long aku dah heran tengok perangai aku macam orang tak jumpa nasik setaun. Padahal selalu aku memang jenis tak makan banyak.

Time kitorang dok makan tu orang azan maghrib dah. Langit memang oren sangat dah time tu. So kitorang cepat2 la balik. Sampai kat rumah, badan aku rasa letih sangat. Macam baru lepas merentas desa. Mak aku kata sebab aku pulun mandi sangat la kot. Aku pon pikir gitu jugak. So, lepas mandi dan solat, aku baring la atas katil aku.

Katil aku ni letaknya betul2 bawah lubang angin yang segi tiga tu. Sapa tau rumah lama tau la macam mana rupanya. So, bila aku pandang atas memang lubang angina tu atas aku betul-betul. Masa aku baring tu, anak2 buah aku naik main lompat2 atas katil. Lima orang skali lompat. Memang penuh la katil aku.

Tengah diorang seronok2 lompat tu, aku nampak macam ada something lompat dari lubang angin tu terus kena perut aku. Menjerit la aku. Melalak gila la. Kelam kabut mak aku datang tanya kenapa. Aku tengok atas katil tu tak de pulak something tu. Disebabkan Jijah paling dekat dengan aku, aku cakap Jijah la yang lompat atas aku. And tiba-tiba, aku rasa marah sangat2. Tapi aku tak tau nak marah sapa. So Jijah la mangsa dia. Mengamuk aku. Meraung-raung. Tapi masa ni aku sedar lagi. Cuma dia kan rasa bercampur baur. Emosi macam tak stabil.

Ayah aku time tu tengah lepak di ruang tamu. Dia panggil aku tanya kenapa. Aku cakap Jijah jahat, lompat atas maksu. Bapak aku aku bagi aku penyapu. Suruh pukul Jijah. Aku nak pegi pukul Jijah. Tapi aku rasa badan aku lemah sangat. Nak angkat penyapu pon tak larat. So aku seret je penyapu tu keliling ruang tamu. Bapak aku tengok je.

Dia suruh semua orang layankan je perangai aku. Lepas tu dia panggil aku. Dia tanya mengantuk tak. Ye aku jawab. Mata memang tak larat nak buka sangat dah. Bapak aku suruh aku masuk tidur. Aku pon seret la penyapu tu bawak pegi tidur. Apasal aku sayang sangat penyapu tu aku pon tak paham.

Bila aku letak je kepala kat bantal, memang aku rasa aku terus tidur. Nyenyak gila aku rasa. Bila aku terjaga, aku rasa macam aku tidur lama gila. Badan rasa penat, tapi rasa emosi tak stabil tu dah takde. Tapi korang tau tak, masa aku ingat aku tidur tu, sebenarnya badan aku kena rasuk. Yang pelik-pelik tadi tu, rupanya benda tu dah ada dalam badan aku. Bila aku buka je mata, aku Nampak muka bapak aku tengah sembur pinang sirih kat muka aku. Abang-abang aku berpeluh-peluh pegang kaki tangan aku yang kecik tu. Mak aku tengah menangis. Anak-anak buah aku pon menangis.

Aku tak tau apa yang jadi. Tapi jijah cerita, lepas aku masuk je tidur, tiba2 aku menjerit. Suara aku jadi garau macam orang tua. Bila ayah aku baca doa, sembur sirih pinang, muka aku jadi senget2 macam orang kena angin ahmar. Jijah kata nasib baik abang2 aku sempat tangkap aku. Kalau tak, hantu tu bawak badan aku lari masuk dalam hutan sebelah rumah. Lepas kejadian tu, abang-abang aku dah tak berani bawak aku pi jalan mana2 sebab ayah aku kata aku terkena time mandi kat waterfall tu. Kesian kat aku. Hahahaha.

Setakat tu dulu aku cerita. Lepas ni aku cerita pengalaman aku tengok bapak aku ubatkan orang kena rasuk pulak.

Ok, sekian saja setakat ini.

Kisah benar,
NINI

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *