Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada rakyat jelata FS.
Kisah yang aku nak kongsikan kali ini 80% seram. Tetapi sangat rare.
Dulu aku masa zaman tengah gila-gila remaja, dalam tahun 2001, aku memang suka buat aktiviti outdoor dengan member-member.
Aktiviti memancing, berkhemah sampai 2,3 malam tepi hutan, tepi sungai, dalam hutan, memang menjadi rutin aku dengan kawan-kawan.Dalam seminggu tu, kalau tak buat aktiviti, memang tak sah. Nak dijadikan cerita kawan aku, man dan madi plan nak camping sambil mancing dekat satu tempat tu.
Tempat tu tak jauh dari kampung aku. Tempat tu bersebelahan bukit berhampiran UITM dungun.Bagi sesiapa kaki pancing dan camping memang familiar dan sinonem dengan tempat tu. Tempat itu di panggil “Teluk Gadung”.
Menurut penduduk berhampiran dan kaki pancing yang pernah datang ke situ, tempat tu memang keras.Struktur dan lokasi tempat tu agak terpencil. Kerana ia berloksi di sebalik bukit, dengan pantai yang berteluk dan jauh dari penempatan manusia.
Kalau hendak ke lokasi tersebut, terpaksa meredah dua bukit, dan mengambil masa dalam 1 jam setengah untuk samapi ke lokasi dengan berjalan kaki.Man dan madi bercadang hendak bermalam sambil memancing di situ selama 3 hari dua malam. (Wahh.. Dah macam pakaj percutian pulak. Haha.)
Aku tidak memberi sebarang komentar. Hanya mengikut saja cadangan man dan madi. Begitu juga dengan kawan aku yang seorang lagi bernama ali.
Sesungguhnya itu memang aktiviti kegemaran kami. So kami bertolak pada petang khamis, jam 4.00 petang. Sampai di lokasi tepat pada jam 5.45 petang.Jadi kami sempat lagi mencari kayu api dan menyetap khemah sebelum hari gelap.
Aku masa tu memang tak sabar nak memancing.Kerana di situ salah satu syurga kaki pancing jugak lah.
Sedang man dan madi, sibuk siapkan kelengkapan khemah, dapur dan bahan-bahan api untuk memasak, aku dan ali bergegas ke pantai dengan membawa joran dan peralatan memancing.Aku dengan ali memang gila memancing, berbanding man dan madi. Aku bercadang untuk memancing di atas batu besar yang berada ditepi pantai tu.
Kerana di atas batu besar itu ramai kaki pancing daratkan pari dan kerapu saiz mega.Sedang asyik leka memancing, hari pun semakin gelap. Sedar tak sedar jam telah menunjukan pukul 9.00pm.
Aku berjaya mendaratkan 2 ekor ikan, Iaitu ikan kerapu dan tuka. Manakala ali hanya seekor tuka sahaja.Kerana begitu lama aku dan ali berada di atas batu memancing dari awal aku sampai tadi, aku dan ali decide nak balik ke khemah.
Dari jauh aku nampak ungun api yang agak besar di depan khemah menarik perhatian aku. Dalam hati rasa gembira kerana dapat hasil tangkapan.
“Dapat makang ikang bakor lah kite malam ning..” Aku menyapa kepada ali. Ali tersengih dari belakang.
“Mende ape lah dua orang tu duk buat.. Masok doh ke untuk makan malam tu..?” aku berkata lagi.
Memang betul tekaan aku. Sampai di khemah sudah tersedia makanan. Nasik berlauk ikan sardin.
Di kalangan kami, man memang seorang yang pandai memasak. Dia lah yang memjadi ibu kepada kami, memasak dan menyediakan makanan kalau pergi bercamping. Haha.
Madi pulak di ibaratkan seperti bapa. Dia adalah ketua kumpulan kami. Kerana dia paling tua di kalangan kami dan berpengalaman dalam segala hal. Tapi dia sorang yang pendiam. Tidak banyak bercakap.
Di sebabkan ada dia, aku berani pergi dan bermalam di tempat-tempat yang tak sepatutnya pergi dan bermalam. Huhu.Ali pula macam adik. Kerana dia paling muda di kalangan kami.
Aku dapat melihat man tersenyum lebar kerana aku dan ali membawa hasil yang agak tidak mengecewakan. Aku dah boleh agak, apa man akan buat dengan hasil tangkapan tersebut. Malam itu kami makan besar.
Dengan kepakaran dan bakat yang ada pada man, kami di jamukan dengan resepi ciptaan dia iaitu, “Ikan bakar berempah sardin” haha.Memang seronok dan berselara makan di tepi pantai di tengah2 malam.
Tambahan pula dengan bunyi ombak, ungas, menjadikan suasana malam begitu mengasyikan.Memandangkan tempat kami bercamping jauh dari penempatan manusia yang hanya dikelilingi hutan dan bukit. (kiri, kanan dan belakang, hutan dan bukit. Di hadapan pantai.)
“Memang dok sia2 kite mari khemoh kali ni..” Aku bersuara.
Man menyampok, “Nasib baik mung dapat ikang, kalo dok, takdok maknenyer mari khemoh sining..” Aku dan man ketawa. Lalu di turuti madi dan ali.
Aku bercadang nak pergi lagi ke batu tu untuk memancing selepas makan dan berehat sebentar. Niat di hati Kalau boleh nak memncing sampai pagi.
Aku cuba menghasut ali. “Ali, meh kite ngail plok atah batu tu..”
Tetapi aku agak kecewa dengan jawapan dari ali. Dia dah rasa malas nak bergerak selepas makan banyak tadi. Mata rasa mengantuk. Jilaker..! Haha.Aku terpaksa akur dengan alasan dia. Dan aku memang tak berani kalau pergi memancing sorang-sorang atas batu tu. Huhu.
Nak tak nak, terpaksa la aku melepak depan ungun api sambil melayan si ali. Aku tengok madi, sedang sibuk masukan kayu ke dalam ungun api.Manakala man sedang mengemas perkakas dan bahan-bahan untuk di masak pada esok hari.
Ali siap baring-baring atas pasir macam orang tengah layan perasaan. Sekali-sekala, menyampok aku yang sedang bercerita.Beberapa minit kemudian madi dan man datang menyertai aku dan ali, melepak dan santai menikmati suasana pantai yang indah pada malam tu.
Dalam asyik melepak, sedar tak sedar jam sudah 2.00am. Kami berempat pun masak ke dalam khemah. Ungun api di biarkan menyala di luar khemah, supaya binatang buas tidak datang menghampiri khemah kami.
Selang beberapa minit kami berempat berada di dalam khemah, tiba2 aku tersentap dengan bunyi praaappp… Praaapp..Bunyi Seperti orang membaling atau menyimbah pasir ke atas khemah kami. Kami berpandangan sesama sendiri buat seketika.
Madi merunggut.. “Sape pulok main simboh-simboh pasir ni..”
Nak kata orang, memang kami berempat saja yang bercamping di situ. Dan memang tak ada kumpulan lain yang datang berkhemah sejak awal kami sampai lagi.
Prraaapppp..! Ppraaappp! Kali ni makin banyak dan kuat bunyinya.Tiba-tiba kami di kejutkan dengan suara hilaian ketawa yang sangat kuat.
Memang pelik bunyinya. Nak kata binatang, mustahil. Manusia lagi lah. Meremang satu badan aku di buatnya. Aku mamang cuak giler masa tu. Sama dengan ali.Dalam masa yang sama, madi dan man terhendap hendap sedang skodeng (mengintai) melalui lubang-lubang kecil pada dinding khemah, melihat keadaan di luar.
Secara spontan man berkata, “langsuir…” dengan nada perlahan.
Eeeee… Eeee…. ehehehe… Bunyi Hilaian ketawa semakin kuat dan meyeramkan.
Aku nampak madi capai parang, panjang dalam 1 kaki yang berada di bucu khemah.
Aku masa tu, mulut terkumat kumit tidak putus baca ayat kursi. Begitu juga ali. Mulut terkumat kumit entah apa yang di bacanya.
Semetara itu madi masih lagi terhedap hendap dengan parang di tangan bersama man yang membelakangi madi.
Hilaian ketawa masih berterusan. Tetapi lama kelamaan bunyinya makin perlahan dan terus hilang. Aku tengok madi masih lagi tercegat di depan dinding khemah.
Manakala, man cuba menenangkan keadaan. Ali Seperti terpaku dengan situasi, seperti mengalami kejutan yang hebat.Selang beberapa minit suasana persekitaran khemah menjadi sunyi sepi. Seolah-olah alam m**i buat seketika.
Aku boleh rasakan yang kami berempat seperti duduk di dalam sebuah bilik kedap bunyi. Dut.. Dut.. Betapa sunyinya, Sampai boleh dengar bunyi jantung berdengup ketika itu beb.. Huhu.
Dan pada masa yang sama juga, aku rasa telinga aku berdesing. Rasa panas di sekitar leher. Perasaan aku mula rasa bercelaru, berkecamuk, tidak menentu. Rasa tidak tenteram. Rasa ingin meronta ronta. Rasa nak menjerit pun ada. Huhu..
Susah aku nak gambarkan. Aku hairan kenapa tiba-tiba aku rasa macam tu. Aku cuba menenangkan diri dengan berzikir dan beristifar.Tetapi perasaan itu makin menjadi-jadi. Aku melawan semahu mahunya perasaan itu dengan berzikir nama suci Allah hu, beristifar dan membaca ayat kursi.
Aku memang dah tak peduli apa yang berlaku di sekeliling aku pada masa tu.Dalam suasan sunyi sepi itu, tiba-tiba ali menjerit, melompat dan melanggar pintu khemah, keluar dan belari ke arah kiri khemah menuju ke hutan.
Aku yang sedang berlawan dengan perasaan aneh tadi, tersentap bagai orang terjaga dari tidur. (sober) Aku terdengar suara madi menjerit,”kejo dier..! Kejo!”Dalam terpinga-pinga, aku tengok madi dan man melompat ke luar khemah, berlari mengejar ali.
Secara spontan aku melompat ke luar khemah dan berlari membelakangi madi dan man.
Berdekatan dengan hutan, dalam samar-samar cahaya purnama, aku nampak ali sedang bersilat sambil menjerit, melolong seperti orang gila.Madi dan man hanya memerhatikan saja kelakuan ali ketika itu. Dalam keadaan masih terpinga-pinga, aku hairan kenapa ali berkelakuan sedemikian.
Setelah mengetahui bahawa ali bersilat dalam keadaan tidak sedar, baru aku tahu yang ali telah di rasuk. Secara tiba-tiba aku rasa meremang dan teringat pada langsuir yang mengilai tadi.
Pada masa itu, aku tengok madi cuba menangkap ali. Manakala, man cuba mengepung ali dari depan. Secepat kilat Madi menerkam ali dari arah belakang.Ali jatuh ke tanah bersama madi. Tanpa membuang masa, aku dan man turut serta membantu madi yang sedang bergelut dengan ali.
Tenaga ali ketika itu agak luar biasa. Sehingga man terpaksa duduk atas badan ali yang terbaring di atas tanah dan pegang kedua-dua belah tangan ali dengan kuat. Aku pegang di bahagian kepala, manakala madi di bahagian kaki.
Tanpa di duga madi di tendang sehingga tercampak ke belakang.
Giler kuat tenaga ali masa tu. Sampai madi di tendangnya. Madi bangun dan cuba menangkap kaki ali kembali.
Dalam keadaan ali yang meronta-ronta mahu lepaskan diri, aku dan man sempat menyuruh ali mengucap dan beristifar. Tetapi ali hanya meronta-ronta dan menjerit seolah-olah aku dan man tidak wujud.
Pada ketika itu juga, madi berjaya menangkap kaki ali. Tanpa membuang masa madi memicit ibu jari kaki ali dengan kuat.Aku nampak mulut madi terkumat kumit membaca sesuatau. Pada masa itu juga ali menjerit separuh m**i lalu pengsan.
Aku, man dan madi mengusun ali balik ke khemah, dan ali di baringkan di dalam khemah. Aku yang masih trauma dengan kejadian tu, hanya mampu duduk di hadapan pintu khemah dan melihat ali yang terbaring kaku.
Sementara itu madi dan man cuba memulihkan ali yang masih tidak sedarkan diri. Man cuba dapat kan air putih untuk di sapa pada muka ali. Setelah air putih di sapa pada muka, ali mula sedar. Kelihatan ali begitu tidak bermaya.
Jam sudah menunjukan pukul 4.30 am. Aku, madi dan man masih tidak tidur. Kami bertiga terpaksa berjaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal akan berlaku lagi.
Syukur alhamdullilah..
Dalam masa beberapa jam lagi fajar akan menyinsing, tiada sebarang pekara yang berlaku.
Langsuir yang galak mengilai tadi, tidak lagi muncul dan melontarkan hilaian tawa nya yang menyeramkan itu.
Mungkin dia sudah dapat mangsanya. Iaitu ali.Madi membuat keputusan untuk pulang saja setelah hari mula terang.
Tidak dinafikan, Sebenarnya yang menjadi mangsa rasuk adalah aku, setelah aku menceritakan apa yang aku rasa dan alami ketika itu pada madi.
Kerana zikir dan beristigfar aku berjaya melawan perasaan aneh yang aku alami.
Kerana aku berjaya menankis perasaan itu, benda tu berpindah kepada ali. Kerana itu ali bersilat menjerit, melolong bagai orang gila.Sememangnya semasa keadaan persekitaran khemah menjadi sunyi sepi, langsuir tu sedang berada di belakang khemah, Menurut madi dan man. Eeee…
Aku sangat bersyukur kerana tidak ada pekara yang lebih dasyat berlaku daripada itu.
Aku menganggap kejadian itu sebagai pengajaran pada aku. Dan bagi aku kejadian itu tersangat lah rare.
Kerana bukan semua orang dapat rasa macam mana di rasuk, walaupun bukan aku yang kene rasuk pada hari kejadian tu. Haha
Akhir kata ..
Teringat pulak, aku dengan lagu langsuir liar (rusty blade) liriknya berbunyi
” ..ketika kau lemah, jadi mangsa nya. Jangan takutkan ia, jika beriman ..”
Fikir-fikirkan lahh..
Langsuir tu berkenan kat hangpa la kot tu yang dia mai kacau tu…hehehe
Haha.. Mngkin la kot. Depa semua hnsem2.. Aku je x hansem.. Haha
Seram..nasib sempat baca melawan rasuk tu..hope ade kisah lain yg boleh dikongsi..best..
Tu lahh.. Mujur jiwa raga ini masih kuat, mampu melawan anasir2 jahat.. Hihi.. In sha Allah.. Memng ad lg pngalaman utk d kongsi, ttapi mse sngt cemburu dgn sy, utk sy menulis bt ketika ini..😉
Itu langsuir tarak tunjuk diri dan rupa ka?
Tarak tunjuk.. Dier malu kot.. Dier ketawa je lebihh.. Hihi.. Setau sy Langsuir memang jenis pyh nk tunjuk diri n rupa dier.. Dier ni, jenis sakat org dgn mngilai je.. Lps puas mngilai dier blahh.. Btol sy x tipu..😎
Ali pulih sepenuhnya tak? Ada pergi buat rawatan susulan?
Ali pulih sepenuhnya.. Jgn risau..😎 dier d beri rawatan susulan berjumpa dgn seorang ustaz selepas kejadian.
Berani ngat sek mu ni.
Berani x berani gop mek eh.. Jenis brahi cari psl.. Hihi
berani nya
Xde lahh.. Berani cam gitu2 je.. Hihi
so ada pergi berkhemah lagi tak?
yang penting suruhan allah jangan dilupakan.
buat solat jemaah ke. tadarus sekali.
alang – alang buat pakej 3 hari 2 malam.
Benar sekali
Still…dah memang tu xtvt kegemaran tu.. Hihihi tp skg da slow.. Hehe solat 5 tu ttp solat. Biaser kitorg jenis gmble je kalo g camping..
Not bad.. Seronok betul langsuir tu mengacau… Tak cukup baling-baling pasir, dia mengilai.. Tak cukup lagi dengan tu, rasuk pulak… Suka sungguh dia… Haihhh
Tu la.. Nakal kemain langsuir tu.. Hihi.. Da memang krja dier nk sesatkn manusia..
uik seram Nye..mujur lah ade kawan2 yang tahu nak kawal keadaan.
Ye cik peahh.. Cik peah bringat lahh.. Kalo ad bt xtvt cam gini, msti kene ad org yg pandai.. Hihi
idak le teman…cikpeah nie lemah semangat tak de Nye nak buat aktiviti gitu.
Terima kasih kongsi pengalaman. Rasa terberhenti jantung berdegup kat bahagian suasana sunyi tu….
Sama2..😋 Btol tu cik anggerik.. Alam dan manusia m**i buat seketika.. Hihi
Huish beraninye korang
Xde la.. Biasa2 je..😋
Berani ngat sek2 mung
X berani gop.. Haha.. Aku rase fuok2 mung berani lg ater.. Hihi
Wah best2. Tapi ali tu baca apa terkumat kamit? 🤔
Ntah.. Mentera semerah padi kot.. Hihi
Ok lah sempat lagi baca ayat kursi .. kalo aku, bajet bace kursi, tau2 just baca sifir dua tak pun sekadar bunyi-bunyian secara rawak..sokseksoksek, sosuehsosueh..hahah .. not bad r tok mung, kipidap.
Hahaha.. Shit hell..! Sokseksoksek😂😂😂
Baru tadi lalu kut UITM dungun. Jahat tok mung, cerita gini. Dok gi doh hiking bukit bauk pahni. Kita biasa gok naik bukit bauk, kut pntai ni. Adoii..
Bukit bauk jahak agi ater.. Ad jgk pngalam kt bukit bauk ni.. Xdop mase lg nk tulis haha