Dirasuk Saka – Sambungan Wanita Tua

Assalamualaikum pembaca FS sekalian. Alhamdulillah, terima kasih pada admin kerana telah menyiarkan cerita aku yang bertajuk Wanita Tua tempoh hari. Okay, berdasarkan komen, kebanyakannya kata disebabkan gangguan saka. Terima kasih atas keprihatinan semua. Jangan risau eh, aku dah clean dah dari gangguan ni semua. Oh ye, aku bukan bro. Aku sis. ?

Okay nak sambung cerita haritu. Cerita kali ni memang sangat panjang, harap korang bertabah. Kan aku ada cakap yang aku selalu bermimpi. Dari sekolah sampai lah ke universiti. Kalau dekat sekolah, aku didatangi mimpi macam apa yang dah aku cerita dalam Wanita Tua. Tapi, dekat Universiti, aku bukan hanya bermimpi, aku dapat rasa, dan kadang tu rasa tu membuatkan aku nampak bayangan-bayangan. Korang boleh rujuk Kolej-2B10.

Aku tak ingat waktu ni sem berapa. Tapi, ada satu hari tu, ke cuti tah. Yang penting waktu tu aku dan keluarga balik kampung sebab pakcik aku tengah nazak. Keadaan pakcik aku waktu tu memang sangat nazak. Tahu kan macam mana? Nafas kejap kuat kejap perlahan. Kadang tu nafas panjang sangat, macam nak “habis” dah. Tapi, tak lama lepas tu. Elok je dia. Keadaan ni berlanjutan dari pagi sampai lah malam.

Ni kira petanda awal lah. Waktu ni ada kejadian di mana ada beberapa saudara mara aku yang disampuk. Dia macam ni, kami satu keluarga duduk di ruang tamu di mana pakcik aku berbaring di situ. Kami semua sepupu-sepupu duduk menghadap pakcik aku sambil baca Yasin. Ada satu ketika ni, pakcik aku memang dah tarik nafas panjang dah. Ada la dua tiga orang saudara mara yang dah nangis sebab sedih. Tapi, tak lama lepas tu, pakcik aku ni bangun duduk bersila dan siap minta rokok lagi tu. Lepas tu, tah macam mana, akak sepupu aku ni jerit tunjuk-tunjuk dekat area pakcik aku duduk tu.

Lepas akak sepupu aku jerit, mak aku pulak jerit dengan suara yang sangat nyaring dan cakap, “apa tu?” sambil tunjuk arah atas. Keadaan waktu ni dah kelam kabut dah. Akak sepupu aku tu nangis je dekat sudut belah kanan. Mak aku pulak dah macam meracau dekat sudut belah kiri. Pakcik aku tu sambil duduk hisap rokok tu, dia sengih tengok mak aku. Bukan ni je, waktu kekecohan ni berlaku, ada sorang abang sepupu aku ni datang dari luar rumah nak tengok dan tolong la apa yang patut. Tah macam mana, abang sepupu aku boleh pergi bersilat pulak dekat depan mak aku. Ada la sorang lagi pakcik aku ni, dia pandai ubatkan orang, dia lah yang menyelamatkan keadaan.

Bila semua dah tenang, waktu tu dekat dua tiga pagi juga la tak silap aku. Masing-masing dah penat. Sebelum tidur tu, kami semua sempat la tanya dekat ketiga-tiga magsa ni. Akak sepupu aku kata dia nampak bayangan hitam melintas depan mata dia. Bila tanya mak aku, katanya pandangan dia gelap. Macam ada banyak gila burung gagak yang tengah terbang dekat ruang tamu. Lepas je dia nampak bayangan bayangan yang macam burung tu, mak aku kata dia terus tak sedar apa. Last, abang sepupu aku. Katanya, bila dia masuk je ke rumah, dia tak nampak pun mak aku. Dia nampak ada perempuan tua. Dari cara dia describe, aku terus terkedu. Sebabnya, sama dengan wanita tua yang selalu aku mimpikan tu. Ni betul punya perasaan ni, waktu tu, aku memang husnudzon gila. Aku anggap tu satu kebetulan je. ?

Okay, habis cerita untuk malam. Esoknya, kami semua bangun lewat. Subuh pun tak tau ke mana. Waktu zuhur tu, kami yang muda-muda ni lepas solat diminta untuk baca Yasin. Ada sorang makcik aku ni pesan, katanya jangan berhenti baca. Dia nak rumah tu sentiasa ada orang baca Yasin. Faham kan? Kena baca berterusan lah gitu. Jadinya, kami pun terus terusan lah baca. Waktu tu aku tak ingat la macam mana dan apa yang terjadi sebenarnya. Yang aku ingat, keadaan pakcik aku jadi macam semalam balik. Dia banyak kali tarik nafas panjang. Keadaan dia memang sangat menyedihkan la. Suasana dekat ruang tamu tu dah pilu dah waktu tu. Kami yang tengah baca yasin ni diminta untuk baca dengan suara yang kuat. Aku tak tau la kenapa, waktu ni, aku macam nak tak nak baca. Memula aku okay, tapi bila makcik aku arahkan macam tu, aku mula rasa rimas. Yasin yang aku pegang tu, aku letak dekat lantai dan aku selak-selak je. Astagfirullah…

Kebetulan, semua dah habis baca Yasin, kira macam last round la, ada orang datang rumah tu nak melawat pakcik aku. Elok je semua dah habis baca dan ada orang datang tu, pakcik aku elok je bangun duduk bersila. Waktu ni aku rasa menyampah. Tak tau kenapa. Akak aku ajak pi ambik wuduk, aku ikut je macam biasa. Tapi kan, aku tak tau apa yang aku niatkan. Aku macam ikut je apa yang akak aku buat. Waktu ni, aku rasa macam takut sangat. Hati berdebar-debar. Habis berwuduk, aku ikut akak aku naik rumah atas. Nak naik rumah atas ni, kami kena melalui ruang tamu di mana pakcik aku ada dekat situ.

Waktu melalui pakcik aku, aku rasa diri diperhati dan aku pun terpandangkan pakcik aku yang tengah senyum sinis pandang aku. Elok je lepas aku alih pandangan, bahu aku rasa berat sangat. Bila dah naik rumah atas, aku jadi makin tak selesa. Bahu aku lenguh sangat, kaki aku pun rasa kebas. Kebetulan dekat situ ada sorang sepupu aku. Akak aku tengah siap-siap pakai telekung. Dia nak solat sunat. Aku mengadu dekat sepupu aku tu, “kak, sakit la bahu ni.” Dia tak pandang aku tau, dia cakap dengan nada yang keras, “duduk. Rehat.” Aku pun ikut la. Aku duduk sebelah dia, tapi dia macam menjauh dari aku. Makin lama, aku rasa diri aku makin lemah. Sakit yang teramat sangat.

Waktu duduk sambil urut bahu ni, aku nampak akak aku datang ke arah aku dah siap pakai telekung dan ada Quran dekat tangan dia. Aku jadi resah. Makin akak aku dekat, aku jadi kelam kabut. Dalam waktu yang sama, akak sepupu aku yang menjerit semalam tu, dia menangis dekat luar. Macam meracau. Semua orang berlari la pergi dekat dia. Aku dengar akak sepupu aku nangis, aku pun ikut menangis. Lepas aku nangis ni, aku ak berapa ingat apa yang jadi pada aku. Tapi aku dengar dan aku tau.

Yang tinggal dengan aku waktu tu adalah akak aku. Dia tahu aku pun dah kena sampuk, terus dia panggil pakcik aku yang pandai ubat tu. Sebelum dia datang dekat aku, pakcik aku dah pulihkan akak sepupu aku. Bila pakcik aku datang dekat aku, dia keluarkan lah benda dalam badan aku. Kau tahu, aku tengah menangis ni, tapi dalam masa yang sama, aku gelak dan aku minta tolong. Banyak kali pakcik aku pesan, “tolong diri sendiri dulu, kuatkan semangat, ingat Allah.” Aku dengar pesanan pesanan ni tapi aku tak boleh nak buat. Mengucap pun tak boleh. Ada satu ketika tu, aku rasa macam benda tu dah keluar. Aku rasa tenang.

Tapi, ketenangan aku tak lama. Macam mana eh, pakcik aku tu kan dah keluarkan benda dalam badan aku. Elok dia keluarkan benda tu, abang sepupu aku semalam yang bersilat tu, dia bersilat lagi dekat bawah. Pakcik aku tu pun turun la bawah pergi tolong abang sepupu aku. Waktu pakcik aku turun, aku gelak gelak dekat rumah atas ni. Aku tak nak tau gelak, tapi aku tak dapat kawal diri aku. Waktu aku gelak ni, akak aku panggil pakcik aku tu. Dia datang dekat aku dan cakap, “celaka kau setan permainkan aku.” Aku senyum je dekat dia. Haa, waktu ni la aku dah makin tak sedar apa yang jadi dengan aku. Yang aku tahu, lepas pakcik aku datang, dia minta mahram aku untuk pegang aku.

Tak banyak yang boleh aku kongsi sebab aku tak berapa nak sedar. Tapi, ada ketika tu, aku rasa badan aku panas. Sampai sekarang ni. Aku masih ingat macam mana rasa sakit dan panas tu. Aku tak tau la siapa dan surah apa yang dia baca, tapi lepas hamba Allah ni baca, dia hembus dekat bahagian kepala aku (aku baring). Waktu dia hembus tu, kepala aku rasa macam nak pecah, dekat area telinga ni rasa panas sangat. Macam api betul betul tepi telinga. Waktu kejadian ni, untuk pengetahuan semua, lampu dekat rumah atas tu tak boleh nak dihidupkan. Lampu tu meletup. Selain tu, rumah kami ni sebelah masjid, azan Asar tak ada pun hari tu. Nak dijadikan cerita lagi, ahli keluarga aku ni, separuh pegi keluar la sekitar kampung nak cari ustaz ke imam ke yang boleh rawat aku. Tapi tah kenapa, waktu tu la imam berada di luar kawasan kampung, ustaz tak dapat nak dihubungi. Banyak la benda yang jadi. Kejadian ni lama tak silap aku dari pukul 3 macam tu sampai lah ke maghrib.

Apa yang telah sepupu sepapat aku cerita, pakcik aku yang tahu mengubatkan orang tu berkomunikasi dengan benda yang ada dalam badan aku. Benda tu mencari waris sebab dia tahu pakcik aku yang sakit tu akan pergi. Oh ye, benda tu siap bagitau, maghrib nanti pakcik aku yang sakit tu akan pergi… Benda yang dalam badan aku tu ada dua ke tiga tah. Ke lebih dari tu. Tapi yang paling lama dalam badan aku adalah wanita tua tu. Dia lah yang selama ni menjaga keturunan kami dan dia memang ada dengan aku selalu. Sebab tu la aku mimpi dia. Waktu aku dekat kolej, ada benda lain yang nak aku tapi disebabkan wanita tua ni menjaga aku, benda yang nak dekat aku tu tak boleh la nak dekat aku. Dan kata sepupu sepapat aku lagi, waktu ada benda tu dalam badan aku, aku ni siap boleh menari lagi. Tapi menari dalam keadaan baring la. Ramai yang pegang aku, tapi kekuatan mereka tu tak berapa nak cukup. Selain dari menari, aku asyik tunjuk ke arah atas, aku asyik kata panas, banyak lagi la. Tapi yang penting, pakcik aku yang sakit tu, elok je dia melepak sap kok dekat ruang tamu. Macam tak ada benda jadi. ?

Aku rasa panjang sangat dah ni. Tapi korang teruskan baca tau. Aku malas nak sambung nanti kena marah lagi…

Okay, selepas aku dah dipulihkan, aku duduk je dekat rumah atas ni sambil ditemani akak aku dan sorang saudara aku ni. Dorang dua teman aku sambil baca Quran. Aku tak dibenarkan turun jumpa pakcik aku yang sakit tu. Waktu ni dah memang nak maghrib dah. Kan tadi aku ada cakap yang benda dalam badan aku kata maghrib ni pakcik aku akan pergi, haaa. Waktu maghrib ni, pakcik aku memang dah tarik nafas panjang dah. Tak tau macam mana nak cakap, tapi dia memang nafas dia dah stop dah waktu tu. Yang lain semua sibuk dah la nak call doktor apa semua, tapi tak sampai 2 minit macam tu, pakcik aku ni bukak mata. Semua macam terkejut waktu ni. Dan ada la sorang pakcik aku yang lain, dia bisik dekat pakcik pakcik yang lain, katanya pakcik aku yang sakit tu sebenarnya dah tiada…

Malam tu, lepas isyak kot. Pakcik pakcik aku yang lain tu ikhtiar nak buang benda tu. Dah jumpa la sorang pengamal perubatan ni, dia boleh datang. Tapi dia meletakkan syarat. Dia minta adik beradik pakcik aku semua balik. Terutama adik beradik perempuan. Senang cita, semua adik beradik diminta tinggalkan kampung dan balik ke rumah masing-masing. Tak boleh jumpa, tak boleh nak dekat dekat. Sebab orang tu kata, dia mungkin akan kacau adik beradik yang berada dekat-dekat. So, malam tu juga kami semua balik ke rumah masing-masing. Walaupun dah jauh dari kampung dan jauh dari semua sedara mara, malam tu aku tak dapat tidur pun. Tiap kali aku pejam mata, mesti bayangan wanita tua tu muncul. Dia nangis. Nak dekat subuh tu baru la aku boleh tidur lena. Lena tak lena jugak la. Sebab tak lama lepas aku lena, mak aku suruh siap balik kampung sebab waktu ni memang pakcik aku dah confirm pergi…

Kitorang semua tak tau macam mana pengamal perubatan tu buang benda tu. Sampai sekarang ni tak dapat jawpaannya. Selesai kebumi apa semua, aku dipanggil untuk jumpa dengan pengamal perubatan ni sambil ditemani bapak aku. Baru je aku letak punggung di kerusi, dia terus describe rupa wanita tua yang selalu muncul dalam mimpi aku tu. Aku cerita la semua benda dekat dia. Tapi orang tu kata, wanita tua tu nak jaga aku je. Sebab katanya, aku lah orang yang akan ubah keluarga tu. Tah laa, aku tak faham. Banyak benda sebenarnya yang aku tak faham. Tapi aku malas nak serabutkan pemikiran, aku biar je benda tu. Lepas dari kejadian ni, aku dah tak didatangi wanita tua tu. Aku pun dah tak rasa atau nampak benda benda ni. Alhamdulillah, kehidupan aku semakin baik. InshaAllah.

Okay cukup sampai sini. Terima kasih semua. Terima kasih pembaca. Terima kasih admin. Ingatlah pesanan aku ni, ‘Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia.’ Jaga solat, jaga tingkah laku. Jangan lupa Allah, jangan lupa agama. Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi.

-RJ

5 thoughts on “Dirasuk Saka – Sambungan Wanita Tua”

  1. “Aku rasa panjang sangat dah ni. Tapi korang teruskan baca tau. Aku malas nak sambung nanti kena marah lagiā€¦”

    Dahi berkerut2 kening bagai nak bercantum khusyuk membace…
    Tapi…
    Bile sampai part ayat atas tu, terus panas muke terbeliak bijik mata akk dh standby nk maghoh dik…
    Seb bek bukan bersambung…
    Kendur balik muke yg tegang td ni haaa…

    Reply

Leave a Comment