Disakat

Assalamualaikum semua, nama aku Kasturi (bukan nama sebenar) dan aku nak ceritakan pengalaman aku selama menghafaz al-Quran di D**** ****n. Terima kasih kepada pihak Fiksyen Shasha andai cerita ini terpilih untuk dimuat naik. Biasanya aku jadi silent reader. Hoho. Harapnya semua dapat ambil iktibar lah sebab orang yang hafaz al-Quran pun tak terkecuali jugak daripada kena kacau. Malah boleh jadi lagi hebat dugaannya daripada orang biasa. Awal-awal aku nak cakap, cerita ni biasa je dan kalau korang rasa tak mengancam tu sebab faktor cerita ni cerita sebenar. Goreng-goreng cerita ni tak mainlah.

Semester 1.

Memang rutin budak-budak yang hafaz quran diorang akan suka cari modal (modal ni istilah budak tahfiz kat sini yang merujuk kepada hafazan) dekat merata tempat. Kat tepi tasik, masjid, surau, bilik dan kelas. Macam aku, prefer tempat yang jauh daripada orang. Kebetulan pulak masa tu dah dekat dengan tarikh exam, jadi satu hari ni aku pun pergilah menghafaz kat kelas yang terletak kat bangunan pentadbiran. Lepas Isyak beb kau bayangkan seorang gadis pergi ke kelas dengan keadaan bangunan gelapnya. Memang boleh meremang bulu roma jadinya tapi masa tu memang mindset dah tetapkan tempat macam tu memang takkan ada yang mengusik. Salah sebenarnya mindset aku tu.

Nak dijadikan cerita, aku pun duduk kat salah satu kelas ni, ada penghawa dingin. Tapi malam tu memang dingin, jadinya aku tak bukalah benda alah tu. Pusat tahfiz aku tu memang terletak dekat dengan Banjaran Titiwangsa, lembah-lembah gitu, memang nyaman woo. Ada tasik, kitorang gelar tasik tu tasik 30 juzuk. Haha. Sepanjang berada di kelas tu, aku memang biarkan pintu terbuka in case jadi kebakaran ke senanglah nak blah. Punyalah insecure aku ni terhadap api. Haha.

Adalah dalam dekat sejam aku asyik main phone je. Mengajinya tidak. Bila dah nampak jarum jam nak menginjak ke pukul 10.30 malam, barulah aku mula mengaji. Aku tak ingatlah masa tu dah muka surat yang keberapa, ke-2 atau ke-3, tiba-tiba mata aku menangkap figura seorang mak cik cleaner tengah tolak troli yang biasanya cleaner guna tu. Slow je dia gerak, dengan uniform cleanernya lagi. Masa tu terfikirlah jugak. Apa kejadahlah mak cik ni buat dekat bangunan pentadbiran ni seorang diri malam-malam macam tu? Bila sampai turn dia lalu dekat depan kelas yang aku tengah duduk tu, dia selamba je jalan sambil tolak troli tu. Hai, mak cik, kau nak catwalk ke depan aku ni? Dahlah muka tak senyum, aku tegur tak jawab. Setelah beberapa minit, barulah otak aku berfungsi dan… Ya. Itu bukan orang. Itu puakalah, Kasturi! Apasallah bengap sangat otak aku masa tu?

Maka, demi kemaslahatan aku, aku pun amik Quran, botol air dengan phone aku, masa tutup suis pun aku tutup perlahan-lahan jangan sampai ada bunyi, pakai kasut lepas tu lari. Dah jauh sikit, aku perhati ‘mak cik’ tu ada lagi tak, haram… Memang tak ada! Nasib baik tak jadi apa-apa atas keceluparan mulut aku tegur puaka tadi tu. Huhu.

Semester 2.

Masa ni dah berpindah ke bilik baru. Jumlah penghuni pun dua orang je. Memang heaven lah kan sebab bilik dah jadi spacious gitu memandangkan masa sem 1, satu bilik empat orang. Ditakdirkan aku sebilik dengan Rara. Rajin orangnya. Okey cerita dia begini, aku ingat lagi tarikh ni, pada 9 Oktober 2017 ada pasar malam. Siapa duduk area KKB tu tahu la akan ada pasar malam setiap 9 dan 29 haribulan.

Masa hari tu aku dah rancang dah nak pergi pasar malam sebab mengidam gila nak makan nasi kerabu. Aku dah lama tak ke pasar malam, jadinya aku pun rancanglah dengan ahli usrah aku – Na, Tim, Rockie dan Nabeh. Yang sedihnya, aku dah bersiap cuma lambat sikit je sebab tiba-tiba pulak aku nak memerut. Akhirnya, kena tinggallah sebab pak cik prebet dah tunggu lama. Sedih tu memang sedihlah, sebab aku yang beria kata nak pergi pasar malam, tapi end up kena tinggal.

Aku ni kalau sakit hati memang suka buat benda merapu. Tak patut sebenarnya hafizah begini. Bila teringat balik memang rasa jahiliahnyalah aku buat begitu. Aku pun menyorok bawah katil dengan niat nak terkejutkan Rara. At least kacau orang pun jadilah untuk hilangkan sakit hati. Apa punya perangailah aku ni. Hahaha. Masa menyorok tu, aku punya outfit daripada atas sampai bawah warna hitam. Pastu aku letak luggage dekat depan aku, jadinya tak adalah nampak sangat aku menyorok dekat situ.

Tak lama kemudian, aku nampak ada sepasang kaki masuk ke bilik aku. Aku ingat Rara dan masa tu terfikir, ‘Alah baru sangat nyorok ni, takkanlah nak keluar awal?’

Sambil tahan gelak, aku pun biarlah Rara tu masuk dan tanpa dijangka, Rara duduk betul-betul di bahagian kepala aku kat atas katil tu. Aku tahulah sebab aku nampak bahagian tu melendut.

‘Apa pulaklah Rara ni buat kat katil aku ni?’

Sempat jugak aku dengar bunyi sudu aku yang ada meja tu berlaga dengan bekas sambal kiriman ibu aku. Nak pow aku punya sambal lah tu. Dalam 3 minit kemudian, dia blah. Tapi aku tak nampaklah pulak pintu dibuka. Alih-alih dak Rara dah tak ada. Aku memang tak ada rasa takut ke apa masa tu sebab memang aku target nak prank si Rara. Tak lama kemudian, Rara masuk dan aku pun ambil kesempatan dengan prank dia. Memang terkejut beruk dia. Kau kena tengok muka dia! Hahahaha!

Tak lama lepas tu, aku tanya lah dia, “awak masuk ke tadi? Sebab macam ada dengar awak ratah sambal saya.”

Muka dia bertambah terkejut. She denied that.

Mak aih, siapa lah pulak yang duduk kat atas katil aku tadi? Tak puas hati, aku tanya lagi banyak kali. Memang tidak, jawapan dia. Aku pergi ke bilik bestie aku, Qima, budak Terengganu, tanya dia pasal sambal dan masuk bilik, sebab dia pun suka ratah sambal jugak. She denied it too. Aku pun pm sorang-sorang dan sebar thread dalam group whatsapp batch aku. Tak ada siapa pun weh yang masuk bilik aku masa tu! Masing-masing nafi. Haih. Kena sakat lagilah ni. Itulah, menyorok lagi waktu Maghrib. Hahaha. Hampeh betul. Patutlah tak nampak dia buka pintu masa nak blah dari bilik aku. Nasib baik nampak kaki je, kalau tak… kus semangat! Aku tak jamin yang aku akan ada sekarang untuk taip cerita ni. Huhu.

Sekian, aku tamatkan je cerita aku di sini. Terima kasih kerana sudi membaca. Sebenarnya, banyak lagi cerita tapi takut panjang sangat. Maaf andai ada kekurangan sebab aku taip ini pun mengikut persona seseorang yang ingin bercerita, bukan mengarang cerpen.

Kang aku tulis ikut persona orang yang nak karang cerpen nanti korang kata bosanlah berbungalah. Macamlah aku tak tahu kaki komen kat page ni banyak yang suka memaki. Haha. Nasihat aku sikit bersempena bulan Ramadhan ni, kurangkanlah atau hapus terus komen-komen makian. Buat kurang je pahala korang puasa. Hehe.

 

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]
Kasturi

29 thoughts on “Disakat”

  1. adminnya luan pelalai kn mpost every crita yth makanya out of date atu.. lalai kn menyaki th ganya bh.. pickup sdikit uy admin nyaaaaa

    Reply
    • Ye weh, seb baik aku tak keluar. Kalo tak, tak tahula pe nasib aku skang. Alhamdulillah, setiap kali nmpak penampakan tak pernah lg dia muncul dgn muka buruk, paling2 tidak menyamar jd org yg aku kenal hahaha.

      Reply
    • Hahaha, dh habis DQ daa weh. Masuk UIA daa, tak dpt lg nk pi pekan KKB, aku amik lesen pun kat PS Samy hahaha. Bulan 8 ni konvo. Huhu, terobek balik la gamaknya.

      Reply
    • Maaflah, mmg kelihatan macam aku rosakkan bahasa Melayu. Maklumlah masa ni taip dlm keadaan eksaited nak masuk UIA la youuu. Hahahahah. Aku tahu aku ni tak terer mana pun english sooo….

      Kau pun boleh la cer taip cerita kau pulak, include kn skali word in english. Mana tau aku boleh tambah vocab. Srs, ini bkn perli ye.

      Anyway thank you for your comment. I’ll take it as positive comment to improve my writing. Thanks for reading even you found it too boring for you.

      Reply
    • Mungkin kau tak caya, but ye mmg betul aku buat gitu. Dak2 dq ni kalo dh dkt musim exam, mmg berani nk gi kelas sorang2 utk ngaji weh. Tak kisah da seram ke tak ada hantu ke tak.

      Reply
    • Erm, tang bhg yg aku nyorok tu mmg nmpak cam gila tp kan, itu benda yg aku suka buat iaitu prank org huhu. Tapi tak sangka pulak aku yg kena prank

      Reply
  2. Maaf nk tnya korg bca fs ni ad nmpk iklan bulu kemaluan tebal x kt ats tu? Haha stim btol bru nk seram, lol

    Reply
  3. Tengah baca bab dia nk menyorok tu tetiba kucing itam lalu dgn gaya cat walk dlm umah aq. Aq xda kucing itam weiii!! Mgkn dia silap masuk rumah 😑

    Reply
  4. 9 dgn 29 yerk psr mlm kkb?dlu prnh jg duk KKB 4 bln,tp xsllu g psr…smada letih sbb kje,xpn kje…berkhidmat utk rkyt selangor dgn btlkn sistem perpaipan diorg…DQ pn prnh wat jg,mrsm dgn ikbn…

    Reply
  5. Kasturi dah kawin lom . Tgok gaya penulisan macam comel orangnya . Hahhaaa . Boleh la jadi ustazah mengajae anak2 kita mngaji nanti 😎

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.