Disantau Akibat Dengki

DISANTAU AKIBAT HASAD DENGKI
Assalammualaikum warga FS, sebelum tu Terima Kasih kepada Admin sebab kongsikan cerita aku untuk pembaca setia FS. Sebelum aku memulakan cerita pasal pengalaman aku sendiri ni, okay nama aku Kyra (bukan nama sebenar)semua ni berlaku baru lagi, tahun 2016 masa tu umur aku 21 tahun dan masa tu aku seorang perantau. Datang sini (Oct 2015) sebab nak cari pengalaman berkerja dekat semenanjung, sebabnya aku berasal dari Sabah, jangan cakap dekat sabah takde banyak pengalaman pulak, haha. Ada je cumanya aku lebih suka kat tempat orang. Lain perasaan dia bila bekerja kat tempat orang ni, Trust me!

Okeh! Berbalik pada cerita kita tadi. Kiranya hampir 4 bulan aku jadi penganggur sejak jadi perantau ni. Akhirnya, aku dapat panggilan dari seseorang yang nak tawarkan aku kerja kat Butik dia.

“Assalammualaikum, ni cik Kyra ke?” kedengaran suara lelaki yang sedang dalam talian.

“Waalaikumsalam, ye saya Kyra. Ni siapa ye? kenapa?” tanyaku cuak. Yelah, Aku takde kawan lelaki dari semenanjung lagi masa tu , terlalu awal kot nak bagi no phone kat org lain. Tapi aku memang berharap panggilan tu adalah rezeki aku.

“Oh ya, nama saya Zack. Panggil je Encik Zack (bukan nama sebenar). Haritu Cik Kyra ada hantar resume nak bekerja dekat butik saya? ingat tak? macam ni, kalau Cik Kyra masih berminat nak berkerja kat butik saya, boleh datang interview hari isnin ni waktu lunch tak?” Alhamdulillah, masa tu aku bersyukur ada gak orang nak amek aku kerja. Penat weh jadi penganggur! Lama aku tunggu.

“Ya, ingat ingat, boleh saya tau kat mana lokasi butik Encik tak? sebab saya dah lupa. Saya baru lagi kat sini jadinya saya tak tau sangat. Tapi takpe ke nak ambil saya bekerja dengan Encik Zack? saya tak berhijab?”

“Takpe takpe Cik Kyra, bukan hijab awak yang bekerja dengan saya (sambil ketawa, bergurau).” Fuhhh, aku? lega tak terkira! Sebab tak berhijab jugalah salah satu sebab kenapa aku tak dapat kerja selama 4 bulan tu.


Awal aku bangun , nak pegi interview, walaupun En. Zack dah cakap pegi waktu lunch, teruja nak start kerja. Aku tengok sms lokasi butik yang En. Zack hantar kat aku. Alhamdulillah, sekali lagi aku bersyukur , sebab? Butik tu tak jauh pun dari ruma tempat aku sewa. Kurang 10 minit aku dah sampai pun kat butik tu, okay aku namakan butik tu butik MV . Butik ni terletak kat Shah Alam seksyen? Teka sendiri. Haha. Tak susah nak cari butik ni sebab dekat hujung and butik ni cantik sangat. Kena dengan nama dia. Aku leka nak tengok sekeliling, keluar seorang perempuan bertudung berusia dalam 30-an. Aku namakan dia Kak Ina (bukan nama sebenar).

“Ya, dik? Jemput masuk. Tengok-tengok dulu (ayat promote lah tu),” pelawa Kak Ina tu.

Aku senyum je dan bertanya, “tumpang tanya kak, saya disuruh datang dekat butik ni untuk interview kerja. Boleh saya jumpa dengan En. Zack?” tahu tak apa akak tu buat lepas aku tanya dia macam tu?Dia tengok aku atas sampai bawah. Aku senyum sajalah. Tu saja yang aku mampu buat.

“En. Zack belum sampai lagi. Tapi datin ada. Jom pergi belakang.”

Aku? Follow sajalah. Tak lama selepas tu, En. Zack datang. Aku dibawa masuk ke dalam office dan ditemuramah oleh datin dan En. Zack (diorang bestfriend since high school. Dua-dua dah khawin. Jangan salah faham, ya. Diorang orang baik).

Oh, ya! Datin tu aku namakan Datin Orangey (bukan nama sebenar).


10hb Januari 2016, aku mula bekerja di MV. Beberapa minggu aku happy, tak ada benda yang menganggu lagi. Dan sehinggalah bila hampir sebulan aku bekerja kat MV, Datin Orangey cakap dekat aku, “Kyra, saya akan ke Thailand dalam beberapa minggu ni. Saya nak beli kain untuk koleksi baru bulan depan. Kyra tolong jaga butik, ya? Kyra jangan buat benda yang bukan saya arahkan, okay? kalau orang lain arahkan, buat tak tahu saja. Boleh, kan?”

Aku macam biasa, iyakan saja. Dan orang lain yang Datin tu maksudkan ialah Kak Zu (nama sebenar). Mengikut cerita, Kak Zu ni adalah orang yang menjaga butik ni sebelum aku menjadi pengganti atas sebab-sebab tertentu. Dan aku akan bagitau macam mana keadaan butik ni. Butik ni berkonsepkan vendor. Dalam butik tu ada 11 lot. Jadi, semestinya ramai bos dalam tu. Dan semua hal aku yang handle. Erti kata lain, aku dah macam supervisor. Datin tu memang percayakan aku 100%. Kalau tak, mana dia berani nak suruh aku pegang semua duit sales, seminggu sekali baru bank-in. Beribu kot. Ada bilik solat dan dua toilet dekat belakang dan office Datin Orangey. Kak Zu ni ada satu perangai pelik yang dah jadi kebiasaan dia setiap hari. Bila aku nak tutup butik dah, dia akan datang dengan lakonan dia yang aku dah sedia maklum, bepura pura nak terkucil lepas tu, dia akan berada lama dekat belakang tu. Dalam seminggu tu, adalah dalam empat ataupun lima kali dia buat macam tu. Aku dengan seorang lagi pekerja (part-time) yang aku namakan Rysa (bukan nama sebenar), akan tunggulah sampai dia siap. kalau tak berdua, memang aku seorang saja tunggu dia. Dan Kak Ina yang aku jumpa mula-mula nak interview tu, dia dah berhenti kerja selepas dua hari aku mula bekerja di MV. sebabnya? Nanti aku explain. Kak Zu ni lembut saja orangnya umur dalam 40-an. Bertudung, suka berfesyen dan rajin.


Dipendekkan cerita, dah 4 bulan aku bekerja di MV. Macam-macam cerita aku dengar. Aku diam saja. Aku tak berpihak dengan siapa-siapa. Aku dengar semua cerita bukan sebab aku suka menyibuk. Kan aku yang handle semua masalah dekat butik tu. Selepas aku dengar masalah bos-bos lot, aku akan report dekat Datin. Masa ni, aku dah mula rasa tak nak kerja dekat MV. Aku mula malas nak bangun pagi. Sometimes, aku akan mintak M.C walaupun aku tak sakit, so Rysa akan buka butik seorang-seorang (kesian dia). Dan masa tu, butik dah kurang customers. Tak ramai macam mula-mula aku masuk kerja. Lot pun dah mula kosong. Ada yang keluar sebab sales tak cantik. Bayangkan, dalam 11 lot, full masa aku masuk, sekarang tinggal enam lot saja yang ada orang sewa. Terpaksa aku kemaskan butik tu supaya nampak full. So, disebabkan butik tak ramai orang masuk dah, Datin pun benarkan aku ambil M.C. Dalam masa yang sama, perangai aku dah semakin pelik. Pasal perangai aku tu, kakak angkat aku, Elizad (bukan nama sebenar) and Noona (bukan nama sebenar) kawan aku yg cerita balik dekat aku bila aku dah berubat. Perangai pelik yang aku maksudkan, ada satu malam tu, aku teman Elizad and Noona buat assignment dekat rumah, dekat ruang tamu. Aku dah tertidur dekat bawah tepi sofa tu dari pukul satu pagi. Tiba-tiba aku terjaga dalam jam empat pagi, buka mata dan tenung tajam-tajam dekat Elizad dan Noona. Diorang masa tu memang dah cuak. Tak habis dengan perangai pelik aku kebelakangan ni. Masa aku tenung tak berkelip mata aku tu, Elizad dah ambil phone sebab nak record, nak bagi aku tengok apa aku tengah buat. Sebab bila diorang asyik cakap aku bangun tengah malam buat benda entah apa-apa, nak pergi bukak pintu rumahlah, aku tak percaya. So, malam tu Elizad nak buktikanlah tentang perangai pelik aku tu. Tapi tahu tak, selepas aku tenung diorang, aku sengih then aku tidur semula. Video tu? tak ada dalam galeri phone tu bila diorang nak tengok balik. Diorang cakap, memang dah tekan button record sebab video tu ada dalam dua minit macam tu and kalau dorang terpadam secara tak sengaja pun, memang ada backup sebab guna iPhone. Tapi video tu memang hilang macam tu saja. Wallahhualam.


Dalam bulan tu , kelakuan aku memang dah semakin pelik, dan aku mula tak selesa dengan ruang solat dan toilet tu. Aku tak solat bila dekat butik tu. Bila balik rumah pulak aku malas nak solat. kalau aku dekat ruang belakang tu aku akan rasa ada benda besar yang dok tenung aku. Besar and berbulu. Banyangkan jelah rupa dia macam monster dekat keropok “Mamee Monster” tu, cuma dia bukan warna biru. Berbadan besar, sebesar ruang butik tu. Aku dah rasa benda tu bukan sehari dua. Selalu dah. Tapi aku diamkan je, aku memang ada “benda” lain jugak tapi dah lama tak muncul. Sebab dah berubat (kalau ada kesempatan aku akan kongsi dengan korang). Datin pun dah jarang pergi butik, so aku seorang yang akan alami masalah dekat situ. Memang stress masa tu. Dalam masa yang sama aku sedih sebab takde sales. Takde sales, takdelah commission, kan? Aku call mumy aku, aku cerita semua benda yang jadi kat aku (mengikut dari cerita Elizad and Noonalah). Diorang rajin cerita dekat aku macam-macam. Aku dengar je, tak ambil peduli pun. Aku cuma risau pasal butik je masa tu. Sampai masa Elizad dah tak tahan dengan perangai pelik aku, dia cari Ustaz yang boleh mengubat. Elizad kata aku sering bangun tengah malam bila dia kejutkan minta teman pergi dapur. Tapi bila pagi tu dia tanya aku, aku sedar tak yang aku ada bangun teman dia semalam, aku takkan ingat apa benda aku buat. Sampai sekarang ni Elizad akan tanya bila aku ada bangun tengah malam. Soalan dia selalu, “kau ingat tak? semalam kau ada bangun pegi toilet/dapur?”


Berkat usaha Elizad bersungguh-sungguh dia nak ubatkan aku sebab aku dah makin tak betul, bangun selalu lambat. Butik sepatutnya bukak jam 10 pagi, aku buka jam 12 tengahari. Banyak kali Datin Orangey diamkan je. Dia baik, guys. Sumpah baik. Masa nak jumpa dengan Ustaz tu, aku tak sedar, aku cuma sedar yang aku marah Elizad dgan Noona sebab diorang bawa aku keluar pergi jumpa Ustaz tu masa aku tengah kerja masa tu (petang). Last aku ingat aku dah dekat dalam bilik berubat tu dengan ustaz, Elizad and noona. Balik butik tu, aku dah hilang semangat nak bergerak. Diorang cerita dekat aku, Ustaz tu tak sempat pun nak ubatkan aku. Sebab dia seorang. Pembantu dia ada hal lain dan ustaz tu pun tak berani nak kacau aku sebab ‘benda’ yang ada dekat aku tu kuat. Ustaz tu sendiri cakap macam tu. Bukan ustaz tu takut nak lawan, takut kesian dekat Elizad dengan Noona. Nak menjaga aku susah, sebab benda tu takkan hilang terus macam tu saja. Kalau dah kena kacau, confirm ‘dia’ akan makin kuat lagi nak ganggu aku. So, ustaz tu cuma bekalkan aku air yang dia bacakan untuk aku mandi and minum. Malam, selepas aku balik kerja tu, aku dok dalam kereta je. Elizad dan berapa banyak kali keluar masuk kereta. Dia diarahkan untuk beli ais 1kg untuk mandikan aku. Yes! Aku mandi air ais 1kg bercampurkan air yang Ustaz tu bekalkan. Korang terkena kiub ais yag kecik tu pun dah menjerit kot, apatah lagi aku yang disiram dengan air ais tu. Tapi reaksi aku? Aku kaku je kena air tu guys. Menggigil pun tak. Apa aku buat? Aku senyum, sengih dekat Elizad, sebab masa aku senyum tu, Noona yang mandikan aku. Elizad dah takut nak dekat dengan aku. Aku mandi air ais selama  tiga malam, benda yang sama aku buat. Sengih dan tak menggigil pun. Macam mandi air biasa. Tengok, bertapa kuat ‘benda’ tu (jangan salahkan aku kenapa aku tak berjuang nak sihat balik, sebab aku tak sedar aku tengah sakit).


Selepas beberapa benda Elizad usahakan, tapi aku tak juga pulih seperti biasa. Aku akhirnya demam secara mendadak. Malam tu badan aku panas, esoknya aku pegi kerja macam biasa (tapi lewatlah). Aku dah inform dekat Datin Orangey, aku kurang sihat. Datin pun dah bagitahu yang dia akan gantikan aku jam tiga petang. Seperti biasa, aku buka kedai, dengan perasaan aku yang sentiasa takut. Kalau aku pergi dekat office datin tu, untuk bersihkan ke atau ambik apa apa ke, aku akan berlari balik pergi kaunter depan. Aku punya takut tu lain macam. Office datin tu cuma aku dengan datin je yang ada kunci, so memang orang lain tak boleh masuk. Nak atau tidak, memang aku kena masuk juga.

Sometimes aku akan mintak Rysa teman aku sampai depan pintu office. Rysa selalu cakap, “apalah Kyra ni, nak masuk tempat selalu dia masuk pun takut,” sambil ketawakan aku. Kalau aku boleh ‘transfer’ perasaan takut aku ni dekat dia \, aku rasa dia akan berhenti kerja masa tu juga kot. haha! Gurau jek. Hari aku demam tu, kebetulan Rysa off-day, so aku sorang je kat butik. Masa aku bangun pagi, aku rasa aku dah sihat. Kalau aku tak rasa aku boleh jalan dan bertahan taklah aku jalan pegi kerja. Tapi bila sampai Butik, aku demam balik. Bukan demam sakit kepala or pening. Aku demam rasa sejuk dan tak mampu nak bangun bawa diri pergi mana-mana. So, masa aku dah tak tahan, aku stay dekat bawah rak baju jubah, duduk dan memeluk tubuh. Masa aku takde semangat itulah, aku dengar dengan jelas, bunyi guli jatuh berulang kali. Aku dengar suara Datin panggil aku banyak kali. Sampai aku berdiri dan aku sahut panggilan tu.

“Kyraaaa,” mendayu-dayu, lembut je dia panggil.

Tapi bila aku dah nak sampai dekat office belakang tu, baru aku sedar. Aku sorang je dalam butik tu. Aku lari pergi depan balik tengok kereta Datin memang tak ada. Aku chat dengan datin lagi, “Salam Datin, Kyra tak tahan dah. Boleh tak Kyra balik now?”

Chat aku tu tak dibalas, tapi datin call aku dan suruh aku balik sekarang dan butik tu tutup je. Aku tutup butik tinggalkan notes kat depan butik untuk customer yang nak datang pada hari tu dan aku balik. Aku call Mumy aku dan bagitahu yang aku demam.


Pagi tu suhu badan aku bertambah, mumy aku call Elizad suh bawak aku pergi klinik. So kitorang turun pergi klinik (nasib baik klinik dekat depan rumah je). Tapi nak turun pergi depan rumah tu pun aku rasa hampir nak m**i je. Sampai klinik, jumpa doc, doc bagi aku ubat, then suruh aku rehat sekejap. Aku follow sajalah. Masa nak balik rumah, doc tu pesan dekat Elizad ni, kalau aku tak sihat juga dalam dua atau tiga hari tu, bawa aku pergi hospital, bukan klinik. Doc bagi aku cuti dua hari. So, aku cutilah untuk dua hari tu. Tapi tak macam cuti pun. Diorang dekat butik akan sentiasa cari aku (haha). Selepas pergi klinik tu, dahlah bayar mahal, aku? Tak baik-baik pun. Rasa macam mayat hidup pun ada juga. Aku tak tidur dalam bilik dah masa aku sakit tu, aku tidur dekat luar, sebab lebih selesa nak ambil udara bebas and tak sempit.

Elizad dan Noona balik-balik pujuk aku untuk pergi hospital. Last-last oleh kerana cuti aku pun dah habis malam tu, aku minta satu permintaan kalau nak aku pergi hospital. Aku nak makan Kerabu Kaki Ayam dekat Permai (KL). Aku dekat Shah Alam, nak pergi KL semata-mata makan tu je masa tu. Noona dengan Elizad pun tunaikan, sebab apa dorang tunaikan? Selama aku cuti tu, aku takde selera makan. Aku minum sahaja. Aku ni kanak-kanak riang. Kalau aku diam, diorang dua orang inilah yang paling risau. Selepas makan, kitorang balik Shah Alam. Diorang terus hantar aku pergi Hospital Shah Alam tu. Noona tak temankan lama, dia kena balik rumah dia. Tinggallah aku dengan Elizad je. Check punya check, doc cakap aku kene Denggi. Mak aih! Aku punya tekejut. Family aku dekat Sabah tak tahu apa-apa. Aku dah kene admitted. Kalau aku bagitahu, confirm esok pagi jugak mumy aku sampai Shah Alam ni. Oleh kerana aku takut jadi apa-apa dekat diri aku, malam tu aku bagitahu dekat group siblings aku yang aku kena tahan dekat hospital dan memang kakak aku pun dapat firasat yang tak baik sebab ngam aku chat, masa tu juga dia terbangun and dapat chat dari aku. Masa tu aku tak fikir apa-apa dah. Aku tak fikir pasal butik dah. Aku rapat dengan Datin, so apa-apa aku akan bagitahu dia terus yang aku masuk hospital sebab denggi. Aku tak pernah kena tahan dekat hospital. Aku tak tahan asyik kena ambil d***h semua. Aku buat-buat menangis, kata nak balik. Lengan aku sampai dah bengkak dan biru gara-gara asyik kena ambil d***h. Mulanya doc tak nak bagi aku balik sebab bacaan denggi aku tu tinggi, bahaya kalau aku tak kena jaga betul-betul. Tapi aku berkeras, aku siap cakap aku akan minum banyak air. Last-last diorang lepaskan aku. Aku keluar dari yellow zone tu, aku cari Elizad. Aku bawa dia balik rumah masa tu juga. kitorang balik jalan kaki. Tak jauh. Aku ingatkan lepas tu aku dah okay, sepanjang aku sakit tu perasaan aku macam aku sedang diperhatikan je. Aku asyik nampak kelibat orang dekat dapur kalau aku dekat ruang tamu. Tapi aku diamkan, sebab dulu aku dah pernah rasa macam tu. Aku tak berburuk sangka pun dengan orang. Selepas lari dari hospital tu, aku masih sama. Masih sakit, tapi kali ni lebih teruk sebab aku dengan Elizad sakit. Takde orang yang jaga kitorang. Housemate masa tu, hmm… usahlah dikenang. Hanya disebabkan kitorang Borneo, diorang tak ambil kisah pun. Siap cakap, “ni apa ni? sampah ke?” waktu ni kitorang terbaring dekat luar sebab tak nak tidur dalam bilik. Aku diamkan saja.


Akhirnya mumy aku tahu yang aku kena Denggi. Mana taknya? Hari-hari call, tanya dah sihat ke belum? dah makan ke? Akhirnya, kena bagi tiket penerbangan balik Sabah. Tinggallah Elizad yang masih sakit jugak masa tu dekat Shah Alam. Sakit-sakit pun, dia jugalah yang drive hantar aku pergi Airport. Flight pagi, aku dah dapat kebenaran dari Datin untuk balik Sabah. Masa aku sakit, hampir sebulan aku tak kerja dekat butik. Datin? Dia baik sangat. Dia nak juga aku kerja lagi dengan dia. Dia sanggup bagi aku cuti (tanpa gajilah). Sampai di Kota Kinabalu (KK), Mumy, Nenek dengan Abah aku jemput aku. Tekejut beruk dorang nampak aku macam mayat hidup berjalan. Muka aku dah pucat, tak bermaya. Aku tak makan kot selama aku sakit tu. Nenek aku pun tengok je aku. Dia hairan kot, aku tak jadi cucu nenek aku yang riang dah. Aku jadi pendiam. Mumy aku masa tu dah pandang aku dengan seribu makna. Pagi tu jugak dorang terus bawak aku balik kampung (kampung aku rahsiakan, ya).

Masa dekat kampung, mak aku masakkan makanan favourite aku; sagu (makanan tradisi sabah). Aku makan, tapi tak banyak. tapi Alhamdulillah, sebab mak aku berjaya buat aku makan. Hari kedua dekat kampung, aku dah makin okay. Tak ada benda yang aku buat. Aku tak minum air yang macam doc suruh. Aku tak minum 100Plus . Mumy aku pun tak nak mengiyakan yang aku sakit sebab denggi. Mumy aku tahu aku ada something tak betul. Hari ketiga, abang aku bawa girlfriend dia balik kampung sebab girlfriend dia nak berubat dengan seorang makcik ni. Memang suami-isteri diberikan kelebihan untuk mengubat orang yang sakit misteri. Girlfriend abang aku tu terkena dengan ‘Cik kak’ yang menumpang dalam badan dia. Dia dapat dari jalanraya dekat kampung aku ni juga. Biasalah, kampung kan? Masa diorang nak berangkat nak pegi rumah makcik tu, aku tak tahu pun yang aku akan ikut. Aku bersiap je macam biasa, pakai baju tidur. Dorang jalan siap bawa abang aku dua orang, cousin aku dua orang lelaki. Apasal tak bawak perempuan je? Last-last aku yang diorang bawak, dengan alasan untuk temankan girlfriend abang aku tu. Aku tak membantah, aku follow. So Mumy aku, aku dengan girlfriend abang aku and empat jejaka tu pun pergilah ke rumah makcik tu selepas maghrib. Dua buah kereta.


Sesampainya kitorang dekat situ, pesakit dah berubah arah. Mulanya gf abang aku yang nak kena bawa pergi berubat. Tapi aku yang dibaringkan.

Aku blur, aku dengar mumy aku bercakap dengan makcik tu, “anu bah, dia ni di KL. Saya rasa ada orang dengki dengan dia. Jadi tiba-tiba sakit. Sebelum sakit ada macam-macam dia dengar di tempat kerja dia, kita tolong dulu tengok anak saya tu.”

Makcik tu senyum je tengok aku. Bermula la aku yang diubat, aku sedar yang makcik tu duduk sebelah kanan aku, pasangkan Yaasin dan baca ayat al-Quran. Itu aku dengar. Bila aku ingat lagi. Aku dekat bilik mandi, badan aku dah basah dengan baju tidur aku tu. Sesi berubat aku tak ingat langsung, tapi kuku ibu jari aku sakit gila macam lepas terkena tukul dan belakang aku dekat tulang belikat tu sakit macam ada something yang tengah mengenggam. Mumy aku cerita dekat aku, memang ada orang hantar someting dekat aku melalui makanan. Makanan…

ZAPP! Aku baru teringat! Hanya Kak Zu seorang saja yang pernah paksa aku makan kuih karipap yang dia beli, “Makanlah Kyra, kesian Kak Zu takde orang nak teman kak Zu makan. Ni Kak Zu belikan Kyra Karipap. Makanlah. Jum, makan.”

Dan karipap tu memang sudah diasingkan pun. Dan aku pun makan. Mumy aku cerita, masa aku dengar bacaan Yaasin tu, aku dah menjerit kuat sangat sampai semua orang terkejut. Mana tak tekejut, masa datang aku relax macam tak sakit. Di tempat tu ada beberapa orang lagi yang menunggu giliran untuk berubat. Makcik tu sentuh kuku ibu jari aku macam sentuh keypad phone je mumy aku cakap, tapi jeritan aku seolah olah jari aku tengah dikerat-k***t minta makcik tu lepaskan, sambil aku menjerit cakap “sakittttttttttttttttttt! sakitttttttttt!” Tidak cukup dengan Ibu jari, makcik tu meletakkan jari telunjuknya d perut aku, aku menjerit kesakitan. Empat jejaka yang mumy aku bawak tadi dah di kiri dan kanan aku kaki dan tangan aku semua dah dipegang kuat. Tapi aku masih boleh bergerak dan dua orang yang memegang kaki aku boleh terlepas dan dapat tendangan free, bukan budak belasan tahun yang pegang aku dah umur puluhan . Kuat sangat sampai berulang kali makcik tu pasang yassin. Sampai makcik tu tolak tangan dia seolah olah tengah buat yoga ah, kat belakang aku dan aku muntah. Guys, aku makan sagu and ikan goreng je 30minit sebelum aku kene bawak jalan. Tapi aku muntah apa? Aku muntah benda putih macam serbuk sabun pun ada gak ,Muntah dalam bekas besar tpt yang selalu kita guna utk letak sayur or ikan tu tinggi muntah aku 1 inch,hebat! warna putih dan muntah aku paling last benda hitam macam rambut diikat. Dan aku rebah dan dimandikan untuk bagi balik semangat aku. Dan makcik tu mmg ada cakap dengan aku, “orang tu dengki dengan kerja kau nak, biarla dia”. Mumy aku cakap jugak, makcik tu tau yang orang yang menghantar dengan aku guna ilmu siam. Dia lembut, dia dengki dengan aku . Sebab aku dapat apa yang dia nak. Aku lebih disenangi and disayangi datin walaupun datin baru kenal aku. Dan boleh pecaya kat aku. Dan bawak aku gi mana mana dengan datin, sampai orang anggap aku anak datin tu. Sedangkan aku tak cerita pun apa apa pasal Kak Zu tu dgn Mumy aku. Aku tak nak dia risau.


Malam tu aku ceritakan semuanya dengan datin pasal aku disantau kerana hasad dengki. Datin mintak maaf dengan aku dan dia pun ceritakan yang dia lama tak pegi butik sebab dia rasa benda yang sama, rasa macam benda besar kat office tu. Kat rumah sihat, bila keluar nak pegi butik terus tak sihat sakit kepala. Masa aku kat Sabah hari pertama tu datin dah bawak Ustaz untuk tengok tengok kan butik, bukan 1, tapi 26 belaan yang dia tinggalkan kat butik tu. Dan alhamdulillah semuanya sudah dihapuskan, malah Ustaz tu juga ada cakap yg bukan datin seorang yang kena. Aku jugak terkena. Datin pun disantau, tapi santau jenis apakah aku tak boleh nak ceritakan . Dan selepas semuanya aku tahu, kira macam aku dah sihat laa, baru aku ingat dan sedar, setiap kali aku menyapu kat luar butik tu, setiap hari, aku jumpa pasir yg sama . pasir pantai dan berbatu batu, banyak! bukan setakat kat depan butik, malah disetiap penjuru butik. Dan di toilet butik tu ada satu calitan minyak yang tak boleh hilang walaupun dah dibersihkan. Dan ada 1kali tu toilet tu kak Zu kunci dari dalam dan kunci toilet tu takde kat butik selama seminggu toilet tu berkunci dan selama seminggu tu kalau petang je dengar bunyi air sedangkan pintu tak dapat bukak. Bila ditanya Kak Zu akan cakap “Kak Zu tak sengaja kunci. Ingatkan ada orang kat dalam” Logik ke dia cakap macam tu? Bila aku balik Shah Alam Aku dah sihat. Dan aku bukan kene denggi pun. Yang betul betul kene denggi si Elizad dan dia kene admitted kat HKL selama 2 hari dan selama 4 hari dia demam nasib baik dijaga oleh pakcik yang tinggal kat KL.


Habis cerita disantau, Kak Zu seolah olah dapat tau yang aku dan datin dah sihat,tapi aku tak sihat sepenuhnya, kesan dari disantau tu sampai sekarang aku rasa hidup tak normal huhu.Kak Zu pun dah keluar dari menyewa di butik tu. Selepas Kak Zu takde , ramai customer yang datang dan tanya “ni kedai baru ke? dah lama ek? hari hari makan kat sebelah , selalu tutup je kedai ni.” see? orang tak nampak pon kedai ni bukak setiap hari. Tak pernah tutup, kalau tutup pun akan kene tinggal notes and no phone. Sehinggalah last aku berkerja di butik tu bulan 9 2016. Butik tu dilepaskan dengan orang lain, sebab “dia” takkan berhenti hantar ‘benda’ tu sampai butik tu jadi milik dia atau Aku atau datin tinggalkan butik tu. At last, Aku berhenti kerja , datin jual butik tu. Owner baru nak aku kerja dengan dia sbb dorang dah pernah tengok aku berkerja dengan datin , tapi aku serik, aku pilih untuk berehat. Datin memang baik aku berhenti secara rela, dia bagi aku amek apa je yang aku nak kat butik tu dan dia bayar gaji aku bulan tu double pay.Dan kisah Kak Ina berhenti 2hari selepas aku bekerja tu , itu pun angkara Kak Zu ni. Dia yang membuatkan Kak Ina berhenti kerja. Kak Ina tak tahan dan blah ah.
TAMAT
#maaf kalau penulisan aku tak berapa nak cantik, aku 1st time kot nak buat benda ni setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan, masa kolej dulu takde menulis karangan cani.hahah. And tak seram pun,cuma nak kongsikan pengalaman aku sendiri. Kalau admin publishkan pengalaman aku ni, aku akan ceritakan pengalaman aku yang lain ! hehehe
THANK YOU ADMIN FISKSYEN SHASHA.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kyra

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

48 thoughts on “Disantau Akibat Dengki”

  1. Lumrah manusia.. Hasad dengki walaupun sedikit mmg bahaya… 9/10

    Mak aku slalu pesan.. Walaupun orang tu baik dengan kita.. Ttp jangan letakkan 100% kepercayaan pada dia…

    Reply
  2. Mcm kes aku..asl org anta ilmu pengasih..last2 2015 aku kna lg tmbh dgn satu psl dengki.last2 makcik tukang ubat tu ckp satu je kalau aku msh mampu nk tahan die Kate keje la kalau xthn benti la sbb org yg buat tu nk bg aku smpai benti.last2 aku benti.aku xreda we.kalau x skrg enth2 aku dh jd RGM..xpe we aku xpenah reda dgn pe org buat kat aku.

    Reply
    • Aku pun pernah juga kena macam ni. Terpaksa berhenti kejar cita2 aku sebab kesian kat parents yg tengok aku sengsara kena santau. Huhu tapi takpe la. Aturan Allah lebih baik. Mungkin rezeki kau dgn aku kat tempat lain, yg lebih baik. Stay strong, ya!

      Reply
  3. Setori detail tp still boleh faham..kepanjangan setori menepati piawaian cikbambam..walaupun tiada unsur seram tp byk pengajaran dlm setori ni..

    Cikbambam bg 7.5/10

    Reply
  4. Semoga awak kembali sihat,Kyra…
    Hasad dengki tu biasa dkalangan Melayu…
    Cuma 1 jek nak komen,
    Gambar karipap pusing tu sedap!!!

    Reply
  5. First nk cakap…

    Umak aaiii…sedapnye akk tgk karipap tu weiii…serius terus berkeroncong mcm nk gigit je tipon ni…huhuhuhuuu…

    Butik+rumah ko ni kt Seksyen 7 ekk…???
    Belakang UiTM…?
    Heheheheeh…

    Apelah senteng bonar pikiran manusia buat benda kotor camni…
    Majukanlah diri utk dikagumi, bukan merosakkan diri dan dikecami…

    X jijik plak ekkk ko terlibat dgn ilmu2 hitam yg selalunye mmg membabitkan benda2 kotor camtu…
    Iiisshhh…no no no…

    Reply
  6. Ya Allah kau berikanlah hidaya kepada hambaMu itu supaya terbuka hati untuk berubah dan bertaubat kepadamu.
    Kau hindarilah juga kami daripada perasaan hasad dengki kepada sesama sendiri. Amin

    Takutlah bila baca kisah2 mcm ni

    Reply
  7. Melayu dan santau berpisah tiada..
    Penyakit hati yang susah nak dikikis ni la namanya-DENGKI. Ikutkan semua orang ada perasaan ni.Akak pun..dengki manja2..sikit2 dgn adik beradik, besfren2 tu biasa la..tapi jangan tambah dengki tu dengan sihir orang..

    Cukupla api dengki tu dah buat segala kbaikan kita thapus sikit demi sdikit.ni tmbah pulak santau menyantau..xtaw la nk ckp cemane bsrnya dosa tmbh2 klau org tu m**i.

    PERINGATAN utk diri akak jg ni…huhu..insoffff seinsof insofnya..
    ??

    Reply
    • Sodap nmpk nye karipap putor tu..
      Tetibe lapo pepagi ni.. bayang kan ade karipap ni panas2.. pekena ngn teh o panas.. perghhhh.. sedap ngat2 ni.. adehh…

      Tetibe cm sedih lak ayat dr house mate kau tu dik.. yg time korang baring kat luar tu.. sgt2 kuang ajau..
      Boleh kta sampah.. Allah.. sabo la kau dik ek..
      Ape2 pun pasni berhati hati dalam menilai org.. dan berhati hati dlam menerima makanan.. kite nmpk org tu baik.. kdg kite x tau ape tujuan dye..
      Heran sgtt.. kalo pasal dengki2 ni.. melayu bnyk pakai bomoh..(Sorry)

      Ape2 pun cik kyra(bukan nama sbnar) semoga awak tetap kuat ..

      Reply
  8. X paham org yg x puas hati dengan org lain ni..apa yg dengki sgt..dari ko buat org sakit mcm tu..baik ko guna ilmu tu utk buat duit.aku benci org mcm ni..hidup x berkat sampai m**i..hope kyra sentiasa sihat selalu dan kuat kan semangat..

    Reply
  9. jahat betul la dengki dgn org ni ..ei macam takde kja lain..
    asyikkkkkkk dengkiiii je..
    rasa nak sepak terajang pulak kak zu tu ..

    Reply
  10. Bila tengok gambar karipap ne hhmmm teringat arwah abg ipar aku.. makanan ni lah yang terakhir arwah makan setelah hampir bebulan takde selera makan & mungkin penyebab arwah pergi meninggalkan kakak saya serta anak2 mereka buat selamanya sebab pastu arwah nazak tak smpai seminggu…
    busuk sangat & dengki betul orang tu kat arwah abg ipar sedangkn bukan orang lain diaorang pun..biar lh Allah je yg balas perbuatan orang tu..
    al-fatihah buat arwah

    Reply
  11. Ok…best…mmg betul pon…walaupun kita rapat dengan orang tu jangan letak 100% kepercayaan dengan orang tu. Apapun, cite ni best dan aku bgi 9.5/10.

    Reply
  12. GAMBAR KARIPAP TU NAMPAK SEDAPPP
    9/10
    PENGAJARAN
    – TERBAIK ELIZAD & NOONA WLPUN TAKUT,DIA TTAP STIA KWN NK BANTU KYRA
    – JNGN DENGKI DNGAN ORG,SKIT2 NAK SANTAU.. APA KE JADAHH
    NEXT STORY KYRA..I FOLLOW CRITA U
    #OKAYKAKAU 🙂

    Reply
  13. Buat baik pn salah..buat jahat lagi lah salah..
    Mmg xkn aman donia ada PHD ni..sanggup guna jalan salah utk jatuhkan org..
    Apa pn moga Kyra cepat sembuh..amiinn

    Reply
  14. “Tidak akan ada Hari Penghakiman sehinggalah timbul (banyak) perbuatan dan kata-kata yang keji, perpecahan persahabatan, dan perhubungan yang buruk.”

    Kita sekarang berada di dunia akhir zaman,sahabatku.?
    Semoga Allah S.W.T beri kita kekuatan untuk meninggalkan segala laranganNya.? “Jika kamu bertaubat sehingga taubat kamu gugur dan kamu kembali melakukan dosa,maka,bersegeralah bertaubat kembali” (Imam Ghazali)

    Mari kita bina iman sekuat-kuatnya!?
    Semoga Allah S.W.T memberikan syurga kepada kita?

    Reply
  15. mari muhasabah kan diri utk jauhkan sifat dengki….fuh!
    x dinafikan kadang2 aku pun ada trdengki tp x der lah sampai nk menjatuhkan org tu apatah lagi nk menyantau. dari dia menimba ilmu menyantau, lebih baik menimba ilmu memperbaiki diri dan ilmu menaikkan taraf hidup di zaman n***b yg mencabar ni.

    Reply
  16. kawan yg baik susah senang bersama.

    yg dengki tu apesal hidup lenang je skg eiii sakitnya hati baca, dia aman2 je? takde kena pape musibah plk.

    Reply
  17. Santau nk pntang mkn.tak boleh mkn benda2 berkaitan dgn buluh.mcm lemang, rebung…sepupu pun pernah kena santau time sekolah dulu…

    Reply
  18. best cerita ni walaupun dy org sabah penulisan dy xmembosankan ..cerita dy sangt real ..melalui cerita ni nampak macam dy seorang yang tabah ..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.