Salam admin dan pembaca setia FS!Nama saya SJ(Bukan nama sebenar).Saat mencoret kisah dan pengalaman yang saya sendiri alami ini,jam menunjukkan 12.33 pagi.Kisah yang saya ingin kongsikan saya tidak boleh dedahkan tempat sebenar berlaku,melainkan dalam kawasan kejadian dan nama makhluk yang sering disebut oleh rakan-rakan saya.Kisah ini telah berlalu hampir tiga tahun lebih,iaitu masa saya dan mahasiswa baru masuk ke kampus.
IPTA ini terkenal dengan makhluk halus yang sering dipanggil ‘Melati’.Dijadikan cerita,selesai saja sesi Minggu Orientasi Mahasiswa,saya tinggal bersama tiga rakan sebilik saya yang lain.Telah menjadi kebiasaan,jika hujung minggu saja,saya akan pergi ke bilik rakan saya yang bernama Ana,untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya.Pada malam sabtu itu,selesai saja tugasan,saya dan Ana terus menonton drama ‘Prince of Frog’ hingga ke subuh di laptop Ana.
Dek kerana terlampau kusyuk,kami berdua berjaya habiskan menonton drama itu.Sampailah jam telah 4 pagi,saya memberitahu Ana yang saya agak mengantuk dan ingin kembali ke bilik.Ana hanya menganguk sambil tersenyum.Sebelum kembali ke bilik,saya sempat ke tandas seorang diri.Telah menjadi kebiasaan bagi saya pergi ke tandas seorang diri,sebab pada zaman SMK juga saya tinggal di asrama.
Ketika masuk ke tandas,saya tidak melihat seorang penghuni kolej di aras saya pun yang ada ke tandas.Keadaan perut yang memulas pun,membuatkan saya terus ke masuk ke tandas.Sewaktu dalam tandas,saya terdengar bunyi tapak selipar dan seperti seseorang masuk ke tandas sebelah.Saya hanya seperti biasa dan usai saja terus ke sinki untuk cuci tangan dan muka.Saat menghadap muka ke cermin muka yang mempunyai lapan buah cermin yang tergantung setiap cermin,saya sempat bermonolog sambil menggosok muka “J*****t dah tumbuh..tu la lewat tidur lagi..’.Sementara itu,saya sempat juga menunggu kalau ada pelajar yang menggunakan tandas tadi.
Hampir sepuluh minit saya tunggu,sempat lagi saya ambi wuduk,tapi pelajar itu tidak keluar.Agak lama saya merenung ke cermin,dan secara tiba-tiba,saya seperti ternampak dari pandangan sisi sebelah kanan mata saya ‘seorang kelibat’.Mulanya,saya tidak ambi kisah,dan hanya berfikir,’mungkin itulah pelajar masuk ke tandas tadi tu’ monolog saya lagi.Sambil bermonolog tu,saya kehairanan sebab kelibat yang dinampak itu tidak bergerak dan hanya berdiri tegak dari pandangan sisi saya.
Dan mulai saat itu,saya dapat rasakan yang makhluk ghaib Allah itu memang telah muncul saat-saat begini.Perlahan-lahan saya mengalihkan pandangan tepi kiri saya yang memang terdapat cermin muka.Dari bawah ke atas,perlahan-lahan saya menatap makhluk itu.Saat ternampak,saya hanya mampu terdiam dan seolah-olah kaki saya ‘terkunci’ untuk melangkah.Apa yang saya dapat jelaskan mengenai mahluk itu,ia tidak begitu menakutkan,berpakaian ‘dress’ putih paras lutut,rambut aras bahu,dan semestinya kelihatan seperti wanita.Saya kuatkan semangat,dan dengan perasaan yang bercampur marah,takut dan menggigil,saya terus mengalihkan badan saya dari posisi depan cermin ke kanan,dan berkata “pergi kau dari sini!Kau fikir aku takut dengan kau!!!Tidakkk!!!” Sambil tangan ku menunjuk ke arahnya,terus saya beralih dari tempat itu.
Dalam.perjalanan menuju ke bilik,ada lima buah bilik yang saya kena lalui sepanjang lorong.Di sepanjang lorong,saya hanya mampu jalan terketar-ketar dalam keadaan seram-sejuk.Tiba di bilik,saya lihat rakan saya masih tidur.Saya terus saja naik ke atas katil,dan membaringkan diri.Fikiran dan badan saya masih memikirkan kejadian tadi.Badan panas-sejuk sambil menggigil,saya hanya mampu membaca surah yang telah menjadi kebiasaan di amalkan sebelum tidur dalam keadaan mulut dan gigi saya yang berlaga dek ketakutan.
Jika diikutkan kisah yang saya alami di atas,ini adalah pertama kali saya diganggu dan ternampak makhluk ghaib Allah itu di depan mata sendiri.Seminggu selepas kejadian itu,saya jatuh sakit di bahagian kaki,hingga susah untuk saya berjalan.Kaki saya mengalami bintik merah yang tenggelam timbul,sekejap baik,sekejap tidak,sampai ada satu masa kaki saya luka bernanah d***h.Puas saya pergi klinik dan hospital untuk berubat,namun tidak baik juga.Saya juga terpaksa berubat kampung dari nenek saya sendiri.
Dan alhamdulilah,dalam masa dua bulan kaki saya sembuh.Dan kisah-kisah makhluk ghaib Allah ini tidak terhenti di semester pertama saya di IPTA itu,namun hampir setiap semester saya sendiri alami dan terdengar rakan-rakan sendiri alami peristiwa sama.Kisah gelang kaki berbunyi waktu malam,Kisah histeria dapat disimpulkan terdapat dalam cerita Melati yang diceritakan oleh senior,pensyarah,staf,malahan dari orang luar sendiri ada cerita kepada saya sewaktu berurusan untuk pengurusan program khidmat masyarakat.
Dan yakinlah,sesunguhnya makhluk ghaib Allah itu memang wujud,walau ada perkara yang sukar untuk dijelaskan mengenainya.??
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
UiTM Lendu?
uitm lendu pun ada melati? wow tahniah melati da bukak franchise kat sana.
Dekat mana sebenarnya melati ni?
biar betul kat uitm lendu?aq study kat lendu kot dlu..xpnh plak dgr pasal melati
uitm dekat sabah kan?
melati? sapa tuh? akak yg bwt air dkt cafe ke?
Melati tu ape?
aikk mcm dh bca