Disebabkan Penunggang Tanpa Wajah?

Salam sejahtera kepada semua para pembaca FS. Nama aku Nura. Pertama sekali aku memohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada tersalah bahasa atau perkataan yang bakal aku sampaikan nanti. Maklumlah beberapa kali aku perhatikan page FS ni, banyak yang macam faham bab-bab comment negatif dan cari salah penyampai cerita. Yang penting aku bukan ‘writer’ terkenal atau yang disegani hehe. Aku di sini hanya ingin menyampaikan sebuah cerita yang pernah aku lalui dan alami suatu ketika dahulu.

Kisah ini berlaku pada tahun 2010. Waktu itu umur aku berusia 25 tahun dan aku mempunyai dua orang anak lelaki. Aku dan suami mempunyai hobi yang sama. Kami sangat meminati apa-apa yang berkaitan dengan motosikal. Aku ni lebih suka ‘riding’ dari ‘driving’. Kereta kami hanya digunakan untuk bersiar-siar hujung minggu bersama anak-anak atau bila perlu. Selalunya pada hari biasa aku dan suami akan menaiki motor masing-masing untuk ke tempat kerja. Anak-anak aku pulak dalam jagaan oleh ibu aku sendiri. Suami aku menunggang RXZ dan aku menunggang 125z. Suami berkerja sebagai Despatch Office Assistant . Aku bekerja sebagai Operation Manager di mana selalunya aku akan diperlukan untuk ke tapak bahagian ‘site’2. Bagi aku, kemudahan menunggang motor ni senang untuk aku nak rempuh, nak parking, nak elak dari jam nak repair pun taklah mahal mana. Apa-apa pun senanglah dan menjimatkan masa. Minyak pun murah hehe. Paling penting bawak motor ni tak mengantuk. Kalau duduk dalam kereta, dah tu nak kena rempuh jam. Layan hawa dingin, depan muka, konfem aku tido bawah kereta dah. Haha.

Ok cerita dia begini. Pada suatu malam Rabu. Aku masih ingat lagi hari itu adalah hari Rabu. Akhir penghujung bulan 5 kalau tak silap aku. Sebab majlis nikah sepupu rapat aku berlangsung pada akhir bulan 6 waktu itu. Nama sepupu aku Anne. Anne ni muda aku dua tahun je.  Oleh kerana aku dengan dia ni dah macam belangkas, tak kiralah raya ke, kenduri ke atau bila ada jemputan keramaian.. Aku dengan dia ni memang bahan lepak sampai makcik pakcik atok nenek aku pun pening nak layan kita berdua hahaha..

Kisahnya begini, Anne memerlukan bantuan aku untuk meluangkan sedikit masa mengubah-suai gubahan hantaran untuk pihak lelaki. Aku ni sikit lebih kurang pandailah jugak dalam bab gubah-gubah ni sebab aku pernah bekerja dalam line ‘bridal’ ni dari make up ke gubah ke catering. Abang aku kawin, adik aku kawin. Kawan aku kawin. Aku kawin pon aku gubah sendiri.! Tapi.. Itulah minat aku ni tak begitu mendalam, nak kena ade mood ade keikhlasan baru la aku buat hahaha. Aku jenis lebih suka duduk ofis kerja gunakan otak je hihihik.

Oleh kerana dia sepupu yang paling aku rapat dan sayang. Aku dengan rela hati, seikhlasnya membuat perjanjian yang aku akan tunaikan permintaan dia untuk buatkan gubahan bagi pihak lelaki walaupun sejujurnya pada waktu dan bulan itu kerja aku memang bertimbun-timbun. Tapi ialah. Majlis ini hanya sekalikan. Takkanlah aku nak menolak. Biarlah aku mudahkan urusan dia. Insyaallah urusan aku Allah akan permudahkan juga..

Ok balik kepada cerita aku, pada hari Rabu petang itu selesai dari kerja, genap pukul 4:30 petang aku berdesut ke rumah Anne. Hari Rabu itu jelah yang aku boleh balik awal.. Hari lain memang aku busy dah. Kadang sampai malam aku OT.

Apabila tiba di rumah Anne, makcik aku sedang sibuk di dapur, si Anne pulak berada di dalam bilik air. Aku yang sememangnya dah menjadi kebiasaan buat macam rumah sendiri. Aku beri salam dan salam makcik aku di dapur. Kemudian aku bukak helmet, aku letak atas meja tv lalu aku berjalan masuk ke bilik Anne, aku nak tengok dulang-dulang kaki yang dia sewa. Bentuk macam mana.. Jadi senanglah aku nak cari idea untuk gubah. Nak bentuk kotak ke bulat ke bintang ke hahaha..

Bila si Anne keluar dari tandas, dia terus masuk ke bilik sapa aku ” ah baru sampai kah? “.

Aku pon balas ” ah ah la .. Takkan semalam..”

Dia ketawa kecil. Selesai borak dengan Anne tentang konsep dan warna tema. Tepat jam 8:30 malam aku pulang ke rumah. Waktu aku sedang menunggang motor di highway, tiba-tiba tekak aku berasa loya. Perut rasanya macam masuk angin. Tapi tak mungkin perut aku kosong sebab aku baru je makan malam dengan Anne masakan makcik aku.

Kuay teow daging power.! So, aku pun fikir. Mungkin senggugut nak uzur kot. Aku tumpukan perhatian aku di atas jalan raya. Yang aku tahu aku nak cepat sampai rumah sebab suami dan anak-anak sedang menunggu.

Hah..dari rumah makcik aku lagi, anak aku yang sulung asyik dok call tanya pukul berapa mama nak pulang ke rumah. Tapi semakin aku nak konsentrasi makin susah pulak aku nak kawal motor, perut aku rasa macam ada sesuatu yang menarik dari dalam. Bisa dan sangat tegang. Aku pun bertindak untuk memberhentikan motor aku di tepi jalan. Aku keluarkan hp aku, aku hubungi suami.

“B..~ I dekat tepi highway ni. I stop skejap. Perut i ni sakit satu macam. Tak boleh bawak motor…” kata aku perlahan.

Memang susah aku nak cakap dalam keadaan sakit ni, macam nak terberanak pon ada. Tapi aku tak mengandung haha. Tu yang pelik.

Suami pon berkata cemas ” U dekat mana b? I amik u lah.. Motor biarkan situ je dulu. U katmana?? I ku… ” line putus. Bateri hp aku mampos.

Aduiii. Aku tawakal je lah. Aku start motor balik aku bawak perlahan-lahan. Aku tunggang motor aku lane paling kiri. Aku sempat jeling jam dekat tangan, sudah hampir 9 malam. Kenderaan tak banyak pulak malam ini.. Dua tiga kereta je yang lalu memecut di lane paling kanan. Angin malam buatkan aku mengigil dan rasa tak selesa dengan keadaan perut macam ni.

Tiba di satu selekoh tu, dimana aku harus belok ke lorong kiri, aku perasan yang lane tengah ada sebuah motosikal juga sedang membelokkan motornya ke kiri dan bergerak sama perlahan dengan motor aku. TETAPI, apa yang membuatkan aku terkejut motor itu tiada Penunggang.!! Aku lihat sekali lagi sambil mengecilkan mata aku untuk fokus dan pastikan yang motor itu ade penunggangnya.

Tapi nyata, TIADA siapa yang mengawal motor itu. Jelas lagi terbayang motor jenis RSK sebuah motor lama. Hah..! Dan begitu jugaklah sakit perut aku ini hilang. Tapi otak aku pulak yang sakit dok pikir motor apa yang lalu sebelah aku ni? Takkan motor control mainan kan?? Aku pun perahlah lebih sikit ke hadapan. Nak elak dari pandang motor RSK tu. Eh eh..dia pun ikut aku perah..?

Hati aku berdegup kencang. Aku da standby ada benda merepek yang bakal aku nampak. Dalam hati, aku cuma nak cepat sampai ke rumah. Takda pikir lain dah. RSK tu sekarang berada dihadapan aku. Dia dok perah p****g dihadapan aku. Aku slowkan motor aku. Mata aku tengok ke kanan aku taknak tengok depan. Aku niat kali ni masuk lane tengah terus perah laju. Entah macam mana mata ni terpandang juga motor RSK tu.

Eh.? Ade penunggang??Penunggang tu guna helmet merah, seluar bermudas dan tshirt ungu. Berbadan besar. Macam nyonya pun ada. Aku pelik. Besar macam ini takkan la aku tak nampak tadi? Aku ni sememangnya rabun. Kalau bawak motor waktu malam aku memang kurang sikit penglihatan. So aku pun berfikir mungkin di selekoh waktu nak belok ke kiri tu lampu jalan raya ada malap sikit. Mungkin aku tak nampak jelas kot sebab motor RSK tu pun tak berlampu! Tak bersignal. Entah dia brake pun aku tak nampak. Paling best plate motor dia pun dah kabur.

Tak tahu la apa no plate motor dia. Kali ni aku dah pikir habis da.. Arghhh sudahlah cepat-cepatlah aku p****g lane masuk lane tengah terus pecut je jangan toleh lagi. Tapi mata aku ni gatal jugak nak pandang makhluk di atas motor tu. Bila aku dah p****g lane tengah dan hampir lalu sebelah motor RSK tu. Aku perasan yang dia seorang wanita sebabnya perut dia yang nampak membesar dan membuyut seakan mengandung. Dalam hati aku, sarat-sarat gini pun boleh pulak dia bawak motor malam-malam.

Mata aku pon dengan spontan tuju ke arah topi keledar dia, aku nak tengok la muka raut wajah dia macam mana.. Manalah tahu kot dari mimik muka dia mungkin dia tengah sakit nak ke hospital ke.. Tapi….. Astaghfirullah dia tak ada MUKA!?? Helmet je.!??? Biar benar. Aku tak puas hati. Aku tengok lagi ke arah dia lalu aku tekan hon.  Berharap dia akan menoleh ke arah aku dan menampakkan raut wajahnya lebih jelas.

Tapi alangkah terkejutnya aku bila dia pusing helmet dia kat arah aku, memang sah dia tak ada MUKA, jangan kata muka.Paling cuak macam mana dia kawal handle motor tu.?? Kedua tangan dia pon Tak ada.!!! Aku dah macam orang gila pecut motor taknak tengok belakang pun. Aku perah jeeeeee. Yang penting kelibat motor RSK tu aku tak nampak dah. Tapi hati aku tetap berdegup kencang.

Akhirnya sampai lah aku di salah satu trafik lampu berdekatan area rumah aku di mana aku harus berhenti kerana lampu menandakan isyarat merah. Hah. Waktu ni, aku berdoa, pejam mata bukak mata, pejam mata bukak mata. Dalam hati aku berkata ya allah kau hilangkanlah pandangan motor RSK tu. ‘Side mirror’ motor pun aku tak berani nak tengok dah. Mujur tak nampak lagi motor tu.

Akhirnya aku sampai di perkarangan rumah aku. Suami dan anak-anak sedang duduk di buaian di hadapan pagar rumah menanti kepulangan aku. Suami tersenyum. Anak2 aku biasalah terjerit kesukaan aku dah pulang rumah. Syukur alhamdulilah aku dah selamat sampai ke pangkuan mereka. Rasa tak sabar nak ceritakan dekat suami aku apa yang telah terjadi waktu dalam perjalanan pulang tadi. Sebaik sahaja aku turun dari motor. Sakit perut aku datang dengan begitu mendadak hingga membuatkan aku jatuh terduduk tepi motor. Suami dan anak2 aku lari menuju ke arah aku.

” Kenapa ni b? Salah makan ke?? La.. Dah tahu teruk gini tunggu je lah tepi jalan tu. I kuar tadi cari u. Bila line m**i. I cari tak nampak u pun.. Ingat u dah sampai rumah. I baru jugak balik ni dalam 10 minit.. ” aku pelik takkan aku tak nampak suami aku lalu kat jalan raya!? Sama jalan kot tak ada jalan lain dah dari rumah Anne. Suami dan aku memang biasa lalu situ bila pulang. Lagipun aku pecut bawak motor aku tapi kenapa dia yang sampai rumah dulu?

Aku yang dalam kesakitan berkata perlahan ” tadi ok lepas line putus. Ni datang balik pulak sakitnya…” aku terdiam sebentar menahan sakit.

“Da da.. Jom masuk.. Meh i angkat kan barang.”

Tiba je dalam rumah aku terus letakkan p******g atas sofa lalu aku panggil anak sulung aku Ariz dan anak kedua aku Awfal duduk sebelah aku. Rindu nak peluk.!

Tiba si kecik Awfal bersuara ” ma seluar mama basah tu..”
” huh? Eh ah ah la sayang. Jap mama p toilet..”

Suami yang nampak aku bangun dari sofa ketawa.. ” tah tah u uzur tu bab tu sakit perut.. Last month pun gitukan.. ”

“Ntah la b.. Tapi yang ni sakit dia lain macam.” aku berlalu ke tandas.

Ya memang aku uzur. Mungkin betul kata suami. Kadang nak uzur ni lain bulan lain ragam. Tapi aku perasan kali ni uzur aku lewat 2 minggu. Tu mungkin yang buat aku rasa sakit kot. Aku pun bersihkan diri, mandi dan buat apa yang patut. Keluar dari tandas aku pergi ke dapur makan obat panadol untuk tahan sakit menses. Sebenarnya aku tak sabar nak cerita dekat suami tentang perjalanan pulang tadi tapi anak-anak masih belum tidur. So aku terpaksalah tunggu malam sikit untuk ceritakan dekat suami.

Tapi sayangnya malam tu aku terlena awal. Mungkin kesakitan malam tadi membuatkan aku penat dan lelah hingga tak sadar hari dah pagi. Bila aku bangun badan aku panas macam terbakar. Wooish demam tinggi ni.!

Suami aku yang tercegat kat pintu berkata ” i da amik leave hari ni. Kejap lagi kita p klinik. Badan u panas gila tu. I baring sebelah u pun boleh rasa. Dah ni u gi mandi sarapan sikit. Call ofis cakap MC. ”

Aku pun memang sah tak larat dah. Aku terus balas Okay je. Tiba dekat klinik, panas aku serta merta hilang. Badan pon tak rasa macam orang demam. Pelik. Suami aku pun pelik jugak. Ketika ini kisah malam tadi penunggang RSK tak berwajah itu betul-betul luput dalam ingatan aku. Aku tak ingat langsung pun tentang hal tu. Pada aku itu tak important. Yang important kesihatan aku ni..

” Baiklah puan, congratulations. Positive. So is your third?” kata doktor.

Aku tercengang. Tak tahu nak gembira ke nangis. Sebab nya bukankah aku uzur semalam malam? Tapi suami aku tersenyum lebar. Yelah dia nak sangat anak perempuan. Mana lah tahu rezeki kan.

” But, i just had my menses last night.? Is it normal? ” tanya aku hairan. Suami pun mengerutkan kening tanda setuju dengan persoalan aku. Lupa lah tu yang aku uzur tadi malam.. Takkan ngandung kot?

Doktor hanya ketawa mendengar ” ya is normal. Some women they had their menses even when they are pregnant at 3-4 months. Come lets do a quick scan.. Awak baring di sana.” perintah doktor tu. Aku mengangguk dan bangun dari tempat duduk aku.

Ketika menjalani scan. Doktor itu dengan gembira menyampaikan.

“Oh wow it looks like a twin! See! Ade dua bulatan sac growing. Still early. So come for the next scan when you’re at 20-24 weeks ok. Unless kalau awak ada apa-apa emergency sila datang ke hospital secepat mungkin.”

Aku dan suami tersenyum syukur. Woii Kembar?? Sememangnya aku dan suami memang mengidamkan anak kembar. Sebab keturunan aku banyak yang beranak kembar 2,3,4. Aku nak sangat anak kembar, lagi2 kalau kembar anak perempuan hihihi. Akhirnya aku dan suami terima berita kehamilan aku dengan tenang dan bersyukur. Doktor menasihati kesihatan aku harus dipantau sebab mungkin kerana aku terlalu bekerja keras dan agak lasak.

Hari berganti hari, minggu bertukar bulan. Alhamdulilah Anne sudah pun selesai majlis dengan sempurna dan akhirnya aku sudah pun genap 5 bulan mengandung. Dan tibalah waktu untuk aku harus menjalani scan pembesaran bayi kembar di dalam kandunganku. Setibanya di hospital, seperti biasa aku menjalani ujian air kencing dan dituruti dengan pemeriksaan d***h. Dan akhirnya ke bilik scan. Hari yang sangat aku berasa teruja sekali untuk melihat bayi kembarku di dalam monitor scan. Ialah pertama kali kan. Suami pun nampaknya tak sabar.

Saat yang dinanti akhirnya tiba, giliran aku untuk melalukan peperiksaan untuk di-scan’.

” Hi..good to see you again. How you’ve been doing? Everything okay? Ada mengalami apa-apa alahan yang teruk? ” doktor itu tersenyum bertanya sambil memicit-micit perut aku dengan perlahan.

“Yup. Everything good doktor. This pregnancy was the easiest one, no nausea or bad vomiting and i enjoyed any kind & lots of food hehe…. ” balas aku sambil ketawa kecil.

” Wow thats Great. Ok now kita mulakan scan untuk lihat keadaan janin berada di tempat yang betul dan kemudian kita check pembesarannya.. Ok. Relax.” Aku hanya mengganguk kesukaan. Mata aku dan suami terpanah di monitor scan sejak dari tadi lagi kerana tidak sabar untuk melihat si kembar.

Sebaik sahaja scan dimulakan, aku dan suami ternanti-nanti penjelasan dari doktor. Kelihatan dua janin telor bertembung. Tapi…

“Hmmm. Aalright. Let me do the scan again. Seems that, there is two egg sac here, but… ” kata doktor itu perlahan.

Lalu dia sambung ” there is no baby or heartbeat. Hmm. I will do an ultrasound check now..” aku dan suami kelihatan risau, hampa dan pelik. Berbagai baur perasaan yang dapat aku rasakan. Ya allah. Lindungilah anak dalam rahim ku ini ya allah..

Ketika melakukan pemeriksaan ultrasound kedengaran degup jantung bayi yang sangat aktif dan normal. Aku berasa lega. Tapi kenapa tidak kelihatan bayi atau degupan jantung di dalam monitor scan? Sedangkan ujian air kencing aku dan d***h memang menandakan aku sedang mengandung. Dan dalam peringkat 5bulan. Bayi sudah sempurna terbentuk dan sudah pun bertindak pengerakkan.

Aku jadi bertambah runsing. Berbagai persoalan aku dan suami tujukan kepada doktor. Doktor membalas dengan kebanyakan kemungkinan. Mungkin untuk meredakan keadaan. Dan kami diberi masa tiga hari untuk kembali ke hospital melalui scan sekali lagi. Doktor memberi sokongan supaya tidak perlu dirisaukan apa-apa kerana melalui ultrasound memang jelas terbukti bayi-bayi di dalam kandungan aku adalah aktif dan normal.

Aku dan suami pulang dengan sedikit kehampaan. Tapi suami tetap memberi sokongan. Kata-kata semangat dan tak perlu dirisaukan. Rezeki datang dari Allah. Mungkin allah belum nak tunjukkan melalui peralatan doktor. Sebab keturunan sebelah suami aku pun ada yang mengandung hingga 7-8 bulan bila scan tak nampak! Tapi selamat dilahirkan…! Dan ada pulak yang masa hamil pada peringkat mencapai 7-8 bulan. Bayi ghaib begitu sahaja..! Ya allah jauhkanlah aku dari itu semua. Mudah-mudahan tidak akan terjadi kepada aku. Hmm korang ada ke keturunan macam tu.??

Suami jugak sempat bergurau, ” Ala gaknya scan doktor tu rosak, system tak update. Hari2 scan baby bila kena kita nye turn. Scan da penat. Haha….” aku menjeling sambil ketawa.

Dalam hati aku berkata, betul lah jugak kan. Semua kuasa Allah. Yang penting aku tahu aku hamil dan hanya aku sendiri yang dapat merasakan tendangan anak-anak kecil ini di dalam rahim aku.. Itupun dah cukup menyakinkan aku dan buat aku bergembira.

Malam itu. Sewaktu anak-anak aku sedang nyenyak tidur. Ibu aku pulak memang tak tahu tentang perkembangan scan aku siang tadi. Sebabnya bila aku pulang dia sedang tidur petang bersama anak-anak aku di dalam bilik. Bila dia bangun, aku pulak tidur. Malam beginilah aku sadar dan tetiba berasa lapar. Suami aku sejak pulang dari hospital petang tadi badannya agak kurang sihat. Selesai makan petang dia terpanah depan televisyen dan lelap di atas sofa. Jam menunjukkan 10:45 malam. Suami sudah berada di sisi aku sedang nyenyak tidur. Aku bangun perlahan menuju ke dapur. Kelihatan ibu aku sedang membancuh air teh-o.

” Ibu.. Tak tidur ke..?”
” Dah tidur tadi petang tu.. Malam susah pulak nak tidur.. Kau nak makan ke? Ibu baru je masak asam pedas tenggiri tu. Jadi besok pagi tinggal panaskan.. Lagi pekat lagi sedap..” fuhhhh lauk favorite aku.!!

“Wah best ah. Nakkk..!! Nasi ade lagi tak bu? Kalau tak orang masakkan..”

” Da masak da. Kau tinggal makan je..” ejek mak aku.

“Hah, tadi gi scan macam mana..? Baby dua-dua sihat tak? ” aku yang sedang khusyuk menyendok lauk kat periuk terus terdiam sekejap.

“Ah la bu. Orang nak tanya ni. Ada ke orang mengandung bila scan baby tak ada.?? Tapi bila ultrasound ada pulak bunyi jantung..” ketika itu jugaklah bayi dalam kandungan aku menendang. Teraduii aku sekejap. Rasa ngilu pulak haha.

Ibu aku lalu menjawab ” hah? Baby ada ke tak ada??” tanya ibu sekali lagi.

“Baby ada. Tapi kat dalam scan tu tak ada nampak baby. Cuma ultrasound je bunyi jantung..Tapi air kencing dan ujian d***h semua positif, doc cakap normal. Kadang lambat nak nampak tapi takkan la tak ada. Ni tengok ni perut orang. Besar gerak-gerak lagi..” balas aku selamba.

Ibu aku terdiam. ” Takpe.. Hmm nanti next scan kau bila.??”

“Doc suruh patah balik hospital lagi 3 hari buat scan.. ” ibu hanya mengganguk.

Selesai makan dan berborak dengan ibu. Aku pun masuk ke bilik untuk lipat kain baju anak-anak dan suamiku. Mata aku masih segar bugar. Waktu sedang melipat. Fikiran aku melayang jauh tentang bayi dalam kandungan aku ini. Aku asyik berfikir. Normal ke kandungan aku ni??

Jauh aku mengelamun. Tetiba aku teringat tentang motor RSK yang berlaku beberapa bulan lalu. Tiba-tiba aku menjadi takut pulak bila terbayang penunggang tanpa kepala tu. Aku terus simpan kain baju yang sudah dilipat ke dalam almari. Sebaik sahaja aku meletakkan p******g aku ke atas katil untuk tidur. Suami pun tersadar ” eh buat apa??Tak tidur ke??? ”

“Baru lepas makan dengan ibu. I baru habis lipat kain baju letak dalam almari nak tidur ni. U nak makan ke? Ibu baru masak asam pedas.. ”

“Takpe nanti i nak. I amik. Badan tak sedap lah macam nak demam. I nak gi dapur kejap amik air…” suami bangun lalu ke dapur.

Niat aku nak bercerita tentang kisah berapa bulan lalu tu aku putuskan sahaja. Sebab suami tengah kurang sihat. Nanti dia ingat aku tak logik pulak malam-malam begini. Aku yang masih di atas katil rehatkan otak aku ni dari berkecamuk akhirnya aku terlena. Aku bermimpi sesuatu yang amat menakutkan aku dan rasa seolah-olah perkara itu benar-benar berlaku. Aku dapat rasakan sentuhan dalam mimpi aku itu sehingga aku meracau. Mujur suami masih belum tidur. Suami kejutkan aku dengan ganas sambil mengoncang tubuh ku sebabnya aku seakan tidak sadarkan diri dalam masa 5 minit. Aku hanya meracau, berteriak dan menendang sekeliling aku. Akhirnya aku sadar.

Suami bertanya ” kenapa ni? Mimpi apa sampai teruk sangat. Tak pernah i nampak u macam ni..”

Aku bernafas tercungap-cungap. ” ada.. Ada benda nak hempap perut i.”

“Benda apa? U mimpi je lah.. Da da bangun dulu..”

“Tak B. Betul i nampak dia tadi. Dalam mimpi i ada makhluk hitam besar takda muka. I da bukak mata da tadi. I dah sadar. Tapi i tak boleh bangun, benda dalam mimpi tu memang ada betul-betul atas I. Hempap i tadi..Sumpah demi allah.” Aku menangis ketakutan. Suami ku memeluk ku dan membacakan surah-surah sambil mengucup dahiku.

Tepat tiga hari, maka tibalah hari untuk scan aku. Aku tidak merasakan apa-apa perasaan. Tiada gembira, tiada kerisauan. Hanya berserah kepada yang maha berkuasa dengan apa yang bakal aku terima dari pemeriksaan doktor nanti. Sebaliknya suami aku pulak kelihatan gembira dan berharap sangat ada berita yang baik bakal diterima kami nanti.

Apabila tiba di bilik scanning. Doktor itu menyapa aku dengan nada penuh bersemangat.

” Hello good morning.!So, hopefully today there is good news for your scan..” senyum doktor itu sambil berlalu ke arah scan. Aku hanya mengganguk lemah. Sejak aku bermimpi dihempap makhluk hitam yang tidak berwajah itu. Aku hilang selera makan dan aku hanya penuhkan harian aku untuk tidur dan berehat secukupnya. Aku meminta cuti keje selama seminggu.

Sebaik sahaja doktor itu tumpukan perhatian ke arah monitor scan, aku mengerutkan kening ku. ” Itu kah baby? Nampak tu macam ada tiga muka..” tanya aku hairan.

Aku masih menatap dengan teliti. Tapi doktor tu diam sahaja. Entah dia dengar apa aku cakap ke tidak.

Suami pulak berkata.. “Tak nampak apa-apa pun. Macam mana doktor? ” tanya suami ku.

“Ya tidak ada apa-apa. Hold on ya. I need to focus. ” balas doktor tu dengan serius.

Aku pelik. Macam tu punya jelas seakan tiga muka bayi yang sedang menatap kembali ke anak mata aku. Takkan la suami dan doktor tak nampak??

“There is. Ada 3 bayi. See the head and the face? Although is not that clear but it is a face. Facing directly towards the monitor.!” jawabku tegas dan berharap doktor itu mengiyakan kata-kata aku.

Doktor dan suami kelihatan bertambah hairan. Lalu doktor itu bertanya kepada suamiku, ” Mr, did u see anything on the screen monitor?”. Suami aku menggelengkan kepalanya lalu mendakap bahu ku.

Aku menjadi marah. Doktor dan suami menenangkan aku. Dan mereka berkata hanya kelihatan 2 bulatan air ketumban yang sedang membesar. Malahan doktor itu turut print kan gambar scan yang hanya mempunyai dua tempurung air ketumban yang sedang membesar.

Jadi.? Apa yang aku nampak?? Aku hampir gila melalui semua ini. Akhirnya aku dihantar ke bilik scan yang lebih efektif. Aku lupa nama scan bilik tu. Walaupun kosnya sedikit mahal. Suami tetap ingin teruskan.

Tiba di bilik scan yang disarankan. Sekali lagi aku berharap mudah-mudahan ada kata positif dari doktor. Ketika doktor itu melakukan scanning. Aku menjerit dan tanpa sengaja aku menendang screen monitor yang berada di sebelah kanan tapak kaki aku. Kelihatan 3 muka seperti rangka sedang menatap senyum di screen monitor itu. Masya allah aku bermimpi ke.? Apa yang sedang aku kandungkan ini?? Aku menjadi kacau. Aku tidak ingin teruskan scanning.

“Kenapa B..? Apa yang u nampak beritahu doktor…” kata suami dengan nada yang tinggi dan seakan kurang senang dengan sikap aku.

Aku menjawab perlahan “Nampak tak? Nampak tak apa yang i nampak?? Doktor do u see anything? ” kedua-dua mereka hanya mengeluh.

Suami aku dan doktor akhirnya bersetuju untuk mengizinkan aku pulang untuk berehat dan memberi jangkaan dalam seminggu lagi untuk datang kembali.

Sewaktu dalam perjalanan pulang. Aku hanya membisu. Suami pun tidak berani hendak bertanyakan aku dahulu tentang hal tadi. Sampai je di rumah.. Ibu dan anak-anakku sedang duduk di ruang tamu menonton dvd.

Ariz dan Awfal bangun berlari ke arah aku.. ” ma… Mama, macam mana baby? Boy ke girl.?? ” tanya mereka kesukaan.

Aku tersenyum ” Belum tahu lagi sayang. Next scan baru tahu kot.. Sebab baby banyak gerak..” aku harap penjelasan seperti itu dapat menenangkan hati aku dan anak-anak aku yang berharap sangat nak tahu jantina bayi kembar ini.

Suami mengajak ibu ke dapur. Mungkin sedang meminta pandangan dari ibuku. Mereka berjalan menuju ke dapur kemudian suami mengambil segelas air dan berikan kepadaku sambil menyuruh aku berselawat dan niat apa-apa yang aku inginkan. Insyaallah, allah akan berikan kita jawapan jika kita berasa tenang dan percaya kepada ketentuan Allah swt. Aku lakukan tanpa bantahan.

Malam itu aku tersadar pukul 3:30 pagi. Aku pergi ke tandas sebab terasa ingin membuang air kecil. Apabila berada di dalam tandas. Aku menjerit kuat seperti histeria. Ya allah. D***h. Ketulan gumpalan daging keluar begitu banyak sekali bersama d***h pekat hitam mengalir. Terasa d***h panas bersama air mengalir laju menuruni kedua belah pahaku. Suami aku menolak pintu tandas. Dia tergamam hanya mampu bersuara ” Ya allah. ”

Ambulan tiba di perkarangan rumah aku dalam masa 15 minit. Aku dibawa pergi ke hospital dengan perasaan yang sangat-sangat hampa, sedih dan sayu. Aku tahu aku kehilangan mereka. Aku tahu. Aku berdoa supaya allah kuatkan imanku. Suami aku tak putus-putus berikan aku semangat. Dia kelihatan tenang dan redha.

Apabila tiba di hospital, aku dimasukkan ke labor ward. Ujian d***h mengatakan aku sudah kehilangan bayi aku. Aku redha. Melalui scan monitor sudah tiada lagi dua tempurung air ketumban yang membesar. Kosong. Seakan habis mengalir keluar. Aku diberikan obat dan anti biotik. Malahan aku harus menjalani sesi pencucian untuk bekas-bekas sisa gumpalan yang masih berada di dalam rahimku. Aku tidak dapat mengatakan bagaimana perasaan aku waktu itu. Suami jugak banyak berdiam.

Keesokkan harinya. Aku dibenarkan pulang.
Ibu, suami dan anak-anak menjemputku pulang. Kelihatan mereka juga seakan sedih dengan kehilangan bayi kembar ini. Terutama anak kedua aku Awfal.

Aku peluk Awfal dan berkata “Takpe.. Nanti Allah beri kita rezeki lagi ok.. Takmu sedih.. Allah sayang baby tu sebab tu dia pergi dulu. Nanti dekat akhirat adik boleh jumpa dia.” Aku senyum dan mencium dahinya. Awfal hanya mengangguk sedih.

Apabila tiba di rumah. Ada seorang lelaki yang agak berumur dan seorang wanita sebaya ibuku sedang memberi salam. Ibuku menyahut dari belakang ” waalaikumsalam.. Maaf lambat pulang ke rumah… Baru sampai ke? ” tanya ibuku mesra kepada wanita itu. Suamiku bertukar salaman dengan lelaki itu. Lalu aku menghulurkan tangan dan bersalaman dengan wanita itu. ” ini anak nya yang baru keluar hospital tadi ke? ” tanya wanita itu.

Ibu aku mengganguk. Wanita itu menepuk bahuku dan memberi senyuman semangat terhadapku seakan faham perasaan aku ketika itu. Kami pun berlalu masuk ke dalam rumah. Selesai ibu menyajikan air dan sedikit kuih muih. Kami duduk beramai-ramai di ruang tamu. Tapi semua mata tertumpu ke arah aku. Aku berasa kurang senang dan hairan dengan apa yang ingin mereka bakal sampaikan.

Lelaki berumur itu memulakan bicara sambil menatap ke arah aku. ” nura.. Atok ni dulu berjiran dengan arwah bapak nura… Datuk nura kawan baik atok jugak.. Yang ni anak atok..” aku senyum dan mengganguk.

“Ohh ye ker… La tak pernah nura nampak atok dan makcik ni.. ”

Ibu ketawa dan menjawab “yelah dorang duduk jauh..atok ni pun bukan sihat sangat.. Ni pun ibu harap sangat kedatangan mereka mujurlah makcik Nah ni dapat ambil cuti bawak atok ni ke mari..” terang ibuku.

“Kenapa ibu suruh atok dan makcik Nah datang?”

“Ibu nak dorang pulihkan semangat kau.. Atok ni bukan calang orang.. Banyak dah berubat dengan atok.. Ibu dan arwah ayah pun dulu pernah berubat dengan atok dan arwah isterinya..” atok itu mengganguk-angguk kan kepalanya. Aku pelik. Pulihkan semangat apa? Aku tengok aku ok je. Aku terima apa yang dah terjadi.

“Nura.. Boleh tak jelaskan apa yang berlaku waktu nura hamil. Mimpi apa? Nampak apa? Ada tak Nura tertegur apa-apa dalam masa berapa bulan lalu ni..?” makcik Nah bertanya serius. Aku terdiam sejenak. Lalu aku pon bercerita apa-apa yang pelik terjadi waktu aku hamil. Apa yang aku mimpi.. Dan apa yang telah terjadi sebelum aku dapat tahu yang aku hamil. Sebaik aku habis jelaskan semua.

Suami aku bersuara, ” kenapa tak bilang i tentang kejadian motor RSK malam tu? ”

“Macam mana i nak bilang. I tengah sakit. Esoknya bangun terus demam. Kemudian dapat berita gembira i hamil. Kemudian macam-macam jadi. Bila i nak kasi tahu u tapi anak-anak belum tidur. Atau waktu i teringat, u pulak tengah kurang sihat. Macam-macam halangan bila i nak beritahu u, sampai i terlupa tentang peristiwa tu.” balasku sambil mengeluh.

“Hmm. Takpelah benda dah jadi. Dah lepas pun. Sekarang ni macam mana Cik Nah?” tanya suamiku.

“Nura masih belum sihat sepenuhnya. Mungkin sekarang dia nampak biasa.. Esok lusa fikirannya akan terganggu jika kita biarkan.” Jawab makcik Nah. Aku mengerutkan keningku tanda tidak memahami.

” Nura… Memang betul kata doktor. Ada yang uzur bila sedang mengandung. Tapi Nura sebenarnya memang hamil pada malam kejadian di highway tu. Ada sesuatu yang mengekori Nura hingga menganggu janin nura..

Disebabkan itu, malam nya nura berpendapat Nura uzur. Tapi tidak. Kehamilan Nura dapat diselamatkan. Tapi allah lebih mengetahui. Oleh kerana tiada siapa-siapa yang tahu apa yang berlaku malam itu. Sebenarnya benda tu da lama ikut Nura pulang. Cuma Nura tak dapat merasakannya. Apabila janin membesar, dan Nura hampir tahu bahawa Nura akan kehilangan bayi dalam rahim nura, maka benda itu berjaya mendapatkan apa yang dia mahu.

Benda yang Nura nampak tu adalah mangsa belaan orang yang terlepas dan pernah dianiaya. Makhluk atas motor itu adalah mangsa seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan rohnya tidak aman. Wanita itu jugak mengandungkan kembar. Nasib Nura tak baik ditegur dan ditumpang oleh roh itu..” cik Nah menjelaskan dengan teliti. Aku tergamam dan menyesal. Tapi aku harus redha akan kententuannya. Tiada siapa yang ingin perkara sebegini berlaku.

Sambung Cik Nah lagi.. ” benda tu dah pergi selepas apa yang dia dapat.. Sekarang ni Nura kena lupakan apa yang terjadi. Ingat allah. Solat jangan lupa.. Rajinkan berzikir.” Aku mengangguk sedih.

Atok itu kemudian menghulurkan aku sebotol air yang harus diminum setiap malam sebelumn tidur dengan bacaan surah tertentu, minum dan tinggalkan sedikit air untuk disapukan dan diusapkan ke seluruh muka.

Alhamdulilah setelah hampir 3 tahun aku lupa tentang kejadian itu. Tapi aku masih lagi tersenyum bila teringat tentang kembar yang aku kandungkan selama hampir 6 bulan. Sungguh berharga. Kini aku dikurniakan anak perempuan yang sudah berusia 4 tahun walapun bukan kembar tapi cukup membahagiakan aku dan suami dan jugak anak-anak lelakiku.

Sekian itu pengalaman aku sebagai seorang wanita yang bergelar Ibu. Tidak semua bencana kita dapat dielakkan. Jadikan lah satu pengajaran yang berharga. Ada hikmah di sebalik setiap ujian. Dunia bukan milik kita. Bersyukur apa yang ada. Amin. Sekian terima kasih kerana membaca. 🙂 ( masih aku simpan gambar scanning yang membesar tanpa bayi.. Tapi tak tahu macam mana nak share dekat cerita ni sebab tak boleh upload photo pun hehe.. )

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]
Nura

26 thoughts on “Disebabkan Penunggang Tanpa Wajah?”

  1. Hmm, takziah kakk, sentap kejap hati diknon, haih
    Nice sharing, haa, post gambaq kat komen pesbuk jela kakk, hoho

    Reply
  2. Pukul 3:33 pagi mmg adalah mainan jin syaitan,..selalu time ni lah kejadian bersifat mistik supernatural akan jadi..pada perkiraan saya waktu janin tu gugur mmg tepat pkl 3:33 pagi…sebabnya itu tanda tipu daya dalam symbolic trinity, 3 tuhan dalam agama kristian,ajukan terhadap trinity..pkl 3:33 pagi mmg time syaitan bermaharajalela 3 jenis Jin Syaitan yg disembah sebagai Trinity ni selalu melebarkan sayap kesyaitanannya ke seluruh pelusuk waktu seantero…sebab tu la dalam scan puan ada nampak 3 tengkorak muka…itu semua tanda syaitan² berjaya mempermainkan kandungan puan…klu puan blh ingat pasti ada 3 ketulan daging @ gumpalan yg gugur..janin tu semua dah jadi santapan mereka sepanjang berbulan lamanya, dlm pada waktu puan sedang naik moto pulang sorang² ada selang waktu timing jin syaitan akan bertandang keluar dr tempat mereka, selalunya sejam selepas solat isyak…mgkn nasib puan tak baik berselisih dengan laluan jin² tu semua tanpa teman membuatkan jin itu semua dpt masuk ke dalam janin puan sebab dlm keadaan uzur pulak tu…klu tk uzur mgkn blh selamat lg…ada 3 faktor utama menyebabkan puan terkena ni semua..1.Uzur 2.Bersendirian di luar di tempat gelap dan sunyi dalam keadaan uzur 3.Sudah mengandung mempunyai janin dalam perut..jadi syaitan mmg senang buat kerja² kotor kt puan tanpa apa² halangan..kebocoran sistem pertahanan mistik tubuh puan dah lemah waktu tu..dan mereka mengesan makanan enak dlm perut puan..mmg la takkan dilepaskan cmtu sahaja…byk kes² gangguan melibatkan perempuan uzur di tempat² sunyi dan keras..kes puan pulak ditambah dengan kandungan dlm perut..mmg sebuah tragedi yang malang buat puan sekeluarga, walauapa pun selepas ini cerita puan mmg menjadi pengajaran buat wanita lain di luar sana agar jgn pandang ringan bila sudah berbadan dua…sekian saja pandangan dr saya..moga² hidup puan sekeluarga kembali bahagia.:)

    Reply
    • Sedeh sgt kisah akak ni. Btw, saya mengandung 3x dan syukur spjg kehamilan takda mslh apa2. Saya jenis ambil ringan bab pantang dan benda mistik masa mengandung. Mcm mana nak ckp ya.. kita diberi pilih ikut pantang larang atau jgn pantang terus. Saya pilih taknak pantang terus seperti menghadkan diri utk buat itu ini ms pregnant. Psl bayi hilang dlm kandungan pun saya tak percaya. Bg saya mesti ada scientific explanation utk semua tu. Tp lepas bc kisah ni rasa seriau jgk tak jaga diri baik2 dulu andai la terjadi apa2 mmg menyesal tak sudah.

      Reply
      • maksud jgn pantang terus tu? lepas beranak or masa preggy?
        parents akak tak marah ka?
        taktau sgt bab pantang ni, sebb belom dikurniakan rezki anak. hoho

        Reply
  3. awak.. saya nak tnya, awak memang bagi mak ke jaga anak2
    awak x kesian ke buat mak awak mcm tu? awak ni nak jimat sgt ke smpai menyusahkan mak mcm tu?
    apa kata awak jaga anak sendiri? x baik buat mak mcm tu, dah lah time anak2 die kecik, die kena jaga, ni anak2 punya anak pon die kena jaga jgak ke?

    Reply
    • dah jd isu pulak kes asuh anak kt orgtua..dlm byk² masalah yg jd dlm cerita ni,yg tu jgk ko nak menyibuk..padahal klu org tua tak rela takkan nak mengasuh cucu² dia..ni hal keluarga mereka..biarla cara mereka nak hntar asuh anak dgn orgtua mereka…orgtua pun mesti la nak main dgn cucu² diorang…dah ko gedik sgt complain apahal…tak kena gaya lgsg…otak ciput ni

      Reply
    • Maaf tapi saya rasa mungkin soaln ni tak patut ditanya. Hal keluarga, keadaan keluarga, penulis shaja yg tahu. Sebab musababnya. Kalaupun betul mak penulis yg jaga juga mesti ada sebabnya.
      Kita tak boleh terjah masuk macam tu je sbb kita xkenal pun penulis siapa. Hidupnya bagaimana.

      Reply
    • Sibuk lah kau. Mana tau mak dia sendiri nak jaga cucu. Kau tak baca ke berita baru2 ni pengasuh hantar sekujur tubuh bayi kaku kat bapak budak pas tu dgn muka seposen suruh bawak pg hospital sbb bayi tersedak. Bayi tu m**i tau tak? Elok lagi nenek jaga dari hilang nyawa kat tgn pengasuh yg tak bertanggungjwp. Mak dia pun tak rasa susah kau pulak lebih2

      Reply
    • nanti kau ada anak jangan tergedik bagi mak kau jaga pulak. harap anak kau pun tak ikot perangai kau ni main serang rumah orang tak fikir hati.

      Reply
    • Aku rasa dewi ni kurang kasih sayang. Mesti dewi ni xde kerja lain sampai menda mcm tu dia ckp. Mind yr own business!

      Reply
    • Makcik jubo hidup suka buruk sangka dekat orang. Saya pun saja nak cakap.. Nama awak dewi. Dewi keling ke? wakakakaka cerita lain sampai kan lain kwang kwang kwang

      Reply
    • ni nak mintak apa ni sebernya? yang kau lebih2 plak ni aphal? orang sibuk bak lain bab lain yg kau sibuk dasar mak cik bawang

      Reply
  4. kan dah 5 bulan.. kenapa keluar ketulan daging lg. sepatutnya dah cukup sifat dah boleh tanam. mengarut lah. menyesal baca. siap nmpk muka bagai tp keluar daging. eh.. geram plak aku x logik.

    Reply
    • mak saya keguguran 7bulan keluar macam anak cicak kecik je rupa dia. macam dah lama gugur tapi sebelum ni bila scan takda pape pun sihat je kata doktor. esoknya kencing dia ikot keluar sekali. takda apa pun yang mustahil.

      Reply
    • Dah benda tu mkn hbs,tggl la daging2 jer…mungkin apa yg dia nmpk tu hanya jelmaan ja kan doktr n suami dia xnmpk,dia sorg ja nmpk..org yg pernh gugur n der benda menumpng jer tau mcm mna..lain kali klu xtahu jgn komen yer..

      Reply
      • Kau x kna lagi mmg la smua x logik.. Cuba bila kena skali dkt kau! Ha waktu tu xde masa da kau nk pikir psl logik x logik..

        Reply
  5. Punye la panjang kau coretkan kisah sedih kau kat lama sesawang seram ni…

    Nasihat aku lenkali ade ap2 jadi bgtau suami xpyh nak pendam perah lama tgk.apa.dh jadi.

    Reply
  6. fuh ingatkan cerita tu abis smp kat umah, rupanya panjang lgi.. papw pon takziah atas kehilangan bayi dlm perut tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.