Diselubungi Entiti

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Nama aku Mai. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih sangat sangat dekat admin sebab sudi publishkan cerita pertama aku iaitu “Apa Yang Aku Nampak“. Kepada sesiapa yang belum baca, boleh la baca dulu supaya korang lebih faham cerita seterusnya. Okay, kali ni aku akan cerita kan pengalaman aku sendiri dekat rumah aku.

1. Penunggu pokok pinang
Aku dengan ahli keluarga aku biasanya sebulan sekali akan pergi ke kebun kelapa sawit belakang rumah untuk berkebun atau untuk bersihkan semak samun. Dekat kebun tu, ada sebatang pokok pinang yang tak berapa nak tinggi dan tak berapa rendah sangat. Dan dekat batang pokok tu ade macam satu kotak mainan kecil saiznya yang diikat dekat batang pokok tu. Aku pun tak tau apa sebab benda tu diikat.

Setiap kali kami bersihkan kebun tu, mesti kotak mainan tu akan bergerak gerak sendiri walaupun masa tu takda angin pun. Tapi sepanjang tu kami cuma buat tak tau jela. Kejadian ni jadi masa tu family aku yang lain bersihkan dekat tempat lain. Jadi aku sorang je yang bersihkan dekat kawasan pokok pinang tu. Tengah aku duk sibuk sibuk bersihkan tu, aku terdengar ada orang panggil nama aku. Ya, suara perempuan yang sangat merdu suaranya. Aku pun hairan la sape je nak panggil aku dengan suara merdu kat kebun yang semak macam tu. Lepas je aku dengar macam tu, tiba- tiba kotak mainan yang dekat pokok pinang tu bergoyang sendiri. Aku pun langkah seribu la balik ke rumah. Aku ada jugak tanya kat family aku ada ke apa-apa kat kebun tu, rupanya belakang rumah aku tu ada penghuni bunian yang tinggal kat situ. Dan mungkin yang panggil aku tu bunian la kut. Sampai sekarang pokok tu ada lagi. aku pun jarang duduk situ sorang sorang. Nasiblah aku tak menyahut panggilan tu.

2. Berbaju hitam
Cerita kedua ni pula pasal benda yang ada dekat dalam rumah aku. Rumah aku ni terbahagi kepada tiga bahagian. Yang pertama, ruang tamu depan. Yang kedua, ruang tamu bawah. Yang ketiga, ruang dapur. Biasanya family aku semua duduk dekat bahagian ruang tamu bawah dan ruang dapur je. Ruang tamu depan tu akan digunakan bila raya sahaja.

Masatu aku solat maghrib dekat bilik ruang tamu bawah, lepas aku amik wuduk aku terus la pakai telekung dan solat. Masa rakaat kedua, aku rasa macam ada orang perhatikan aku dari pintu. Masa tu aku hampir gelabah, tapi macam mana sekali pun aku kena habiskan solat jugak. Masa aku bangun untuk rakaat ketiga, aku nampak ada tangan dan kepala tengah perhatikan aku yang tengah solat tu. Time tu aku nak je lari dari bilik tu tapi malangnya benda tu ada kat pintu. Kaki aku dah menggigil demi nak siapkan solat aku yang aku rasa tak berapa nak sah dah tu. Lepas je siap solat baca doa apa semua, aku tengok benda tu dah tak ada.

Beberapa hari lepastu, aku ni ada bela seekor kucing. Masa tu malam area pukul 9 gitu la kan, kucing aku tu tiba-tiba pergi dekat ruang tamu depan. Dekat ruang tamu depan tu ada meja dengan kerusi, dan aku nampak ada satu tangan macam tulang dan lengan baju nya tu warna hitam. Serba serbi hitam. Tangan tu dekat atas meja depan . Masa tu aku terus sakit kepala dan aku terus ambil kucing aku tu turun bawah dan terus masuk bilik. Aku terus tidur sampai subuh.

3.Mimpi
Kejadian ni baru berlaku kat aku lepas raya haritu. Dan aku masih terkejut dan terfikir apa yang masih jadi kat aku dalam mimpi tu. Pada suatu hari, aku rasa badan aku sangat lemah dan aku tidur awal pada malam tu. Aku termimpi aku didatangi seorang perempuan yang agak berumur dekat suatu tempat yang lebih kurang macam tempat yang mewah. Perempuan tua tu dia tarik tangan aku dengan kuat sampai ke tulang aku rasa. Perempuan tu cakap dekat aku “kau kena amik benda ni, amik barang ni” dan dia ulang banyak kali.

Lepastu ada sorang lelaki dia tarik tangan lepastu dia cakap “kau kena amik SAKA ni” lepas je aku dengar macam tu dalam mimpi aku tu,aku terus bangun dan solat subuh.selepas je kejadian tu aku menjalani hari-hari sambil fikir siapa dan apa yang dalam mimpi aku tu.

Lepas je 3 hari, malam tu aku didatangi lagi perempuan tua yang sama dia kejar aku dan jerit “amik benda ni! amik benda ni! amik benda ni!!”. Dan aku terbangun dan terus tak sedap hati. Aku ada tanya dekat seorang ustaz melalui whatsapp tentang apa yang jadi kat aku dalam mimpi tu. Sampai hari ni aku masih tak bersedia dengan apa yang ustaz tu akan cakap dekat aku pasal mimpi tu.
Okay itu je untuk coretan aku kali ni. Mungkin aku akan buat part 2 untuk cerita lain pulak.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Diselubungi Entiti”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.