Hai semua… Masih ingatkah semua dengan cerita saya yang dahulu berkenaan abang saya? Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menyambung cerita tersebut.
Baiklah, saya tidak ingin lagi berbasa-basi terlebih lama. Saya teruskan dengan penceritaan saya.
Sudah lama abang saya iaitu Atan terlantar tanpa mengenal pagi atau petang, saudara mara dia, adik beradik dan kaum keluarga yang lain. Kami semua bingung dengan apa yang telah terjadi kepada dirinya. Saya pasti jika anda semua berada ditempat kami pun anda akan kehilangan punca. Penyakit yang berkaitan dengan burung. Petunjuknya adalah burung. Pening kami sekeluarga memikirkan berkenaan hal ini. Tetapi, sedetik pun kami tidak lelah dan ingin mencari punca dan asbab penyakit yang dihidapi oleh Atan.
Alhamdulillah, bantuan Allah tidak pernah putus walau sikit pun buat hambanya yang benar-benar berharap padanya. Bantuan yang Allah berikan diperolehi oleh kakak sulung kami yang saya boleh namakan disini sebagai Along. Along memperolehi petunjuk dari yang esa melalui mimpi. Kami pada mulanya tidak ingin mempercayai mimpi kerana semua sudah maklum kadang-kadang mimpi itu cuma mainan tidur. Tetapi, pada kali ini hati kami berarah untuk mengikuti petunjuk yang diberikan. Kami berarap sangat semoga mimpi tersebut adalah petunjuk dari Allah dan bukan sekadar mainan syaitan.
Petunjuk yang pertama yang Along dapat adalah didalam mimpinya ada seorang lelaki yang tidak dikenali memintanya untuk bertemu dengan seseorang yang tidak juga kami kenali di daerah Kuantan. Jelas sekali petunjuknya mengenai kawasan tempat tinggal hamba Allah tersebut. Along sepertinya kurang pasti dengan petunjuk yang diberikan makanya dia memanggil kami adik-beradik bagi bertanyakan hal tersebut. Kami semua yang sudah buntu bersetuju untuk mencuba berpandukan mimpi tersebut.
Kami semua sepakat untuk pergi ke rumah hamba Allah tersebut. Mana tahu kan sekiranya melalui mimpi tersebut kami boleh mendapat petunjuk yang tepat setepatnya. Kami adik-beradik telah berpakat untuk menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk pergi ke sana. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami dapat meneruskan perjalanan kami tanpa sebarang masalah. Perjalanan kami ke sana tidak jauh kerana kami cuma tinggal di daerah sebelah sahaja.
Sesampainya kami di kawasan yang dituju, kami cuba bertanyakan dengan penduduk setempat perihal orang yang kami cari. Alhamdulillah, kuasa Allah itu sangat besar dan orang yang kami cari itu ada tinggal di kampung tersebut. Kami telah dihantar oleh orang kampung kerumah hamba Allah tersebut. Sesampanya kami ke rumah hamba Allah tersebut, kami memang sangat bernasib baik kerana dia ada di rumah saat itu. Dia telah menjemput kami adik-beradik untuk masuk ke rumah.
Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pak Long. Muka Pak Long bersih sahaja dan masih mengenakan kupiah di kepala. Selesai solat barangkali. Pak long tanpa berbasa-basi bertanyakan kepada kami tujuan kedatangn kami ke rumahnya. Kami tanpa membuang masa menceritakan sedikit demi sedikit rentetan hal yang terjadi. Pak Long tanpa membuang masa mengambil peralatannya berupa air dalam sebiji mangkuk, dan peralatan-peralatannya yang lain. Kami cuma memerhati sahaja. Usai Pak Long membuat caranya, Pak Long memberitahu kami yang dia tidak boleh membantu abang kami iaitu Atan. Katanya keadaan Atan sudah teruk. Atan terkena sihir buatan manusia.
Pak Long beritahu kami yang dia tidak kuat untuk melawan aura sihir yang telah dihantar untuk menyakiti Atan. Allahu… Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan kami. Salah seorang dari adik-beradik ku iaitu aku namakannya di sini sebagai Kak de bertanyakan kepada Pak Long siapakah dalang di sebalik semua ini. Pak Long tanpa berlengah menyatakan bahawa sihir ini telah di hantar oleh seseorang yang sangat kami kenali iaitu bekas isteri Atan. Allah! Rasanya seperti batu yang menghimpap kepala kami. Kenapa Atan diperlakukan sedemikian? Apakah salahnya sehingga dia dihukum sedemikian rupa? Kami berada dalam situasi yang sangat sukar sama ada ingin mempercayai apa yang diperkatakan oleh Pak Long atau tidak.
Hal ini kerana kami tidak pernah mempunyai apa-apa masalah dengan bekas isterinya. Kami tidak bermusuh dengan bekas isterinya. Di sini aku gelarkan bekas isteri nya sebagai Ida. Pak Long memberitahu kami bahawa Ida berniat ingin m******h Atan. Kata Pak Long lagi Ida terlalu sakit hati terhadap Atan. Sakit hati kerana apa kami tidak tahu. Pak Long meminta kami untuk tidak berlengah lagi membawa Atan bertemu seseorang iaitu rakannya sendiri kerana katanya sihir ini datangnya dari siam. Pak Long meminta kami untuk segera bertemu dengan sahabatnya secepat mungkin kerana Pak Long tidak mampu berdepan dengan sihir mainan bomoh siam. Kami pun diberi alamat dan nombor telefon sahabat Pak Long. Terima kasih kami ucapkan buat Pak Long yang telah berusaha untuk membantu kami.
Akhirnya kami adik-beradik sepakat untuk bertemu dengan sahabat Pak Long pada keesokan harinya memandangkan Pak Long telah berpesan dengan kami berkali-kali untuk mempercepatkan tindakan ami sebelum terlambat. Kami tahu, maut yang datang adalah ketentuan Allah S.W.T. Tetapi kami sebagai manusia harus berikhtiar dan berusaha dahulu sebelum menyerah.
Keesokan harinya, selepas maghrib kami adik-beradik berangkat menuju ke destinasi yang dituju iaitu rumah sahabta Pak Long. Rumah nya terletak di Daerah Rompin Pahang. Destinasi yang dituju itu pun tidak begitu jauh memandangkan Daerah Rompin juga adalah bersebelahan dengan daerah penempatan kami. Saya rasa mungkin ada antara kamu semua yang sudah boleh mengagak kawasan penempatan kami kan? Tapi, tak mengapalah keran bukan itu yang saya mahu uraikan. Sebelum kami bertolak ke Rompin untuk bertemu sahabat Pak Long, kami sudah menghubunginya terlebih dahulu.
Lupa saya ingin memberitahu semua, kenapa hanya kami adik-beradik sahaja yang pergi. Kenapa anak-anak saudara dan ibu bapa kami tidak pergi? Kerana kami bimbangkan keadaan Atan. Kami mahu ada yang memastikan keadaan Atan selamat di rumah. Beralih semula kepada sahabat Pak Long, dia meminta kami untuk bertolak ke rumahnya selepas maghrib.
Perjalanan ke Rompin pun bukannya lama. Cuma sekadar 1 jam 15 minit sahaja. tetapi, perjalanan kami pada malam itu tidak mudah. Kami berdepan dengan beberapa rintangan. Perjalanan kami pada malam itu terlalu lama sehingga menginjak ke 2 jam. Memang tidak masuk akal. Salah satu kenderaan yang kami pandu bergerak terlalu perlahan. Saat itu kakak ku Ude yang memandu. Katanya kereta menjadi terlalu berat walaupun dia sudah menekan pedal minyak. Jalan menuju ke Rompin pun terlalu gelap. Sepertinya banyak lampu jalan yang tidak menyala. Sahabat Pak Long ada memaklumkan kepada kami, sekiranya berdepan dengan kesulitan sepanjang perjalan ke rumahnya, dia meminta kami untuk menelefonnya.
Tetapi, pada hari itu, kami tidak boleh menghubunginya kerana tiada signal untuk semua telefon kami. Bunyi voice mail pun tidak ada. Cuma kosong sahaja. Alhamdulillah, kami tetap berusaha untuk menghubungi sahabat Pak Long. Dengan izin Allah, sesampainya kami di Bandar Rompin, signal telefon kami mulai ada. Kami berhasil menghubungi sahabat Pak Long. Dia memberi peta ke rumahnya.
Dari Bandar Rompin ke rumah Sahabat Pak Long cuma 20 minit sahaja. Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Sesampainya kami ke rumah sahabat Pak Long, kami dipersilakan masuk. Sahabat Pak Long memperkenalkan dirinya sebagai Wak. Wak tanpa berlengah lagi meminta kami untuk menyatakan hajat kami bertemu dengannya. Kami adik-beradik meminta Along untuk menerangkan apa hajat kami yang sebenarnya. Kami melepaskan semuanya kepada Along untuk bercerita memandangkan dia adalah kakak kami yang paling tua. Hormat lah katanya…. hehehe… Wak tanpa berlengah terus mengambil air satu cawan dan peralatan mengubatnya iaitu sebilah keris kecil sebesar jari kelingking.
Dicelupnya keris tersebut ke dalam air sambil mulutnya terkumat kamit. Secara tiba-tiba Wak menghentakkan tangannya keatas meja bersebelahan dengan cawan yang berisi air di dalamnya. Tetapi yang sedikit pelik dan aneh bagi kami, yang di hentak oleh Wak cuma meja, tetapi kenapa cawan yang terletak elok diatas meja tersebut pecah? Kami cuma berdiam diri dan memandang antara satu sama lain. Wak memandang kami dan memberitahu kami apa yang sebenarnya kami tidak ingin percaya. Atan berpenyakit demikian kerana sihir. iya, kerana sihir! Sihir yang telah dihantar oleh bekas isterinya iaitu Ida. Sama dengan apa yang pernah di beritahu oleh Pak Long.
Itu sahaja dari saya.Assalamualaikum…
daerah Pekan ke?
Aku pon rasa camtu. Sebab pekan tgh2 antara kuantan dan rompin. Huhh
jalan cerita menarik tapi kenapa habis mcm tu je? adoiii
jalan cerita tidak hbs lagi… in shaa allah, ada masa nnt sy akn update lagi..
update cepat cepat tau.
lain kali tulis to be continue lol
knpe nk bukak link cite lama dendam tu xboleh ek.mermm
Cerita ni tergantung or memang habis gitu je? Macam xhabis je 😂😂
Whyyyy whyyy??
Plz sambung lg
😭
jgnlh cita klau sibuk nk trgantung je.. dhlh nk smbung nya lama haih.. tlglh klau bleh esk dh smbung cita nie😭😭
P****g stim betul lah…tau tak pembaca tegar FS ni ramai…nk tunggu admin update cerita baru pon berjinggut…penantian suatu penyiksaan tau…
paling ku mnyasal mbaca ceta mcm ni..
Sabo lah gais mst dia ada kerja nak buat jgk. Tp knpa lah bekas isteri dia sanggup buat mcm tu? Tak ingat ke rasa cinta yang wujud dlm hati suatu masa dulu? Tak sayangkah? Haih laaa sanggup betul
Terima kasih sebab berkongsi cerita cuma sedikit terkilan, sebab cerita yang pertama dulu pun baru ada sambungan selepas beberapa bulan.. Harap cerita next tak lama la tunggu sambungannya.
lahhhhh. gitu je ke citenye?
baru nak rasa syok
Cepatlah sambung..Tak sabar nak baca cerita ni…
Cerita okay tapi kenapa tergantung mcm tu? Tak best la mcm ni😞
pls buat sambungan cepat! beruban kami peminat FS tggu writer nk sambung balik. pls dipercepatkan untuk sambungan cerita ni.
main bomoh siam lak…alahai kesian kat keluarga mangsa…
Maaf tumpang tanya. Di rompin dekat kawasan mana ye korang berubat?
Kisah selanjutnya sudah diterbitkan berjudul sihir bekas isteri.
tapi sy jumpa Dendam Part 2 & Part 3 by the same writer..sorry kalau sy salah..sekarang ni kena cari & baca balik cerita dari mula utk fahamkan semua story ;D
1) https://fiksyenshasha.com/dendam-5/
2) https://fiksyenshasha.com/disihir-atan-terlantar-tanpa-mengenal-pagi-dan-petang/
3) https://fiksyenshasha.com/sihir-bekas-isteri/
4) https://fiksyenshasha.com/dendam-part-2/
5) https://fiksyenshasha.com/dendam-part-3/#comment-251555