Disukai Jin

Salam semua. Saya ingin menceritakan suatu peristiwa yang telah berlaku kepada keluarga saya 12 tahun yang lalu. Maaf kalau melayu saya tak top sebab di Singapore ni bahasa utamanya ialah English dan sekarang di polytechnic ni, dah tak tulis karangan bahasa Melayu, dah sikit lebih kurang 3 tahun yang lalu semenjak saya tulis dalam bahasa Melayu. Saya dari Singapore. Dahulu, kami tinggal di Jurong West. Kami berpindah ke Woodlands bila saya umur 10 tahun, 9 tahun yang lalu.

Mak saya ni takda qualification tinggi, dia pada waktu itu hanya dapat berkerja di kilang pada shift malam sahaja. Malanglah, dulu keluarga kami susah, makan pagi pon 2 bungkus nasi lemak kena kongsi dengan 6 orang. Bapa tiri saya hanya supervisor di dormitory foreign workers. Kami tak berkemampuan besar. Lagi2 saya ni sering sakit dan adik saya harus dihantar ke daycare. Kerana mak sering keluar kerja malam, balik pagi sepagi subuh, ikutlah benda benda halus. Bila mak balik, dia selalu kerjakan solat subuh dulu, lepas tu siapkan sarapan buat adik dan saya sebelum ke sekolah, siapkan pakaian bapa saya untuk ke kerja, terus dia buatlah kerja kerja rumah sebelum dia tidur.

Sebenarnya rumah kita ni seringkali diganggu walaupun sebelum mak mula kerja di kilang shift malam. Rumah kita ni 5 room flat, setiap hari Sabtu dan Ahad kedua dua abang saya akan balik ke rumah kami untuk bersama kami sebab mereka tinggal dengan ayah saya. Jadi mereka akan mengisi satu bilik, mak bapa dan adik saya tidur di bilik master dan saya ada bilik sendiri. Bilik saya ni ada tingkap yang menghadap koridor luar rumah saya. Jadi saya kalau buka, saya boleh nampak jiran ke orang lalu lalang.

Pernah sekali ini, saya baru baru lah nak feeling feeling tidur bilik sendiri. Tapi tak menjadi sebab saya asyik ternampak bayang bayang di tingkap bilik saya, seperti ada orang yang berjalan ke hulur ke hilir dengan sengaja di depan tingkap saya. Saya dengan perasaan sangat takut, saya duduk di luar pintu bilik mak bapa saya. Saya ketuk punya ketuk, walaupun pintu itu tidak terkunci, entah kenapa saya tak boleh buka pintu itu. Saya pekik, menangis, ketakutan, saya rasa dalam satu jam baru ayah saya buka pintu, nampak saya menggigil ketakutan. Semenjak hari itu, saya tidur bersama mak bapa saya.

Yang kedua pula, waktu bulan puasa. Pelik kan? Mungkin itu imaginasi saya sahaja tapi saya rasa macam betul sangat. Pada waktu itu saya baru umur 8 tahun. Saya dah berani balik rumah sendiri sebab sekolah rendah saya hanya depan rumah sahaja. Hari itu, saya balik, tiada orang di rumah, sebab mak saya OT, kerja sampai shift pagi. Bapa pula kerja macam biasa dan adik saya berada di daycare. Saya balik macam biasa, masuk bilik mak sebab nak mandi. Bila saya masuk rumah tu memang saya dah rasa tak sedap hati. Macam ada yang sedang menunggu saya di rumah tapi saya buat bodoh sahaja, sebab dah letih dari sepanjang hari di sekolah.

Apabila saya masuk bilik mak, saya terdengar pintu tandas itu terbuka. Saya terdiam sahaja sebab saya masih budak lagi, kan kami selalu diberitahu yang bulan puasa ni semua hantu diikat. Jadi saya fikir itu imaginasi saya sahaja. Entah apa yang buat saya terpandang terhadap tandas, saya ternampak seorang perempuan yang sedang memanggil saya dengan tangannya. Saya tak dapat nampak badannya kerana dia macam berada di dalam toilet tapi mengeluarkan kepalanya untuk melihat saya (faham faham lah, harap imaginasi kalian luas).

Saya terkejut, terdiri batu di situ sekejap lalu lari keluar, sempat capai telefon rumah lalu telefon bapa, suruh amik kerana terlalu takut. Saya duduk di luar rumah buat saya rasa 30 minit hingga bapa datang amik saya. Selepas itu, tiada apa2 kejadian lagi, hinggalah satu hari ni tanpa apa apa sebab diberi, bapa saya kata dia akan hantar saya ke rumah ayah saya di Pasir Ris untuk 2 ke 3 hari. Saya pon okay lah sebab itu ayah saya kan dan abang abang saya pon tinggal di situ. Lepas hari berlepas, saya pon pulang dan terkejut apabila sampai je di rumah, nampak mak terbaring di lantai tangannya semua berdarah.

Mukanya dibasahi peluh, rambutnya berserabai. Saya disuruh tidak bertanya apa-apa. Kejadian itu tidak diceritakan hinggalah saya berumur 18. Tapi itu nanti saya ceritakan dibawah. Apabila kami mahu pindah rumah, tuan rumah baru datang ingin renovate stor, katanya nak besar kan bilik sebab store itu terletak di tengah bilik saya dan abang saya. Jadi walaupun kami masih di rumah itu sebelum berpindah, renovasi itu dijalankan. Setiap malam bila orang yang renovasi stor sudah balik, kami selalu dengar orang drill di stor itu, tetapi kami hanya mengabaikan sahaja sebab memang dah nak pindah pon. Tapi mak saya selalu kelihatan aneh bila bunyi drill itu didengar. Tapi tak ada apa apa pelik yang terjadi.

8 tahun kemudian, selepas berpindah, barulah saya teringat dan bertanya dengan mak tentang peristiwa dia terbaring di lantai berdarah. Mak pon buka cerita. Mula2, mak asyik merasakan ada sesuata di rumah itu yang sedang memerhatikannya. Lepas itu, dia asyik ternampak. Bila dia sedang gantung baju diluar rumah, dia asyik ternampak budak budak berlari di hall rumah. Bila dia di dapur sedang masak, dia toleh ke tepi, ada seorang yang tidak dikenal pasti perempuan atau lelaki berdiri di laluan dapur sedang memerhatikannya dengan mata yang merah dan seram.

Saya ingat lagi, mak dan bapa selalu gaduh. Pernah sekali bapa pukul mak yang terkepit di sudut belakang pintu sebab mereka gaduh besar tentang perkara yang sangat sangat kecil. Mak sampai ingin lari rumah kerana katanya rasa sangat benci dengan bapa walaupun tiada sebab sebaliknya.
Mak asyik berasa benci dan marah terhadap bapa. Bapa pon rasa sama. Satu pagi ini, saya ada tuisyen, masa itu mak dan bapa ada di rumah kerana bapa amik cuti, mak sakit. Waktu itu, saya tak ada dekat rumah, ini mak yang ceritakan. Mak terbangun tidur, lalu terpekik sekuat kuatnya, “Panggil Abg Ros (bukan nama sebenar), panggil Abg Ros!” Abg Ros itu abang ipar bapa saya, dia itu pandai mengubat orang dan menghalau benda benda secara Islam.

Dicuba cuba mengubat, akhirnya, mak pon pulih selepas beberapa hari. Mak kata, bila dia terpekik itu, dia ternampak seseorang lelaki yang berada di atasnya, merenung mata mak dengan dalam sekali, tersenyum seram. Alhamdulillah mak ni kuat hati dan semangat, rasanya dia dipukau tapi kuatnya mak dapat minta tolong sebelum apa apa dijadikannya. Mak kata kat aku, bapa kata, sebab mak sering kerja malam, jin ni jadi suka dengan mak. Asyik hasut mak dan bapa untuk bergaduh, saling membenci, ingin memisahkan mereka. Tapi mak ni kuat, mak dapat lepas sebelum terlambat. Alhamdulillah di Woodlands ni tak banyak kena kacau. Adalah kena kacau sikit sikit tapi tak seteruk dulu.

Mak sekarang tak suka keluar malam kerana takut peristiwa dulu berulang sekali. Jin pon boleh suka dengan manusia. Sebab itu, perempuan jangan suka tersenyum tanpa sebab. Nanti ada yang terpikat dan mengacau. Susah nanti. Sekian.

5 thoughts on “Disukai Jin”

  1. Cooppp…
    Soo yg mak terbaring berdarah2 tu sbb ape…???
    Pastu yg ayah soh dok umah ayah kandung disebabkan ape plak…???
    Besar ekk umh kt spore, umah flat tapi ade 5bilik…
    Patut umah flat kt sna mahal…

    Reply
  2. Hi Dik,
    Rumah kita tak jauh dah ni ?

    Masa awal-awal pindah duduk kat SG ni, i tak sangka level gangguan benda halus ni lagi hebat dari kat kampung nun.
    Bila masuk rmh baru ni, pokok asam jawa besaaaaar tepi rmh..siap kena tindih bg warning kononnya territory dia tau. Bangun tidur tu dah rasa mcm kucing Persian dia punya kembang bulu satu badan tu.. Ha!

    Bila ON bacaan Ruqyah kat TV — sayup dengar perempuan sedih sgt menangis dik oih. Akak pun rasa nak sama naik menitiskan air mata.. Ketakutan. Huhu.

    Antara faktornya sbb Azan tak berkumandang kuat kat sini, lepas tu kepercayaan Masyarakat Cina yg akan bakar joss paper; letakkan food as offering (no offence ya kawan2 beragama Buddha; it just that dalam Islam kami percaya yg makanan Jin adalah Asap dan tulang temulang; dan offering makan tu umpama ‘seruan’)

    Ada cerita yg seringkali I dgr is terlanggar or terpijak tempat Cina Sembahyang (which mereka akan pacak kayu dan bakar sekali with offering) — kadang2 tepi walkway, yg mmg org tak perasan.. Lepas tu balik rmh kaki bengkak mcm kena sengat!

    Apa pun Dik;
    Kita sesama beringat utk tak lupakan Allah, semudah mudah perbuatan is zikir (Allah) dalam hati.
    Bila kita berjalan seorg diri; hanya Allah yg melindungi.
    Kita tinggal di negara yg berbilang agama; jadi tak dapat nak elak.
    Tu belum cerita bakar2 kat bawah blok.. Naik smp ke rumah asapnya. Mujur takde asma.

    Akak pun selalu cycling tak kira siang ke malam, ada anak kecil pula. Baca ayatul kursi keluar masuk rmh; salam jangan lupa bagi (wlaupun takde org) bila nak masuk rmh.

    Time maghrib on semua lampu, tutup semua tingkap..On Azan tv pun takpe.

    Paling baik adalah amal ibadat penghuni rumah ☺️

    Reply

Leave a Comment