Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia FS. Kejadian ni berlaku masa Tahun Baru Cina 2019.
Sebelum mulakan cerita, saya Fais. Saya dianugerahkan deria ke 6 iaitu dapat merasa kehadiran makhluk ghaib. Cara saya dapat merasakan kehadiran makhluk tersebut bukan rasa meremang. Tapi dada saya akan terasa senak teramat sangat seperti dihimpit seolah-olah seperti kita menyelam di dalam air tanpa bantuan tangki oksigen. Selalunya kita akan rasa dihimpit masa waktu tidur. Tapi saya dihimpit dalam keadaan sedar kadang kala sampai d***h akan mengalir keluar melalui hidung (waktu jalan atau melakukan sesuatu). Nanti saya akan ceritakan pula saya gunakan kelebihan saya setiap minggu orientasi semasa belajar di IPTA.
Nak dipendekkan cerita, 2 diantara 3 anak saya mewarisi kelebihan saya. Anak perempuan sulung saya berusia 5 tahun, dia boleh merasa dan tunjuk dimana tempat makhluk tersebut berada. Dan lagi seorang anak lelaki berusia 3 tahun juga boleh nampak terus makhluk tersebut.
Kejadian ni terjadi masa pulang bercuti di kampung sebelah keluarga saya di Kampung Nyior, Kuala Kangsar. Kami bertolak pada hari Raya Cina ke 2. Tak dinafikan lebuhraya sangat sesak masa itu.
Saya baru je sampai simpang nak masuk ke jalan kampung rumah keluarga saya dalam pukul 7.30pm – 7.45pm , anak2 saya sudah mula ketakutan. saya terus tenangkan keduanya “Jangan cakap apa-apa ye, Kakak dengan Rayyan duduk diam-diam tau.”
Bila dah masuk jalan kampung tu saya masih memandu macam biasa. Kalau nak pergi ke rumah keluarga saya, kena melalui sebuah kebun cili dan kebun pisang. Kebun cili sebelah kiri, dan kebun pisang sebelah kanan. Kepada pembaca setia FS yang berasal dari Kampung Nyior mesti tau dekat mana kebun saya maksudkan.
Nak dijadikan cerita bila saya baru je masuk selekoh untuk lalu kebun tersebut, anak saya si Kakak dengan si Rayyan tadi jadi takut. Kakak kata takut dan Rayyan kata uuuu(hantu) sambil menunjuk ke hadapan, dan tak semena – mena terus saya ternampak si Gula-Gula(pochong) tengah membongkok. Saya terkejut seketika lalu terus buka highbeam lampu kereta. Tapi bila saya highbeam arah pochong yang saya nampak tu dah berubah rupa anak pokok pisang yang m**i. Sementara itu, kedua orang anak saya masih dalam ketakutan.
Kejadian tu tak habis macam tu. Bila dah sampai rumah keluarga, dah angkat barang2 masuk ke rumah tak ada apa2 berlaku. Tapi sewaktu saya sudah mandi nak siap2 nak makan bersama keluarga, tiba2 saya rasa seperti macam nak pitam. Mulanya saya sangka saya keletihan sebab memandu terlalu lama. Saya pun buat endah tak endah jela. Dan lama kelamaan mata saya makin gelap tanda memang nak pitam. Emak dah nampak risau tengok keadaan saya. Dalam situasi tersebut, saya nampak makin jelas rupa pochong yang saya nampak di kebun pisang tadi berdiri di hadapan pintu rumah keluarga saya. Ia merenung ke arah saya. Saya tau pochong tersebut cuba merasuk saya. Tapi saya masih dapat melawan ganguan tersebut dan terus saya tanyakan kepada mak saya kalau-kalau ada air zam2 yang dah dibacakan Yaasin atau air Yaasin.
Bila emak saya berikan air zam2 saya terus bacakan Al-Fatihah, ayat Qursi 3x, dan surah 3 Qul, baru saya minum air zam2. Bila saya dah minum baru tenaga saya kembali pulih seperti biasa dan si “gula-gula”lenyap entah kemana.
Jadi, tu saja cerita saya yang tak berapa nak seram. Jika ada kesempatan, nanti saya akan ceritakan kisah Minggu Orientasi yang Menyeramkan.