Dorm tingkat tiga

Salam semua pembaca,
Cerita yang aku nak kongsi ni pengalaman aku masa belajar dekat satu kolej dulu. Lepas spm aku sambung belajar dekat satu kolej dekat selangor. Masa mula sampai aku perasan tempat ni memang hulu macam tempat jin bertandang pon ada ( bahasa mak aku) . Tapi dah sampai redha je la register.

Dekat sini kitorang duduk style dorm, dorm aku tingkat tiga dan sangat besar siap ada dapur lagi nak masak. Dekat tingkat tiga tu ada dua je dorm yang pintu dia mengadap dengan pintu dorm aku. Tapi dorm yang lagi satu tu kosong.

Oklah masa duduk awal – awal memang tak de gangguan apa – apa. Aman damai je hidup, sampailah satu hari aku demam. Bila demam tak pegi kelas, tinggal sorang – sorang dalam dorm tu. Aku dah demam ingat nak tido je lah. Tapi pejam mata je aku dok dengar bunyi orang berjalan, mula – mula dia seret kasut, lepas tu dia hentak kaki, dah aku tak layan dia main lumba lari pulak, kedepan kebelakang ntah berapa round dia lari.

Endingnya bila aku tak layan dia, aku dengar bunyi macam orang mengamuk dan terbalikkan pinggan, gelas and bekas – bekas kat belakang. Jenis aku ni selagi dia tak tunjuk rupa kacau la macam mana pon aku buat tak tau je. Bila petang sikit kawan – kawan dah balik dia pon senyap. Masa tu aku tengok balik kat belakang tak de apa pon yang berselerak. Benda apa la yang bunyi tadi tu.

Selain tu ada jugak la dua tiga benda yang jadi buat aku tak boleh lupa kenangan ‘indah’ kat situ. Kadang – kadang time tido malam aku kerap terjaga. Ada sekali dua tu , aku bukak mata tengok kat pintu, tetiba aku perasan ada pompuan berdiri kat gril pintu, aku ingat kawan aku tapi bila kira semua ada kat katil . Paling sadis satu malam aku terjaga lepas tu terpandang katil senior aku yang agak jauh dari katil aku. Dalam mamai – mamai tu aku perasan macam ada bungkusan kat ujung katil dia. Kalau dah sebut bungkus tu faham – faham la benda apa. Lepas tu memang aku serik nak pandang mana – mana dah bila time tengah malam.

Ada satu masa aku ngan kawan – kawan ni boring terlajak tak tau nak buat apa. Ntah mcam mana boleh ada idea nak lepak dorm sebelah yang kosong tu. Kitorang pegilah dalam 4 orang.Mula – mula memang la ok , lepak sembang – sembang, da lama masing -masing konon nak cari ketenangan, kitorang pilih sorang satu katil, lepas tu baring . Memang semua senyap masa tu. Lepas tu start la dia marathon, kedepan kebelakang dia berlari, sampai satu tahap bergegar katil ni. Kitorang semua pandang sesama sendiri angguk lepas tu lintang pukang lari. Takut punya pasal katil double decker aku terjun, padahal aku ni takut tinggi Tuhan je la yang tau.

Tapi pengalaman paling tak boleh lupa bila si ‘ adik – adik ‘ ni main ketuk – ketuk dengan kitorang. Ada satu masa ada benda yang suka ketuk cermin tingkap dorm kitorang, tapi nasib baik tak pernah tunjuk rupa. Dia punya ketuk tu memang jelas sangat bunyi macam orang ketuk tingkap kaca dari luar walaupon kitorang tengah memekak pasang lagu ke pasang ayat Al – Quran ke. Everyday without fail untuk sebulan benda tu buat macam tu. Paling kelakar ketukan dia tu mampu buat kami yang bising tengah berjimba ni senyap sunyi terus lari tido. Last – last baru tau dia tu budak – budak. Dia punya mainan jatuh dalam dorm kami tapi dia tak boleh masuk. Sampai satu hari member aku yang kebetulan almari betul – betul tepi tingkap jumpa guli atas almari dia. Lepas di buang guli tu terus aman damai hidup kitorang.

Sebenarmya benda macam tu banyak kat keliling kita. Sampai jadi penduduk tetap dah. Kalau dekat asrama laki tu memang ada hantu nenek tua yang kitorang memang panggil dia hantu nenek. Budak laki cakap dia memang akan duduk kat pintu je, pengarah aku kata nenek tu pon tak lalu nak masuk bilik diorang tu yang lari duduk kat pintu tu. Kalau ikut dah macam – macam benda yang aku hadap tapi kena redha je la sebab kita ni kongsi dunia dengan dia. Sharing is caring kan.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *