Dosaku

Setiap tahun, pasti akan ada yang tidak sabar menunggu ketibaan bulan Ramadhan. Menjalani ibadah puasa merupakan suatu tuntutan yang wajib dilakukan. Namun, sehingga kini masih ada lagi yang belum mengerti pengertian di bulan Ramadhan penuh berkah itu.
Aku antara darinya. Pengalaman lampau membuatkan aku berubah, Allah SWT telah membuka pintu hati ini. Dan, aku telah menyesal di atas segala yang telah berlaku. Ini cerita aku…

Selepas aku tamat persekolahan, aku tergesa-gesa mencari peluang untuk menyambung pembelajaran aku. Aku ingin mencari tempat yang jauh dari semua orang termasuk keluarga aku. Aku ingin keluar dari rumah keluarga aku. Aku tidak mahu menetap bersama dengan mereka lagi. Nasib menyebelahi aku, aku telah mendapat tawaran belajar di UiTM Shah Alam. Jadi, aku terus terima. Tinggal di dorm yang telah disediakan. Aku tak sedar betapa mak ayah aku sedaya upaya mencari duit hanya untuk aku sambung belajar. Aku tak sedar dan tak ambil peduli. Aku ingin tinggalkan mereka berdua.

Aku bertolak dari Perlis menaiki kereta pak cik aku. Mak ayah aku menangis melihat pemergian aku. Tapi, aku tak peduli. Aku memang nak berambus dari situ. Pak cik menawarkan dirinya untuk menghantar aku ke sana disebabkan pada hari yang sama dia juga ingin pulang ke Kuala Lumpur demi kerjanya. Semasa dalam perjalanan, kami tak banyak berborak disebabkan aku memilih untuk tidur. Aku insan yang tidak pernah bersyukur. Aku tak pernah suka dengan keluarga aku sejak kecil lagi.

Apabila aku sampai di UiTM, pak cik aku tidak terus beredar. Dia menguruskan pendaftaran aku, dia temankan. Walaupun aku terasa semak tapi aku terasa seperti aku bersyukur sebab dia ada temankan. Walaupun aku ni lelaki, tapi tak semua benda aku tau. Selesai pendaftaran. Aku di bawa pergi melawat kawasan dorm dan bilik yang aku akan menetap nanti. Ketika ini, pak cik aku menanti di cafeteria. Dia tak dibenarkan menemani aku sehingga ke dormitary. Selesai semua urusan dan meletakkan barang-barang aku di bilik. Aku pergi ke cafeteria untuk berjumpa dengan pak cik untuk memaklumkan bahawa aku sudah bersedia untuk melalui kehidupan sebagai seorang pelajar. Padahal, dalam hati aku dah cukup girang gila sebab aku akan jauh dari keluarga dan pinjaman PTPTN pun dah lulus. Masa ni aku fikir hanya untuk enjoy. [SAPS]

Sebulan aku berada di situ, sebulan juga kelas dah bermula. Macam-macam aktiviti yang aku kena lalui. Aku berkenalan dengan ramai kawan-kawan di sini. Penampilan dan cara pemakaian mereka membuatkan aku kagum. Nak dibandingkan dengan diri aku waktu tu, jauh beza sama sekali. Aku anak kampung. Pemakaian aku pun entah apa-apa. Aku salahkan mak dan ayah aku sebab mereka belikan aku pakaian yang buruk. Tak sama seperti remaja-remaja yang berada di KL.

Duit pertama dari PTPTN telah aku terima, aku terkejut apabila melihat jumlah wang yang ada dalam akaun bank aku ketika itu. Tak pernah aku terima wang sebanyak itu. RM2,500.00. Bukan jumlah wang yang sedikit. Tapi, cukupkah jumlah tersebut untuk semester yang akan aku lalui itu?

Aku dan rakan sebilik merancang untuk pergi bercuti dan berhibur semasa semester pertama tamat. Pada malam pertama, kawan aku yang memang lahir di KL, mengajak kami semua pergi berhibur di salah satu kelab malam terkemuka di tengah-tengah ibu kota. Tapi, entah kenapa. Ketika dalam perjalanan, aku terbayangkan wajah mak dan ayah aku kat kampung. Terdetik perasaan serba salah di dalam hati. Terngiang-ngiang di telinga aku suara ayah dan mak aku sebelum aku bertolak pergi ke sini. Pesanan-pesanan yang mereka berikan bermain di minda aku. Disebabkan itu, aku menjadi sangat murung. Sehinggakan kawan-kawan aku semuanya perasan dengan perubahan yang berlaku terhadap diri aku.

Aku cuma memberikan alasan bahawa aku tiba-tiba rasa tak sihat. Jadi, aku tak dapat nak masuk ke kelab malam bersama mereka. Disebabkan kami sudah jauh, kawan aku cuma menghantar aku betul-betul di taman KLCC. Kemudian, mereka terus menuju ke kelab malam yang ingin ditujui.

Aku duduk melihat pemandangan malam yang ada di sekitar kolam buatan di belakang Suria KLCC. Ramai orang berada di situ. Pelancong. Budak-budak. Mak dan Ayah. Ada sepasang pasangan tua yang membuatkan aku menjadi sayu secara tiba-tiba. Bila aku pandang wajah mereka, aku jadi teringat pada orang tua ku yang berada di kampung. Kemudian, pasangan bercinta yang berada di sebelah aku mendapat panggilan dari ibu bapanya yang mungkin berada di kampung. Aku terdengar perbualan mereka. Perempuan tersebut menipu bahawa dia berada di Masjid Negara kerana ada program yang dianjurkan oleh pihak Universiti. Sedangkan dia berada di KLCC bersama teman lelaki berpelukan. Aku yang berada di sebelah tiba-tiba saja terasa serba salah. Aku yang tak ada kaitan dengan hidup mereka, tapi aku yang rasa serba salah.

Aku mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar. Aku lihat ke bahagian missed called. Semuanya nama mak dan ayah aku. Aku cuba untuk tekan button dial semula. Aku ingin mendengar suara mereka. Tapi, bila aku kenangkan balik kehidupan aku yang susah ketika berada di kampung. Aku terus membatalkan niat di hati. Aku terus melanggan Uber dan pulang ke dorm sebelum lewat malam.

Sudah lama aku belajar di universiti itu, dan aku melalui pengalaman kali pertama tanpa keluarga menyambut bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan itu, hati aku sangat-sangat tidak tenang. Aku tak ingat aku dah semester yang ke berapa, tapi aku dah tak duduk di dorm lagi. Terpaksa menyewa bilik di luar. Tidak jauh dari Universiti. Aku menjauhkan diri dari kawan-kawan aku yang sudah terkena kejutan budaya. Aku? Walaupun aku tidak main perempuan, tidak ambil dadah, tidak pergi ke kelab malam. Tapi, aku masih lagi tidak mahu pulang ke kampung ketika cuti semester, dan tidak mahu menjawab panggilan orang tua ku.

Pada pertengahan bulan Ramadhan. Aku dikejutkan dengan berita bahawa kawan-kawan sebilik masa di semester satu dulu telah m**i di b***h oleh samseng dadah. Mereka tidak berjaya menjual dadah kepada pelajar. Disebabkan itu, mereka di b***h ketika dalam perjalanan menuju ke kelas. Satu tembakan di kepala, mereka terus hilang nyawa. Entah kenapa, perasaan bersyukur itu datang dalam diri aku. Aku bersyukur kerana tidak terjebak sama dalam kancah maksiat yang mereka ikuti.

Dan, ada beberapa kes lagi yang aku lihat depan mata. Seorang pelajar perempuan dari Kedah, mengandung 4 bulan. Ibu bapa dia dari kampung terus datang ke KL setelah mereka mendapat berita tersebut dari pihak universiti. Sudah banyak kali aku terserempak dengan pelajar perempuan tersebut. Pada awalnya, dia tidak pernah buka tudung dan tidak pernah mengenakan pakaian yang seksi. Tapi kini, gaya pemakaian dia saling tak tumpah seperti pelacur. Walaupun dia mengandung, tetapi dia langsung tak ada rasa serba salah. Ibu bapanya menangis teresak-esak. Bapanya memarahi dia tetapi dalam nada yang perlahan. Aku melihat dari jauh dengan perasaan yang sayu. Aku merasakan kasihan pada ibu bapa pelajar perempuan itu.

Akan tetapi, ketika perempuan tersebut menjerit-jerit memarahi ibu bapanya dan menolak muka bapanya, aku jadi panas. Entah kenapa hati aku jadi terlalu panas. Perasaan marah membuak-buak dalam diri. Aku lihat tiada sesiapa pun yang berada di situ cuba untuk membantu orang tua yang sedang di abuse oleh anak perempuan mereka sendiri. Aku datang dekat pada mereka bertiga. Lalu, aku menghadiahkan sebuah hadiah perkenalan kepada pelajar perempuan tersebut. Aku mendaratkan sebuah lempangan yang membuatkan pelajar itu berubah dan menjadi insan berguna selepas itu. Aku meninggalkan pesan selepas aktiviti ice breaking tersebut berlaku.

“Ibu bapa adalah permata dunia. Bila kau derhaka, mereka tetap menjadi permata, sementara kau menjadi batu api neraka.”

Lalu aku beredar dari tempat kejadian dengan memimpin ibu bapa pelajar tersebut keluar dari situ. Aku membawa mereka berdua ke cafeteria. Memberikan tisu penguin kepada mereka berdua. Aku meminta mereka untuk menenangkan diri. Dan, aku mendengar cerita mereka. Mereka memberitahu bahawa anak perempuan mereka bukan seperti itu. Dahulunya anak yang solehah, selalu mendengar kata-kata ibu bapa. Selalu solat, jaga adab dan maruah keluarga juga diri sendiri. Tapi, semenjak belajar di perantauan, anak mereka berubah, tidak jawab panggilan. Tidak pula membuat panggilan kepada mereka berdua. Saat itu, hati dan jantung aku berdegup kencang. Terasa apa yang sedang berlaku itu refleks ke atas diri aku.

Aku juga dimaklumkan bahawa setelah berbulan-bulan lamanya, mereka mendapat panggilan dari pihak universiti mengenai anak perempuan mereka. Dan berita yang mereka terima adalah, anak perempuan mereka sedang mengandung anak luar nikah. Hancur hati ibu bapa pelajar perempuan tersebut. Air mata aku juga turut bergenang. Kerana, aku terfikirkan mak dan ayah aku yang berada di kampung. Aku tidak pernah menjawab atau membuat panggilan kepada mereka. Bagaimana agaknya kesihatan mereka? Apa agaknya yang mereka makan di sana? Sedangkan aku di sini makan sedap-sedap. Macam manalah mereka tidur malam agaknya?

Aku juga diberitahu bahawa lelaki yang bertanggungjawab sudah melarikan diri, menghilangkan diri. Tidak ditemui lagi. Dihubungi pun tak dapat. Lelaki yang bertanggungjawab bukanlah pelajar dari universiti tersebut. Tetapi pekerja pangkat tinggi di pejabat entah apa ke nama. Dan, mereka tak tahu macam mana nak lakukan lagi, anak mereka sudah mengandung. Mahu atau tidak, mereka terima juga bayi di dalam perut itu. Bayi tersebut tidak berdosa. Kemudian, anak perempuan mereka muncul dari belakang. Bersama dengan dua orang pensyarah. Mungkin pensyarah tu dah basuh otak budak tu agaknya.

Menangis-nangis pelajar perempuan tersebut memeluk ibu bapanya. Memohon maaf. Kemudian, dia datang kat aku dan lempang muka aku. Aku meninggalkan nombor telefon aku kepada bapa perempuan tersebut. Aku menyuruh mereka hubungi aku ketika berada di situ jika memerlukan apa-apa bantuan. Kemudian, aku berlalu pergi. Aku menghubungi pensyarah aku semua dan memaklumkan kepada mereka bahawa aku ingin pulang ke kampung dan ingin ambil cuti belajar lebih awal. Aku memberikan alasan bahawa ayah aku sedang sakit dan memanggil aku untuk pulang dengan segera. Dan, pada malam itu isteri pak cik aku membenarkan aku menggunakan keretanya untuk pulang ke kampung halaman sehingga hari raya nanti. Lagi pun dia pulang ke kampung naik kereta suami, dia risau jika keretanya dibiarkan di rumah tanpa ada pengawasan. Jadi, aku terima.

Aku pandu kereta tersebut dengan penuh berhati-hati dan berhemah sekali. Apabila aku sampai di perkarangan rumah aku di Perlis, pinggang aku terasa macam nak patah. Disebabkan aku tak pernah memandu kereta begitu lama dan aku bawa tidaklah laju mana. Mengambil 10 jam perjalanan. Berhenti sekali je. Itu pun sebab dah tak tahan sangat nak terkencing. Aku sampai je kat kampung, azan subuh dah berkumandang. Dan, aku dapat lihat dari luar lampu-lampu rumah satu persatu dinyalakan. Aku tahu itu mesti mak aku. Ayah aku tu liat nak bangun kalau bukan mak aku yang kejutkan. Tapi kalau ayah aku dah bangun, dia terus bangun. Bukan macam aku, menggeliat lepas tu mintak delay lime minit.

Aku keluar dari dalam kereta. Beg pakaian aku tidak besar mana, jadi senang sikit untuk membawanya. Aku berdiri di hadapan pintu. Aku terdengar suara mak aku memanggil ayah aku agar cepat menjadi imam. Aku masih lagi menanti di luar. Aku dengar mereka solat subuh bersama. Rumah aku tak besar, memang ruang tamu saja ruang untuk solat. Kiblat pula membelakangi pintu. Aku menanti sehingga mereka selesai solat. Kemudian mereka berdoa. Sama seperti selalu. Tapi, doa yang terakhir membuatkan aku benar-benar rasa sangat berdosa. Aku terdengar ayah aku mendoakan aku agar menjadi orang yang baik, menjadi insan yang soleh, menunaikan solat lima waktu, diberikan kesihatan berpanjangan, murah rezeki, dan dipermudahkan segala urusan.

Menitis air mata aku mendengar doa ayah aku tu. Aku menahan diri agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Aku mengeluarkan kunci dari dalam poket, aku membuka kunci pintu. Dan aku membuka daun pintu perlahan-lahan. Aku lihat mak dan ayah masih lagi di atas sejadah sedang menadahkan tangan berdoa untuk aku. Mengalir air mata aku sampai ke baju. Panjang betul doa mereka, hanya untuk aku. Anak derhaka yang tidak pernah berbakti walau sedikit pun terhadap orang tuanya. Anak yang tak mengenang budi. Aku menanti mereka menghabiskan doa.

Setelah mereka selesai mengaminkan doa. Aku terus memanggil mak dan ayah aku tapi tak kuat dan tak perlahan. Kerana aku tak tertahan sendu dan sebak di hati. Mereka berdua tidak menoleh. Aku menjadi hairan. Aku panggil mereka sekali lagi.

“Abang? Abang ke tu?”

Aku dengar dengan jelas suara mak aku menanyakan soalan itu. Dan, aku menjawab,

“Ya, mak..”

Mak aku menoleh ke arah aku. Dan sebelum sempat dia bangun aku terlebih dahulu meluru ke arahnya dan memeluk erat tubuh mak aku. Aku melepaskan segala-galanya. Segala rasa bersalah dan segala rasa sedih yang terkandung di dalam hati. Aku meminta maaf kepada mak aku di atas segala kesilapan aku. Kemudian, aku memeluk tubuh ayah aku. Ayah aku menahan dari menitiskan air matanya, tetapi saat aku memeluk tubuhnya. Dia mengalirkan juga air matanya.

Pagi itu kami berbual panjang. Tidak pernah aku berborak begitu bersungguh-sungguh dengan orang tua aku sepanjang hidup. Terasa seperti aku kembali ke zaman budak-budak. Di beri perhatian. Memang mak dan ayah aku sentiasa berikan perhatian. Tapi, aku yang tidak sedar.

Mak aku memasak sarapan pada pagi itu. Dan, kami sekeluarga makan bersama. Sambil makan sambil berbual. Aku terasa seronok sekali. Sakit pinggang akibat memandu lama bagaikan tidak terasa. Meluangkan masa bersama keluarga menghilangkan semua itu.

Kemudian, kawan ayah aku datang ke rumah untuk menjemput ayah aku pergi melakukan kerja di kebun. Aku mempelawa dia untuk bersarapan bersama. Tapi wajah dia berubah ketika dia melihat kami sekeluarga sedang menjamu selera.

“Woi! Korang tak puasa ke!?

Aku, mak, dan ayah saling berpandangan sesama sendiri.

Tamat.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

akustatik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

148 thoughts on “Dosaku”

  1. hahah sayu je cerita dari awal. teringat time belajar jauh dulu, baru nak sedih. tiba tiba ad humor laa . dem. lawak hujung cerita haha apakah

    Reply
  2. hahaha..aku tak jumpa part seram..siot tol…banyak cite sedih jekkk..apa yang ko cuba sampaikan akustatik?? jangan sampai aku plak yang lempang ko karang…adoilaaaaaaaa! hahaha… apepon still ada unsur positif..nasib baik ko da insoffff…walaupon aku rasa cite ni macam cite rekaan ko..banyak makan cikedis ko nih…teruskan menulis akustatik..sekian komen saya…

    Reply
  3. Menitik air mata..sedih baca part bawah tu..tapi dialog last tu buat den ketawa sambil berair mata..adoiyai..hahahaha…

    Reply
  4. Asal sedih sangat cite kau ni? Jatuh air mata aku depan pc ni. huhu teringat dekat mak ayah aku kat rumah. hm. Sedihhhhhhhhhh!

    Hargai ibu bapa kita sementara mereka masih ada.

    hm. Part last tu aku dah kembali gelak tak dapat nak habiskan air mata aku jatuh hahaahahahhaahhaha

    Reply
  5. Tak tau kat mana yg seram, tapi mmg sedih gilaa. Si penulis mempunyai hati yg sangat baik, walaupun cuba utk memberontak sbb kemiskinan, tapi masih ada sedikit hati yg bersih even dikelilingi kawan2 yg dah terjebak dengan sosialisme.
    Terharu masih ada lelaki yg masih sedar kesalahan diri sendiri dan masih hormat ibubapa.

    Reply
  6. nice story & ade pengajaran. Tahniah akustatik. Keep it up untuk terus berkarya okay… banyak sebenarnya nak komen pasal tatabahasa & penggunaan kata ganti diri & struktur ayat. Tapi takpelah.. Maira takde mood nak cakap panjang. Hihi.

    Reply
  7. PART LAST KILL THE SADNESS

    sedih pulak baca cerita ni,
    aku waktu belajar dulu macam ni lah jugak, macam-macam benda nak cuba, macam2 jahat aku buat..
    sampai sekarang dah jadi Joker.huhu
    tapi mak ayah aku tetap hormat, bila dah dewasa ni baru tahu kenapa mak ayah pesan macam2 dulu

    rate 7/10

    aku nak bagi 8. tapi ending taik pulak.huhu

    Reply
  8. “Ibu bapa adalah permata dunia. Bila kau derhaka, mereka tetap menjadi permata, sementara kau menjadi batu api neraka.”

    ~airmata laju turun jatuh ke baju..lencun..bhahahah

    Reply
  9. Sape p****g bawang kat public ni # ??

    Huhuuhuu best.. Best….
    Part last skli tu….. Hahahahaha… Hadoii tgelak aku…
    org da tengok² aku gelak sensorang ??

    Reply
  10. cerita yg penuh dgn pengajaran trmasuk la part yg last tu.. pengajaran kt situ jgn trlampau bahagia nanti x pasal2 naik van jenazah..

    Reply
  11. “Ibu bapa adalah permata dunia. Bila kau derhaka, mereka tetap menjadi permata, sementara kau menjadi batu api neraka.”

    **aku suka ayat ni..nice setori..walaupun mcm salah tempat post kt FS tp setori ko menarik..hahaha..patut nye ko anta kt iium la akustatik..huhu..aku bagi ko 8/10..

    Reply
  12. “woi, korang tak puasa ke..??”
    * nampak sangat mak ko rindu kat ko tu bro..sampai lupa tengah bulan Ramadhan tu..
    alahaiii..
    but nice story..i loikee..

    Reply
  13. ending yg tak disangka langsung ahahahahahaha ? btw kenapa perempuan tu memohon maaf lepas tu dia lempang muka kau pula ?

    Reply
  14. Aihhhh. asal lah aku baca cite ko. haha. tetiba pulak teringat zaman aku muda2 dulu. pikir nk enjoy je. belajar ke mana. apa ke mana. tolak zina je yg aku tak buat lagi. huhuhu.

    ~kalaulah aku boleh putar balik masa tu. kalaulahhh ~~

    Reply
  15. meleleh ayaq mata baca…last skali amek hang..1 fmly xposa..haha

    syukur hidayah masih ada..jadilah anak yg baik utk parent…

    Reply
  16. BEST!

    Teruskan berkarya!?

    “Ibu bapa adalah permata dunia. Bila kau derhaka, mereka tetap menjadi permata, sementara kau menjadi batu api neraka.”
    Saya suka ayat ni?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.