Aku baru je graduate and seorang penuntut di sebuah Univeristi di United Kingdom. Kisah ni jadi masa aku study dulu, dalam 6 bulan lepas.Hidup kat sini gembira je sebabnya manusia sini memang 24 jam mood baik je and paling best takde kepercayaan hantu la apa. So aku pun tak rasa takut sangat kalau balik malam ke apa.
Routine aku kat sini, lepas je habis kelas aku akan duduk kat library sampai library tutup(tak tutup pun sebab buka 24 jam) hahaha..
So satu hari ni, aku rasa macam tak sedap. Aku tak tau nak describe macam mana cuma apa benda aku buat macam tak kena.Dari start aku ke kelas sampai la malam. Aku takde mood juga nak stay library lepas kelas haritu cuma disebabkan banyak case nak baca and notes nak disiapkan so aku pergi la jugak. Malam tu rasa sunyi sangat and rasa lain. Sebabnya library tak penuh macam biasa.Banyak kosong. So aku ambil keputusan untuk balik awal iaitu dalam pukul 11 malam bukan stay up library sampai pagi buta. Sebelum aku nak balik tu, aku siap siap kan sikit lagi notes aku tengok tengok lampu kat bahagian sana terbukak one by one.
Emm ok sebenarnya library aku ni lampu guna sensor,so kalau ada orang jalan kat situ atau entiti yang lalu dia kana on lampu tu kalau tak dia akan off or malap lepas beberapa minit. Since kat bahagian sana(aku namakan bahagian B), aku duduk kat bahagian A. Kat bahagian B ni takde orang malam tu, kat Bahagian A pulak tak silap aku ada 2 je termasuk aku. Tu pun aku tak sure sorang lagi tu hantu ke orang.
Ok so bila aku tengah nak kemas kemas and siapkan sikit lagi notes tiba tiba lampu sepanjang jalan kat Bahagian B tu terbukak. Maksud aku mcm one by one terbuka sampai laa kat lampu last Bahagian B berdekatan dengan tempt aku aku duduk. So kiranya kalau logic, kalau orang lalu baru akan lampu tu terbukak. Aku macam pelik la apesal terbukak, aku nak tegur budak sorang lagi tu tapi takut pula. So aku beranikan diri pergi tengok Bahagian B, haaa sudah!! Confirm takde orang. Aku pun cuak jap.
Lepas tu dekat depan pintu masuk Tingkat 1 library aku ni pintu ni buka automatik kalau dia dapat kesan entiti atau pun orang lalu and setiap kali orang lalu atau ada entiti lalu dia akan mcm ada kelip beeping “merah”. Bila aku tengah syok usha tengok kat Bahagian B ada orang ke tak tu tiba tiba aku dengar mcm “beep”beep kelip kelip merah” pintu masuk tu terbuka tertutup pastu terbuka balik.
hadoi memang nak main main dengan aku ni. Aku pun apa lagi! Blah la wei lari terus hahah!! Naik juga bulu roma aku kan. Dah la lampu terbukak dekat dengan bahagian buku law yang journal memang berzaman lamanya sejak tajuk Masihi lagi. So aku syak, hantu tu nak baca journal kot atau ada thesis dia tak siap. Ok aku buat lawak je ni.
Bila aku turun dari library which is faulty aku ni library kat tingkat 1 so aku turun guna lif nak pergi ground floor. Bila dah sampai ground floor ni memang terbukti, takde secebis manusia pun. Pelik. So aku pun jalan je la macam biasa,Well kat UK kan takde la rasa macam pocong belakang pintu ke, polong ikot balik ke pontianak atas pokok ke kan. Confident je la, then tiba tiba aku rasa macam angin kuat tiup depan muka aku. Haa cuak dah aku. Hantu kat tingkat atas tadi ikot aku ke apa. Tapi aku rileks je la.
Aku keluar je library haa nampak ada budak berparti kat student union. Mat Salleh ni memang suka parti,so aku rasa release la sikit at least ada orang kan. Pastu aku jalan punya jalan sampai laa nak sampai rumah aku.
Aku terberhenti kejap sebab dari jauh nampak macam ada orang berdiri. Aku syak orang mabuk. Untuk pengetahuan korang, dekat area rumah aku ni sebelum sampai ke gate aku kena lalu macam satu laluan pokok tebal and lampu situ samar samar terangnya. Romantik la kan sikit haha.
So aku terberhenti sebab dari jauh aku nampak orang berdiri. So aku tak beranikan diri nak lalu situ,sebab takut la kan orang mabuk ke apa silap silap aku kena cium nanti haha.
so aku ikot laluan jauh sikit tapi bila nak sampai gate aku ni,aku boleh lagi nampak orang tu berdiri jauh. Entiti tu hitam and mcm berkepak. Aku tak tau if tu aku punya imaginasi tapi mcm tu la aku nampak. Ala macam kau nampak entiti dracula dari jauh,susuk tubuh tu macam tu la. Aku berdiri la depan gate tengok je entiti tu tiba tiba aku nampak dia makin dekat. Haaa sudah!! tapi dia tak jalan tau, dia macam terbang or mcm naik roller blade tu nak datang ke arah aku. So aku pun untuk kena elak dari kena ambil d***h aku cepat cepat lari masuk gate.Lintang pukang aku masuk gate and masuk flat aku.
So conclusionnya, hantu tu kat mana mana sebenarnya and memang wujud. Samada kau nak percaya atau tak and samada dia merupa dengan tak je.Sila jangan balik malam kalau kau penakut
omg dracula xD
Alahai dik dracula mana wujud and hantu pun mana wujud jangan percaya dengan benda ni yg wujud cuma jin, syaitan ,iblis .
memang ler dracula tak wujud same la juga mcm cik ponti,pak pocong, mak langsuyo sume tu memang tak wujud tapi setan atau jin boleh menyerupai pelbagai bentuk spt dracula, pocong, ponti pe sume tu, ape saje bentuk yg menyeramkan, k bye
Tapi cerita ni lawak and seram bagus bagus..
takde lagi ke kejadian2 masa kat sana. share laa
huhuh… xlei bayangkan tu.. citelah lagi apa kejaisn kat sana..
drakulanya ganteng tak..? hihii
Haha… ala2 drakula kot.. setan2 kt sna dia upgrade bentuk kepak plak sbb nk sesuaikn diri utk peringkat international la katakan… hahaha..
anyway best citer ni… rngkas and kemas..
huahahaha duckulla sejenis vampire yg hanya mkn buah2 an huahahaha duckulla
mesti hensem2 hantu nya
hehe kelako plak yg part yg tinggal dia org..tapi taktau yg tu hantu ke org
Ala jngan nk tkut dngan jin setan iblis apa ini smua kita hnya prlu tkut pd Allah S.W.T.
1st time dgr hantu de kepak…untungla jumpe dracula
hantu mat saleh tue…
hantu mat salleh hehe
Dracula kot hahaha
dgr kate kat sana punye hantu lgi bahaya dri kita….ada tak dgr cite urban legend kat sana? kalau ada crite laa erp…hihiii
(Bila dah sampai ground floor ni memang terbukti, takde secebis manusia pun) tolong jgn guna sececbis yerrrr.. kalau bole guna sekor sbb zaman skrg perangai manusia mcm binatang..
(Bila dah sampai ground floor ni memang terbukti, takde secebis manusia pun) tolong jgn guna sececbis yerrrr.. kalau bole guna sekor sbb zaman skrg perangai manusia mcm binatang..
camtuh la life kt uk. everything ko sebut spot on life ak kt sana. Kecuali dracula. Pasal library, ak mmg bt part time kt library masa kt Belfast, UK dulu, 2009 – 2012. Masa tu diorang byr ak RM30 sejam. suka hati la sgt ak masa tu, sbb parents ak tak kaya sgt, and everytime ak tlg diorang jg kedai, satu sen pun tarak bagi. Terasa dihargai bila kt UK tu. But, then ak benti sbb nk fokus final year la kononnya. menyesal pula benti. kalau continue keje tu then, minta full time mesti dpt punyalah keje situ terus after grad. Sementara menunggu keje lain, ok jg la kan. So ak mmg spent time byk la kt library time 1st and 2nd and 3rd yr, even takde keje pn ak lepak study situ sbb housemates ak ni nk jimat duit, dia tak on heater rumah kerap. ak pula sejenis yg tak tahan sejuk. tak boleh nk study terus kt rumah. So ke library lah kita. padahal 2 ketul tu diorang syp2 beli heater letrik letak dlm bilik masing2. siot ah. mmg member terbaiklah. Kalau awal2 aku tahu, ak duk hostel jd lone ranger sejati lg bagus. Anyway sebut psl lampu sensor, dlm tandas library ak pn dia pakai lampu sensor, satu hari tu, time ak membuang hajat besar. Ya, pakai tisu, tak pakai air. Time tu, terlama drp biasa la pula. Biasanya, ada je org masuk keluar tandas walaupun dah 2-3 pagi. tp time tu, mmg ak seorang shj. So, lampu pn padam la bila dah lama dia tak sense pergerakan kan. dah la lampu tu luar cubicle jamban tu. ak cuba wave2 tgn pn xjd apa. so, terpaksa ak selesaikan hajat ak dalam gelap. seram jg la. dan same thing juga pasal time nk balik rumah. tak selalu, kadang2 je seram. Cuma ak tak jumpa dracula. Ada satu kali tu, bila fikir2 balik skrg, ada kemungkinan juga ianya adalah hantu sbb pelik sgt gaya dia. tp mungkin just org mabuk. tp gaya dia tu xmcm org mabuk yg biasa ak bertembung. Cara dia jalan tu mmg ak rasa mcm bukan manusia. terhuyung hayang yg sangat over, tp tak jatuh2. ak rasa kalau org normal jln mcm dia, mmg dah akan jatuh every langkah tu. ak tak boleh nk explain la. langkah dia panjang and mcm tak logik tak jatuh. mcm light sgt. mcm boneka patung yg org pasang tali kt blkg tu mcm dlm musik video nsync bye bye bye tu. tp, tiada benda aneh lain yg menyusul. aku just jalan straight balik. Sedikit nasihat, sape2 yg nk melanjutkan pelajaran ke sana, or kerja, or cuti2, baik2, adik2 yg mana nk melanjutkan pljrn ke UK or US. baru2 mokcik ni terminat cerita criminal espeseli serial killer (SK). and sbg nerd sejati, mmg nk research je kejenya. google2, tgk statistik SK ni paling byk dikalangan mat salleh. not african not other races. and kes paling banyak berlaku di US dan UK. and lg menggerunkan, SK ni biasanya terlihat normal. dia tak semestinya lone ranger, loner mcm mokcik ni. most of them ni nmpk mcm normal, friendly, berjaya and all. But at the same time, diorang enjoy killing other human being. so, hati2 kt UK or US tu. mat salleh muka baik background ok, pn jgn percaya sgt. and jgn berani sgt mcm mokcik dulu. jln sorang2, pagi2 buta baru balik library. ishk3