DUA ORANG FARIS?

Nama aku Azli. Aku merupakan seorang pelajar sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur. Sekolah semua pelajarnya lelaki. Sekolah ni terkenal jugak rasanya. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS). Aku nak berkongsi pengalaman aku yang agak seram. Aku tak tahu kalau bagi pembaca, korang rasa tak seram ke apa. Tapi benda ni nyata dan terjadi betul-betul pada aku. Aku pun tak tahu kenapa benda ni kerap berlaku kat aku masa kat sekolah. Aku rasa mungkin sebab aku ni jenis yang tak takut pada benda-benda ‘macam tu’. Ehh. Bukan nak cakap besar ke apa. Tapi most of the time when it happened to me, I felt very curious dan rasa betul-betul nak tahu apa benda tu. Okaylah. Cakap banyak pun tak guna. Aku ada banyak cerita yang berlaku kat sekolah aku dulu. Siap ada bukti lagi. Sejujurnya benda ni berlaku dan aku tak tipu.

DUA ORANG FARIS ?
Sekolah aku ni ada student form 4 dan form 5 je. Tahun aku form 4, aku ni terpilih untuk jadi ketua aras untuk blok D aras 1. Ketua aras ni mcm ketua dorm lah. Blok D ni tak macam blok lain. Blok A B dan C semua student ditempatkan dalam dorm (16-18 orang). Tapi blok D ni mcm bilik-bilik. Satu bilik 4-6 orang. So siapa yang terpilih untuk jadi ketua aras, dia bertanggungjawab untuk satu aras tu lah. Dan akulah orangnya. Masa form 4, aku ni terpilih untuk jadi ketua aras sebab dah pertengahan tahun kan. Senior nak exam bagai. So, aku lah ketuanya. Tugas ketua aras ni agak penat jugak lah sebab setiap malam kena buat report. Report tu macam headcount pastu pergi bilik warden dan tulis jumlah orang yang dikira. Kalau nak compare jarak, memang blok D ni kira paling jauh lah kalau nak ke bilik warden buat report tu.

Suatu malam ni, aku balik lewat daripada dorm kawan aku. So aku buat report lambat sikit malam tu. Dalam pukul 11.50 rasanya. Sepatutnya pukul 11.15 kena buat report sebab pukul 11 lights off. Tapi dah lewat. Daripada tak buat langsung, baik aku pergi je. Kalau tak, esok tu kena bebel dengan warden yg bertugas sebab tak buat report. So aku pergi jelah. Sebelum tu aku buat headcount lah. Semua cukup. Lepas buat report tu, aku masuk bilik. Masa aku masuk bilik tu, aku tengok katil semua dah ditarik ke tengah. Yelah. Susunan katil biasanya kat tepi, kipas kat tengah. Tu normal lah. kami tidur campur senior junior. Sweet kan? Senior aku memang baik. Dalam bilik aku tu ada 3 orang form 4 dan 3 orang form 5. Masa aku masuk bilik tu, senior aku sorang ni tak tidur lagi. Dia tengah baring2 lagi. Nama dia Zuhaili.

Zuhaili : Azli, aku kunci jam loceng aku pukul 4 tau. Kalau kau terjaga, tolong kejut aku sebab aku nak
ke surau. Nak study sana.
Aku : okay. No hal.

Pastu aku pun naik katil terus tidur.

“kringgggggggggggggggg”

Aku dengar bunyi yang bingit. Oh baru teringat yang Zuhaili kunci jam. Aku pun bangun pergi kat jam yang dia letak kat bawah katil. Sambil aku offkan jam tu, aku tengok jam. Dah pukul 4. Aku pun kejut Zuhaili. Aku nampak sorang baring kat sebelah Zuhaili. Dia baring atas rusuk kiri menghadap dinding sebelah hujung kiri

Aku : Zu, bangunnn. Dah pukul 4. Aku dah off jam kau. Bangun bangun.
Zuhaili : ok, ok. Thank youu

Aku pun jalan nak naik katil semula. Aku tidur kat hujung sebelah kanan. Selalunya, Zuhaili tidur hujung kiri tu. Tapi tengok gaya badan yang tidur hujung tu, aku rasa si Faris. Faris ni selalu juga datang ke bilik. Tapi tak pernah tidur situ. Aku pun buat tak tahu jelah. Aku naik katil dan tidur semula.

Keesokan harinya, semua balik daripada surau lepas solat asar, semua ada kat dalam bilik. Zuhaili masuk bilik senyum-senyum. Dah kenapa Zuhaili ni.

Zuhaili : koranggg. Nak dengar cerita tak?
Yg lain : kenapa? Cerita jelah.
Zuhaili : Sebelum tu, Azli, semalam masa kau kejut aku pukul 4, kau nampak ada orang tak yg tidur sebelah aku ?
Aku dan Zuhaili serentak : “Faris”
Zuhaili : Okay. Maksudnya betul lah. Semalam Faris ada dua.

Semua terpinga-pinga.

Zuhaili bercerita :

Semalam, masa Azli kejut aku bangun, aku mamai-mamai menggeliat bagai pastu aku duduk. Aku perasan ada orang tidur sebelah aku. Dia tidur menghadap dinding. Dan aku tahu dia tu Faris. Tapi aku tak sedar masa bila dia masuk tidur sebelah aku. Sebab semalam aku tidur lewat jugak. Tak percaya tanya Azli. Aku siap2 semua, terus gerak pergi surau. Masa aku sampai surau. Aku nampak Faris tengah study kat bahagian belakang. Aku pun pergi approach dia.

Zuhaili : Weh Faris, masa bila kau sampai?
Faris : aku tak balik pun. Aku stay lepas announcement lights off. Malas nak balik.
Zuhaili : Serius? Kau tak datang bilik aku ?
Faris : kau tengok aku pakai apa ni. Baju melayu lengkap prep tadi.
Zuhaili : habis . . . hmm okay.

Haa macam tulah. Ni first time aku kena kat sekolah masa form 4. Banyak lagi sebenarnya yang lagi seram. Tapi aku nak tengok dulu penerimaan pembaca pasal cerita seram asrama ni. So, nasihat aku, hati-hati kalau stay asrama tu. Sebab dalam dunia ni bukan ada manusia je. Ada makhluk ghaib juga.

AZLI MUTALIB

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

12 thoughts on “DUA ORANG FARIS?”

  1. aku dok asrama dari form 1 sampai form 5 sekolah aku tengah kebun sawit.. tak penah lak jadi pape.. g jamban pon ujung dunia tingkap telopong sana sini pon tak penah jadi pape.. nape eh?

    Reply
    • dulu masa form 4 pernah joined camp sekali dengan bebudak alam shah ni. dorang punya attitude and personaliti sangat mengagumkan okay. pernah tengok harry potter and the goblet of fire? yang bebudak lelaki sekolah luar tu datang hogwart? nampak bergaya kan. gitu lah dorang. masa tu lah. sekarang tak tahu lah dorang punya imej macam tu lagi ke tak.

      Reply
  2. Cerita mu sama dengan cerita masa aku duk asrama dlu bro…..kalau tak silap kejadian tu masa aku form 1 atau form2 2005/6…petang sebelumnya roommate aku yg seumur dgan aku kata tak nak tidur d bilik dan mau todur di bilik temanny…so aku ok je sebab dalam blik tu dalam 10 orang jd masih ada 7 8 teman….dalam nyenyak2 tidur sekitar jam1-2 gitu aku terbangun kerana seperti ada seseorang yg tidur dan menghimpit d sebelah aku..dalam keadaan masih mamai aku toleh ke belakang n nampak dlam keadaan samar ”kawan” yg taknak tidur d bilik tu tidur di sebelah aku…dalm hati aku sempat berfikir& berkata dlm hati ,kata taknak tidur sini tapi ni tidur di sebelah orang pula..tak pe la nti pagi aku marah kat kau…..tapi satu yg aku pelik ‘dia’ membelakangi aku masa tidur dan tak memakai selimut dan lagi satu yg aku perasan ‘dia ‘seperti telah sedia memakai pakaian seragam sekolah tapi disebabkan mengantuk aku sambung tidur……paginya aku bangun dan melihat di sebelah aku,kawan yg aku nampak xda dan cadar yg d kawasan yg dtidurinya x kusut seperti x pernah ada yg tidur d atasny (p/s: aku bukan jenis yg lasak semasa tidur tpi sangat sensetif terhadap goncangan/sentuhan walau tidur lena)….aku yg x puas hati kepada kawan tu ,mencari dia n bertanya tapi dia dengan tegas menyangkal yg dia ada tidur d dorm kami…..sy pula katakan apa yg sy lihat tp dia masih tak mengaku dan temanya juga katakan bahawa memang kawan sebilik aku tu memang tidur di tempatnya bukan di dorm kami….so sampai skng aku masih teringat kejadian itu….n nsib je ‘dia ‘yg aku lihat tu x menggangu lebih……kejadian ini berlaku d sebuah asrama di sabah…n tempat itu memang agak keras juga kerana bekas kuburan lama dan trdapat juga khabar angin yg d asrama tu pernah terjadi b***h diri & orang m**i terkunci di almari dalm tahun 80/90an gitu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.