Dua Pengalaman Misteri

Assalamualaikum warga FS. Aku Maira. Ok, hari ini Maira nak berkongsi 2 kisah tentang pengalaman yang telah Maira lalui selama ini. Maaf jika cerita kurang menyeramkan.

Kisah 1 – Suara siapakah itu.?
Ini berlaku lebih kurang 2 tahun yang lalu. Dulu sebelum aku pernah bernikah dengan seorang lelaki. Namun jodoh kami tidak panjang, hanya bertahan selama setahun setengah. Setelah sekian lama menjanda, aku bertemu jodoh sekali lagi dengan seorang jejaka. Dia adalah rakan sekerjaku dan kami sebenarnya telah berkenalan semasa aku mula2 bekerja, iaitu sekitar 8 tahun yg lalu. Dia adalah seorang duda anak dua. Kenalah dengan aku, janda tak ada anak. Selepas setahun kami bercinta, dia pun membuat keputusan untuk menghantar rombongan meminang sekaligus bertunang.

Upacara pertunangan kami berjalan dengan lancar. Cincin disarung, janji dimetrai dan doa selamat pun berkumandang dibacakan oleh ibu bapaku, keluarga bakal mertua ku serta saudara mara yang hadir. Sewaktu pembacaaan doa selamat dijalankan, aku duduk di ruang tamu bersama anak-anak tiriku dan makcik-makcik ku. Usai segalanya, baru saja doa-doa diaminkan, kami serumah mendengar orang memberi salam dengan begitu kuat suaranya, bunyinya seakan suara seorang lelaki.

“Assalamualaikum.!”

Kami serumah bergema menyambut salam berkenaan.. “Waalaikumsalam..!”

Ayahku yang duduk bersebelahan dengan pintu masuk pun bingkas bangun untuk lihat siapa diluar. “Tak ada siapa2 pun..” katanya dengan raut wajah penuh tanda tanya. Pintu kami memang sengaja tidak ditutup memandangkan kami sedang mengadakan kenduri, hanya gate sahaja yang dirapatkan. Jadi menjengah sebenarnya sudah cukup untuk ayahku mengetahui siapa yang berada diluar rumah kami. Inikan pula dia bangun, keluar dan melihat sekeliling koridor rumahku. Bila dia masuk kembali, sekali lagi dia berkata dan bertanya pada aku, “Tak ada orang pun kat luar. Siapa yang beri salam..? Kak, kau ada jemput kawan2 kau ke.?”

Aku beritahu tak ada. Tunangku pun menggelengkan kepala menandakan dia juga tidak menjemput sesiapa lain kecuali mana yang telah hadir bersama kami.

Jadi, siapa yang beri salam.? Andaianku mungkin malaikat. Tapi sehingga sekarang kami tidak dapat memberi kepastian suara siapa yang begitu kuat memberi salam pada hari pertunangan kami.

Kisah 2 – Lembaga Hitam
Kejadian ini berlaku pada awal tahun ini (2017). Untuk pengetahuan semua, aku adalah anak indigo, bererti aku berkebolehan melihat makhluk2 yang tak kasat mata. Pada hari tersebut, aku baru pulang dari kerja sif petang. Seperti biasa, pada hari2 yang aku ditugaskan untuk bekerja sif petang, biasanya aku akan habis kerja kurang2 paling lambat dalam pukul 2 pagi. Oleh kerana rumahku jauh dari tempat tugas, aku selalu akan sampai rumah dalam masa 1 jam selepas aku punch-out dari pejabat.

Pada hari kejadian, aku pulang kerja sekitar jam 1 pagi. Itu bermakna, bila bus transport kerja aku sampai di kawasan rumah, jam sudah pun menunjukkan sekitar jam 2 pagi. Entah kenapa, pada hari kejadian itu aku rasa tak sedap hati. Bermula dari masa aku menaiki bus transport, sampailah aku turun bus dan berjalan kaki melintasi tempat parkir kereta yang agak luas untuk ke kawasan perumahan ku. Namun begitu, mulutku berkumat-kamit tanpa henti membaca segala doa dan ayat perlindung yang aku hafal.

Sampai sahaja di kolong blok rumahku, aku cepat2 menekan butang lif untuk naik ke atas. Mata ku melilau melihat sekelilingku sementara menunggu lif. Tidak kelihatan apa2 yang pelik. Bila lif tiba, aku pun melangkah masuk dengan Bismillah. Hatiku masih rasa tak sedap. Sesampai sahaja aku di tingkat rumahku, aku pun keluar dari lif. Sewaktu nak keluar dari lif tu, aku ternampak ditepi tembok luar dari pagar penghadang (parapet), seperti ada seekor lembaga hitam sedang bergayut! Bila ia nampak aku keluar dari lif, ia bersembunyi di belakang tembok. Aku pun dengan langkah seribu pergi ke depan pintu rumah dan cepat2 membuka kunci gate. Sewaktu aku sedang cuba memulas kunci gate dengan cepat, tiba-tiba dari tepi mata dapat ku lihat lembaga itu melompat ke depan pintu lif sambil mencangkung! Suara terdengar seakan2 ia sedang mengerang.

Aku memalingkan pandanganku kearah lembaga tersebut. Ia sedang menyangkung dan dalam posisi seakan mahu lompat dan menerkamku.! Aku dalam keadaan kelam kabut tu akhirnya berjaya memulas kunci gate dan menerpa masuk ke dalam rumah! Sewaktu aku menerpa masuk ke dalam rumah itu lah lembaga itu melompat dan hampir menerkam ku. Aku cepat2 tarik gate, kunci dan tutup pintu rumahku. Nafasku termengah2. Aku segera ke tandas dan berwudhu’. Selepas itu, aku terus membuka CD bacaan Al-Quran dan terus masuk ke bilik untuk menenangkan hati dan solat. Usai solat, aku ke bilik ibu ku. Aku kejut dia dengan perlahan dan memberitahu apa yang telah terjadi. Ibuku lantas menelepon ayah untuk lekas pulang kerana dia mula tak sedap hati. Aku, pada malam itu, tidur beralas tilam dibilik ibuku. Sepanjang malam kami diganggu dengan bunyi-bunyi yang menyeramkan. Bila ayahku pulang, bunyi-bunyi itu berhenti buat seketika. Ayah terus suruh kami semua tidur dan jangan pedulikan bunyi-bunyi itu. Aku lihat ayah berjalan sekeliling rumah, menjenguk ke luar tingkap sambil mulutnya berkumat-kamit. Entah macam mana, aku terlelap.

Keesokan harinya, ayah ku bertanya apa yang aku nampak semalam. Aku pun mengulangi cerita pengalamanku. Ayah hanya sekadar mengangguk dan berdiam sahaja. Akhir sekali, dia menyuruhku untuk menelepon dia sekiranya perkara tersebut terjadi lagi. Tapi, Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, aku tak nampak lagi lembaga hitam tersebut.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

175 thoughts on “Dua Pengalaman Misteri”

  1. Tindakan bijak dengan menggabungkan cerita yang menarik. Satu je nak tanya ni. Yang lain mana? Haaa jemputlah komen. Sila..Sila..

    Reply
        • atuk ko da lama meninggal cu…tp ntah laa..kadang2 nenek nampak dia tengah mencangkul kat luar…semenjak2 ni, Alzheimer nenek makin menjadi2…atau nenek pulak patut create story pulak lpas ni…

          Reply
          • Cu rasa cu dah jadi Rahman lah nek asyik lupe jek yang atuk dh lame xde. Dah tau makin menjadi2 penyakit tu yg nek boleh lagi gigih mengomen ni ye. handal nenek ni. uhuk uhuk * adeh dah jangkit nenek tak boleh dekat langsung dengan nenek ni. pantang betul

          • jgn cu..kalau engko jd mcm Rahman,m**i terbakar plak nenek nnt..uhukhuk(makin kuat batuk).. ni hobi nenek cu, baca n komen..atuk ko la ni belikan nenek tv kecik ni, tp pelik siap bole buat call in call out… tu jela peninggalan arwah atok ko cu..

          • Ubat cu dah habis nek itu yg makin menjadi jadi pelupenye. degil berbakol2 nenek ni. cu bukan ape nek jugak ckp td sakit nenek makin menjadi2. kang orang panggil kawan orang si rashid tu lempang nek berjemaah kang hah baru tau. org nak nek sihat je asyik nk menghadap tv je kejenya. taulah nk cari shuben baru kat sini kan. mcm cu xtaulah. pegi daaaaaa

            *cucuemotetibe

          • eh armyy..ko pulak yg terbatuk2 ni kenapa cu…pegi klinik dewi & surgery..sana ada jual mc..sebut je nama nenek, nnt tahu laa diorg..

          • ish ko ni cu…ko nak jadi cucu derhaka ke? engko nak jadi macam budak yg viral dlm fb tu ke? pukul mak dia..ni ko nak pukul nenek pulak..uhuk uhuk uhuk..jgn sampai nenek ngn rashid bergabung plak,kena kan ko ngn kwn2 ko yg lain..ko tggu cu! ko tggu! walaupon atok ko buruk berkepala botak tgh, nek xterpikio nak cari lain cu..isshhh budak ah!

          • Ini je jalannya nak menyedarkan nenek yang dah taksub dengan dunia maya ni. Tp cucu tak salahkan nenek 1%. Atuk yg bersalah sbb mendedahkan nenek dgn perkara yg tak kena langsung dgn usia dan rupa nenek ni. benda ni budak2 baru nak up mcm cu je yang boleh layan. nenek tu patutnya bersemayam dekat dapur bukan terkinja2 kat sini. Hah kan dah menjadi2 batuk tu. Nak xnk kene kuaja dgn nenek sendiri.tengok tu ckp sikit nak ugut org guna nama rashid apelah nenek ni. ish ish.

          • apesal jauh sgt peginya komen nenek ni haa… meh nenek paste kat sini :
            cu, ko lupe ea..nenek ni hodoh time siang je..waktu mlm nenek bertukar muda menggoda…ko jgn nak hina umur n wajah nenek ye..kang kena kang…nenek pon BBNU tau…plus budak2 wechat..hah…jgn riso, lauk tghari nenek da siapkan…kau tggal mkn je…jgn takut, nenek tak gila mcm rashid tu…

    • cu, ko lupe ea..nenek ni hodoh time siang je..waktu mlm nenek bertukar muda menggoda…ko jgn nak hina umur n wajah nenek ye..kang kena kang…nenek pon BBNU tau…plus budak2 wechat..hah…jgn riso, lauk tghari nenek da siapkan…kau tggal mkn je…jgn takut, nenek tak gila mcm rashid tu…

      Reply
  2. dulu mase aku kecik2 nak gi beraya dengan sepupu2 kat rumah org yg tk kenal.. bagi salam kemain kuat pastu lari berterabur segan konon..hahahah bongok betul

    tabik ah boleh bukak pintu lg time benda tu nk dekat dh..kalau aku dh histeria terjun blok dh huhuhu

    Reply
    • kak yulie lambat sikit pagi ni cu…ko ni macam tak faham2 pulak ape yg berlaku semalam…uhuk uhuk..(nenek batuk lagi)..

      Reply
        • alah cu..nenek ni da lama hidup kat dunia ni..da mkn garam dlu dari kome semua..tentu laa nenek faham…cu pulak jgn buat2 tak faham ye…kang kalau tak faham nenek lukis kan gambar ye….hukhukhuk…

          Reply
    • Eheeemmm…!!!
      Tersedak2 den mkn nasik lauk pekasam td tau…
      Terosss akk x lalu makan, kena tambah sepiyok lagi nasik…
      Kuajaaqqq betoi aarrr, spoil diet tekak akk tau…!!!

      Wah waah waahh Nenek Kebayan…
      Nampak gaya dah puas idop sgt nih…
      Ade pape permintaan terakhir…????
      Kang bkn setakat penyapu buruk, tongkat bagai den patahkan bakor jd abu, dgn TV KECIK nenek tu pon den campak laut buat tukun…

      Nenek dh menopos blom???
      Kot blom g ar ngorat DudaPujaan anak lima tu…
      Ade gak pahala nenek di saki baki usia bonus ni, hahahahahah…

      Nenek dan adik2 sekalian…
      Arini kan Johor cuti…
      Anak2nya mmg akan bgn tdo dan lapar nasik…
      Asben akk pon arini halfday, blk solat Jumaat nk mkn nasik…
      Sooo pepagi dh kena msk nasik sesiap…

      Pehtu nmpk lampu biru2 depan umah akk…
      Ghupenyer polis kejor keta saspek bentu depan umh akk…
      Mcm x cukup bz plak kan, akk pon sekodeng sampai naik ketumbit mata tgk polis tu dok selongkar each inch keta tu luor dn dalam…

      Dah menyebok ala2 Detektif Mac Amin, suap anak2 mkn plak…
      Pastu suap tekak akk plak…
      Kemas2 dapor baruleerrr leh pgg hs…
      Fuuuhhhh bizi banget lhoorrrr…

      Reply
        • Ok ok…
          Kita ckp bisik2 jeerrr…

          Akk nk soh RAHMAN bakor umah nenek tu sekali dgn penyapu buruk die tu…

          Diam2 sudeh…
          Jgn bgtau org lain tau…!!!

          Reply
      • rileks cu kak yulie..nenek pon stay johor..meh datang kluang nenek belanja kopi n roti bakar, lpas tu kta sambung komen kat sini sama2 nak? hahaha..amboi kemain, nak di bakarnya pulak tv kecik nenek..nenek dan alam cyber berpisah tiada, tau! nenek belom monopos, sbb nenek amalkan air akar kayu, cu nak ke? kot2 bole bahagiakan lagi suami tu..hahaha..nenek siang je tua, mlm muda menggoda tau…kamu pon tak bole lawan nenek di usia begini… dak singkong ni dari td main penyapu nenek.,.ada yg nenek rembat ngn penyapu lidi nnt kang..

        Reply
        • jangan la rembat abang singkong..
          cikbambam rembat nenek nnt..hahaha

          nenek..nak kopi ngn roti bakar kluang jgk..
          da lama x makan..hahaha

          Reply
          • aikk…cu tembam ni dok kluang jugak ke? meh nnt nenek belanja…nak rail coffe yg mana? cawangan tasik? cawangan depan kluang mall atau yg kat stesen ketapi..hahahah…camne nek tak rembat, dak singkong ni dr td dok usya penyapu nenek…dia ingat bole terbang ke? nenek je yg bole terbangkan penyapu tu..tu pon cumaaaaaa waktu MALAMMMMM……uhuk uhuk uhuk..

          • Cu tembam die pgil aku..Hahaha..cikbambam suke kt stesen ketapi tu..feeling2 oldskul la konon2..kalo balik bt pahat je rajin g kluang mkn roti bakar tu..

            Nenek jgn la rembat singkong..ktorg nk pnjam penyapu terbang nenek tu..nk g mekdi jap g beli dabelcis beger..?

          • bukan nek tak bagi ko pinjam cu tembam…tp penyapu ni bahaya…kalau tak biaso kang tersasor plak ehhh…cucu nenek pon tak ponah laghi naik penyapu ni…biaso nek terbang waktu malam yo…oh bp….bp tu kg nenek…bole cu belanja nenek nasi beryani md shah..takpon cendol ke..mee racun ke.. leezo ke..jap jap… gigi pelesu nenek manaaaaa?? uhuk uhuk….

          • adoiii la nek… cu tembam pula.. cikbambam la.. rosak nama gerprenFS aku..

            **background music(aku ingin kau tahu bahwa ku slalu memuja mu)

          • alah sama jugak maksud nya…nenek suka cu tembam…nampak kiut…kang nenek tukor plak nama cu jadi ubi kayu nak? hihihihi……..

            * background music (forget about the price tag)

          • haha..tu la..sukati je nenek ni tukar namo den..
            gelfrenFS?awww..so sweet..berdebar hati cikbambam ni..

            da kenape nenek tkr loghat nogori plk ni..hahaha
            nenek meh dtg n9..cikbambam lanje mkn masak lomak cili api..
            konfem pasni xpyh pakai gigi pelsu da..

          • alahhh..setakat masak lomak nenek da selalu sgt masakkan utk atok ko tu….nenek nak mkn mee racun tu cu tembam…

          • Aikk..nenek ni..sembang lebih ni..aritu ckp atok da ninggal..hahahaha..

            Alaa..name pun mee racun..kang m**i awal plk..kakakaka..

            Xde insuran btl mulut cu tembam ni..???

          • Bukan mee racun m**i tu…ish cu tembam ni…..m**i tak kenal usia…umur sebaya cu ni pon da banyak yg m**i…ih ih…mlm da menjelma…kita ni ibarat sebaya…engko pon kalah cu…

  3. masa nenek baca cite ni cu, nenek ternampak perkataan aku adalah anak indigo…nenek stop sampai situ..terus berkata2 dlm hati..wow, anak retis ni…kumpulan indigo…sekali bukan daa…adehhh..ubat batuk2 ni buat nenek jd tak betol sekejap..uhuk uhuk….(nenek batuk lagi)..

    Reply
        • Hahahaha
          ???
          Hebat Nek Kebayan nie
          Layan gajet,jugak mmbca FS…
          Nie mesti cucu Nek ajor kan ek
          Kita seram tau nama Nenek,
          Nek tukor nama glemer lak,
          Bru femes cam Tiara suka Singkong & Cik BamBam tu

          Reply
          • tak la cu, nenek tahu sendiri guna tv kecik ni..dok tekan2 sana sini..nak harapkan cucu nenek si Faz tu, takde nya dia nak ajor..nenek ada gak nama glemer, tp da ada org pakai laa cu…kang sama pulak..di sana Aurora, di sni Aurora jugak…huhu…yg pastinya belakang ada Rie…

          • orang tak suka nek nak buat acaner.. jadi jahat orang tak suke.. jd baik lagi orang tak suka..haha

  4. Pernah juga aku alami perkara yg sama..tp lembaga hitam yg aku jumpa tu lg advance..dok main cak2 pula depan pintu bilik air..btw thanks for sharing ??

    Reply
  5. Story oke..simple tapi masih seram.pendek n mudah dihadam.best!
    Tulis la lagi.akak bc jer (cerita angker akak xhbis2 tulis lg ni.ntah deepavali tahun depan baru siap kot.haha)

    Reply
  6. thanks for sharing your story.
    dalam ketakutan mampu juga maira masuk ke dalam rumah cepat2..
    respect part ni , kalau aku dah menjerit dah panggil mak.. huhu

    Reply
  7. Setori ringkas & kurang seram tp gaya penceritaan penulis senang nak paham..sekali baca boleh hadam..maklum la da tua2 ni lampi sikit..??

    Cikbambam bagi 5.31/10

    Reply
  8. Panjang plak aku kena scroll utk komen. Aiseh..

    Makhluk hitam tu maybe ikut balik kot. Saja gatal nak ikut la tu. apa2 pun, story ringkas mudah difahami.

    Teringat masa sekolah dulu, kalo tetiba semua diam je mesti akan ckp, malaikat lalu. Kenangan……

    Reply
  9. Seram jugak.. sejak baca cerita kt fs ni selalu je rs takut2 nk toilet tgh mlm.. keluar bilik, mata ni gatal nak tgk sini sna pastikan line clear..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.