Hai. Nama aku Anne. Aku bukanlah local malaysia tapi dari negara jiran. Jadi kalau cerita aku ni..pembaca susah nak paham, maafkan aku ye.
Aku dah lama membaca cerita2 kat fs. Memang hobi aku baca atau lihat video seram ( tapi sebenarnya aku penakut ^^’)
So untuk cerita aku yang pertama ni, aku nak kongsi pengalaman kakak sulung aku ni. Terjadi 10 tahun lepas. Kakak sulung aku seorang yang mudah nampak benda-benda ghaib ni. Nak dikatakan hijab dia terbuka, tak pulak. Sebab dia tak lah nampak benda2 ni 24 jam tapi diantara kami adik beradik dia yang kerap rasa kehadiran, dengar atau terlihat benda ni.
Nak dijadikan cerita, waktu tu kakak aku ni dalam perjalanan pulang dari kerja. Kira2 dalam pukul 11 malam. Dia memandu menyusuri kampung2 yang dah sunyi sepi.
Serba sedikit tentang kampung aku, kampung aku ni pendalaman, jadi untuk ke kampung aku ni terpaksa lah lalu jalan yang sunyi dan gelap tiap kali dia pulang kerja. Dari tempat kerja kakak ke rumah memakan masa 1 jam 30 minit.
Kebetulan pada waktu itu adalah 3 hari selepas ada kematian di kampung sebelah. Seorang remaja m**i b***h diri. Reason tak tau lah kenapa. Yang aku tau dia satu sekolah dengan aku. Disebabkan kes b***h diri ni jarang sangat berlaku terutama lah di kampung2 pendalaman jadi gemparlah berita tu ke seluruh kampung dan kampung2 bersebelahan termasuk kampung aku ni. Sekolah pun memang hangat dengan berita ni jugak. Ok bebalik kepada cerita aku tadi..
Malam tu, seperti hari lainnya kakak aku memandu kereta Suzuki Ignisnya meredah jalan kampung yang gelap. Ada sesetengah jalan je yang diterangi lampu jalan yang samar2. Selebihnya gelap je manjang. Pokok di kiri kanan membuatkan jalan tu makin seram. Rumput siring jalan pun jarang d******g sehinggakan jalanraya tu pun kelihatan sempit.
Memandangkan dah lewat malam memang susah nak terserempak pemandu lain. Kalau ada pun 1 2 je. Tu pun ikut nasib lah.
Perjalanan ke kampung aku ni terpaksa merentasi beberapa buah kampung. Salah satu kampung adalah kampung remaja yang b***h diri tu tadi. Aku namakan kampung tu kampung U.
So masuk je kampung U ni, tiba2 kereta yang kakak aku pandu ni terasa berat. Dia tekan lah minyak sampai habis tapi kereta tetap slow je. Kakak aku hairan lah kenapa boleh macam tu. Mungkin kereta ni bermasalah tapi tak mungkin pulak sebab kereta tu kereta baru dan baru dibeli sebulan yang lalu.
Waktu dia tengah berfikir tu, tiba2 smua bulu roma dia meremang. Dia merasa sejuk semacam je suasana skeliling dia. Suasana yang sunyi lagilah buat dia berfikir yang bukan2 tapi dia gagahkan diri untuk teruskan perjalanan walaupun kereta terasa berat sangat nak maju ke depan.
Waktu tu jugalah dari anak mata dia, dia terasa ada seseorang yang duduk di kerusi sebelah. Jantung dia berdebar2 dah waktu tu. Tapi dia beranikan diri, terus memandu dalam keadaan diam. Sesekali mata dia melirik ke kelibat di sebelahnya tu. Tapi dalam sesaat dua je. Sebab takut benda tu menoleh tengok dia pulak. Rasa menyesal menyerbu sebab tak buka radio. Suasana yang sunyi tu sememangnya seram jadi makin seram dengan kehadiran entiti yang sekarang menumpang dalam keretanya. Dia cuba tak hiraukan benda tu. Dia pandang je ke depan. Lama juga lah benda tu duduk sampai kakak aku ni melirik sebelah dia, benda tu masih disitu. Dia melirik lagi, kali ni lama lah sikit.. dalam 5 saat macam tu.
Benda tu menyerupai remaja lelaki. Berbaju gelap entah tak tau lah warna apa. Sebab lampu jalan samar2 je jadi kakak aku tak jelas rupa dia, baju dia atau sluar dia macam mana. Dia punya bentuk pun macam bayangan je. Mcm kalau dipegang pn boleh tembus. Tu lah kakak aku cakap waktu dia ceritakan.
Benda tu duduk diam sambil kepala tunduk ke bawah. Kaku, macam sedih atau frust pun ada lagaknya.
Kakak aku biarkan je benda tu macam tu. Dalam hati dia memohon, harap2 benda tu tak buat sesuatu kat dia. Jantung masih berdebar tapi dia memang jenis kental dan semangat dia kuat. Dia tak mudah lemah dengan benda2 macam tu. Dia terus buat tak endah je.
Kakak aku tarik nafas dalam2. Rasa lama benar perjalanan tu. Benda tu still duduk tertunduk,tak bergerak langsung. Kakak aku pulak still drive buat2 tak tahu. Sampai lah di satu simpang tak jauh dari kampung aku, dalam 15 minit selepas benda tu muncul, tiba2 “dia” hilang. Kakak aku melirik, benda tu dah tak ada. Dia toleh lagi, memang sah dah tak ada. Kereta dia rasa ringan je lepas tu.
Dia tak buang masa lagi terus drive laju balik rumah. Takut nanti ada lagi benda yang menumpang. Sampai je rumah dia terus mandi dan tidur macam biasa.
Peristiwa tu dia diamkan je sampailah satu hari tu barulah dia ceritakan pada kami. Aku yang sememangnya penakut ni pun rasa meremang jua dengar cerita dia. Bayangkan lah dia terpaksa duduk ber”dua” dalam kereta tu dalam masa 15 minit. Nasib baik lah benda tu tak buat apa2 kat dia. Mungkin sebab kakak aku ni jenis kental. Mungkin ada rasa takut tapi hati dan semangat dia kuat. Mungkin pasal tu lah tak jadi apa2 kat dia. Kalau aku memang aku nangis atau pengsan kat situ jugak. Tak tau lah sebab tak pernah mengalami dan aku memang tak ingin pun nak jumpa benda2 tu.
Maaf kalau cerita ni tak seram dan ayat aku yang bertabur. Aku banyak berfikir cemana nak mengarang supaya korang paham dengan cerita aku ni. Sebab aku tak biasa dengan bahasa malaysia ni tapi aku try lah. Harap2 sampai lah kepada pembaca sekalian.
Terima kasih ye sudi baca cerita aku yang tak seberapa ni sampai habis. Nanti aku share lagi pengalaman kakak aku yang lain pulak. Sampai nanti, jumpa lagi.
#Anne#
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Alang2 dah kata dari negara jiran.sila nyatakan sekali negara mana..bak kata ikon fb “malu apa boss ku”..selagi memiliki budaya yg sama dan penulisan masih dalam bahasa melayu.tak ada masalah untuk faham jalan cerita
Maaf lupa nak mention ^^’. saya dari Brunei
hah… aku baru nak teka philipina…
philiphine tu saya hehe
Penulis dari mana?
Saya dari Brunei
Siring..asal Sabah ke?
Brunei
Ak dapat savage td kt pubg
Hahahahahaha lol! Dia ckp kan n
Bukan local malaysia. Hello belajar geography tak? Sabah still in malaysia lgi. 🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️ Mampusss laa masi ada lgi org mcm ni
Brunai tak sama la dik…sabah dan brunai tak bergabung dan bahasa pun berlainnan…jangan salah tafsir ya…brunai tak sama negari tau…
Sabah pun kira malaysia local jugak lah
Apa ke benda ko merepek ni. Tak da sekolah ke.. Sabah tu kan masih dlm Malaysia. Dia kata asal dia dri negara jiran.. Ko fkir sabah bukan Malaysia kh?
Maaf kepada semua yg tertanya2 aku berasal dari mana. Aku berasal dri Brunei.
Ok bah. Mcm bahasa KL sudah. Kecuali yg ‘siring’ tu. hehehehe. Mmg kuat semangat kakak kau.
Ya. Banyak pengalaman dia dengan entiti2 ni sebenarnya. Tapi malas nak mengarang panjang sangat. Dah ada masa nanti aku cerita lagi pengalaman kakak aku yang lain.
Seram jugakkan
brunei right?
Yep^^
Brunei?
Ya^^
Negara jiran? Bukan Malaysian? Mungkin dari Brunei.. Siring atu bah 😂
Hahaha.. ok lah kalau ada yg tau siring tu bahasa brunei 🙂
Siring tu Brunei.. Tp orang Sabah biasa guna perkataan siring. Jd klu bukan dr Sabah, confirm dr Brunei.. 😀
Sabah msih dlm mysia lh.. Kan dia kata NEGARA JIRAN.. mgkin Brunei