Dugaan Adik

Junna – Dugaan Adik

Assalamualaikum pembaca FS. Ini merupakan kisah pertama aku. Terima kasih admin sekiranya approve cerita aku. Nama aku Juna. Seorang student di Shah Alam dan berasal dari Johor. Dalam kisah ini, aku akan menceritakan mengenai adik aku.

Let’s begin. Aku merupakan anak kedua. Dan mempunyai seorang adik perempuan berumur 11 tahun. Adik perempuan aku bernama Lisa. Cerita ni sedikit panjang, sebab aku malas nak buat sambungan bagai. Nanti jadi tak best.

Ok ceritanya macam ni, Lisa ada sakit atau gangguan. Sebenarnya aku tak pasti lah ini sakit atau gangguan. Setiap waktu pagi nak bangun sekolah, Lisa mesti tak boleh sedarkan diri. Umpama roh takde dalam badan. Yang peliknya, hanya hari Ahad – Khamis je. Waktu tak sekolah Jumaat – Sabtu, dia elok pulak. Waktu dia tak sedar pagi tu, bila kita baca² ayat al-quran sebelah dia, dia akan agresif semacam. Tapi mata terpejam. Hanya jerit², terajang, and macam meracau. Then ayah terpaksa buat dia menangis untuk dia celikkan mata dia. Bila kita tanya, dia tak ingat apa². Kesian tengok dia macam tu.

Mulanya, dia tak bercerita apa² kat mama ayah aku. Sehinggalah aku balik Johor untuk cuti study week. First time tengok kejadian yg berlaku kt adik aku depan mata. Selama ni hanya melalui telefon je. So bila dah tengok macam tu, aku ni cuba lah korek rahsia. Ya aku cuba tanya adik aku apa yang dia rasa time tak sedar. Dia hanya jawab ‘tak tahu, tak tahu’. Then, aku pancing dengan soalan.

Aku : Adik, adik ada nampak apa² ke ?
Adik : hmm, ada.
Aku : Adik nampak apa ?
Adik : Hmm, adik nampak perempuan.
Aku : haa ? Perempuan macam mana ?
Adik : Budak kecik perempuan. Dia kawan adik. Adik tak sedar pagi², adik mimpi main² dengan budak tu lah.
Aku : yeke ? Dia pakai baju apa?
Adik : Dia pakai baju warna hitam. Rambut dia panjang sampai bontot.
Aku : Pastu?
Adik : Kadang petang² dia ada datang main dengan adik kat dapur. Main sep sep sep, mi mi mi . Tapi mama takde, mama kt depan tengok tv.

What??! Scary weh bila adik aku bagitahu. Berdiri bulu roma aku. Tapi sebenarnya, masa dia darjah 4 (10 tahun), kejadian yang sama pernah jadi. Tapi sekejap je. Then pergi berubat. Orang yang ubatkan tu kata, ada ‘budak hitam’ berkawan dengan adik. Sebab tu dia tak boleh bangun waktu pagi. Benda tu nak berkawan, so dia akan berlegar dalam pukol 5 pagi. Sebab tu adik tak boleh sedar.

Then bila benda yang sama berulang balik. Berubat lagi tapi still sama wei. Tak baik baik. Sampaikan dapat surat amaran dari sekolah. Bak kata adik aku ‘alah, baru sekali’. Haha So bila tengok adik makin teruk. Aku bagitahu dia, kalau esok adik mimpi lagi, sebut ‘Allahuakbar’ dalam hati banyak kali. Then esok tu jadi benda yang sama. Makan masa tunggu adik sedar. Bila dia dah sedar, tengok dia dah relax, aku tanya adik buat tak macam akak suruh ? Dia kata, buat . Tapi dia marah. Dia tolak adik kuat sangat ! Selepas² tu, ‘benda’ tu jadi makin aggresif. Setiap kali adik tak sedar, adik akan nangis², panggil mama ayah minta tolong. Dia paksa mata dia buka tapi tak boleh. Adik kata, ‘benda’ tu tekan mata dia. Kadang cekik adik sampai nak habis nafas. And tekan dada dia sampai sesak nafas. Adik takut sangat dengan ‘benda’ tu katanya. Sampaikan keluar buih kat mulut adik aku weh.

Pastu, ayah try bawa adik naik moto p kampung sebelah nak berubat. Sampai je rumah orang tu, orang tu kata ada 2 benda ikut. Macam tak nak lepaskan adik aku tau. Lepas tu orang tu datang rumah. Tengokkan rumah. Dia kata ada satu bahagian dapur aku tu ‘kawasan bunian’. And adik kata, ‘kawan’ dia tinggal situ dengan mak ayah dia. OMG. Hmm

Adik kata dia tak suka pergi berubat. Sebab nanti belakang dia panas. And ‘kawan’ dia marah² cakap KENAPA PERGI BERUBAT! Tu yang adik aku selalu takut.

And Lisa ada bagitahu, dalam mimpi dia tu, keliling dia semua hitam. Kadang mimpi main² dalam rumah. Tak tahu kat mana. Sekarang adik selalu mengadu sakit dada. Mulanya tak serius sakit tu. Sebab dia kata ‘kawan’ dia tu marah, sebab tu tekan dada dia kuat sangat. Baru ni, buat checkup kat klinik, adik ada suspect sakit jantung. Ya Allah, jauhilah penyakit berbahaya daripada adikku. Amin.

Kadangkan, time dia sakit dada dalam dia tak sedar tu. Aku letak yassin atas dada dia. Dia seboleh-boleh tolak cakap ‘Tak nak!’. Tapi aku letak juga. Pastu terus Lisa cekik aku. Terkejut siak. Lepas adik dh sedar, adik bagitahu ‘benda’ tu marah aku sebab aku tak dengar kata Lisa.

Sekarang, gangguan tu kurang sikit. Sebab dah bawa berubat. And ayah yakinkan adik, ‘benda’ tu dah tak berani kacau adik sebab adik rajin solat sekarang. Cuma bila waktu pagi, mata dia je still susah nak buka.

Benda tu ganggu adik, sebab dia lemah semangat and rasa sunyi kat rumah takde kawan. Yela, aku kat Shah Alam, Dr jarang balik. Lisa pernah jatuh tangga kat sekolah agama, koyak pipi dia. And time jatuh tu semangat dia macam terkeluar dari badan. Semangat dia berlegar kat tempat dja jatuh tu. Tapi dh berubat, pulihkan semula semangat.

Alhamdulillah sekarang makin membaik. Minta jasa baik pembaca setia FS untuk mendoakan kesihatan adik aku ye.

Junna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 thoughts on “Dugaan Adik”

  1. Try bawa jumpa doktor pakar otak ASAP. Mungkin masalah otak ni sbb ada simptom sawan. Pandangan gelap, lambat sedar, sakit dada, mgkin ada salur d***h dlm otak tersumbat. Bawa gi buat MRI scan. mgkin blh tunjukkan sesuatu.

    Reply
    • First skali aku nak cakap, kalau ada simptom macam ni, ni tanda-tanda masalah kat otak (bukan gila, tapi masalah fizikal). Neurosurgeon atau pakar bedah otak ada kepakaran dan alat utuk analisa masalah berkaitan otak ni, MRI scan boleh kesan masalah kat otak. Jangan cepat salahkan makhluk halus. Mungkin ada juga. Tapi dalam kes Juna ni ada baiknya rujuk doktor pakar. Lagipun simptom kejap ada, kejap takde, ni tanda-tanda adanya masalah kesihatan. masalah salur d***h kat otak tersumbat boleh berlaku yg berkait dgn masalah kat jantung. Simptom pandagn gelap dan dada sakit menunjukkan kaitan organ-organ tu ada masalah. So lebih baik cek. lagi lambat atau lagi lama dibiarkan, boleh melarat. Kalau dapat dikesan dan dirawat di peringkat awal, insya’allah masih besar peluang nak sembuh. Harap Juna baca komen aku ni atau admin tolong bagitau Juna.

      Reply
  2. Dah ada cuma lain sikit…den Dolan semoga adik ko cepat sembuh…aamiin. Try lah usaha…cara perubatn islmik sma…medical modern sma…

    Satu kan…
    Semngt berlegar kat tmpt jatuh?
    Pernah dngr tapi mcm pelik sikit… Sorry to say

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.