Dugaan gangguan

Assalamualaikum…nama aku N..ingt lgi kisah aku chalet seram, bunyi tapak kaki dan last aritu kena buatan orang. So harinie aku share citer aku lagi kt korang. Orang kata mempunyai deria rasa ke 6 atau six sense nie best tapi bagi aku xdelah best sangat. Sejak macam macam perkara dah jadi dalam hidup aku, aku bersyukur sebab aku pernah “kena “ atau lebih tepat lg “dipilih” sbb semua ini jadikan aku lebih baiki diri aku..lebih banyak beramal dari biasa.

Oklah..citer aku kali nie terjadi masa bila aku mula berjinak jinak dengan orang boleh berubat. Hakikatnya aku pon boleh berubat tapi mungkin belum masanya lagi sebab nak berubat amalan kena tiptop kalu x..ko merana… Xsangka niat nak bantu org berubat benda tu makan diri aku sendiri. Sebenarnya aku lambat nak pagar diri bila temani orang berubat dan kena ada cara pagar diri. Benda tu boleh pulak menapak kat belakangg aku. Korang bayangkan belakang korang sakit tanpa alas an atau sebab. Time solat..perghhh!!…cam ade org cengkam urat belakang korang dan pusingkannya. Sampai aku tak tahu nak nangis camne. Makan ubat xjadi apa..pergi xray semua normal.
Rupanya benda tu marah aku bantu org berubat..Patutlah masa org kena rasuk benda tu jegil kat aku..balas dendam rupanya. Aku berinteraksi ngan benda tu bila benda tu masuk dalam badan salah seorang dari kami.. Camne benda tu kate kat aku padam muka. Kisah tu berakhir kat situ. Bila makhluk tu dihapuskan, maka hilang segala sakit bahu aku. Alhamdulillah.

Kisah lain pulak terjadi bila aku dah pindah rumah baru, konon nak dapat aura baru. Tapi tanpa sangka rumah tu ade sejarah tersendiri. Bila aku duk ngan ank anak boleh pulak suara perempuan mendayu dayu nangis. Time aku slowkan volume TV..diam plk. Bila kuatkan balik volume..mendayu dayu..Sedih btol. Terus aku ajak anak-anak aku masuk tidur dan start tu aku mula mengaji. Bohong lah kalu aku kata aku xtakut.. Seriau beb. Kekadang boleh pulak dengar orang gelak tepi tingkap bilik aku..aku buat dek jer..lantak ko..aku nak tidur.
Kekadang bila geng aku berubat, aku dapat rasakan sakit kepala yang teruk. Tu sebelum berubat laa, lepas tu ok balik. Dan kekadang aku kena tempias gak. Sakit belakang tetiba, waktu tu hanya mampu mengaji Quran dan xlama hilang dengan sendiri. Setakat kelibat..macam dah biasa bagi aku. Kekadang ada rasa cam give up bila anak aku yang kecik asyik bagitau takut dan tunjuk satu sudut. Entah apa yang dia nampak aku pon xtahu. Harap aku xnampak lagi lah sbb belum masa atau waktu aku berdepan ngan mahkluk Tuhan nie. Mahu x..jiwa kena kental beb.
Oklah guys,,nnt aku share lagi k. Cuma satu ingatan aku buat korang semua, jadikan Al Quran teman korang sebelum tido, amalkan bacaannya..esp ayat kursi ngan maknanya dan 3 Qul dan sapukan seluruh badan..in sha Allah..
#ANN

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ann

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.