Assalammualaikum dan ucapan terima kasih pada pembaca. Kisah kali ni minta maaf kalau tidak seram tapi masih lagi berunsur mistik dan alam ghaib. Kisah benar yang di ubah untuk tatapan pembaca tajuk adalah
‘Pelukan Terakhir Pak Cik Ultraman’
“Apa benda yang kita nampak ada tapi sebenarnya tak ada? ” tanya Hamidi pada anak buah nya
“Ottomen ” kata Danish tersenyum
“Aik kenapa pulak ottomen ? ” soal Hamidi
“Ye ah. Ottomen kan cam biskut. Kejap ada kejap tak ada ” senyum Danish malu malu
“Hahaha macam itu pulak. Nak tahu tak apa jawapan sebenar? Jawapan ada dalam handphone meh tengok ” kata Hamidi
Danish berlari untuk melihat di handphone Hamidi jawapan teka teki. Tiba Tiba…
“Makkkkkk! ” jerit Danish berlari ketakutan dan terus memeluk kaki mak nya.
“Pak cik jahat. Pak cik tunjuk gambar Hantu kat Danish mak. Ada ulat tadi Danish tengok yerkkk ” Danish membuat muka geli nya. Hamidi ketawa berdekah dekah sambil memegang perut menahan gelak. Tiba Tiba Hamidi rasa sakit di telinga nya..
“Adoi sakit la akak ” adu Hamdi pada Saleha.
Akaknya “Nah kau . Rasakan, yang gatal sangat nyakat Danish tu dah kenapa? Danish kan memang takut hantu ” kata Saleha dengan tangan melepaskan piatan di telinga Hamidi
“Ala akak ni. Orang gurau je ” senyum Hamdi
“Pak Cik jahat. Nanti taula Hantu kacau Pak Cik nanti ” kata Danish
“Eleh Hantu. Pak Cik tak takut pun. Hantu lari tengok Pak Cik sebab ingat Pak Cik ini adik dia ” kata Hamidi tergelak besar.
Begitulah teletah Hamidi yang gemar menyakat Danish anak buah pertama nya. Saleha hanya menggelengkan kepala melihat teletah Danish dan Hamidi , adiknya . Semenjak suami nya meninggal hanya Hamidi peneman Danish .
Hujan di luar renyai renyai. Hamidi masih belum pulang dari kerja nya sebagai Despatch. Saleha di dapur memasak lauk kegemaran Hamidi, Ikan Patin Masak Tempoyak .
“Danish, meh makan ” panggil Saleha.
“Danish tunggu Pak Cik. Nak makan dengan Pak Cik” kata Danish tersenyum sambil memegang patung Ultraman kesukaannya. Saleha hanya senyum. Keakraban Hamidi dan Danish bagaikan keakraban Hamidi dan Arwah suaminya Harun dahulu. Saleha mengimbas saat perkenalan nya dengan Arwah suaminya Harun. Harun teramat cintakan Saleha, akan tetapi amaran Hamidi membuatkan Harun takut untuk mendekati Saleha.
“Kau ingat! Aku kalau kau betul betul serius dengan akak aku, aku tak kisah. Kau main mainkan dia, patah riuk aku kerjakan! ” marah Hamidi pada Harun semasa pertemuan pertama .
“Hamidi, aku ikhlas sayangkan kakak kau. Tak semua orang macam dia. Terus terang aku cintakan dia” kata Harun cuba meyakinkan Hamidi.
Perlahan air mata Saleha mengalir di pipi. Saleha menahan sebak di hati. Dan tiba tiba terdetik di hati nya , bagaimanakah kehidupan Danish jika ada apa apa kemalangan terjadi pada Hamidi? Ah tak mungkin itu terjadi kata Saleha dalam hati.
“Ye ye Pak Cik dah balik ” jerit Danish melompat kegembiraan.
Hamidi hanya tersenyum. Di tangan Hamidi, ada patung Ultraman kesukaan Danish yang di beli khas. Hamidi hanya diam dan tersenyum. Memberikan hadiah pada Danish.
“Wah ! Ottomen baru. Terima kasih Pak Cik. Sayang Pak Cik” kata Danish sambil duduk di atas kerusi.
“Pak Cik Hamidi dah balik ke Danish ? ” soal Saleha pada Danish.
Saleha menuju ke pintu tetapi Hamidi tak kelihantan akan tetapi pintu rumah terbuka. Dan Danish hanya diam dan terus bermain patung nya. Saleha pelik dan terus tutup pintu hadapan rumahnya
“Pak Cik dah balik ke tadi Danish ? ” soal Saleha pada Danish.
“Dah balik dah. Tapi Pak Cik keluar balik kot. Ini patung Pak Cik belikan untuk Danish ” kata Danish sambil menunjukkan patung Ultraman yang di beri Pak Cik nya sebentar tadi. Tiba tiba Saleha terkejut
“Danish , Danish luka ke? Kenapa patung ada d***h tu nak. Meh mak ubatkan. Ada jatuh mana mana ke tadi ? ” soal Saleha kerisauan sambil memimpin tangan Danish ke bilik.
“Danish sihat je la mak. Tapi Danish tengok Pak Cik tadi kesian la mak. Pegang perut ada warna merah merah pada baju, seluar ” kata Danish tesenyum.
Saleha menjadi tak keruan. Adakah fikirannya sebentar tadi menjadi kenyataan katanya dalam hati. Tiba Tiba handphone Saleha berbunyi.
“Hello . Hamidi kat mana ? . Hamidi luka ke ? ” tanya Saleha untuk kepastian
“Akak ” kata Hamidi dan terus diam sepi
“Hamidi ok ke ni ? . Hello ? Hello ? ” Saleha mula kerisauan
“Akak jangan risau . Hamidi tak balik malam ini sebab ada urusan ” kata Hamidi perlahan
“Ajaklah Danish makan sekali ” sambung Hamidi dan memutuskan panggilan . Saleha merasa lega bila mendengar adik nya dalam keadaan baik . Saleha memimpin tangan Danish untuk makan bersama .
“Malam ini , Pak Cik kerja . Danish makan dengan mak ye ” kata Saleha
“Ala Pak Cik ni . Tak sukalah ” kata Danish membuat muka merajuk
“Ala ala anak mak majuk ye . Tapi Pak Cik baik bagi Danish main Ultraman baru . Betul tak ? ” kata mak nya Saleha
“Haah . Pak Cik baik , Danish suka ada Pak Cik . Sayang Pak Cik sangat sangat ” senyum Danish
sambil membuka mulut menerima suapan dari Saleha
Malam itu, Saleha tidur di bilik nya. Saleha terdengar suara Danish ketawa riang. Terdengar suara lelaki. Ah siapa pulak main dengan Danish bisik Saleha Hamidi dah balik ke? Perlahan Saleha menuju ke bilik bersebelahannya iaitu bilik Danish. Tiba Tiba Saleha terpijak sesuatu yang lembik dalam gelap.
“Aduh ini kerja kiwi la ni ! ” marah Saleha pada kucing kesayangan anak nya. Saleha menuju ke bilik air dan membawa kain untuk mengelap taik kucing. Saleha kehairanan, yang di pijak tadi bukanlah taik kucing tapi lumpur. Dari mana pulak datang lumpur ni bisik Saleha. Mungkin Hamidi dah balik kesan lumpur tu mungkin Hamidi kena hujan tadi. Saleha tersenyum dan menuju ke bilik Danish . Saleha membuka pintu. Saleha tercengang
Hamidi dalam keadaan basah kuyup, wajah nya seakan hancur, biji matanya terkeluar dan terdapat gilisan tayar. D***h di merata rata dan daging badannya jelas kelihatan. Saleha pelik kenapa Danish tidak takut dan segera mendapatkan Danish untuk melarikan diri.
“Akak, Saya rindukan Danish ” kata Hamidi.
Perlahan langkah Saleha terhenti. Dan berpaling pada Hamidi . Hamidi yang sebentar tadi kelihatan menakutkan berubah rupa menjadi lebih elok. Kemas, bersih dan bercahaya. Air mata Saleha mula mengalir keluar.
“Akak, masa Hamidi dah tiba. Berilah peluang untuk Hamidi peluk Danish ” senyum Hamidi
Saleha tak dapat nak berkata apa apa dan melepaskan Danish.
“Pak Cik nak pergi mana? Bawalah Danish, Danish nak ikut ” pujuk Danish membuat muka sedih
Hamidi tersenyum dan menghulurkan sesuatu di tangan Danish.
“Danish sayang. Pak Cik nak pergi jauh. Janji pada Pak Cik, Danish jaga mak baik baik tau ” kata Hamidi pada Danish sambil memegang kepala Danish.
“Danish janji nak jaga mak sampai Danish besar. Pak Cik jangan risau ok. Nanti Pak Cik ada masa Pak Cik datang lah jenguk Danish tau ” senyum Danish seolah mengerti bahawa Pak Ciknya tidak akan kembali.
“Nanti bagi kat mak tau kat tangan Danish ni ” senyum Hamidi pada Danish
Saleha menangis teresak esak tidak dapat menerima kenyataan bahawa adik nya, Hamidi telah pun tiada.
“Akak, jaga Danish baik baik. Ins sha Allah Jodoh akak akan menyusul. Halal kan makan minum Hamidi ya ” kata Hamidi tersenyum.
“Akak akak halalkan ” kata Saleha teresak esak
“Jangan bersedih akak. Pergi Hamidi adalah takdir ” kata Hamidi perlahan lahan menghilang. Danish menghulurkan sesuatu pada mak nya. Saleha menangis semahu mahunya, jelas gambar Saleha , Harun dan Hamidi berada dalam tangannya.
Kedengaran orang memberi salam, Saleha mengesat air matanya dan berlari membuka pintu
“Assalammualaikum ini rumah En Hamidi Bin Mohd Daud? ” tanya Inspektor Polis
“Waalaikummussalam ye kenapa ? ” soal Saleha
“Nama saya Inspektor Hadi. Di harap puan banyak bersabar. En Hamidi telah pun meninggal dunia kerana mengalami kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja ” kata Inspektor Hadi
Saleha hanya tenang menerima perkhabaran itu. Dan menerima kenyataan dengan redha bahawa adik nya , Hamidi telah pun di jemput ilahi.
Perlahan Inspektor Hadi meminum teh tarik yang di pesan . Aku mengesat air mata yang mengalir tanda bersimpati .
“Tapi kejadian pelik di laporkan pada saya sewaktu mandikan dan juga kebumikan jenazah ” kata Inspektor Hadi.
“Kejadian apa ? ” soal Aku
“Mana tak pelik. Tapi itu mungkin keajaiban Allah SWT untuk makhluk nya. Jenazah Hamidi berbau wangi, kesan lukanya mengalir d***h tanpa henti. Yang menghairankan tubuh badan nya panas suam seakan akan dia masih bernyawa. Tambahan lagi semasa pengembumian, rasa macam memikul kapas tak rasa apa apa ” kata Inspektor Hadi
“Allahuakbar. Indah ciptaan tuhan. Bahagian dia Inspektor ” senyum aku
“Saleha ada cerita. Hamidi ni orang nya baik sangat. Solat, baca Al Quran. Siap hafal ayat ayat Al Quran tambahan pulak Surah Al Mulk yang selalu di baca. Tak hairan kalau Allah SWT memberi keistimewaan untuk arwah ” kata Inspektor Hadi.
Saleha membawa Danish keluar dari kedai berhampiran.
“Ayah, Danish jumpa dah. Ultraman yang Danish nak. Jom Balik ” kata Danish
Soal jodoh, maut itu di tangan tuhan, tiada siapa yang mampu menyangkal. Saleha bertemu jodoh dengan Inspektor Hadi. Kasih sayang membentuk satu hubungan emosi di dalam akal fikiran. Akal Fikiran akan menjana kemunculan, dimana yang tak patut kita lihat kita dapat lihat. Ini bukanlah teori menidakkan kewujudan alam ghaib tapi di sebabkan hubungan yang terlalu erat, Alam Ghaib dapat dilihat.
Tamat Kisah Pelukan Terakhir Pak Cik Ultraman. Kalau menangis kesat air mata. Jangan sedih sedih hehe
Say #east
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
sedih bakhang
sedihnya…
sedihhhhhh
sedeh Nye cerita…