Einzelganger

“Fifi pondan! Fifi pondan!”

“Kunyit dah datang weh kunyit dah datang!”

“Cantik beg adik Fifi hari ni… aww. Fifi pakai bra warna apa?”

Ya, kau dengar kata-kata nista dan cacian padanya. Tapi Wafiey kelihatan tidak kisah. Wafiey berumur 16 tahun, seingat kau. Baru berpindah sewaktu pertengahan tahun ini.  Kau pula hanya seorang tukang sapu sekolah, tapi diam-diam kau sebenarnya memegang segulung ijazah perguruan dari IPG di pantai timur – kau cuma mengisi masa lapang sebelum nama kau diseru Kementerian Pelajaran Malaysia. Kau mengikut pakcik kau, seorang tukang sapu sekolah juga, berkerja di sekolah ini buat sementara waktu. Sebelum kontrak kau bermula,kau sempat memaksa pakcik sulung kau yang duda tiada anak itu – untuk merahsiakan status pelajaran kau.

Pakcik kau menurut. Sayangnya dia pada kau seperti anak sendiri.

Wafiey, Abdul Wafiey bin Abdul Muhaimin namanya. Kau kenal dia, sebab pada awalnya kau ingatkan dia perempuan. Dia agak rendah, dalam ketinggian 165 cm, namun kau tahu biasanya lelaki akan tetap membesar ketinggiannya hingga dia berumur 20 tahun lebih. Agaknyalah. Kulit Wafiey putih melepak. Bibirnya merah jambu, matanya sepet, berwarna hazel. Keningnya lebat. Rambutnya hitam kecoklatan. Disebabkan Wafiey jarang bersukan, jarang menyertai aktiviti lasak, badannya halus. Tidak setegap rakan-rakannya yang lain, yang menyertai ragbi, bola sepak, boling padang dan sebagainya.

Wafiey gemar membawa beg merah jambu bercorak bintang-bintang putih. Bila kau kata merah jambu, ini bukanlah merah jambu pudar. Merah jambu ini adalah benar-benar ‘striking’!  Dari jauh sudah kelihatan begnya. Ada pula ‘keychain’ bulat berwarna ungu lembut, berbulu. Ada loceng pula dihujung. Jadi kalau Wafiey berjalan dengan beg miliknya, kau dengar loceng itu bergemerincing lembut.

Sekejap, bagaimana kau betul-betul kenal Wafiey, ini?

Sebab kau pun gay.

Ehem. Kau lebih suka terma ‘bisexual’. Kau okay mana-mana gender, lelaki atau perempuan. Terutamanya lelaki ‘cantik’ macam Wafiey. Ah. Sekali tengok si Wafiey ni bagai pelakon Korea. Tapi bukan yang sado-sado, macho itulah. Yang comel-comel tu. Geram pula kau dengan si Wafiey ini.

Namun, kau bukan jenis gopoh. Bukan. Lagi pun, kau tahu dosa pahala. Tidak pernah sesekali kau terjerumus dalam lembah ‘pelangi’ ini, walaupun godaan demi godaan datang bertamu. Lagi pun, kau okay sama ada lelaki atau perempuan. Itu satu kemudahan untuk kau,

Dan juga, satu ujian.

Sama sahaja analoginya seperti kau suka makan maggie ketam, tetapi kau tak ada duit, walaupun kedainya di depan mata. Takkan nak mencuri, kan? Takkan nak paksa orang sukakan kau, kan? Alah. Kalian faham-faham sahajalah. Jadi sama seperti lelaki heteroseksual lain yang meminati Neelofa dari jauh, kau pandang sahajalah Wafiey dari jauh. Kalau Wafiey lalu, kau senyum. Tapi Wafiey tak pernah pandang kau. Dia cuma menunduk sahaja. Baguslah. Dapat kau kawal nafsu tak senonoh kau! Tapi, Neelofa cantik juga. Huhu.

Satu lagi, bila kau, err, gay/biseksual, kau dapat agak sama ada lelaki itu gay atau tidak. Puas kau tenung si Wafiey ini, tapi dia tiada tanda-tanda gay. Benar rambutnya selalu dibiar panjang, dan selang sebulan rambut panjang Wafiey akan bersua gunting si Ustaz Awang, namun Wafiey – tidak lembut. Jalannya tegap. Perlakuannya kaku, keras, tiada lemah gemalai. Dia pernah tercicir beg dompetnya, yang kau kutip dan hulur kepadanya. Beg itu, beg dompet lelaki, dengan nuansa warna perang gelap, berkulit kasar. Kau hulur, dan sewaktu dia menyambutnya, tangannya tidak selembut yang kau sangka.

Dan kau termenung panjang; bagaimana seorang budak lelaki yang membawa beg merah jambu terang bercorak bintang-bintang, dengan tersangkut keychain berbulu hampir sebesar bola tenis berwarna ungu lembut – memiliki sebuah dompet yang kelihatan maskulin?

Sangkaan pertama kau, Wafiey ada ‘sugar daddy’. Mungkin, itu hadiah dari ‘sugar daddynya’. Masakan lelaki gay secomel (Comel? Cantik) Wafiey tiada ‘sugar daddy’!

Namun kau tolak, kerana Wafiey tiada tanda-tanda bermewah-mewah. Beg itu beg biasa sahaja. Boleh dibeli di pasar malam dengan harga RM10.00, barangkali. Kasut sekolah dia pun, walaupun kemas berkapur kasut, tidak bertukar. Jam tangannya biasa-biasa sahaja.

Hari itu, kau lihat pelajar kelas Wafiey menukar pakaian ke persalinan baju sukan. Oh, mungkin ada kelas PJK pagi ini. Lagi pun akhir tahun sudah menjelang, buku teks sudah dikembalikan. Bukan mereka ada apa-apa aktiviti pun.

Setakat ini, pelajar lelaki kelas Wafiey okay. Apa yang kau maksudkan dengan okay adalah, mereka, sekurang-kurangnya tidak membuli Wafiey. Namun Wafiey kelihatan terasing; dia banyak berjalan keseorangan. Pelajar perempuan pun jarang bertegur sapa dengan Wafiey. Tapi baguslah. Dari dia dibuli.

Sewaktu kau sibuk menolong mengangkat anak-anak pokok bunga untuk di tanam di Taman Botani sekolah, kau ternampak Wafiey di seberang padang, dengan pakaian baju sukannya –  berjalan keseorangan. Dia menunduk. Rakan-rakan sekelasnya sedang seronok bermain bola sepak. Wafiey menghampiri barisan pepohon beringin yang rendang. Kau nampak Wafiey duduk, memeluk lutut.

Kau memicingkan mata, mengelap peluh yang berjejeran di dahi. Kau tidak hirau. Banyak lagi kerja mahu dibuat. Lantas, kau mengambil anak-anak pokok itu, di tanam di batas yang sudah sedia pekebun sekolah itu gali. Saja kau mahu menolong. Apa salahnya.

Siap satu batas, kau bangun, mahu mengambil anak-anak pokok bunga kertas pula.

Dan kau dengar, suara jerit pekik seakan sedang bergaduh.

Kau berpaling. Ke arah Wafiey.

Sah!

Wafiey sedang diterajang. Dibelasah. Ditumbuk ganas. Sekumpulan pelajar berbaju sekolah mengelilinginya dengan lagak samseng. Wafiey cuma terbaring mengerekot, menutup kepalanya dengan kedua belah tangan.

Cangkul kau , kau lepas. Segera, kau berlari ke arah hujung padang.

Belum sempat kau sampai, ada seorang pelajar perempuan berbaju pengawas, turut berlari menghampiri mereka. Dengan mata kepala kau sendiri, pelajar itu menarik kainnya  tinggi, menampakkan seluar sukan yang dipakai di belah dalam. Pelajar perempuan itu, melompat ke udara, berpusing lincah – sebelum kakinya tepat terkena muka pembuli, yang berpaling melihat perempuan itu.

Kau ternganga. Kau dahulu pernah sertai Tae Kwon Do. Itu reverse hook kick! Kau nampak pembuli nombor Satu terhuyung-hayang sebelum rebah.

Pembuli nombor Dua dan pembuli nombor Tiga menolong Pembuli nombor Satu bangun. Kau nampak, pembuli nombor Empat menunding jari ke arah Pengawas Perempuan, berkata sesuatu.

“Kau ingat aku takut?” Ringkas jawapan Pengawas Perempuan. Lantas, keempat-empat Pembuli lari. Pembuli nombor Empat masih menyumpah seranah.

Kau lihat Pengawas Perempuan menghampiri Wafiey. Dia kelihatan serba salah, kemudian, dia melutut. Menyentuh lembut Wafiey di bahu. Wafiey mendongak. Perlahan, Wafiey bangun.

Kau menghampiri.

“Kau orang okay?” Ujar kau. Pengawas Perempuan mendongak. Dia tersenyum, mengangguk. “Saya okay. Dia tak.” Pengawas Perempuan melihat Wafiey yang duduk, dengan muka bengkak dan bibir berdarah.

“Awak boleh bangun?” Ujar Pengawas Perempuan lembut. Wafiey mengangguk. Merah mukanya, malu-malu.

Saat itu kau terperasan sesuatu.

Wafiey bukan gay. Bukan biseksual seperti kau. Lihat, dia malu-malu dengan Pengawas Perempuan!

Lelaki muda itu bangun. Berpura gagah dari yang sepatutnya. Kau nampak dia terhuyung-hayang. Sempat kau kerling nama di tudung biru gelap Pengawas Perempuan.

‘Tg. Nurdiyana’.

Dia berkulit hitam manis, namun matanya… Matanya coklat cair. Secair coklat hangat yang kau hirup waktu pagi dingin di Amsterdam.  Kau terpana seketika. Ah! Dasar nafsu biseksual!

“Mari Wafiey. Kita ke bilik guru.”

Lembut suara Tg Nurdiyana. Ah panjang betul namanya. Kau rangka namanya sebagai Kuna sahaja. Yalah, dia kan Tengku. Ku dari TengKu dan Na dari NurdiyaNa. Bolehlah.

Wafiey menggeleng.

“Tak apa. Saya okay. Terima kasih.” Ujar Wafiey.

Itu kali pertama kau mendengar suara Wafiey! Suaranya dalam. Kasar. Tak padan dengan tuan. Sekali lagi kau tergamam dengan suara machonyaaaa.

Ah dasar biseksual. Kau mencubit peha.

Kau cuba mengingati siapa Kuna ini. Ya. Tak silap kau, dia Penolong Ketua Pengawas. Tak silap kau juga, dia berada di Tingkatan Lima. Setahun tua dari Wafiey. Kau selalu nampak dia di atas pentas, sama ada berucap atau mengetuai majlis. Namun kau selalu nampak dia dari jauh sahaja, tak pernah sedekat ini.

“Sekurang-kurangnya, biar cikgu rawat luka awak tu. Di bilik guru ada kit rawatan cemas.” Tegas Kuna.

Wafiey menggeleng. Lantas, dia berlalu.

“Wafiey!” Laung Kuna. Hampa. Wafiey sudah berlalu pergi, mengheret kaki yang sakit.

Kau? Kau cuma tercegat disitu, tidak pasti apa yang patut kau ucap. Kau lihat Kuna menghembuskan keluhan berat. “Saya kena laporkan ini pada guru disiplin. Mereka tu selalu sangat membuli Wafiey.” Ujar Kuna tegas. Dia mendongak memandang kau, si lelaki yang berdiri pada ketinggian 176 cm.

“Boleh temankan saya ke bilik guru? Sekurang-kurangnya ada saksi.” Ujarnya.

Kau mengangguk. Menurut susuk gadis di hadapan kau.

======================================================

Usai kau menghadap Teacher Noriah, si guru disiplin, kau turun kembali ke padang dengan dua biji coklat Cadbury. Ah, Teacher Noriah masih ingat kau. Dahulu dia mengajar sekolah kau. Puas kau pujuk dia jangan beritahu sesiapa mengenai status pelajaran kau. Mengekeh wanita setengah abad itu ketawa.

Mengenai hal si Kuna dan empat pembuli, Teacher Noriah menyuruh Kuna kembali ke kelasnya terlebih dahulu. Barulah Teacher Noriah membuka cerita dengan kau.

“Oh, yang berempat tu? Memang banyak masalah. Kami tahan je mereka, ingatkan mereka nak exam SPM sebulan dua lagi.”

Kau mengangguk. Patutlah. Senakal mana budak-budak, Teacher Noriah tetap berlembut hati. Tetap memikirkan masa depan mereka.

“Tetapi, bagaimana dengan Wafiey?” Ujar kau bimbang.

Teacher Noriah merenung kau dengan kening sebelah diangkat.

“Please look after that boy for a month or two.”

Kau mengangkat kening.

“Oh Izzat, please don’t make that face. Dia baru sahaja berpindah ke sini. Loner. Tak bergaul. Saya sendiri pernah refer beliau ke Guru Kaunseling kita, Cikgu Musa. Tapi sepanjang sesi, dia diam. Tak bercakap.” Teacher Noriah menautkan kedua belah tangannya, membentuk genggaman.

“Tolong tengok-tengokkan dia. Dia selalu jadi mangsa buli. Hanya untuk sebulan lebih, Izzat. Lepas tu, those boys will be gone. Tak lama.”

Kau terkulat-kulat di hadapan Teacher Noriah. Tak apalah, kau turutkan sahaja.

Kau mengangguk.

“Very good! Here, take some candies!”

Jadi, sekarang, kau berdiri berdekatan tangga, merenung dua biji gula-gula Cadbury. Apa ini? Rasuah?

Kau tersenyum sendiri, teringat waktu Teacher Noriah mengajar kau suatu masa dahulu. Siapa dapat jawab satu soalan, di hadiahnya sebiji coklat Daim. Dua soalan, dua biji coklat Daim. Kau, anak yatim yang terbiasa makan coklat berbalut dengan bentuk syiling 50 sen – sudah pasti, sangat teruja waktu itu. Coklat mahal!

Kau mengenggam gula-gula itu. Dimasukkan ke dalam kocek. Kau nekad mahu membantu Wafiey. Bukan kerana nafsu biseksual kau, tapi atas kau juga – adalah bakal pendidik!

==================

Hari itu, kau nampak berbondong-bondong pelajar tingkatan 4 ke gelanggang bola jaring sekolah. Kau turut menyibuk, sebab kau nampak Wafiey. Kalau tak kerana janji kau dengan Teacher Noriah, kau buat tak tahu dah.

“Ada apa tu kak?” kau tanya seorang makcik ‘cleaner.’

“Oh, macam biasala Cikgu Zahrin. Tiap akhir tahun, dia akan buka pengambilan kelab-kelab sukan untuk pelajar Tingkatan Empat. Nak tambah markah kokurikulum bagi yang tak aktif, katanya.” ujar makcik itu selamba.

Kau angguk.

Kau lihat Wafiey dalam pakaian sukannya, berdiri kesunyian di sisi gelanggang bola jaring. Pelajar lelaki lain sibuk berceloteh di tengah-tengah gelanggang.

Wisel ditiup. Susuk Cikgu Zahrin muncul di gelanggang. Keadaan senyap seketika.

“Okay. Saya tak nak paksa kamu. Yang penting, sekurang-kurangnya kamu ada markah ahli.” laung Cikgu Zahrin. Tinggi, tegap, berkumis nipis, berkulit hitam manis.

“Tapi, saya tak nak kamu masuk mana-mana kelab sukan sesuka hati. Hari ini, kita buat pemilihan. Saya tengok sukan mana yang kamu sesuai. Macam biasa, kita ada lima kelab sukan yang masih banyak keahlian. Basketball, petanque, memanah, bola jaring lelaki dan boling padang. ”

“Bola sepak dah tak ada ke cikgu?”

“Dah ramai sangat ahli. Awal-awal tahun kenapa kau tak ‘join’?” lelaki itu menjengilkan mata. Pelajar itu tersipu sendiri.

“Pertama sekali, boling padang. Mari, ikut saya. Saya terangkan.”

Kau perhatikan riuh rendah pelajar. Seperti biasa, Wafiey berdiri agak jauh. Keseorangan.

“Eh, abang Izzat.”

Kau melihat ke kanan. Kuna tersenyum di sisi kau.

“Kuna! Buat apa kat sini? Tak ada kelas ke?”

“Kuna? Panggil Diyana je. Sekarang kami ulangkaji sahaja. Cikgu dah jarang-jarang masuk kelas. Saya ke ke sini sebab Cikgu Zahrin panggil.”

“Kenapa?”

“Saya pengerusi Kelab Memanah. Cikgu Zahrin minta saya demonstrasi.”

Kuna/Diyana menunjukkan busurnya yang tersimpan kemas. Wah. Bukan sahaja atlit Taekwondo, gadis ini juga atlit memanah.

“Pakai baju kurung sekolah sahaja?”

“Ya. Tak apa, memanah bukan lasak sangat pun. Saya pergi dulu. ” ujar Kuna bersahaja. Kau mengangguk. Merenung susuk tubuh Kuna yang menuju ke gelanggang bola jaring.

Dari jauh, kau nampak Wafiey menyedari kehadiran Kuna. Dia terjenguk-jenguk dengan pipi memerah. Aww! Polos betul. Kau tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Tiba-tiba, kau teringat sesuatu.

Bukankah dua hari lepas Wafiey dibelasah? Kau masih ingat bibirnya yang pecah dan wajah membengkak.

Hari ini, Wafiey kelihatan seperti lansung tidak disentuh. Wajahnya licin. Tiada noda.

Kau termangu. Tak mungkin. Lebam takkan hilang secepat itu, apatah kesan diterajang di muka bertubi-tubi. Kau menggaru kepala yang tidak gatal. Satu habit.

Wafiey masih mencuri pandang ke arah Diyana. Gadis itu sibuk menyusun anak panah, menyarungkan ‘guard’ dada dan lengan. Kumpulan pelajar yang sedang sibuk menyaksikan demonstrasi Cikgu Zahin tidak perasan kehadiran Diyana, sedang menyiapkan busur.

Gadis itu kini sedang berdiri tegak. Busur diangkat bergaya, dipacu ke arah papan sasaran.

Kau terperasan sesuatu.

Kucing!

Kucing sedang melalui semak-samun, menuju ke papan sasaran Diyana. Diyana kelihatan tidak perasan kehadiran mamalia kecil itu.

Kau tergamam waktu Diyana menarik tali busur. Seakan diarah, kucing itu melompat ke papan sasaran.

“Diyana!”

Dan waktu kau melaung nama Diyana – kau lihat, anak panah itu sudah melayang.

Zupppp!

Wafiey!

Dia sedang berdiri di hadapan papan sasaran. Kau lihat Diyana melopong. Wafiey, sedang menggenggam anak panah di hadapan kucing yang mengais-ngais papan sasaran galak.

Perlahan, lelaki muda berambut kusut masai bergaya itu – mengacukan jari telunjuknya pada bibir.

“Shh.”

Wafiey mengerling kau. Anak panah dilepas, dan Wafiey berjalan selamba ke kumpulan pelajar yang riuh-rendah, langsung tidak menyedari apa yang berlaku.

Mata kau bertaut dengan anak mata Diyana yang gementar. Gadis itu kelihatan menggeletar, dan kau berlari-lari anak turun ke padang.

“Abang… Abang nampakkan, apa yang berlaku?”

Kau mengangguk.

“Macam mana. Macam mana ia berlaku? Sekelip mata sahaja. Saya langsung tak nampak…” Diyana berkata terketar-ketar.

Kau menelan air liur. Kau lansung – tidak nampak Wafiey berlari ke papan sasaran. Malah, papan sasaran dan gelanggang boling padang, adalah sangat jauh. Lebih 300 meter!

Wafiey sedang berdiri di belakang kumpulan pelajar lelaki lain.

Memerhati kau dan Diyana.

Siapa Wafiey sebenarnya?

Nota Penulis:

Hello! Terima kasih kerana membaca karya picisan tidak seberapa ini. Terima kasih admin, sekiranya kisah ini tersiar.

  1. Sudah tentulah, ini bukan kisah benar. This never happened, except in my head. Hee.

  2. Ini bersambung. Hanya dua bahagian. Ini pun sudah terlalu panjang, jadi saya terpaksa pecahkan.

Terima kasih kerana membaca.

zero

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Karasu
rate (4.61 / 44)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

157 Comments on "Einzelganger"

avatar
FAZIEY
rate :
     

cpt smbung..cm best da nie

minuman hahhahaha

macam anime sudah bagus baguss

akusuka

FIGHTING

FF

weh, sihat??

GO GO

alhamdulillah sihat hm

FF

where you want to GO? haha

minuman hahhahaha
rate :
     

.

kranberizstore
rate :
     

okay done baca ‘wafiey’..
cepat sambung tq..

Dhia Sara
rate :
     

da best da, skali~ mohon cepat sambung =)

Big Mom(Mama Mama)
rate :
     

Wahhh… Macam baca mangga dah aku rase… Huhuhu,aku syak wafiey pemakan devil fruit Soku Soku No Mi

misszira
rate :
     

i like !!!!!
best , menarik

InspNrlaa
rate :
     

Weyh cpt sikit smbg

patilro
rate :
     

Bestnyaaaaa. Good job writer, i love it!

Mawar
rate :
     

Raven. Sambung cepat pliss.

Aurora
rate :
     

Best..sambung cepat weyh

sashaalurveone
rate :
     

menarik! cpt sambung.. tak sbar nak tau sape wafiey^^

Bulan Biru
rate :
     

Cerita ni sangat menarik. Penulis seolah-olah menarik masuk pembaca ke dalam cerita.Lata belakang Wafiey sangat misteri.. Tak sabar saya nak baca sambungannya.!

Singkong & Keju
rate :
     

10/10

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

hai tok. how are you?

Singkong & Keju

this is the voicemailbox for Tok Aji Singkong.. Please leave your msg after the tone..

Tone

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

jimbet betul tok buat habis prepaid aku je.
Call awek tok lah

Singkong & Keju

tok gurau yo.. tadi tu tok cakap sendiri.. haha

Allahu.. Hulur tangan suruh Aji Juri cium

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

Sebijik suara tok macam operator pompuan tu.tok ni sajat ke?huhu

gigit tangan tok

Singkong & Keju

halkum tok well design..bole d cabot bila x d perlukan.. maklum la product import

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

semalam tok tertinggal halkum kat warung TJ.saya jumpa.
saya ingat biji guli. saya letak dalam aquarium tok.huhu.
japgi saya pulangkan ye

Singkong & Keju

X pe.. kau simpan je dlu.. tok ada bnyak lagi kat rumah.. kalau kau nak tok sain guli tu pun tok sanggup..

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

haha. takpelah. japgi saya buang. berlendir aquarium saye tok.huuhuu

Singkong & Keju

smlm tok nk ambk tp x jd.. sbb tok nmpk kau bawa guli tu borak2.. to perati je dr jauh.. x smpai ati nak minta bila tgk kau mcm syg sgt kat halkum tok tu..

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

tok jangan cerita sini hal tu. kang orang persoal kredibiliti saya sebagai timbalan penghulu merangkap pemegang akaun amanah.huhu

Singkong & Keju

Jilake!! sape yg tolong tok reply komen ni?

Jiju kau rileks je.. tgk tok da cover kau

DeluStar

Hye tok ..rindu kat tokkkk…

Singkong & Keju

x abis lagi ke rindu kau kat tok?..

Kiss pp

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

tok..pipi dia ada kudis

Singkong & Keju

tak pa.. tok pakai topeng ni.. haha

DeluStar

Dengki

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

ko jangan caras tok aku. ko dah caras medi aku.huh

DeluStar

Bila aku caras medi.si grimm tu yg caras..huhu

MUHAMMAD JURI BIN ADIL

takpe ko ambiklah…aku cari lain.hmmm

MEDICAKK

hmm, sedihnya aku hmmm

DeluStar

Jgn sedih medi..grimm kn ade..huk

MEDICAKK

hmm. aku taknaklah grimm.. huhu

eh, ko ni dah kenapa?

Teej
rate :
     

Best! Sambong cepat weh!!

wpDiscuz