Encik K – Kelas Tambahan Malam

Encik K – Kelas Tambahan Malam
Assalamualaikum semua. Encik K lagi di sini. Ini kali ke empat aku create story untuk FS. Selepas story pengalaman aku sendiri dan sepupu, kali ini aku nak story pula pasal pengalaman abah aku sendiri.

Kisah ni berlaku dalam lewat 90-an, ketika abah aku bekerja sebagai seorang guru Matematik di sebuah sekolah menengah agama berasrama di pedalaman Chenor, Pahang. Sekolah pada masa tersebut hanya bangunan separa batu dan kayu dua tingkat, pelajar pun dalam lingkungan 350 orang dan majoritinya tinggal di asrama yang disediakan pihak sekolah. Akses ke jalan utama pun hampir 2 kilometer.

Kisahnya, sekolah ini terletak di kawasan pinggir hutan, dan bukanlah kawasan yang padat dengan penduduk. Kebiasaannya, guru-guru di sini akan mengadakan kelas tambahan malam terutamanya menjelang musim peperiksaan. Termasuklah abah aku sendiri.

Disebabkan sekolah ini terletak dalam kawasan hutan, menjelang malam memang tersangat gelap. Ditambah pula, pada masa tersebut tiada lampu jalan untuk menerangi kawasan sekitar. Abah, mak dan arwah kakak aku dan guru-guru lain tinggal agak jauh dengan kawasan sekolah. Seperti kebiasaannya, apabila ada kelas malam sahaja, abah akan menunggang Yamaha CDI warna birunya untuk ke sekolah yang jaraknya hampir 15 minit.

Malam itu, selepas isyak tiga guru termasuk abah aku mengadakan kelas tambahan. Ustaz Sufian mengajar subjek Agama Islam dan Cikgu Siti Salwa pula mengajar Bahasa Melayu. Pada ketika itu, kedengaran bunyi-bunyi sumbang yang mengatakan bahawa di kampung tersebut terdapat beberapa siri gangguan mistik kerana beberapa kawasan hutan dalam kampung telah ditebang untuk dibangunkan terutamanya di tepi sungai.

Namun begitu, belum terjadi lagi perkara yang tidak diingini berlaku terhadap abah aku hatta di sekolah tersebut. Siapa sangka, pada malam tersebut akan terjadi juga. Ketika sedang mengajar di dalam kelas, seorang pelajar perempuan minta untuk ke tandas ketika abah aku sedang mengajar. Abah pun bagi keizinan dengan syarat perlu ditemani dua orang lagi kawannya.
Aishah dan Saleha sukarela untuk menemani Huda ke tandas yang terletak di hujung bangunan. Setelah mereka bertiga keluar, abah pun teruskan mengajar. Selepas 15 minit, tiba-tiba Saleha dengan termengah-mengah dan panic datang ke kelas memaklumkan Huda hilang di dalam tandas!

Bagi memastikan Saleha tidak bergurau, abah dan 5 lagi pelajar termasuk pelajar lelaki terus ke kawasan tandas tersebut. Kelihatan Aishah masih lagi menunggu di luar pintu tandas. Dia memaklumkan bahawa Huda masih lagi belum keluar dan sahutan berulang kali pun tidak dijawab. Abah aku terus memanjat dinding tandas dan sah! Huda tiada di tandas yang dimasukinya tadi.

Ustaz Sufian dan Cikgu Siti Salwa telah dipanggil oleh pelajar untuk datang ke kawasan tersebut setelah diarahkan oleh abah. Akhirnya, mereka bertiga membuat keputusan untuk mengarahkan pelajar yang lain pulang ke asrama dan rumah memandangkan kelas pun sudah hampir tamat. Hanya tinggal mereka bertiga dan beberapa orang rakan Huda di situ.

Setelah 20 minit meninjau di kawasan sekitar blok bangunan sekolah, mereka hampa kerana kelibat Huda masih tidak kelihatan. Tiba-tiba beberapa orang waris terdiri dari penduduk sekitar yang menjemput anak mereka datang ke situ setelah dimaklumkan oleh anak mereka.

Menjelang pukul 11 malam dan Huda masih tidak ditemui. Akhirnya Ustaz Sufian meminta diri dan akan datang dalam 15 minit bagi menjemput seorang rakannya yang juga ustaz di sekolah tersebut. Tidak lama kemudian, Ustaz Sufian tiba dengan diiringi Ustaz Hassan. Ustaz Hassan yang agak ‘berilmu’ datang membawa sebotol air lalu meninjau kawasan di sekitar tandas tersebut.

Setelah membaca doa dan kalimah yang tidak diketahui, Ustaz Hassan pun merenjis dalam tandas yang digunakan Huda tadi. Kemudian, Ustaz Hassan mengambil pula daun-daun kering lalu dilemparkan ke dalam tandas tersebut. Anehnya, daun-daun tersebut tiba-tiba bergerak seperti ditiup angin.

Melihatkan daun tersebut bergerak seolah-olah menunjukkan ke satu tempat, maka mereka pun mengikut arah daun tersebut terbang. Tidak lama kemudian, daun tersebut berhenti di sebatang pokok besar. Bila didongak ke atas, rupanya Huda sedang duduk mencangkung membelakangkan mereka di atas dahan yang sangat-sangat tinggi!

Setelah namanya dipanggil berulang kali, Huda pun menoleh sambil ketawa. “Dah lama ke cari?”, itu ayat pertama yang keluar dari mulut Huda. Tapi bagi mereka yang mengenali Huda, itu bukanlah suara sebenar Huda. Itu suara orang lain ! Maka Ustaz Hassan pun memainkan peranan. Disimbahnya lebihan air jampi di pangkal pokok. Tiba-tiba Huda menjerit ‘panas,panas,panas’ berulang kali sambil menggelupur. Serentak itu juga Huda terjatuh ke bawah tetapi berjaya disambut oleh beberapa orang penduduk kampung di bawah.

Setelah dipulihkan oleh Ustaz Hassan, Huda yang kelihatan masih lemah telah dihantar pulang ke bilik asrama. Keesokan harinya, kisah tersebut kemudiannya heboh di kalangan penduduk kampung. Ada bermacam versi. Ada yang mengatakan disembunyikan oleh hantu raya, disembunyikan oleh penunggu pokok malah yang lebih teruk ada yang mengatakan Huda hanya bergurau.

Tidak lama selepas kejadian tersebut, iaitu kira-kira dua minggu seterusnya, lain pula yang jadinya. Kelas tambahan malam juga, ketika sedang mengajar tiba-tiba Huda kena ganggu lagi. Tetapi kali ini gangguan tersebut berlaku di dalam kelas. Huda tiba-tiba terjatuh dari kerusinya. Aishah yang duduk di sebelah Huda terus mendapatkan Huda. Tiba-tiba sahaja Huda membuka matanya sambil menunjukkan ke penjuru siling kelas. Pelik, tiada apa yang kelihatan. Huda masih lagi menunjukkan tangannya ke atas siling.

Ustaz Hassan yang kebetulan mengadakan kelas tambahan pada malam tersebut datang setelah dipanggil oleh beberapa pelajar. Pelajar-pelajar yang lain telah diarahkan untuk pulang dan hanya tinggal beberapa rakan terdekat Huda sahaja.

Ustaz Hassan terus mendapatkan Huda. Kelihatan Ustaz Hassan cuba untuk berkomunikasi dengan Huda yang dah meracau yang bukan-bukan.

Ustaz Hassan terus membacakan beberapa ayat suci sambil memicit hujung jari kaki Huda. Walaupun hanya ibu jari kaki sahaja yang dipicit, Huda seakan-akan sakit yang teramat. Ustaz Hassan akhirnya berjaya menundukkan ‘makhluk’ yang menumpang Huda sambil terus memicit ibu jari kaki Huda.

Kemudian Ustaz Hassan pun bersuara :
Ustaz Hassan : ‘Keluar lah kau, Jangan ganggu anak murid aku!’
Huda : ‘Belum masanya lagi. Aku suka dia. Keturunan aku pun suka dia!’
Ustaz Hassan : ‘Dia bukan suku-sakat kaum kau. Jangan ganggu dia! Tolong pergi’
Huda : ‘Aku dah bawak dia pergi hari tu. Tapi kau kacau aku!’
Ustaz Hassan : ‘Sini bukan tempat kau. Sini tempat kami. Tolong pergi!’
Huda : ‘Ya memang bukan tempat aku. Tapi orang-orang kau dah curi tempat aku. Aku kena duduk di sini. Aku kena ambil tempat aku balik’.
Ustaz Hassan : ‘Kalau kau degil, aku terpaksa buang kau. Jangan cabar kau kerabat aku. Siapa hantar kau?’
Huda : ‘Datuk yang hantar aku. Datuk suruh aku ambil anak-anak kau. Jadi aku nak ambil dia pergi’
Ustaz Hassan : Kau nak pergi baik-baik atau kau nak hilang terus?
Huda : ‘Aku nak bawak dia pergi !’
**
Ustaz Hassan masih tidak berputus asa. Dia meminta seorang pelajar lelaki mendapatkan penyapu lidi di bilik guru. Kemudian……………….
*Bersambung (Encik K)

Encik K

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

21 thoughts on “Encik K – Kelas Tambahan Malam”

  1. X payah sambung2 la cerita ni abis kan je lah.. penulis cerita lain ok je cerita panjang2 asal cerita yg ditulis tu readers boleh faham bila baca dan kurang kan bahasa rojak sudah la..

    Reply
  2. Hmmm.. lepas ni boleh lah tulis kt tajuk cite tu sambungan drpd kelas tambahan malam.. HA! Lepas tu tulis dlm huruf besar… baru org fhm. K?

    Reply
  3. ei aku geram betul,time klimaks je mesti nak bersambung ke apa ke hairan betul. admin publish story ni tak cek betul betul ke? geram nihhhhh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.