Encik Pocong Dah Datang

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua pembaca FS. Kalau korang nampak cerita aku ni, terima kasih aku ucapkan kepada admin FS sebab sudi untuk post cerita aku ni. Cerita aku mungkin taklah seram mana bagi korang tapi bagi aku cukuplah sekali benda ni jadi kat aku.

Cerita ini berlaku pada dua tahun lepas di mana sehari sebelum hari jadi aku yang ke 22. Malam tu aku menonton tv seorang diri di ruang tamu. Aku sejenis yang suka tutup semua lampu dalam rumah dan hanya lampu tv yang bercahaya. Lampu luar rumah sahaja yang aku hidupkan. Nak dijadikan cerita malam tu aku berborak dengan kawan aku menerusi aplikasi Wechat sambil aku menonton rancangan Super Spontan di astro. Sedang rancak berborak dengan kawan-kawan, tiba-tiba terdengar bunyi yang sayup datang dari arah luar dapur. Anggapan aku mungkin dari tingkap dapur yang mana tingkap tu berada di sebelah kanan aku (rumah aku kecil ja). Namun aku hiraukan saja sebab dah tengah seronok ber’chatting’.

Namun bunyi tu datang lagi. Tapi kali ini lebih jelas dan kuat. Bunyi seakan-akan bunyi kucing tengah bergaduh. Telinga ku terasa panas waktu tu. Jantung bedegup laju seakan-akan ingin menoleh ke kanan (ke tingkap dapur). Namun ku kuatkan hati lagi. Ahh mungkin kucing begaduh kataku dalam hati. Tapi sangkaan ku meleset bila bunyi aneh dan bunyi barang jatuh kini jelas kedengaran. Seolah-olah ada sesuatu sedang cuba menarik perhatian aku. Jantung makin laju degupannya dan memaksa aku untuk menoleh.

Hah sudahhhh! Sah memang bukan kucing tapi rupa-rupanya pocong! Dia betul-betul bediri tegak di luar tingkap dapur aku (langsir aku nipis dan transparent) dengan jambul dia seakan-akan bergerak. Bentuk badan dia tegap dan tinggi. Ya Allah memang aku rasa nak pitam waktu tu. Tapi tanpa fikir panjang aku terus berlari ke bilik mama aku (disebelah kiri aku) sambil menjerit dan menendang pintu bilik mama aku dengan kuat.

Mama aku terjaga dan keluar. Aku menunjuk ke arah dapur dan mama terus meninjau lalu terduduk di lantai disebabkan terkejut kerana mama juga ternampak encik pocong tengah berdiri tegak di luar tingkap dapur kami. Lalu abah cepat-cepat laungkan ‘Allahuakbar’ sebanyak tiga kali di tempat tersebut. Mujurlah, lepas tu benda tu pun hilang sama sekali.

Malam tu aku langsung tak boleh tidur dan menangis tanpa henti. Mama memelukku dan ditemani adik-adik lelaki aku. Keesokan harinya, pakcik aku datang rumah. Beliau tanya dengan mama aku siapa yang menjerit malam tadi sebab jeritan tu sangat kuat sehingga mereka di rumah sebelah terdengar dengan jelas. Mama aku pun menceritakan akan perihal semalam. Abah pula siap-siap tutup tingkap tadi menggunakan kotak tebal sebab aku dah tak boleh langsung tengok tingkap tu. Fobia!

Sehingga hari ini pun kalau aku pergi dapur atau tandas, aku memang akan tengok tingkap tu dulu kot kot dia tercegat kat situ, memang tak lah aku nak teruskan niat nak ke dapur. Jadi itu saja cerita aku. Kejadian ni adalah hadiah harijadi yang paling teruk aku pernah dapat. Mana tak nya, encik pocong datang buat kejutan. hehe. Banyak lagi kisah mistik aku nak cerita tapi lain kali lah ya. Sekian. Terima kasih. Bye!

Al

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

15 thoughts on “Encik Pocong Dah Datang”

  1. Umur masa tu dah 22, tapi perangai macam budak skolah… Siap tendang pintu lagi tu.. Takda manner.. Dahla menangis tak tentu pasal.. Umur 22 wei.. Dah boleh jadi bapak orang dah… Hahahaha

    Reply
    • Manners tu penting…ko takut mcm mana sekali pon..itu bilik parent ko yg ko tendang tu…tangan letak mana? X boleh ketuk pintu da? Kalo takut sgt..jerit n ketuk la pintu kuat2…itu masih boleh terima lagi..sebab darurat..ini tendang? Sedih..perempuan perangai mcm gini…no respect!

      Reply
      • Tangan dia masa tuh tengah gosok2 mata (nangis macam cite rock oo tuh) mana sempat dia nak ketuk2 pintu..yang ada kaki tendang je la..ala kalau dah name takut..nampak pocong depan mate mana nak berlaku sopan da..janji dpt menyelamatkan diri..bukan semua org bila nampak natang mcm tuh boleh bertenang lagi..

        Reply
      • Nak no respect bende kalo org tu dah takut..kalo ko yg kene pon ntah2 roboh trs pintu sbb nak cpt2 selamatkan diri.X tau situasi org so x leh ckp lebih2.kang kene kat batang hidung sendiri terkencing trs (no respect beb)! —

        Reply
  2. Huhu.. Bahaya betul tendang pintu bilik parent malam2.. Tp mungkin dia tendang yg manje, sbb bila ketuk parent dia tak dgr.. Lagi pun dia xckp yg lps tendang pintu tu terus terbuka atau roboh.. Pikir postitip je.. Anyway, walaupun xberape seram, tp kalau kite mengalaminye, kekadang rase rasional time tu bole kurang.. Hanya yg mengalami je yg tahu.. Huhu

    Reply
  3. eh apalah ko tendang pintu bilik parents ko. kang dorang tgh ‘buat baby’, habis ko kene tendang oleh bapak ko…kacau stim.. pocong pun kene sepak..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.