Entiti Tanpa Muka dan Sekolah Rendah

Entiti Tanpa Muka

Assalamualaikum n selamat malam semua. Saya suka baca cerita2 seram kat sini, so saya nak ceritakan kisah saya plak. Kisah nie berlaku masa saya umur 13 tahun. Dan ia benar-benar berlaku kat saya. Masa tue saya sekeluarga pergi ke Kelantan, pak cik saya ada meeting kat sana. Kami check in kat sebuah hotel nie, saya tak ingat apa nama hotel tu, tapi memang best r. Masa tu bellboy mesra dengan kitowg, sembang dgn kitowg smpi ke bilik kami.

 

Keesokkan harinya, saya adik n akk saya nak ke swimming pool kat bwh, dengan riangnya kmi bertiga siap2 utk ke pool. Nak turun ke bwh kena naik lif, kami tingkat 9, pool kat tingkat G. Masa lif dah smpi tue, saya tekan lah butang G, tetiba lif tue naik, padahal td lif tue menunjukkan arah panah ke bwh. Kami pon wat mcm biasa je la, andaian kami mungkin owg kat atas nak turun sbb tue lif naik. Lif berhenti kat tingkat 12, pintu lif terbukak dan mmg lama r lif terbukak pintu tue. Saya jenguk lah keluar kepala, tgk kiri kanan tak ada owg, mata saya terus melihat ke depan. Depan tue ada satu pintu, kat tgh2 pintu tue mcm lobang cermin so boleh tgk la, saya ternampak kepala seorang lelaki. Dia mcm berdiri di bwh lampu. Bila saya perhati betul2, owg tue x da muka.. Kosong muka dia! Just kepala n rambut jew saya nmpk. Bila saya nak kluar lif tue utk kepastian, akak saya tahan saya. Dia just geleng kepala kat saya, memberi isyarat jgn keluar dr lif tue. Saya terus tekan butang 9 n tutup berkali2 smpi lah pintu tue tutup. Niat nak g pool terus batal masing2 dah takut sgt.

 

Sampai tingkat 9, lari pecut masing2 ke bilik hotel. Mummy tanya kami dan dia nmpk kami dah pucat sgt time tue. Kami cerita apa yg terjadi td kat tingkat 12, muka mummy dan pak cik tak caya. Diowg boleh kata kat kami mengarut. Then pak cik terus terfikir nak call bellboy td suh dia naik ke bilik kami. Pak cik soal dia apa yg kmi smpikan td. Then bellboy tue bukak mulut, tahun 2009( kmi duk hotel time tue dah 2011) ada kes b***h(x silap saya lah) kat tingkat 12, seorang lelaki m**i kat tingkat tue. D***h dia bersepai kat dinding kata bellboy tue la. Meremang bulu kami dgr cerita abg bellboy tue. Mmg ada owg nmpk kelibat dia kat tingkat tue tp dia x kacau owg. Sbb tue tingkat tue kosong x da owg menginap. Selepas hari tue alhamdulillah kmi tak kena gangguan dr entiti tue, smpilah kami check out.

So smpi sini la kisah saya, maaflah klu cerita nie x seram n ayat saya bercampur aduk. Sekian.


Sekolah Rendah

HELLO FIKSYEN SHASHA.

Saya nak ceritakan pasal sekolah rendah saya (nama sekolah dirahsiakan) Sebelum tu, kalau ada ejaan yang salah ke, maafkan saya ye. Bermulanya macam ni.

Kisah ni jadi masa saya darjah 3, saya dan rakan-rakan saya berada di tingkat 1 bangunan sekakolah dan kami pun naik ke tingkat atas. Tujuan kami naik tu untuk nak tengok je, sebab tak pernah lagi pergi naik atas sana. Masa naik tu, saya dan rakan-rakan ternampak ada satu bayang melintas di depan kita orang. Kami otomatik lah lari turan ke bawah.

Masa tengah lari turun tu, salah sorang dari kami ada terjatuh jam tangan di tangga. Tapi masa tu, dia tak berapa kisah dah, takut punya pasal kan. Bila kami semua dah sampai di bawah, baru lah dia bagitahu dia punya jam jatuh. Kami pun terpaksa lah naik tangga ke atas balik dengan ketakutan sebab nak carikan jam tangan kawan kami tu. Masa kitaorang tengok kat tangga tu, tak nampak pun jam tangan tu. Kami tanya la balik, “Kat mana jam kamu jatuh tadi?” Dia kata kat area tangga situ lah yang terjatuh. Kami pun carilah lagi, lagi-lagi jam tangan dia jenis yang mahal. Orang kaya kan..biasalahh.. Tengok-tengok jam tangan tu ada kat tempat yang betul-betul kami semua nampak bayang melintas tadi. Saya dan rakan-rakan pun beranikan diri untuk pergi ambik jam tu. Masa kami mendekati jam tu, tiba-tiba dengar ada orang menangis! Kami terus lari dengan panik. Masa berlari tu, kami semua memang rasa macam ada orang kejar kami dari belakang. Terus kami cepat2 turun.

Lepas dari hari kejadian tu,  kami semua asyik dapat mimpi pasal tu je. Mimpi kita sama je. Memang kami semua dah janji takkan pergi dah sana lagi. Sorry kalau cerita saya short dan membosankan. Terima Kasih

:Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 

 

 

 

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.8]

1 thought on “Entiti Tanpa Muka dan Sekolah Rendah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.