Entiti Tidur Sekatil

As salamualaikum wbt
Nama Pendek ku Man. Nama sebenar biarlah rahsia. Kisah dari Fisyen Shasha amat menarik mengimbas kenangan lama untuk dikongsi bersama. Bapa ku seorang tentera pencen dan tinggal di Kuala Lumpur sehingga sekarang. Maka saya tinggal bersama ibubapa sehingga berkahwin. Dalam keluarga ku abang sulungku, aku anak kedua dan adik bongsuku kerap melihat benda-benda pelik. Sikap aku sebenarnya selalunya tak ambik pusing dengan gangguan kecuali terpaksa. Banyak pengalaman berjumpa benda-benda pelik termasuk mimpi-mimpi aneh dan di sini aku kongsikan beberapa kisah sahaja.

Kejadian Pertama
Pada tahun 1997, syarikat tempat aku bekerja beroperasi di sebuah tempat bernama Wisma ….. di jalan Sungai Besi KL. Satu kejadian aneh telah berlaku yang tidak mungkin aku lupa buat selama-lamanya.

Pada hari sabtu aku berkerja seperti biasa (masa tu hari sabtu adalah hari bekerja). Ada seorang staff perempuan yang aku panggil akak ….. mengajak aku menemaninya OT kerana orang lain dah balik. Aku menolak kerana hendak ke Petaling Street. Satu kejadian menakut telah menimpanya.

Sebelum tu aku kerap diganggu. Tetapi setakat usik-usik sahaja. Kalau aku OT sorang-sorang pasti ada yang main bukak tutup drawer. Kalau main drawer saja tak pee tapi tutup kuat-kuat. Aku buat tak tahu jee. Kalau stay back malam-malam, time dia keluar tapi aku masih tak balik. Benda tu marah-marah. Pasti dia akan merungut membebel dalam bahasa yang aku sendiri tak faham. Pada mulanya aku ingat ada orang yang lupa nak switch off radio. Aku pun cari radio tapi setiap kali aku melangkah kedepan bunyi tu makin jauh makin berundur kebelakang. Aku langkah lagi kedepan bunyi tu pun berundur kebelakang. Last-last baru aku perasan yang bunyi tu bukannya bunyi radio.

Berbalik kepada cerita akak tadi. Dia terus OT sampai maghrib. Masa tu di rasa macam ada orang duduk kat kerusi depan. Bila dia angkat kepala. Benda tu menyeringai dengan wajahnye yang teramat …… hampir pengsan dia. Terkocoh-kocoh baca ayat krusyi dan dia terus balik. Hari Isnin berikutnya gempar satu office. Semua orang nak balik awal taknak OT. Pihak pengurusan susah hati. Diorang cuba ikthiar cari pakar. Tanya punya tanya akhirnya bos cari aku. Aku pun tanya abang aku kebetulan dia ada seorang kawan yang berkebolehan.

Syarikat setuju untuk membayar segala kos termasuk kos penerbangan. Kawan ni datang dari utara tanah air. Bila sampai dia terus ajak aku dan abang aku masuk kepejabat di tingkat 6. Masa tu pukul 10.00 pm. Dia ambik peralatan, bakar setanggi (aku mula rasa pelik kaedah dia buat, rupa-rupanyanya amalan dia bercampur aduk di antara rawatan tradisonal & ayat-ayat Quran. Timbul rasa kesal sebab tak semak latar belakangnya), kawan tu kemudian duduk bertakafur.

Tiba-tiba lif terbukak sendiri… ada bunyi hentakan kasut tumit tinggi sekali tetapi kuat. Kemudian diikuti dengan pergerakan patisyen kubik mula dari yang berdekatan lif hingga ke petisen akhir dihadapan kami. Si kawan tu kemudian membuka mata. Katanya benda tu dah berkomunkasi dengan dia. Benda tu sebenarnya langsuir. Si langsuir tu cakap kenapa dia menggangu pekerja syarikat:
• Ada kakitangan buat hubungan telarang di pejabat (aku fikir alasan ni sebenarnya adalah taktik syaitan untuk menyesatkan manusia kononnya tidak gemar dengan maksiat)
• Dia tinggal di tingkat 2 dalam stor berhampiran surau
• Pernah menampar kakitangan yang tidur didalam surau (lagi satu taktik syaitan, manusia akan beribadat kerana tidak mahu ditampar bukannya kerana takutkan Allah swt)
• Menyakat dan mengekori kakitangan yang hendak balik dengan bunyi tapak kaki mengekor dari belakang
• Menyerupai kakitangan perempuan sedangkan kakitangan sebenarnya MC & berbual-bual dengan kakitangan lain di tandas
• Tinggal di situ beradad abad sebelum bangunan sekarang siap
• Komplen kaedah yang digunakan sebelum ini. Ada ustaz cuba menghalaunya secara kasar ibarat masuk rumah orang tak bagi salam.
• Takkan pindah walaupun dipaksa secara kekerasan
• Berjanji tidak akan mengganggu manusia lagi (tipu jee)

Si kawan tu akhirnya bagi aku sebotol air mineral yang bercampur akar kayu. Dia suruh aku di malam lain merenjis ke seluruh pejabat dengan membaca 3 qul. Dia pun balik.

Selang beberapa hari kemudiannya aku pun bercadang untuk menjalankan upacara seperti yang disuruh. Aku telefon CFO. Tapi dia kata ada urusan. Aku telefon pulan GM, dia pun cakap ada urusan. Air akar kayu dan mula berbau. Aku mengambil keputusan untuk membuatnya seorang. Aku ambil baldi. Campurkan air akar kayu dengan air paip dan baca 3 Qul seperti yang disuruh. Punya lah gelabah sampai tersepak kaki sendiri menyebabkan suku air baldi tumpah.

Seluruh tingkat aku renjis air, sampai kat stor yang konon nya menjadi rumah diapun aku buat. Hatiku masa tu hanya Allah swt saja yang tahu. Sampai ke tingkat yang terakhir aku pun renjis. Tiada ape-ape yang berlak. Aku bersiap untuk balik. Masa aku nak off lampu, tiba-tiba ada letupan yang amat kuat seperti mercun bola. Bunyinya sekali tetapi letupan bercampur gegaran dan dikuti dengan bunyi kaca pecah. Aku ingat tangan aku luka atau cermin pintu pecah tapi bila ditengok balik semuanya okey. Aku cepat-cepat balik.

Kejadian Kedua.
Setahun selepas kejadian tu. Syarikat berpindah ke Pandan Indah pada tahun 1998.
Satu hari aku sampai awal sebelum pukul 8.00 am. Tiada orang yang sampai. Aku terus masuk ke pejabat dan tidak on lampu. Aku letakkan helmet dan jacket dan keluar ke tandas. Aku masuk balik ke office. tapi lampu dah terpasang. Aku lihat akak secretary dan sampai. Dia berdiri tercegat kat pintu masuk bilik bos membelakangkan aku kaku tidak bergerak-gerak. Aku biarkan dia dan terus on PC dan main game. Aku perasan akak tu berdiri lama sangat kat depan pintu tapi tak pulak fikir bukan-bukan maklumlah hari dah siang. Tak lama lepas tu akak secreatary yang ori. datang dan terus on lampu. Baru aku perasan yang aku bekerja dalam gelap. Akak misteri yang berdiri kat depan bilik bos tadi serta merta ghaib. Yang aku perasan akak yang ghaib tu memakai tudung, berbaju kebaya coklat lusuh dan berkain batik lusuh.

Aku terus bertanya akak secreatary yang baru sampai. “Akak baru sampai ke?” Dia jawab “ye laa” Masa akak sampai tadi lampu terpasang ke off. Dia jawab “lampu off, I yang pasang”. Rupa-rupa yang orang yang berdiri membelakangkan aku tadi bukan manusia. Aku cuba tinjau ke Jabatan lain melihat kalau-kalau ada yang berpakaian sama seperti yang aku lihat tadi. Tetapi tiada yang serupa.
Kejadian terbaru 2019.

Aku ada dengan ceramah ustaz-ustaz dalam & luar negeri yang nasihatkan jika kita terjaga di waktu 1/3 malam, eloklah bersolat qiamulail. Tidak pun sekurang-kurangnya baca & amalkan Subhanallah.. walhamdulliah.. hingga akhir, kemudian baca laailahaillallah wahdahulaa syarikalah … hingga akhir dan kemudiannya minta ampun dari Allah swt.. in sha Allah mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah swt serta pengampunanNya.

Satu malam aku terjaga dari tidur, aku teringat pesan ustaz-ustaz.. aku pun terus baca seperti dianjurkan. Kebetulan aku tidur awal, isteri pula tertidur di ruang tamu. Aku sorang-sorang dalam bilik. Ketika membaca ayat laailahaillah wahdahy laa syarikalah… belum habis, tiba-tiba aku terdengar suara garau, suara lelaki agak kuat disebelah aku atas katil sambal berkata “Celaka kau.. sapa suruh kau baca”, Aku tersentak.. tiada siapa disebelah pun. Aku terus membaca hingga habis.. Korang boleh cuba ya… hee hee.

Moral sebenarnya kita disunahkan kibas-kibas tempat tidur, membaca ayat2 kursi dan 3 qul sebelum tidur. Untuk pelindung lahiriah & bathinah kita. Kalau tidak jadi macam saya tidur dengan entity.
WaAllahualam

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Azahm

2 thoughts on “Entiti Tidur Sekatil”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.