FETISH

Ini adalah first cerita aku di FS. Terima kasih FS sebab publishkan cerita aku yang tak seberapa ni. Benda ni dah lama jadi tapi aku masih terbayang-bayang so aku fikir kalau aku share dekat FS ni mungkin jiwa aku boleh tenang sikit.
Sebelum tu aku bagitau dulu aku ni jenis orang yang macamana sebab siapa diri aku adalah kaitan dengan peristiwa2 misteri yang menyelubungi hidup aku. Nama aku Zizie. Aku ni jenis yang ada fetish dengan benda benda misteri, tak kira la misteri alam ghaib atau alam nyata, minat tengok movie2 hantu, movie yang ada unsur2 cannibalism, psycho yang dera2 dan bunuh orang. Tapi jangan khuatir, aku masih normal walaupun aku tengok benda2 macam tu. Itu cuma hobiku menonton movie di masa lapang sebab bagi aku movie bergenre biasa ni tak cukup mainstream. Novel-novel hantu pulak tak payah cakap, memang aku minat dan aku beli hampir penuh satu rak buku. Tak cukup dengan itu, kenkadang aku buat research dekat internet untuk pastikan cerita2 yang aku baca tu adalah real. Kalau korang tanya kenapa aku jadi macam ni pun aku tak tau nak jawab apa. Just minat dan rasa ingin tahu sangat menebal dalam diri. Walaupun aku minat dengan benda2 misteri ni, aku tak pernah kena kacau sampailah satu kejadian tu.

Masa tu cuti midsem. So, malamnya apartment sewa aku sunyi la tak ada orang. Aku sewa dengan budak2 satu university and ramai yang balik kampung dan ada jugak yang pergi short trip dengan member kelas. Aku pulak memang cadang nak balik kampung tapi aku jenis yang balik lewat sehari dua dari member2 lain, lagipun member2 aku tak ada yang senegeri dengan aku. Dah menjadi kebiasaan aku akan duduk sorang2 sebab sebelum balik aku akan kemas rumah dulu, buang sampah, basuh pinggan mangkuk, basuh baju semua. Aku bukan rajin sangat tapi kalau nak harapkan budak2 rumah lagilah masuk angin keluar asap. So, aktiviti aku malam tu adalah kemas ruang tamu ala kadar lepas tu aku lepak depan laptop sambil minum nescafe. Aku ingat lagi masa tu aku on movie “Cabin in the woods”.

Tengah syok layan, ada orang tekan bell. Aku tak pikir pelik pun masa ni sebab dah selalu orang2 surau akan pergi rumah ke rumah untuk ajak jemaah sekali. So aku pause la kejap, bangun nak buka pintu. Masa tangan aku nak pulas tombol tu la aku nampak bawah pintu ada cebisan kain kasa (yang orang guna utk balut luka tu) so aku kutip. Aku pegang hujung kain dan angkat paras mata aku sebab nak tengok lebih dekat. Dekat kain tu ada DARAH kering, campur nanah. Bau dia ya allah busuk gila. Yang pelik, masa aku kutip tu tak bau pulak dengan bau busuk yang macam tu, sepatutnya boleh bau sebelum aku sampai pintu lagi. Cepat2 aku buka pintu nak check kot2 ada member kelas nak pedajei aku ke. Tapi tak ada sesiapa depan rumah. Aku check grill memang berkunci. Kain berdarah dekat tangan aku buang keluar sebelum aku tutup dan kunci pintu rumah. Aku jadi terpikir sape yang tekan bell pastu selitkan kain tu bawah pintu. Tapi dalam kepala aku time ni aku pikir member2 aku je ni yang tak balik kampung saje nak main-mainkan aku. So aku ignore and masuk tidur.

Esoknya aku keluar beli nasi lemak depan lorong menghala ke apartment aku. Mak cik jual nasi lemak tu memang kenal aku, aku ni kira dah jadi pelanggan tetap dia la. Masa aku hulur duit nak bayar dia kata “Tak apa Zie. Dah ada orang bayarkan nasi kamu ni” sambil tersenyum-senyum. Aku hairan la sape la baik hati sangat ni. Aku agak aku ada crush daripada cara mak cik tu bagitau dengan senyuman penuh makna. Masa nak naik lif ke rumah aku, aku perasan ada sorang girl ni rambut panjang pakai hoodie hitam. Dia senyum kat aku sebab aku tolong hold kan pintu lif untuk dia. Unit aku tingkat 20, aku tanya la dia tingkat berapa alang alang nak tekan yang aku sekali. Dia jawab sepatah je “Empat”. Masa ni serious aku tak terlintas apa2 lagi.

Sampai tingkat 4 dia pun keluar sambil senyum sekali lagi. Tapi kali ni bukan senyum kat aku, sebab muka dia pandang depan. Aku nampak dengan hujung mata aku je, sinis sekali. Pintu lif tertutup dan terus naik ke tingkat2 seterusnya pada masa tu lah aku teringat. Tingkat 4 tu tak ada unit rumah tetapi kawasan parking. Dan setahu aku tak pernah ada orang parking kereta tingkat 4 sebab dah lama ditutup. Berdebar jugakla time tu nak tunggu lif sampai tingkat 20.

Petang tu aku tengah packing sebab malam tu nak balik kampung. Sekali lagi bell rumah aku berbunyi, berkali-kali seperti orang tak reti sabar. Aku ingat tu member aku baru balik dari short trip tak tahan nak terkencing ke apa. Dalam hati terpikir jugak dorang lupa bawak kunci rumah ke? Bila aku buka, guess what? That girl yang berhoodie hitam tengah berdiri di luar grill dengan muka yang tertunduk kebawah. Rambut panjangnya menitis-nitis air seperti baru terkena hujan. Di sebalik rambut panjangnya aku lihat bibirnya biru pucat terketar-ketar seperti menahan sejuk. Aku terdengar dia seperti sedang berbisik tapi aku tak pasti apa yang dikatakan.

Kalau tipikal cerita2 hantu dalam novel mesti dorang akan tanya “Adik ok ke?” tapi tidak aku. Aku terus hempas pintu. Aku jerit kuat2 dibelakang pintu sambil menapak kebelakang. “Kau nak apa hah? Aku tau kau bukan manusia!!!” Lepas aku cakap je macamtu, suara berbisik yang aku dengar tadi semakin kuat. Seakan bergema satu ruang tamu. Suara bisikan itu aku dengar seperti mantera. Aku tak dapat dengar dengan jelas tapi bunyi tu macam Bahasa jawa. Ianya makin kuat. Aku tutup telinga dan aku baca ayat kursi dengan mata yang terpejam. Alhamdulillah berhasil. Gangguan perempuan tu berhenti di situ. Malam itu aku berangkat pulang ke kampung.

Bermulanya episod aku kena ganggu dengan perempuan tu, aku kerap ternampak kelibat dia di mana2. Masa aku naik tangga, bersendirian di kantin, di library, di dapur, ya sekarang perempuan tu dah boleh masuk dalam rumah walaupun pintu rumah berkunci. Jiwa aku tak tenteram, aku rasa diperhatikan. Aku tanya housemates aku kot2 dorang ada nampak jugak perempuan ni, tapi dorang cakap tak ada, Dah sah la memang dia nak kacau aku sorang je.

One more thing, rumah aku selalu basah lantai. Ada sekali, aku masuk dapur terus tergelincir. Habis aku sumpah seranah housemates aku sebab pandai tumpahkan air tapi tak reti nak lap. Pastu tau dorang cakap apa? “Mana ada air?” Memang lantai tak basah langsung masa aku bangun tuh gais! Siot je aku rasa. Lepas tu, aku selalu dengar suara orang berbisik. Dekat rumah la banyak kali dengar.

Tapi ada satu pagi tu aku turun jogging kawasan apartment. Sambil2 jog tu pasang la lagu dekat telinga ambik mood pagi2. Tetiba lagu yang tengah play tu berubah ke next lagu. Aku tak habis dengar lagi, ehhh dah next pulak. Aku dah rasa semacam dah time ni sebab aku tak tekan pun walkman aku. Aku decide nak off je tak nak dengar lagu dah. Masa aku nak off tu lah bisikan tu muncul dari earphone aku. Aku rentap terus earphone dari telinga sebab terkejut. Aku terkejut sebab kali ni aku dengar dengan jelas apa dia cakap even dalam nada berbisik. Dia cakap “Gantikan akuuuuuuuu” banyak kali.

Dalam hati aku mengucap banyak kali. Sebab ni ke dia ganggu aku. Dia suruh aku ganti dia? Dalam ramai2 housemate dekat rumah tapi kenapa aku? Nanti aku sambung lagi in the next part. Aku cerita sebab musabab ‘kenapa aku’ dan gangguan2 ekstrim yang dia lakukan.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Zizie

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

41 Comments on "FETISH"

avatar
apipah

Alaa…cite la bagi habissss..

Akakkiut

Obses dgn mistik n misteri ko ni dik..mmg nmpk keobsesiannya tu.cptla smbung..cite ondek2 ni klau bsambung2 sakit jiwa akak taw x.kemurungan seminggu

Akakkiut

Sori..typo xbole nk edit.ondek2 is =pendek2..haha..adehh

CIK EFFY

haha saya pun terikut ondek2 ni waktu baca komen akk ..ingatkan mmg macam tu ..rupenye ,,typo….

fetish smbung cepat naaa

Fatimiman

Aduh…. sambung cepat ye… jangan buat tajuk lain kalau boleh… fetish 2 ke atau yg berkaitan lah… susah nak cari cerita bila tajuk lain2 ni…

Overall, cerita ko best bro

Kalenda

Dik…fetish tu maksudnya benda yg trigger sexual desire ataupun sesuatu objek untuk ritual pemujaan…bukan minat yg mendalam (kalau ikut dari your explanation kat intro).

Hati2 guna perkataan ye…

paklah

fetish tu cm sex dgn object bkn dgn mnusia

Fatimah M Amin

BI SPM dapat berapa?fetish tu more to sexual context…ke ko bernafsu dgn jin? Ke kalau ko kawin 1st nite spouse ko kena pakai kostum jin?

nizamhansem

Aduhai

fetish amin

Alamak! Bersambung pulakkkk.. Apa kata kau peram dulu cerita kau, dah siap tulis baru post. Adoiiiiiiiii tu pun nak kena ajar ke haa????????????????????????????????????????????

Hemoh-hemoh

Fetish tu ketagih ke? Almaklom bi fail. Smbg la cpt. ? 9/10

Sarabanon

sekarang mmg trend nak bersambung2 ka? next ep laa.. kalau ada pembaca baru sambung la.. please guys seteruk mana pon cerita tu dia akn ada pembacanya jugak.. bukan nak kecam ka apa tp kalau semua cerita asyik bersambung jenoh laa.. bercampur2 haa cerita.. jenoh nak ingat.. apa kata lepas ni sesiapa jalah rasa nak publish cerita, just tulis sampai habis then publish.. no hal lah kalau cerita tu kena ambil masa 3 hari 2 mlm nak habis pon.. maybe ada yg ckp alahh baca ja mmg sng la ckp, yg tulis ni bla3… kemon guy kalau nak stop pon at least bukan time org tgah sedap2 menghayatii..

#peminattegarfiksyenshasha

Sarabanon

Satu lagi kalau ada yang kata eh kalau nak baca, baca laa.. xmau jgn baca.. please laa, kalau boleh semua cerita aku nak baca.. cumanya bila bersambung mcm ni dia mmg potong mood laa… lain kali kalau rasa nak publish cerita by part warning sesiap sebelum pembaca nak menghayati..mcm ckp “cerita akan bersambung di part yg klimaks”, “cerita akn bersambung kalau ada peminat”..
k sekian luahan perasaan daripada cik banon..

** cucuk badak

amboi, pasal fettish pun boleh gadoh ye,
apesal tak gadoh pasal cucuk badak kenapa xde badak dalam cucuk badak, nama je cucuk badak tapi kat mne tah dia punya badak,

Zizie

Hahahahahaha… Lek2 sudah la semua. Aku baca lah komen2 korang.
Pasal tajuk pun nak condemn, nantilaa aku explain dalam part 2.
Sorry la kalau aku spoil mood korang sbb tengah sedap2 baca bersambung.
Aku tak expect FS akan publish, sbb aku cerita pun biasa2 je. Takde part melawak ke apa. Straight je. Takut korang bosan. Insha allah aku akan submit part 2. Sabar la eh. Aku hargai komen2 korang even ada yang mengutuk BI aku hahah.

kaki ayam

macam tiru cerita Friend Request jer..cita pasal budak perempuan psycho send friend request kat one girl dlm fb… and budak psychopath tu bunuh diri dan menghantui the girl.. and last sekali dia plk yg ganti jdi psycho…

Zizie

Nonono.. jgn buat assumption dulu, cerita aku tak habis lagi. Dalam part 2 aku ada cerita sejarah ‘perempuan’ tu. FYI, dia bukan seorang psychopath semasa hidup.

Ummi

Bila nak sambung. Lama tunggu ni.

hydrogen

You got a fetish for my love
I push you out and you come right back #adajugakgomez #justkidding

Hector Coleman

Luar biasa gan……

Si Gemuk Pendek

?

wpDiscuz