Firasat

Assalamualaikum. Terima kasih FS sudi publish cerita aku di sini. Aku perkenalkan diri dulu, nama aku Alia ( bukan nama sebenar), umur 23, dan masih bujang. Ini kali pertama aku menulis, Hope para pembaca FS faham apa yang aku nak ceritakan. Ia berdasarkan pengalaman diri aku sendiri. Its more about kata hati(firasat). Cerita aku tak seram pun tapi aku cuma nak berkongsi. Mungkin ada pembaca yang mempunyai pengalaman yang sama atau boleh terangkan kat aku terhadap apa yang aku dah lalui. Terpulang kepada pembaca sama ada untuk percaya atau tidak. Hope korang enjoy dengan kisah-kisah pengalaman aku okey.

KEMATIAN AYAH
Aku jarang balik ke rumah sendiri. Dah selalu duduk dengan nenek dari kecil sampai aku sekolah rendah. Aku peneman nenek dan nenek dah mengambil-alih sebahagian tugas mak ayah aku. Mak ayah selalu datang menjenguk sekejap. Kadang-kadang bawakan lauk atau apa-apa saja keperluan aku dan nenek. Pada satu petang (berusia 12 tahun), ketika keluarga aku sedang makan di dapur rumah nenek, hati aku dapat rasa sesuatu pada ayah aku. “ Ayah aku ni macam nak maninggal dunia je” Tersentak aku dari kata hati ini. Mana mungkin. Ayah sihat je siap makan berselera lagi.

Aku ni anak derhaka betul lah anggap macam tu. Dan kata hati aku benar, malam itu ayah aku meninggal dunia ketika makan malam bersama ibuku ( aku dan adik-adik di rumah nenek). Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, makcik aku datang memberitahu khabar tentang ayah aku. Aku terus terjelopok duduk sambil menjerit memanggil ayah. Aku menangis sekuat hati. Hujan di pagi hari membuatkan suasana bertambah sedih dan sayu. Bila teringat semula, apakah hati aku rasa ni? Satu kebetulan?

KEMALANGAN
Pada satu pagi raya pertama, aku terlewat bangun tidur sebab kemas rumah sampai lewat malam. Alang-alang dah lewat, mak dan adik-adik jelah pergi solat hari raya. Sebelum mereka bertolak ke surau, mak aku pesan suruh aku hantar makanan ke rumah nenek. Time ni aku dah mula tinggal dengan keluarga sendiri sejak arwah ayah pergi. Umur aku dah 20 tahun. Sedang aku bersiap-siap hendak ke rumah nenek, hati aku macam tak sedap, macam dapat isyarat tak baik. Tapi aku positifkan fikiran aku walaupun hati makin gundah-gulana tanpa sebab. Lama aku duduk dalam kereta, masih tertanya diri sendiri “ nak pergi ke tak?” tak pelah.

Pergi jelah. Sampai nak keluar simpang dari rumah aku, aku masih tertanya kat diri aku “ nak belok kanan ke kiri? Kalau belok kanan cepat sampai tapi…… macam hati ni rasa nak belok kiri je walaupun jalan jauh” fikir punya fikir, aku ikut kata fikiran aku lah belok ke kanan. Haa cepat sampai berbandang kata hati aku arahkan aku belok kiri. Aku pun pandu kereta sehingga jumpa simpang empat, time ni orang ramai pulang dari masjid. Jalan sibuk tapi aku ni asyik usya jalan nak pastikan taka da kenderaan lain lalu masa aku nak melintas. Bila tengok jalan clear, aku pun mula tekan minyak dan kereta pun bergerak perlahan. Tak disangka tetiba ada sebuah motor depan aku( padahal jalan dah ok kot.

Nasib tak menyebelahi aku, aku pun dah tak sempat elak, melanggar motor tersebut. Kecoh raya pertama aku dengan kemalangan. Menangis aku sampai tak nak keluar rumah beraya. Menyesal abaikan kata hati ni. Ye aku tahu, hidup ni dah ditakdirkan oleh Allah tapi ada sesuatu yang menghalang aku daripada berlaku hal itu. Hati aku yang merasai.

Kes ragut
Waktu ni aku berada di sebuah pekan. Aku pun tak tahulah, hati ni macam gerakkan aku untuk melihat satu kawasan jalan sambil hati ni rasa tak sedap je. Namun, aku biarkan rasa hati itu menjadi persoalan dan teruskan berjalan masuk ke sebuah shopping mall bersama kawan. Habis sahaja urusan, kami keluar dari shopping mall itu dan berjalan sehingga melalui kawsan jalan yang hati aku rasa tak sedap tu.

Dalam kami berjalan dengan lenggang dan tenang, aku rasa nak pandang belakang (time ni aku ikut gerak hati aku) aku perasan ada sebuah motor mengekori kami dalam keadaan mencurigakan. Padahal masa tu aku pun tak dengar bunyi kenderaan mengikut kami. Terdapat 2orang lelaki berpakaian hitam, helmet pon hitam sampai tak nampak wajah, mula melajukan motor untuk mendekati kawan aku. Kawan aku tu tengah pegang dompet kat tangan yang bersebelahan jalan. Aku apa lagi, rentap tangannya yang berada di sebelahku menyebabkan dia menjerit terkejut. Penunggang motor tu pun terus berhentikan motornya di hadapan kami dan seolah-olah memandangku seperti tak puas hati.

Sedang mereka tengah memandang aku, pembonceng motor menepuk bahu kawannya suruh pergi cepat dari sini. Cara mereka pandang aku seperti nampak hantu. Reaksi mereka dari rasa marah kat aku , bertukar menjadi gelabah, takut, melarikan diri dari sesuatu. Lintang-pukang bawa motor macam orang mabuk. Pecut betul. Aku toleh belakang aku tapi tiada apa-apa. Polis pon tak ada. Kemusykilan aku semakin bertambah. Apa sebenarnya yang mereka nampak pada aku?

TINDIH
Aku mula kena tindih masa tidur ni ketika berusia 17 tahun. Tapi sebelum tu, aku ada beberapa kali mimpi ular hitam Cuma tak kena patuk (umur 13 tahun). Hanya aku seorang saja yang akan kena seperti benda halus ni dah aim aku lama. Sampai aku umur 22 tahun, setiap kali balik cuti semester, mesti aku kena tindih (padahal di university tak kena pun). Setiap kali nak tidur, aku akan buka surah yasin mp3 di telefon bimbit dan set repeat.

Kalau tidak, memang akan kena tindih. Aku fikir mungkin ni perkara biasa tapi peliknya aku seorang yang kena dalam rumah tu. Mak aku tahu keadaan aku kene tindih tapi cuma suruh amalkan baca doa harian sebelum tidur. Walaupun aku dah baca, tetap kena. Sekarang Alhamdulillah, selepas aku berjumpa dengan ahli perubatan Islam ( masa ni kes aku kena gangguan di hostel kampus tapi tak sampai kena rasuk), aku tak alami hal tindih ni lagi.

JODOH
Aku membesar seperti kanak-kanak lain (normal). Tapi satu sikap aku ni, aku sering berkata-kata dengan hati dan lebih percayakan apa yang aku rasa. Sehingga pada satu hari (berusia 11 tahun), ketika aku sedang menonton sebuah cerita cina, dimana watak lelaki dan perempuan sedang berada di gereja (buat ibadah diorang). Hati aku berdetik “ Semoga suatu hari nanti, aku dapat bawa masuk seseorang dalam Islam dan menjdai teman dalam hidup aku. Aku akan bimbing dia dengan baik.” Tapi aku sedar, aku mana ada kawan lain bangsa. Haha rasa macam kuat berangan aku ni.

Aku hanya berdoa memohon agar diberi jodoh yang baik dunia akhirat. Tak kesah lah orangnya macam mana, yang penting agama dan akhlaknya baik. Aku berdoa agar sentiasa diberi petunjuk tentang jodoh aku. Tahun demi tahun, sedikit- sedikit petunjuk aku dapat (melalui rasa hati aku). Kadang aku tak percaya dengan apa yang aku rasa, yelah petunjuk yang aku dapat seperti biodata. Salah satu biodata pada diri dia ni, dia bukan Islam dan berbangsa Cina.

Sampai satu tahap aku berkata dalam hati “ Jika benar orang yang kau beri aku petunjuk itu adalah jodohku, Kau temukan dia di hadapanku sebagai bukti kekuasaanMu. Selepas itu, berilah kami masa dalam setahun/2 tahun untuk berkenalan dan tahu diri dia. Selepas itu, Kau pisahkanlah kami semula. Mungkin masa tu ex dia datang kembali dan dia masih belum bersedia ke arah Islam. Sampai satu masa nanti, bila masa da sesuai dan bersedia, Kau satukanlah kami dalam keredhaanMu”. Masa aku kata ni, aku ikut seperti apa hati aku rasa (firasat).

Akhirnya, tidak lama kemudian, dia betul-betul muncul di hadapanku. Ya Allah, pelbagai rasa dalam satu hati ni. Nangis ada, gembira ada, terkejut ada. Betapa aku panjatkan syukur sangat-sangat kepadaNya. Dan semuanya telah pun berlaku seperti apa yang aku firasat. Memang pedih bila aku dah cinta dan sayang dia, kena berpisah semula. Dua tahun telah berlalu. Hati aku ni tak tau lah sekarang, nak buka untuk orang lain, tapi aku tak boleh dah nak beri cinta tu. Mungkin sebab nama dia dah memenuhi ruang hati ni kot. Hehe tak tau apa solusi harus aku buat, sama ada tunggu dia atau buka cinta untuk orang lain.

Sampai di sini sahaja kisah aku. Ni antara pengalaman yang aku telah lalui. Ada lagi sebenarnya cuma ini jelah yang mampu aku kongsikan dengan para pembaca FS. Maaf andai ada salah bahasa ke boring ke. Sekian terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

15 comments

  1. Nasihat akak….tunggu sampai 3 thn.dia xmuncul2 baru terima org lain.tp kuat ht akak ckp dia akn muncul semula.xcy? Tu la firasat akak..hehe.smoga btemu semula.aamiin

        1. Xbaik tuu…da macam menilik nasib tu.xbole xbole..ahkak komen adik ni jer.tgk firasat dia cam bole caye.kita tggu jer..ape2 nti hastag jer akak..muah cikedd.hehe

        1. betul jugak kan, rahsia Allah.. agak2 Akakkiut, lama lagi ke dia kena tunggu? setia betul adik empunya cerita ni.. huhu

  2. Firasat tu mana boleh minta2.. contoh nya minta ramal nombor ekor ape yg kluar, Firasat tu lebih kepada petunjuk yg Allah bagi.. biasenye hnya org tertentu saje dpt kelebihan ni.. dan selebihnya kalau mcm soal jodoh takdir tu kena berdoa baru Allah gerakkan hati melalui firasat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.