FIRASAT!!!

Assalaimualaikum dan Hai warga peminat Fiksyen shasha. Sebelum saya memulakan cerita, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak fiksyen shasha kerana mengeluarkan cerita saya. Hari ini tiba-tiba saya terpanggil untuk menulis cerita dalam fiksyen shasha memandangkan saya suka sangat menulis (Doakan manuskrip saya dapat diterbitkan. Amiin…).

Kisah ini berlaku pada kawan saya yang pertama kali saya menemui di fakulti tempat pengajian saya. Saya gelarkan kawan saya itu ialah Najihah. Najihah ini orangnya suka bercakap. Boleh dikatakan kalau tiada dia memang sunyilah kami satu kelas. Semua pelajar dalam kelas kami memang senang dengan kehadirannya. Tapi apabila aku duduk dekat dengan Najihah, aku dapat rasakan sesuatu yang tidak kena namun aku pendamkan.

Semasa cuti semester, aku langsung tidak dapat menghubungi Najihah. Semua whatapps dan panggilan tidak dijawab. Apabila masuk semester 2, Najihah tidak mendaftarkan diri. Kami satu kelas menyangka yang Najihah mungkin berkahwin memandangkan Najihah ni cantik orangnya, pelajar lepasan sekolah agama dan baik pula tu. Siapalah yang tak nak, kan? Juga, semasa Najihah di semester satu ada sahaja senior yang mahu mengorat Najihah tetapi Najihah tetap juga tidak melayan.

Memandangkan rumah Najihah dekat dengan rumah kawan lelaki sekelas aku. Aku meminta dia untuk menghubungi keluarga Najihah. Rupa-rupanya Najihah bukan berkahwin tetapi ada masalah lain. Kata keluarga Najihah, Najihah terkena buatan orang. Kami satu kelas memang terkejut mendengar berita itu. Masing-masing pelajar di dalam kelas kami membuat tanggapan yang Najihah terkena buatan daripada seorang lelaki yang menolak cintanya dan macam-macam lagi pandangan yang keluar daripada kami semua. Tetapi entah kenapa firasat aku kuat mengatakan yang Najihah sebenarnya terkena buatan daripada kawan baiknya sendiri. Tapi aku hanya bagitahu pada segelintir orang yang terdekat dengan aku sahaja.

Habis sahaja aku pada semester 2 dan masuk semester 3, Najihah datang ke universiti dan mendaftarkan diri balik. Memandangkan aku rapat dengannya. Aku bertemu dengannya empat mata dan meminta dia menceritakan semua kisahnya. Najihah membuka satu –satu cerita dan disitulah aku menemui semua jawapan yang firasat aku katakan. Iya, Semua firasat aku adalah benar.
Sebenarnya Najihah sudah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan dirinya sewaktu dia masuk ke universiti ini namun dia diamkan sahaja dan kuatkan dirinya untuk menamatkan satu semester pengajian.

Sebaik sahaja pulang bercuti semester, Najihah sudah tidak dapat mengawal dirinya dan dirinya juga seperti orang lain. Keluarga Najihah juga pelik dengan perilaku Najihah yang diam dan tidak bercakap dengan orang. Pelik dengan situasi itu, Najihah dibawa berubat ke pelbagai tempat tetapi tetap juga tidak sembuh. Akhirnya, ibu bapa Najihah telah menerima panggilan daripada Timbalan Dekan fakulti kami dan meminta Najihah dibawa untuk berikthiar ke suatu tempat yang telah dicadangkan. Semasa bertemu ustaz tersebut Najihah telah didedahkan semua dalang-dalang orang yang mengenakannya.

Ustaz itu memberitahu bahawa kawan baiknya sendiri yang mengenakannya kerana iri hati dengan Najihah yang dapat memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kawan Najihah itu aku gelarkan dia sebagai Leesa. Leesa adalah merupakan kawan baik Najihah sejak di tadika lagi. Najihah juga tidak menyangka yang Leesa adalah orang disebalik dirinya menderita. Sebelum Najihah memasuki ke Universiti, Leesa pernah mengajak Najihah dan dua orang rakan mereka iaitu Sopia dan Ira untuk makan bersama bagi meraikan kejayaan Ira, Sopia dan Najihah yang dapat memasuki universiti.

Semasa di kedai makan, Najihah telah memesan bihun sup memandangkan itu adalah makanan kesukaannya. Manakala Sopia, Ira dan Leesa memesan kuew tiow sup. Rupanya disebalik pelawaan makan bersama itu adalah bermulanya kerja ‘jahat’ Leesa. Kata ustaz, Leesa telah memasukkan sesuatu ke dalam bihun sup Najihah dan benda itu adalah minyak m**i b***h. Patutlah selama aku dekat dengan Najihah, aku merasakan sesuatu yang tidak kena . Rupanya firasat dan tekaan aku betul.

Kata Ustaz lagi, sewaktu rumah Najihah membuat kenduri kesyukaran kecil-kecilan dan hanya sanak saudara yang di panggil untuk meraikan kejayaan Najihah yang dapat memasuki universiti. Pada malam majlis itu, ibu Najihah pelik melihat Leesa yang berada di luar rumah pada waktu maghrib tetapi ibu Najihah berfikiran positif memandangkan Leesa adalah kawan baik anaknya. Rupa-rupanya, kata ustaz, Leesa telah menabur sesuatu di sekeliling rumah Najihah dan ditujukan kepada Najihah untuk menghapuskannya.

Satu lagi, sebelum Najihah datang ke universiti, Leesa ada memberi hadiah kepada Najihah dan hadiah itu adalah mug cawan. Mug cawan itu langsung tidak digunakan oleh Najihah dan disimpan sahaja. Nasib baik Najihah tidak mengunakannya, agak-agaknya kalau Najihah mengunakan mug cawan itu pasti lebih teruk yang akan berlaku. Aku yang mendengar cerita itu jadi meremang. Bila aku fikirkan balik selama ini memang betul apa firasat yang aku katakan. Buatan yang Najihah kena itu memang betul daripada kawan baiknya sendiri. Apa yang terjadi pada kawan aku ini menyebabkan aku mengambil iktibar. Ya, kita digalakkan untuk mempercayai antara satu sama lain namun perlu juga ada sifat was- was dalam diri kita memandangkan hati manusia ini berbeza-beza dan kita juga adalah manusia yang imannya selalu naik dan turun. Semoga Allah pelihara kita semua daripada orang yang ingin berbuat khianat dan keji.

P/s : Selepas Najihah berubat dan sembuh, Leesa dikatakan tidak waras sekarang ini disebabkan perbuatannya yang syirik itu. Dan ingatlah, “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka”.(Al-Maaidah 72)

Niniey

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “FIRASAT!!!”

  1. Pendapat saya, kurangkan involvement penulis dalam jalan cerita sekiranya tak perlu. Agak mengganggu flow cerita. Contoh: bila aku fikirkan balik selama ini memang betul apa firasat yang aku katakan.

    At this point, dah mention firasat penulis berkali kali. Rasa nya sekali dua memadai.

    Cerita bes cuma saya annoyed sikit pasal tu. harap tak terasa hati ya!

    Reply
  2. Ye, saya pun sama. Agak annoyed dengan ayat

    “Tapi apabila aku duduk dekat dengan Najihah, aku dapat rasakan sesuatu yang tidak kena namun aku pendamkan.” okey ada firasat.

    “Tetapi entah kenapa firasat aku kuat mengatakan yang Najihah sebenarnya terkena buatan daripada kawan baiknya sendiri” ni ayat first saya boleh terima. okey menunjukkan yang firasat dia mengenai najiha.

    “Iya, Semua firasat aku adalah benar.” okey nak bgtahu firasat dia betul.

    “Rupanya firasat dan tekaan aku betul.” okey bgtahu lagi skali firasat dia betul.

    “Bila aku fikirkan balik selama ini memang betul apa firasat yang aku katakan” okey sekali lagi bagitahu firasat dia betul. Kami nak dengar cerita seram mistik, tapi tah kenapa jalan cerita ni macam nak dapatkan pujian pasal firasat dia lebih. firasat aku kuat! aku dah kata dahh!

    Reply
  3. ustaz yg berubat org yg ‘terkena’ selalunya tak akan bgtau semua tu kat pesakit. sb tanak bergaduh. pelik ustaz tu cite semua. hmm

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.