Assalamualaikum admin dan peminat FS , bertemu kita lagi , Alhamdulillah selesai cerita Santau dan Tukang Urut dan Si Laku. Dua tajuk berbeza tapi masih dalam cerita yang sama, maaf jika masih ada kesilapan tatabahasa dan juga susunan ayat dalam entry sebelum ni. Bagi yang baru mengikuti kenalkan saya Fizi 29 lelaki . Okay cukup dengan pengenalan buat saya .
Semua orang ada ceritanya sendiri sewaktu zaman kanak kanak , sebagai kanak kanak kita selalu digambarkan yang hantu atau jin itu sangat hodoh rupa bentuk nya. Setuju ? tapi aku sering diingatkan oleh mak aku bahawa hantu ,jin dan seangkatan nya wujud, jadi jangan terlalu takut dan terlalu berani dengan kewujudan mereka.
Sekitar tahun 1996 dimana aku di darjah dua waktu itu , kami sekeluarga tinggal di satu taman perumahan yang agak tenang dan sunyi. Seperti taman taman biasa ada kemudahan taman permainan , padang bola dan sebagainya. Tapak tersebut dahulunya hutan dan di ratakan untuk dijadikan taman perumahan 4 tahun sebelum ayahku membeli rumah di kawasan tersebut. Sebagai orang baru dikawasan itu kami belum lagi mengenali jiran tetangga dan aku juga belum ada kawan di situ. Aktiviti harian di habiskan hanya di dalam kawasan rumah. Ayah aku suka bertukang jika ada kelapangan ,itu saja rutin nya sambil ditemani aku. Suasana di taman perumahan itu sangat tenang tapi sunyi disebabkan tidak ramai yang berpindah masuk lagi ke rumah masing masing.
Pernah satu ketika aku melihat ayah taburkan garam disekeliling rumah.
“ ayah buat apa tu,garam kan untuk masak.” Aku bertanya mendapatkan kepastian.
“ ayah tak nak semut masuk rumah kita , kan kita duduk kat tanah.” Jawabnya sambil menyambung kerjanya. Aku yang masa tu masih budak dan tak tahu cuma iyakan dan percaya saja. Budak hingusan la katakan. Dan selepas 2 bulan duduk disitu bermula la segala perkara mistik didalam hidup aku dan aku masih ingat tarikhnya sampai sekarang iaitu 17 Julai 1996 .
Di satu petang pada hari aku ‘dikenalkan’ dengan perkara mistik ,
Sedang leka bermain sendirian aku terlihat seorang budak yang ku kira sebaya umur ku cuma ia sedikit membuncit perutnya dan agak comot rupa dia tanpa berbaju sambil memegang sebatang kayu halus. Dia memanggil ku ,
“awak baru duduk sini ke?” tanyaku
“saya dah lama duduk sini cuma saya belum ada masa nak jumpa awak.” Jawabnya.
“nama awak siapa?” tanyaku lagi.
“saya Daring ,duduk di hujung jalan sana.” Jawabnya sambil menunjukkan ke arah jalan mati sana,,
“boleh saya berkawan dengan awak?” sambungnya lagi.
“boleh saya pun takde kawan lagi disini,awak takde kawan kawan lain ke?” aku menanya lagi
“ada. Ramai juga kat kawasan sana, nanti saya kenalkan pada awak kita dan boleh kita bermain bersama” terang Daring padaku..
“jii .. masuk dah nak senja ni. Mandi cepat pastu makan.” Jerit mak ku dari dalam rumah..
“saya masuk dulu esok kita main ye Daring” pintaku pada Daring. Dia hanya menunduk dan terus berlalu.
“ji main dengan sapa tadi?” Tiba tiba mak bersuara masa makan malam..
“main dengan Daring”ringkas aku menjawab sambil menyuap nasi kedalam mulut.
“ Daring tu siapa? Dan dia duduk mana?” mak aku tanya lalu bangun mengambil air untuk ayah.
“Duduk kat hujung jalan mati sana.” Terangku dan terus bangun untuk membasuh tangan
“jalan mati sana mana ada rumah.” Ayah ku bersuara sedikit pelik.
“ada tadi Daring tunjuk,besar rumahnya ayah.” Sahutku dari sinki.
Mak dan ayahku menyuruh aku pergi ke ruang tamu,sambil aku lalu aku terdengar mereka berbincang. Amat serius percakapan mereka, yang aku dengar jalan mati sana tak ada rumah yang ada semak yang menebal saja. Aku waktu itu tidak rasakan apa apa pun. Yela budak kecik apa yang tau main, tidur, makan dan tengok tv..hehe. Keesokkan harinya aku pun pergi bermain dengan Daring selepas memnta izin dari mak aku. Dengan hati riang aku pun berjalan dengan Daring yang hanya senyum sahaja dari tadi tanpa berkata apa apa.
“ kita nak main dimana ni daring?” tanyaku. Dia cuma menunjuk kearah taman permainan. Disitu aku melihat ramai budak budak sedang seronok bermain kejar kejar, bola sepak dan macam macam, sungguh riuh keadaan disana , tapi yang peliknya semua tidak berbaju muka juga seakan sama masing masing. “ kenapa mereka tak berbaju dan semuanya botak sahaja.” Aku bersuara.
“memang mereka kami semua botak.” jawab Daring.. aku dikenalkan kepada mereka. Sedang leka bermain datang dua orang budak iaitu jiran ku , mereka adik beradik datang untuk bermain badminton masa tu.. “jom la main main dengan kami sekali bang” aku memanggil mereka berdua
“kau gila ke main sorang sorang?” jerit adiknya padaku. “ada ramai kawan la bang kat sini dengan saya” sahutku lagi.. “sudah lah kau main jela, jangan gangu kami disini” abangnya bersuara pula. “ sombong la korang.” Jawabku sambil menoleh kea rah Daring dan kawanku yang lain. Tengah seronok bermain aku tengok jiran aku yang si adik tu mengelupur lari macam orang kena sergah . “jangan, jangannnn, aku takut .” si adik bersuara. Si abangnya pula ku tengok sudah tiada..tengok kiri dan kanan tidak nampak jua bayang si abang ni..,
Aku mengendahkan mereka saja. Yang aku pelik waktu bergerak seakan akan perlahan ketika aku bermain dengan Daring..aku yang mula rasa letih meminta untuk pulang,
“daring saya nak balik dah,dah lama saya main dengan korang semua.” Pintaku
“kamu penat ya?” balas salah sorang dari mereka. “ya,” pendek saja jawapanku.
“jom pergi ke rumah saya , kita minum disana dan saya kenalkan awak pada mak saya.” Bersungguh
Daring mengajak ku. “ mak saya marah nanti kalau pergi rumah orang” aku menolak sebab takut mak akan marah nanti. Mak selalu berpesan jangan pergi ke rumah orang. Takut apa apa jadi kita yang dipersalahkan. “alah jom la , nanti mak saya akan jumpa mak awak juga sebab kita kan jiran” terang Daring. Dengan berat hati aku mengikut Daring. Sesampainya kami di rumah Daring aku perasaan aku sangat selesa tapi aneh nya kesemua barang dalam rumah adalah daripada emas. Wah ! jeritku sedikit pada Daring. “awak orang kaya ya” sinis saja soalan ku. “tak lah ni semua datuk saya yang bagi.” Ujar Daring .
“ ini kawan yang kamu cakapkan tu ya Daring” sapa emak Daring sedang kami berbual tadi “eh.. makcik mak Daring ya?” soalku “ya nak, Daring ada cakap semalam pergi ke rumah kamu” terangnya. “kamu berdua tunggu ya makcik sediakan air” sambung mak Daring lagi sambil berlalu kea rah dapur. “kawan kita yang tadi tinggal dimana?kenapa saya tak pernah tengok korang semua ye?” aku tiba tiba bersuara. Keadaan sunyi saja selepas soalan ku tadi dan tiada jawapan dari Daring. Ku lihat Daring tersenyum saja “ nah air kamu ,”tiba tiba suara mak Daring di belakang ku. Aku ambil dan terus minum kerana sangat haus masa tu. Airnya rasa sangat sedap dan segar macam minum jus yang tak ditambah gula. Sejuk dan sedap.
Selepas habis air ku minum dan mak Daring berkata “ kamu ni istimewa pada Daring, dah lama Daring tunggu kawan macam kamu nak” mak daring memulakan bicara. “kami akan menjaga kamu jika ada sebarang musibah mahu menghampirimu nak” sambungnya lagi . aku yang waktu itu bingung sahaja tanpa tahu apa makna yang dicakapkan pada aku sebentar tadi.
Bila dah rasa terlalu lama aku di rumah Daring timbul perasaan yang tak senang sebab aku rasa suasananya sama saja , baik dari mak Daring dan begitu juga Daring. Aku meminta izin untuk pulang tapi mak Daring memberi alasan supaya aku tidak pulang dan berjanji akan memberitahu pada mak aku yang aku makan di rumahnya saja malam ni. Aku semakin takut bila aku berkeras nak balik tapi mak Daring dan Daring begitu mahu aku duduk disitu. “makcik saya takut mak saya marah, dah lama saya keluar bermain ni” rayuku pada mereka. “ tak apa ,pasal mak kamu tu, kamu jangan risau, makcik dah beritahu pada dia tadi masa keluar beli barang kat kedai” balas mak Daring. Daring hanya tersenyum sinis memandangku tanpa bercakap apa apa. “mak saya tak marah ke?saya risau la makcik, saya nak balik, saya nak mandi,” pintaku lagi.
Aku terus merayu dan mula menangis, tiba tiba mak Daring menengking ku dengan kuat sekali. “aku cakap kau duduk sini dengan anak aku takkan tak faham, tinggal saja disini dengan anak aku.!!” Bentaknya. Aku meraung dengan kuat sekali. “mak.. makk.. tolong ji makkkk. Ji nak makk…” teresak esak suaraku . mereka berdua seakan akan gembira melihat aku yang seolah olah tidak mampu bergerak untuk pergi dari situ. Kakiku rasa begitu penat sekali dan aku terduduk sambil menangis ketakutan . “makkkk. Makkkk . makkkk .. Ji nak makkk ..” rayuku sekuat hati. Dan tiba tiba aku rasa lemas dan macam nak pengsan. Setelah tidak dapat bertahan aku terus tertidur kepenatan.
Sedar sedar saja aku di pangkuan mak, “ ji .. dah bangun sayang?” mak aku berkata. “mak…” jawabku lemah. Aku bangun lihat sekeliling ramai orang tengah melihat aku. Baik didalam rumah juga di luar. Tak tahu kenapa aku lihat terlalu ramai orang , Daring pun ada tapi berdiri di celah celah orang ramai yang ada sambil menunjuk kearah aku sambil tersenyum dan memanggilku. “taknak..takutt ..takutt” aku memeluk mak. Mak memujukku cakap “takpe sayang ,ji kat rumah sayang jangan takut,ustaz pun ada kat sini” lembut suara mak memujuk aku. “kenapa ramai orang kat luar sana mak, Ji takut..suruh dorang balik mak” tersedu sedu aku menangis.
“tiada siapa kat luar tu.ada ji,mak, ayah dengan ustaz je ni.” Tegas mak . Tttupp ! lampu terpadam seketika dan bila menyala semula ,orang yang ramai ramai tadi sudah tiada, hilang macam tu je. Aku berhenti menangis. Ayah meminta aku ceritakan segalanya lepas dia tengok keadaan aku sudah stabil setelah diberi minum air untuk pulihkan semangat..
Aku menceritakan segala gala nya. Mak cakap aku dah 2 hari tak balik lepas minta izin untuk keluar bermain. Aku ditemui di dalam semak dalam keadaan tertidur dan sangat lemah. Ayah menemuiku selepas diberitahu oleh jiran aku yang dua beradik tu cakap nampak aku bermain sendiri dan berkejar kejar kesana kemari seorang diri. Mereka cakap aku ada tegur mereka dan ajak main sekali tapi melihat reaksi aku pelik mereka takut dan berlari pulang. Ustaz memberitahu pada mak dan ayah yang aku ni ada ‘benda’ berkenaan. Mereka cuba untuk mengikat aku di alam mereka. Pada waktu yang sama ustaz cakap hijab aku takkan tak boleh ditutup buat masa ni hanya tunggu masa saja hijab tu tertutup sendiri.
“Fizi, jika kamu ternampak sesuatu yang tak semua orang nampak,. jangan takut dan percayalah dengan kehadiran mereka,mereka juga makluk seperti kita.” ustaz berpesan padaku. Aku mengangguk lemah.
Sejak hari itu, aku mak dan ayah selalu memantau pergerakan aku, mereka risau jika aku tak dapat menahan jika nampak makhluk makluk tu. Akan tetapi, aku masih melihat Daring sehingga aku berumur 14 tahun, mak meminta aku mengendahkan Daring dan dia juga tidak mengacau aku ,hanya sekadar mahu menjaga aku walaupun bukan aku minta. Pernah juga kami cuba untuk buang tetapi tidak berhasil dek kerana aku telah minum air dari mereka,Ustaz juga ada berpesan supaya berhati hati dengan apa apa barang yang aku terima dari orang yang tidak dikenali , lebih lebih lagi bab makanan atau minuman.
Ustaz melarang untuk aku rapat dengan Daring kerana mereka jin kafir yang akan sentiasa berusaha untuk sesatkan aku dengan pelbagai kemewahan satu hari nanti jika aku tidak hindarkan perkara tersebut dan masih berkawan dengan Daring. Ia akan membesar bersama usia ku sampai satu tahap mampu menyerupai aku. Pernah sekali mak aku hampir terpedaya dengan Daring.
Banyak lagi pengalaman aku melihat benda halus dan jika diperincikan akan berpanjang lebar. Tapi yang paling menakutkan aku adalah zaman aku sambung pengajian,mungkin akan aku kongsikan jika berkelapangan untuk menulis. Sehingga kini masih tidak dapat melupakan kejadian itu. Adakah ini kelebihan atau keburukan hanya Allah yang tahu. Maaf jika ia bukan la seseram yang pembaca mahu cuma mahu pembaca faham bahawa yang dilihat bukan lah seperti yang kita mahu. Hehe
Persoalannya dimana DARING sekarang …. Adakah tengah memerhatikan korang yang baca kisah dia ni.. tiada siapa yang tahu .. ingat kita bukan berseorangan walaupun memang hanya kita seorang saja di satu satu tempat kita ada sekarang.. he he he he
Sekian saja dari saya buat masa ini, jaga makan , jaga tutur dan jaga adab kerana ia akan melambangkan siapa kita sebenarnya, baik dan buruk datangnya dari diri kita sendiri. bye
Salam . .FIZI ~
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
kau tak pelik ke tengok budak ramai tak pakai baju main bola , muka sama pulak tu.
saya budak lagi pelik tu pelik tapi niat nak main lagi banyak mana fikir panjang. akal pn bukan ada..jujur cakap itu je last aku berfikiran cetek..benda ni jadi ada juga hikmahnya lepas kejadian tu saya jadi lebih berwaspada dan berhati hati.. eheh
hahaha…sambung lagi cerita lain pulak…..
baik.. nantikan ya next episod .. hehe .. jaga jaga daring tengah tengok awak baca kisah dia.. ngeeeeee~~
Bior betul! (Gulp)
sukan bola sepak bukan terkenal di kalangan manusia namun jin juga, menarik byak persaamaan cuma alam dan fizik yang berbeza 🙂
Fizi dh blh gnti sicelupar..sicelupar ckp dia dh tak nak buat crita hntu lgi..
Best…sambung lagi
Yg aku pelik lagi..endah ka tak endah..aku ka yg xpandai malay?
hehe .. maaf jika ada kekeliruan..tak mengendahkan sebenarnya..
Woww kepala botak perut buncit..adakah tuyul??hahaha tp mmg bestla cite bro..nnt cerita lain plak
Kannn…..sy fikir toyol dh td….
anak jin tu..dia tengah usha awak je sekarang ni ..hehe
Fizi punya ending tu macam Carlita Rocker je.. hew hew hew…
mungkin diorang semua tu senasib dengan kau tapi diorang tak dapat diselamat kan
mungkin.. tiada siapa yang tahu melainkan Allah S.W.T
Uiiisshhhh…
‘Daring’ sungguh budak Daring ni…
Mak die psycho kot, memule jer bertahan pastu x lame trs ngamok…
Tu pon ade hati nk jage anak org…
Bile ko besar, Daring tu pon ikot membesar gak ke??
Msh x pakai baju ar ekk?????
hehe.. nantikan yang akan datang ye kak.
Alamaaaakkkkk…
Penantian itu kerinduan…
Hahahahah x kena mengena…
Klu ghase xde keje nk buat sgt, kot boring2, sila buat sambungan secepat mgkn yoooo…
baik kak.. skng sibuk sikit nak audit itu ini..hehehe
AKU TAU NI CERITA REKAAN TAPI BEST!
Best
Ok lgi klau nmpk jin yg serupa budk dripda sy ni setiap balik dpn pintu masuk rumah kg penuh dgn pocong… Xterbilang