#Fizi : Lim dan Dato – The End

Assalamulaikum admin dan readers2 FS, Alhamdulillah 5 cerita sudah dipaparkan sebelum ini yang semuanya mengisahkan tentang diri saya.jika yang ini disiarkan, saya ingin memberitahu jika ia memainkan jiwa pembaca saya minta maaf dan semoga kita sentiasa sihat sejahtera. Untuk entry kali ini agak berat jalan ceritanya dan seperti biasa jika baik jadikan pedoman jika buruk minta dijauhkan.
Sekiranya masih ada kekurangan harap dimaafkan.

Kita review sedikit episode lepas……
——————————————————————————–

Aku memberitahu yang aku nak ke tandas dan pergi merokok sebentar sementara menunggu makanan sampai. Sesudah keluar dari tandas aku menuju ke kereta mengambil rokok yang tertinggal tadi. Aku nyalakan sebatang sambil melayan nikmat dapat merokok. Sunyi dan tenang saja suasana malam itu. Dan…………………….

Sedang asyik melayan rokok aku ternampak lagi lembaga kat pejabat tadi. Kali ini ia lebih berani menenung aku. Aku meraba dalam poket mencari batu hitam itu. malangnya tiada. Baru aku teringat yang aku tinggalkan atas meja di rumah.. “ahhh, mampus aku kalau benda ni datang dekat.” Getusku sendirian. Aku perasan yang lembaga itu semakin lama semakin dekat mahu menghampiriku. Dup..duppp..dupp…duppp laju jantungku berdebar. Aku jadi semakin risau,hendak bergerak seakan tiada daya. Lembaga itu mula menyengih melihat aku yang tak mampu bergerak. Tiba-tiba..

Kringgggggg….. kringggggggggg telefon berbunyi. Lembaga itu pun lenyap. Di skrin memaparkan ‘my amy’.

Lim : ya dear. I masuk sekarang tunggu ya.
Amy: masuk?masuk mana? I dah tunggu lama di hotel ni. Pukul berapa kita nak jalan?
Lim : what??? Are u kidding me amy?
Amy: what lo? I dah lama tunggu u. jadi keluar ke tak?
Lim : reallllyyy……….

Aku mematikan talian. Ku lihat sekeliling tadi hilang. Restoran yang tersergam indah juga tiada. Dimana aku? Apa semua ni? Berbagai persoalan didalam mindaku. Tadi lembaga, sekarang Amy. Aku di tendah hutan!!! “mampus aku” berbisik sendirian. Aku masuk ke dalam kereta. Dan berlalu dari situ. Didalam hati sudah tidak keruan lagi. mana aku pergi ni. Tempat ini pun aku taktahu dimana. Kiri kanan hanya hutan. Sedang asyik memikir untuk cari jalan keluar sekali lagi telefon aku berdering.

Lim : thank god amy.
Amy: why?
Lim: I dah sesat. Tak tahu sekarang kat mana. Hutan saja I nampak.
Amy: padan muka kau !!
Lim : amy? Amy?
Amy : siapa amy? Kau tak kenal aku? Kau lupa janji kau!!!
Lim : l..lu si…siii..siapa?maa..na amy?
Amy: haaaahaaahaaahaa

tuttt… tuttt… talian dimatikan. Makin bertambah ketidakkeruan aku.. “ni mesti kerja dato” kataku sendirian. Aku melajukan kereta apabila terlihat jalan besar. Aku berhenti di tepi seketika dan cuba menghubungi Amy, tapi tiada jawapan. “mana pula amy ni” rintihku. Aku meneruskan perjalanan ke hotel. Sesampainya aku di hotel aku,aku terus naik ke bilik mendapatkan Amy. Sampaidi depan pintu langkah ku terhenti. Teringat perbualan telefon sebentar tadi. Bermacam persoalan timbul ni minda. Jika aku buka pintu ni adakah amy itu betul-betul amy?macam mana pula kalau aku buka je pintu ni lembaga tu yang ada kat dalam.

Aku kuatkan hati. Dengan perlahan-lahan aku buka pintu. Sikit demi sikit aku tolak pintu tu, sampai dah terbuka habis aku lihat bilik gelap saja. Aku mencari suis untuk hidupkan lampu. Apabila suis ku tekan dan … pappppppp ! Amy berdiri tegak merenung aku. Aku ketika itu tidak takut pada Amy tapi pada lembaga yang berdiri belakang Amy. “u pergi mana Lim?” amy bertanya padaku. Aku yang sudah ketakutan itu hanya berdiam saja. “ jawab la I tanya,u pergi mana!!” Amy seakan mahu menengking aku. Aku tunjuk pada Amy kearah lembaga itu. amy hairan. Dia menoleh kebelakang perlahan-lahan, dan terpampang la seekor lembaga hitam yang amat besar dan berbulu.. amy terpaku dan tak sampai beberapa saat amy pengsan. Aku yang panic tak tahu nak buat apa terus lari meninggalkan amy. Aku terus tinggalkan Melaka malam itu juga.

Keesokkan harinya aku menelefon pejabat maklumkan aku tak dapat datang ada emergency. Aku balik ke rumah dengan seribu persoalan yang bermain diminda. Aku teringatkan batu hitam itu. aku mula mencari disetiap pelusuk bilik tetapi tidak juga kelihatan. Aku bertanya pada emak sama juga tidak kelihatan. Semakin resah aku rasakan saat ini. Memikirkan apa akan jadi selepas ini. Akhirnya aku terlelap. Sedar-sedar saja waktu itu dah pukul 11 malam. Terus aku teringatkan balik batu itu. aku mencari lagi. didalam kereta,laci dan macam-macam lagi.

Tengah leka mencari aku terdengar suara berbisik pada aku. “aku perlukan darah, aku haussss.. haaaaa,ahaaaaa haaaa” suara itu berkata-kata. Aku semakin panic dan takut, terus lari kearah katil. Berselubung dalam selimut. “ aku hausssssss, manaaaa janjii kauuuu” bentak suara tu lagi. aku yang sedia ada takut it uterus pengsan. Sebelum aku pengsan aku nampak samar-samar bergitu banyak lembaga datang menghampiriku.

Selepas diganggu malam itu aku terus jadi tak tenteram. Tak kira tengah mandi,kerja,makan dan apa saja ku lakukan mesti ada saja kelibat,suara berbisik dan bunyi seolah orang hentakkan kepala kat dinding. Yang paling teruk emak berkata, dia nampak aku tengah malam tengah makan di dapur. Habis bersepah pinggan mangkuk. Prestasi kerja aku mula merundum. Kehadiran yang tidak konsisten. Satu hari aku dipanggil oleh big boss, aku dinasihatkan bercuti tanpa gaji selama sebulan. Di kesempatan itu aku terfikir untuk pergi berubat dan hilangkan gangguan yang aku alami. Orang pertama yang ada dalam radar aku adalah FIZI !!!

Aku : oooo patutlah kau call aku.. dah kaya lupa aku..sekarang kau cari aku.
Lim : sorry la fizi. Wa taknak lu terlibat sebenarnya,
Aku: hmm.. ape patut aku buat Lim?
Lim: lu boleh tolong wa cari mana mana cikgu muslim ka ji?
Aku: iyelah nanti aku akan tolong kau.
Lim: thank u haa brada. Wa betul-betul malu la sama lu ji.
Aku: tak payah malu la. Ni aku nak tanya kau tau apa sebenarnya makhluk itu ?
Lim: itu dato la nama dia. dia kejap jadi batu kejap jadi hantu.
Aku: itu orang melayu panggil pendamping atau hantu raya. Susah nak lepaskan kalau dah terikat.
Lim: boleh mati ka?
Aku: kalau kau lambat mungkin kau boleh gila dan mati.

Lim diam seribu bahasa,wajahnya menunjukkan kekesalan yang amat sangat. Anak cina ni takut mati rupanya.haha. aku menghubungi ustaz yang mengubat aku sebelum ini. Setelah buat appointment dengan ustaz,kami pun berangkat ke rumah dia pada malam itu jugak. Lim yang kelihatan kian resah kerana memikirkan ajal nya. Sengaja aku takut-takutkan Lim mengatakan dato tu akan sedut darah dia sehingga kering. Sepanjang perjalanan perasaan aku tidak tenang seperti tadi di kedai mamak. Mengenangkan kawan aku ikut saja.

Tiba-tiba kereta yang kami naiki sangat berat. Terasa susah untuk bergerak seakan sesuatu menumpang kami. Aku jelling ke arah Lim sekilas pandang aku nampak dato tengah memeluk Lim. Lim pula kelihatan sedikit terbongkok. Aku tau Lim tak nampak dato tu. lama kelamaan aku semakin tak selesa dengan keadaan itu, yela korang selesa ke bila benda tu asyik jilat kepala kawan kau. depan mata kau pula tu. boleh pula dia tak hiraukan aku kat sebelah ni. “arghh !!” aku menengking tiba-tiba. “apa pasal lu ji?” lim yang terkejut dengan tindakan aku tadi. “kau boleh keluar dari kereta aku tak?kau tu berat la sial !” aku terus memarahi. “aiyo fizi.

Kalau kau tak mau tolong ,jangan marah-marah wa ma.” Lim seakan merayu. “aku tak marah dengan kau Lim,tapi yang kat belakang kau tu aku marah” terangku. Lantas ku laungkan azan. Selesai je sudah azan lembaga it uterus lenyap. Lim terpingga-pinga dengan perbuatan ku.

Sesampainya kami di rumah Ustaz. Kulihat Lim makin kacau. Semua tidak kena. Terjatuh la, lupa tutup pintu la. “ berat kali ni ji saya nak ubatkan anak cina ni” tiba-tiba ustaz bersuara bila tengok Lim tidak keruan. Yela dia kan cina takkan nak suruh amik wudhuk pula. Lagi pun dia ni tak boleh sebut apa yang kita patut sebut. Setelah membaca doa pelindung diri , ustaz pun memulakan proses rawatan . di baringkan Lim sambil mengikat kaki Lim, kebetulan kami hanya bertiga saja ketika itu.

Ustaz memulakan langkah pertama. Ustaz berpesan dengan tegas supaya tidak berhenti berzikir dan membaca ayatul kursi, tak kira apa pun jadi aku kena kuatkan hati dan teruskan bacaan. Beberapa minit kami bermula, Lim mula menunjukkan respon. Kepalanya tiba-tiba terangkat seakan sesuatu masuk ke dalam badan nya. Seperti berpusu-pusu makhluk masuk kedalam badan Lim. BAMMMM ! pintu tertutup sendiri dan Lim kaku di tempat dia dibaringkan.

Ustaz : siapa kau?
Dato : aku lah penjaga budak ni !
Ustaz : kenapa kau menyakiti dan menganggu dia jika kau penjaga dia.
Dato : dia sudah melanggar janji. Sekarang aku kehausan!
Ustaz : siapa benarkan kau menjadi penjaga dia. ini bukan tempat kau
Dato : dia sendiri membuat perjanjian.dia juga merelakan dirinya kepada aku
Ustaz : kau tiada hak keatas manusia ini. Aku arahkan kau pergi dari badan manusia ini.
Dato : tidak semudah itu orang tua. Kau ingat aku ini sebarangan makhluk?
Ustaz : kau Cuma ciptaan Dia dan kau tak layak menyakiti sesame makluk Dia !
Dato : aku tetap mahukan janji dia, sekian lama darahnya mengalir dalam badan aku. Dia tidak boleh berpatah balik ! aku sudah member dia segala-gala yang di minta sebagai balasan nyawa yang aku mahu!
Ustaz: baiklah jika kau berkeras.

Ustaz mengengam garam ditangan sambil membaca ayat-ayat suci lalu di lemparkan pada Lim. Ustaz mengulangi tindakan itu sebanyak 5 kali. Kali kelima dilemparkan Lim mengelupur, seakan-akan dibakar.. “panas. Panasssss .” sayup suara Lim. Masih lagi sama keadaan Lim, tapi kali ini diaberdiri tegak, dengan kakinya diikat Lim tidak dapat melangkah. Dicuba jatuh, bangun semula ,jatuh ke lantai balik. Rupa-rupanya ustaz telah membaca sesuatu kat tali itu bertujuan untuk cegah lembaga dari lari. Lim makin memberontak. Ustaz makin laju bacaan nya dan tiba-tiba Lim rebah kembali dan kali ini Lim tidak sedarkan diri.

Kami berdua pun terdiam juga. Ustaz seperti menantikan sesuatu dari Lim. Mungkin menunggu tindakan seterusnya dari lembaga tersebut. Aku berhenti berzikir juga. Aku rasa seperti kosong ketika itu, semakin lama semakin sunyi tanpa sebarang suara dari mereka berdua. Aku cuba memanggil ustaz tetapi mulut seakan terkunci. Di saat itu juga aku melihat lembaga dari tubuh Lim sedikit-sedikit keluar mahu menghampiriku. Seperti dipukau aku seperti menunggu lembaga itu datang kepada ku, perasaan takut tau berani aku tidak pasti yang aku tau lembaga itu sudah mahu menghampiriku… Pangggggggggg! Pedih muka ku ditampar ustaz. “saya dah pesan apa pun jadi jangan terpedaya. Teruskan bacaan walaupun tidak mendengar apa-apa dari saya” pesan ustaz lagi.

Lembaga tadi kembalik ke badan Lim, kali ini dia bertindak ageresif. Aku di arah untuk memegang kepala Lim sambil berzikir. Dengan sepenuh kekuatan aku memegang kepala nya. Makin kuat si Lim kali ini. Dia mula menendang-nendang. Makin kuat bacaan ustaz makin kuat tindakan Lim. “ aku arahkan buat kali terakhir, jika engkau tak mahu disiksa lepaskan budak ini sekarang” ustaz mengarahkan lembaga itu keluar.

Terangkat tubuh Lim. Ke udara. Kesian Lim. Tersiksa betul aku lihat dia. “benda ini tidak mahu lepaskan Lim,tapi saya buat perjanjian. Dia hanya lepaskan Lim sementara.yang dia mahu Cuma darah lim saja” terang ustaz pada aku. “apa kita boleh buat ustaz?tiada cara lain ke?” soalku “tiada apa yang saya boleh buat melainkan diizinkan Allah. Saya sudah cuba yang terbaik,tiada apa mampu saya buat lagi.” sambung ustaz.

“kita bagi jela darah Lim sedikit,kalau dia dah keluar saya akan cuba bawa berubat tempat lain” pinta aku pada ustaz “betul kamu setuju” ustaz mendapatkan kepastian. “jika ini yang terbaik buat masa ini, kita harus cuba” aku memberi kepastian. Takkan aku nak biar Lim macam tu. aku nak kena bawak dia balik lagi. Setelah mendapat kepastian dari aku, ustaz pun cucuk sedikit hujung jari kaki Lim dan menadah sedikit darah Lim. Dibiarkan diantara kaki Lim, Sepantas kilat bekas itu tergolek dan darah pun licin tiada kesan. Ustaz membaca kembali dan usai habis bacaannya Lim pun sedar. Lim di beritahu oleh ustaz untuk cuba cara lain. Kami dah cuba sedaya mungkin untuk pulihkan Lim, Lim mengangguk faham. Kami pun berangkat pulang setelah dijelaskan segala-galanya.

Sesampainya di Kuala Lumpur, aku tidak terus balik. Singgah di kedai untuk makan dah rehatkan diri sekejap. Penat bekerja belum habis, ditambah dengan penat memandu pula. Aku terfikir sekiranya aku ditempat Lim apa harus aku buat, begitu berat untuk menanggung. Lim sepanjang perjalanan tadi hanya berdiam diri. Ntah apa menyesal atau masih lemah dengan proses rawatan itu. aku cuma mampu memberi sokongan, sudah sedaya upaya aku membantu Lim, itu lah kali terakhir aku jumpa Lim, apa khabar dia sekarang pun aku tidak tahu.

Aku tidak nafikan sesekali aku ada nampak kelibat lembaga yang mendampingi Lim, Cuma sekadar lintas-lintas saja tidak lebih pada itu, mungkin meninggalkan sedikit sebanyak kesan pada aku kerana berada semasa merawat Lim. Ianya menjadi satu lagi pengajaran dan pengalaman buat aku merasai serta mengalami perasaan orang yang dihantui oleh pendamping mereka sendiri,

Ingat lah sesuatu yang indah yang asalnya dari kejahatan , tidak akan kekal lama. Tiada jalan singkat untuk memperoleh kejayaan didunia. Segala nya bermula dari usaha dan doa. Hanya Allah S.W.T yang berkuasa dan tiada lain yang berkuasa melainkan kehendakNya. Jadikan lah ini sebagai pengajaran, jika terlibat dalam sesuatu yang menyekutukan Allah, masih belum terlambat. Untuk berpatah balik.

EMAS PERMATA JADI IDAMAN,
BUDI BAIK MENJADI KENANGAN,
HAMBA RELA DIJADIKAN TEMAN,
HANYA DARAH HAMBA INGINKAN

HEEEE HEEEEE.

Sekian saja dari saya, mungkin jika ini penulisan terakhir , sepuluh jari hamba susunkan memohon kemaafan. Harap yang baik dijadikan pedoman, yang buruk minta dijauhkan. Dunia ini bukan kita sahaja, ingatlah juga MEREKA yang tidak nampak dimata.

Saya fizi akan berhenti buat sementara waktu. Di kesempatan lain akan saya coretkan lagi kisah mistik ini, insyallah

Salam Rindu ~ Hafizi Abu Bakar.

15 thoughts on “#Fizi : Lim dan Dato – The End”

  1. Woi woi wooiii…
    Ape hey plak nk berenti2 seketika ni???
    Bile plak akk luluskan tender benti keje ko fizi…?????

    Aaahhhhhh…xde xde xde…
    Mane boleh camni…
    X aci aarrrr…
    Keep on writing ler…
    X kesian ke kat akk dan peminat tegar yg lain ni…???
    Nnt rinduuuuu ktorg kt gambar cincin sepasang tu…
    Huhuhuhuuu…
    Isk isk isk…sedih niii…

    Reply
      • Bukan hari hari jer dik…
        Sejam sekali koottt…
        Ataupon lebih tepat setiap kali pgg henset, haahhaahah…
        Tp tu utk bace sambil lalu…
        Utk bace+komen, kena time betol2 rehat contoh lepas masak ke, lepas mengemas ke…
        Haaa gituuu…
        Maaplah klu komen2 akk menyerabutkan korg pembaca2 lain ni…

        Reply
  2. Xcuba contact dengan lim ka? Nak tau apa yg terjadi kat dia. Tolong sambung cerita pasal lim rasa macam tergantung cerita pasal dia 🙁

    Reply
  3. Kesian Lim.
    Doakan dari jauh sebagai harapan
    Semoga Lim ingat ini satu pengajaran
    Jangan diikat janji dengan syaitan.
    Nanti nyawa menjadi taruhan

    Sambungla lagi. Jgnla berhenti sharing. Ktorg suka baca.

    Reply
  4. Hai semua nama saya fizi, harap2 semua ni xde kaitan dengan kisah hidup dan mati saya- Hafizi Abu Bakar

    Reply
    • kau nak sangat kan ada pengalaman?..kau tunggu aku bagi kau pengalaman.
      jangan mereka cerita dgn imaginasi kau nanti kelak memakan diri sendiri.
      kau tunggu….

      Reply

Leave a Comment