BERSIN

Home Forums Kongsi Cerita BERSIN

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by  Hazel6 1 month, 1 week ago.

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #23144

    Hazel6
    Participant
    @hazel6

    Hai. Hazel kembali. Ini merupakan cerita yang ke-3 yang dapat Hazel kongsikan. Cerita kali ini bertajuk ‘bersin’. Ya, bersin. Bunyi tajuk macam pelik kan?. Tapi ada cerita sikit seram  yang pernah Hazel alami. Harap you all tak boring. 🙂

    _________________________________________________________________________________________________

    Ogos 2017.

    Pada masatu, aku internship di sebuah tempat kerja (dirahsiakan yee). Memandangkan rumah aku jauh dengan tempat aku internship ni, aku terpaksalah tolak awal pagi dalam 3am. Lagipun kalau akhir, aku takut jalan sesak dan sebagainya. Jadi, aku memutuskan untuk tolak awal pagi.

    Semasa dalam perjalanan ke tempat aku internship ni, semuanya elok je. Tiada perkara pelik yang berlaku pun. Sesampainya aku di tempat itu (jam menunjukkan 5.15am & masih gelap), aku naik tangga tingkat 1 dan menekan lift untuk naik ke tingkat 4 (aku ditempatkan satu Unit ….. yang berada di tingkat 4). Sampainya aku di tingkat 4, aku terus pergi ke pintu utama Unit aku ditempatkan untuk internship tu dan membuka kunci. Semasa aku sedang relax untuk membuka kunci pintu, aku terdengar ada ‘seseorang’ bersin di belakang aku. Terus meremang bulu roma aku. Apa tidaknya. Dah aku je yang seorang paling awal sampai di tempat tu & satu-satunya orang yang paling awal ada dekat Unit aku tu. Yalah, rutin pagi aku untuk buka kunci pintu utama memandangkan aku yang paling awal sampai. Dengar bunyi bersin tu, aku teruslah menoleh ke belakang walaupun dalam hati takut teramat sangat. Untuk makluman you all, bunyi bersin tu bunyi bersin seorang perempuan. Huhuhu.. Aku ne takut pada 2 sebab je masatu. Satu, takut ada pencuri ke penyamun ke yang berniat tak baik. Kedua, aku takut je ‘benda semacam’ tu, aku ni lemah semangat. huhuhuuh… Toleh punya toleh, takda sesiapa pun kat belakang aku. Makinlah aku meremang bulu roma. Laju aku buka pintu dan sudah masuk tu, aku laju-laju membuka suis lampu supaya terang benderang (malangnya tak semua tempat duduk ada lampu kerana ada lampu yang rosak).

    Selepas terdengar bunyi bersin tadi tu, aku terus duduk ditempat yang telah diaturkan untuk budak internship. Debar-debar jugaklah jantung aku pada masa itu. Fikir dah berhenti bunyi bersin tu. Rupanya kat tempat aku tu pun ada jugak. Aku punya tempat duduk ni berhadapan dengan glass window so nampaklah segala reflection kat belakang aku. Apa yang aku nampak?. samar-samar bayangan SEORANG PEREMPUAN, RAMBUT PANJANG yang menutupi MUKA dengan KAIN PUTIH pulak tu! Aku apalah lagi. jantung dah makin kuat bedebar lepastu bulu roma semua naik, akhirnya aku rasa lemah & tak sedarkan diri.

    Aku dapat rasa badan aku digoncang & nama aku disebut banyak kali. Rupanya pekerja ditempat tu yang bangunkan aku dari pengsan tadi. Dia tanya aku macam mana aku boleh pengsan. Aku jujur lah beritahu dia dari A ke Z tapi dia tak percaya cerita aku. Katanya tidak ada hantu pada siang hari. Lantaklah dia, tak percaya sudah. Tunggulah dia merasa sendiri nanti.

    Semenjak kejadian tu, aku terus minta tukar tempat internship dengan alasan rumah aku jauh dari tempat internship yang ditetapkan. So far, new place internship aku ni tak ada perkara seram yang berlaku. Okaylah, sampai sini saja Hazel becerita dulu. Thank you FS jika cerita aku ni dipublish. 🙂

    By: Hazel6

    Hazel6

Viewing 1 post (of 1 total)

You must be logged in to reply to this topic.