#KISAH AKU DI HOSTEL DENGAN SEBATANG POKOK DAN PADANG SEKOLAH

Home Forums Kongsi Cerita #KISAH AKU DI HOSTEL DENGAN SEBATANG POKOK DAN PADANG SEKOLAH

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by  ROSFAZDINA NAZIA 3 weeks, 3 days ago.

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #22392

    ROSFAZDINA NAZIA
    Participant
    @rosemediena1911

    ASSALAMMUALAIKUM warga FS, hari ni aku nak cerita pengalaman aku, banyak pengalaman aku sebenarnya,maka aku ceritakan pengalaman aku semasa di asrama. Aku ni dikategorikan sebagai seorang yang agak kuat lah , eceyh ! okay pada satu malam tu aku baru lepas siap kemas buku-buku aku di bilik study,dah hujung tahun nak balik lah katakana,excited sangat aku ni. Malam tu aku punya lah mengemas barang – barang aku sampai jam 3 pagi, selesai saja aku mengemas aku keluar dari bilik study pergi ke tandas untuk cuci muka semua dan langkahnya kaki aku keluar dari pintu tandas tu, taraa ! apa korang rasa aku Nampak ? aku ni setiap kali keluar tandas mesti akan toleh kearah kanan. Sebelah kanan aku tu padang sekolah, korang jangan kata aku Nampak orang main bola pulak,tak wey korang..aku toleh je aku Nampak lembaga hitam besar dan tinggi sangat,betul-betul depan muka aku.

    Aku ni pulak jenis yang kalau nampak lagi nak tengok,aku kejip-kejip mata aku dan aku tengok lagi dan aku tetap nampak benda yang sama..aku pun tidak membuang masa lalu menangkat langkah dan berjalan kearah kiri,dalam perjalanan aku tu aku rasa nak demam dan rasa sangat berani,aku turun ke bawah (dewan makan ) untuk call mama and bapak aku untuk jemput aku waktu tu jugak,jarak dari hostel ke rumah aku dalam 30min macam tu je,lepas aku call aku pandang lagi tempat tu.pusing ja belakang aku angkat kaki,kaki aku seolah kena gam berat sangat tak boleh angkat kaki..waktu tu surah surah yang aku baca berterabur dan bercampur aduk..aku cakap dalam hati Ya Allah kau lindungilah aku sambil mengucapkan ALLAHUAKBAR ! dalam jangka masa selama 5 min aku disitu aku berlari naik keatas..korang nak tau tak 2 minggu sebelum kejadian ini. Jom baca bawah pulak
    Sekolah aku ada buat hari kantin,so dewan makan kiteorg tu digunakan untuk dijadikan rumah hantu lah konon2,tapi warden aku ni seorang yang bijak maybe dia sewa keranda,batu nisan untuk diletakkan di dalam rumah hantu tu,2 hari sebelum hari kantin tu berlangsung tukang kebun sekolah ada menyuruh pelajar lelaki hostel kami tu tebang sebatang pokok di belakang hostel tu bagi memudahkan kiteirg nak letak khemah penjualan makanan semua, malam tu budak lagi tu meracau,dia berjerit2 marah “kenapa kau potong kaki aku”,katanya. Waktu itu kebetulan ada seorang ustaz di tempat kejadian,ustaz tu menyahut pencakapannyaa “siapa potong kaki kau”,sahut pula jin itu “budak lelaki inilah”, barulah semua orang teringat yang petang tu dorang ada tebang pokok itu..mulai hari tu lepas sorang sorang kena rasuk.. keadan makin menjadi huru hara..hari kantin tetap diteruskan seperti biasa..lepas saja selesai hari kantin tu aku aku mula rasa berat dan bengkak.. keesokkan harinya mama aku bawak aku ke klinik,doc tu bagi ubat dia cakap takde kesan gigitan apa pun..hari makin hari aku rasa sakit semua satu badan seperti aku mngongkong manusia yang beratnya 100kg..aku tak tahan aku mngadu kesakitan pada mama and bapak aku,lalu dorang call sorang ustaz ni,malam tu jugak kiterg pergi,setelah sampai je di rumah ustaz tu.ustaz tu cakap nanti sekejap,saya nak hentikan langkah dia terlebih dahulu,aku ni pelik lah pehal nak hentikan langkah aku pulak,nak tinggal aku sorang ke kat luar tu..rupanya bukan aku.
    Selesai ustaz tu mambaca kami dijemput masuk ke rumah..ustaz tu menyuruh aku duduk melunjur ke arah pintu. Lalu ustaz tu membaca surah surah dan terdiam lama sambil memejamkan matanyaa,lepas itu yang aku terkejut ustaz tu yang cerita pada aku apa yang aku rasa. Korang rasa? Terkejut an, aku Cuma perlu membalas dengan perkataai iya sahaja. Lepas ustaz cerita – cerita aku mula rasa nak marah dan ayat last aku dengar ustaz tu kata kuat2 zikir jangan tinggal..

    Lepas pada sedar tu aku kat atas sofa rumah ustaz tu,mama and bapak aku cerita aku dirasuk dan merangkak2 dalam rumah ustaz tu puas dorang nak pegang aku,ustaz tu cuba untuk buang,kata ustaz tu dalam badan aku ni bahasa kampungnya orang cakap dah ada laluannya, so dalam badan aku ni ada yang dah lama bercampur,tapi ustaz tu kata dia taknak keluar secara mngejut, dia nak merunding dulu.. pada hari jumaat malam ustaz tu suruh pergi lagi dan pada malam itu lah merunding punya merunding dan ALHAMDULLILAH sekarang aku dah sihat sepenuhyaa.. ini baru satu pengalaman aku..nanti aku kongsi lagi dengan korang..akhir kata benda yang aku nampak tadi pada mula jalan cerita tu adalah benda tu lah yang budak laki tu potong kakinya tu..dan budak laki tu pun dah sihat dan menjadi seorang jurutera dah sekarang.AMIN !

Viewing 1 post (of 1 total)

You must be logged in to reply to this topic.