Siapa yang angkat?

Home Forums Kongsi Cerita Siapa yang angkat?

This topic contains 15 replies, has 7 voices, and was last updated by  Apid 2 weeks, 5 days ago.

Viewing 16 posts - 1 through 16 (of 16 total)
  • Author
    Posts
  • #21495

    Budak Biasa
    Participant
    @budak-biasa

    Assalamualaikum….
    Budak Biasa di sini… Aku nak cite sikit psal kisah seram aku yang tak berapa seram sangat ni. Aku tak nak perkenalkan diri, boleh panggil aku budak biasa je. Aku share kt sini sebab cerita aku tak kena approve lagi oleh admin FS.

    Citenya macam ni, malam tu, aku tidur di ruang tamu, depan tv. (masa ni masih tadika lagi) Esok pagi, aku bangun, tengok-tengok aku dah kat bilik tidur aku. Aku pun tak fikir apa-apalah sebab ingatkan mak atau ayah yang angkat bawa masuk bilik. Sekali aku gi dapur, mak aku cakap. “waa…baguslah kk chik! Mak bangun je tengok kak chik dah tido dalam bilik.” aku pon cakaplah aku takde pon bangun gi bilik. Dah la aku ni penakut, ada ke nak lagi tido sorang2 dalam bilik tu. Habis semua mula takutkan aku. Aku buat tak tau jelah.

    Esoknya, baru aku percaya cakap mak ayah aku. Kejadian sama berulang tapi aku nampak siapa yang angkat aku. Aku tersedar dalam keadaan mamai dan tak nampak dengan jelas, sebab kabur pandangan. Apa yang aku nampak adalah seorang ‘perempuan’, angkat aku, masuk bilik, rambut panjang, mata merah, baju putih. Aku baru nak tengok dengan jelas tertidur terus. Aku ingat tu mimpi, rupanya tak. Bangun je terus ada kat bilik dah. Mak aku puji lagi sebab tido dalam bilik. Aku cite apa yang aku nampak semua terus mula takutkan aku.

    Sampai skarang aku tak tahu sapa yang angkat aku tu. Korang rasa apa?

    #21524

    ceritaNasa
    Participant
    @ceritanasa

    Haha ramai sangt hantar cerita sebb tu fa x approve lagi. Kisah ko ni dlu jadi pada aku. Satu malam tu aku pura2 tidur. Bila aku rasa badan aku terangkat aku buka mata sikit je… huhhh

    - CN -

    #21531

    Singkong & Keju
    Participant
    @singkong-dan-keju

    awal pagi ni mcm biasa la otak aku jammed utk berfikir.. kredit to kak sado yg angkat kau masuk bilik.. mungkin dia x suka orang tido kat ruang tamu..

    sambil dia angkat kau tu msti dia membebel..
    “budak ni da besar panjang x reti tido masuk bilik”

    #21551

    Budak Biasa
    Participant
    @budak-biasa

    Haha ramai sangt hantar cerita sebb tu fa x approve lagi. Kisah ko ni dlu jadi pada aku. Satu malam tu aku pura2 tidur. Bila aku rasa badan aku terangkat aku buka mata sikit je… huhhh

    entah-entah akak yg sma kot angkat kita tu. hahahah

    #21604

    S.M
    Participant
    @the_phantom

    waktu kau desribe makhluk yang angkat kau tu, aku teringat kejadian semalam. Malam semalam aku pergi dapur nak hantar pinggan kotor dalam singki, ntah macam mana aku terpandang lubang pintu kat atas tu, aku nampak ade kain lusuh warna putih atas pokok kelapa (sumpah waktu menaip ni aku rasa seram giler). Tapi aku cool je lah, sebolehnya aku cepatkan kerja basuh pinggan terus jalan laju2 keluar dari dapur. Esok pagi tu aku saje tengok kat atas pokok kelapa tu, kot2 kain tu memang ada kat situ. tapi malangnya takde kain tersangkut ke apa. naluri aku kuat mengatakan ada something kat atas pokok kelapa tu semalam. Hahaha, aku balik kampung sebenarnya, ni rumah keluarga aku and rumah ni memang lama takde orang huni. Aku pun tak tahu kenapa aku bijak sangat duduk kat rumah ni sorang2, dah la dalam hutan. tu je aku nak cerita.

    #21624

    #Maira
    Participant
    @ladynh

    Maira rasa awak jalu (berjalan dalam tidur) hahaha
    Misteri tu Budak Biasa. Tapi bersangka baiklah mungkin ‘dia’ tu tak suka tengok awak bergelimpang depan ruang tamu. Perempuan kan?? Haa!! tak elok tidur bersepah pada pandangan ‘dia’ tu..

    #21626

    Balqis Shah
    Participant
    @balqis73

    Siapa yg angkat??Misteri ni..rajin lak dia..hahahaha..nasib la qis xpnah kena camtu…

    #21632

    uish….hantu pon duduk atas pokok kelapa ya… tk prnah dengar pon. seram jugak bila baca ni

    #21633

    Budak Biasa
    Participant
    @budak-biasa

    Maira rasa awak jalu (berjalan dalam tidur) hahaha
    Misteri tu Budak Biasa. Tapi bersangka baiklah mungkin ‘dia’ tu tak suka tengok awak bergelimpang depan ruang tamu. Perempuan kan?? Haa!! tak elok tidur bersepah pada pandangan ‘dia’ tu..

    ya..bersangka baik…. hahaha

    #21634

    Budak Biasa
    Participant
    @budak-biasa

    Siapa yg angkat??Misteri ni..rajin lak dia..hahahaha..nasib la qis xpnah kena camtu…

    jangan minta kena sudah

    #21636

    Balqis Shah
    Participant
    @balqis73

    Siapa yg angkat??Misteri ni..rajin lak dia..hahahaha..nasib la qis xpnah kena camtu…

    jangan minta kena sudah

    Hahahahahaha…jangan la..leh tahan penakot gak qis ni..da la rutin harian tido kat ruang tamu dpan tv..

    #21663

    S.M
    Participant
    @the_phantom

    hahaha.. hantu kat mana-mana pun dia boleh duduk. kita je yang tak nampak.

    #21697

    Budak Biasa
    Participant
    @budak-biasa

    hahaha.. hantu kat mana-mana pun dia boleh duduk. kita je yang tak nampak.

    hmmmm….maksudnya dia duduk sekejap la tu kat ruang tamu rumah keluarga aku ni?? alamak

    #21749

    Apid
    Participant
    @apid

    cite camni buat aku teringat zaman aku budak2 …ikut kawan tido kat masjid esok pagi bangun2 dah ada kat luar …bila tanya dengan tok bilal dia kata ha tu lah badan tak bersih tido dalam masjid jin islam xsuka dia angkut korang letak luar…..bila dah besar ni pikir logik juga hehe…tapi kalau kat rumah aku xtau lah pulak hiks

    #21781

    hahaahah. kawan kau tu kena angkat jugak ke??

    #21934

    Apid
    Participant
    @apid

    member aku bangun2 kat bilik air huhuuu kesian

Viewing 16 posts - 1 through 16 (of 16 total)

You must be logged in to reply to this topic.