Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Nama aku, Shira. Pertama sekali, terima kasih admin kerana sudi post kisah aku yang tak seberapa ni. Tergerak hati nak kongsi pengalaman diri sendiri dengan anda semua selepas baca semua kisah yang menarik dekat page FS ni. Maaflah sebab cerita ini agak panjang. Bacalah yer. Manalah tau boleh isi masa lapang kan.
Kisah aku ni sememang pengalaman sebenar diri sendiri. Mungkin tak berapa nak seram, tapi bolehlah dijadikan pengajaran. Berlaku sewaktu aku tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama yang terletak di Seremban. Sekolah ini cuma ada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Memandangkan kami tak ramai, jadi aku kenal hampir semua pelajar di sekolah ini, senior mahupun junior.
Macam sekolah berasrama yang lain, kisah-kisah seram ni memang takkan lari, dan kebanyakannya sama je. Contohnya macam kisah “sebenarnya dah tau kan?” atau kisah “gadis mengandung m**i b***h diri dalam dorm simpan anak dalam loker”. Jadi disebabkan KETERSAMAAN kisah-kisah ni semua, buat aku tak yakin dan tak percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk ni. Bukan tak percaya pada alam ghaib tau, cuma tak percaya pada kisah mitos ni je. Pada aku ia cuma plan baekkkkk punya dan rekaan semata-mata oleh para senior untuk takutkan para junior.
Okey, berbalik pada kisah aku. Malam tu seperti biasa, selepas tamat waktu prep, aku dan kawan aku Nadia akan ke dewan makan untuk supper. Lebih kurang dalam pukul 10 nak ke 11 macam tu, kami setel isi perut dan nak balik ke dorm. Otw nak balik ke dorm, aku teringat yang aku belum angkat baju dekat ampaian. Aku decide, aku nak pergi angkat baju aku dulu. Nadia offer diri untuk teman aku. Tapi aku tak kasi, aku lebih selesa pergi sendiri. Angkat baju je pun. Muka Nadia dah berubah waktu tu. Aku tau dia risau sebab dia percaya cerita para senior yang kononnya di kawasan ampaian ada penunggu.
Nadia terpaksa ikut apa aku cakap, dan dia sempat pesan agar aku berhati-hati. Aku mampu gelak je. Nak berhati-hati apanya, dalam asrama sendirikan (berlagakkan aku?..hehe). Aku pun atur langkah menuju ke ampaian yang terletak di belakang blok asrama senior. Kawasan ampaian ni menghadap ke arah padang yang luas dan disekeliling kawasan dipagari dengan menggunakan atap zink.
Memandangkan lampu yang sepatutnya menerangi kawasan ampaian dah terbako, aku cuma diterangi cahaya bulan mengambang penuh malam tu. Masih lagi boleh nampak dengan jelas. Seingat aku, baju-baju aku sidai dibahgian tengah ampaian dan agak ke dalam. Waktu aku sampai dekat bahgian baju aku tu, ada seorang budak perempuan berdiri betul-betul dekat situ.
Aku fikir mungkin dia nak angkat baju jugak. Jadi aku tunggu belakang dia. Sambil-sambil tu aku perhatikan dia. Aku tak pernah nampak dia pun sebelum ni. Macam yang aku cakap, aku kenal hampir semua pelajar dekat sini. Dia pakai baju tidur warna putih berbunga halus yang jenis labuh paras lutut, tangan sebelah kiri tengah pegang baldi, rambut panjang lepas dari bahu dan mengerbang ala-ala Alleycats (mekasihhh). Dia berdiri sambil pandang ke padang. Mula-mula aku memang tak rasa apa-apa, lama-lama menyirap lak aku kan. Kemain lama pulak dia kat situ. Tapi tak buat apa-apa pun. Duk pandang padang je dari tadi. Aku nekad nak tegur dia, ikutkan hati nak je aku tepuk kepala dia.
Aku hulur tangan nak sentuh bahu dia, nak suruh dia blah dari situ. Sambil hulur tangan aku cakap “Assalamualaikum awak, saya nak…….” Belum sempat aku habiskan ayat, tiba-tiba tangan aku keras, bulu roma meremang sampai ke tenguk. Maka dengan itu, aku mengesahkan dia ni FOR SURE bukan manusia. Meremang weh. Sebelum dia pusing, aku sempat cakap “erkk..takpela, esok je la angkat baju”. Aku ada jugak baca-baca apa yang patut tapi tengah takut weh, bercampur-campur surahnya. Aku pun taktau la jadi jampi apa aku baca. Then aku belah secara perlahan-lahan ajet-ajet cool. Kang kalau lari, dia kejar pulak. Aku terus masuk dorm, lepastu tidur, tidur pun ayam-ayam je. Esoknya aku demam, padan muka aku.
Sejak dari tu aku mula percaya, tak semua cerita tu rekaan semata-mata. Ada jugak yang betul dan sentiasa la mendengar nasihat orang-orang lama. Aku tak pergi dah kawasan ampaian malam-malam, walaupun lampu dah dibaiki. Tobat tak pergi dah. Kau bayangkan kalau dia jawab salam aku tu, “ Waalaikumussalam awaa.. saia tak kuad..muah ciked ngeh ngeh ngeh” (ala-ala Aida Jebat). Tak ke arwah aku kat situ.
-Sekian-
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Alleycats mekasihhhh haha
hahha…siap de mekasih…XD